Friday, October 30, 2009

IMPLIKASI KETERANGAN FORENSIK DR PORNTHIP DAN INKUES BENG HOCK

Oleh : SHIRZAD LIFEBOAT
Sumber: malaysiabebas.com



KECUALI nama beberapa orang Perdana Menteri Thailand dan beberapa bintang sukan seperti Pakdee Dangwatanapaibul
(tekong sepak takraw era 1980-an), Anat Ratanapol (pelari pecut dan pemenang pingat emas acara 100 meter dan 200 meter Sukan Asia 1970 dan 1974), Piyapong Pue-On (penyerang antarabangsa pasukan bola sepak Thailand yang pernah bermain untuk pasukan Pahang musim 1986-1989), tidak ramai nama tokoh tertentu Thailand yang dikenali dan menjadi sebutan rakyat Malaysia.


Hari ini, nama seorang rakyat Thailand kembali meniti di bibir rakyat Malaysia. Nama yang dimaksudkan itu ialah Dr Pornthip Rojanasunand, ahli patologi forensik dan Pengarah, Institut Pusat Sains Forensik, Kementerian Keadilan, Bangkok.Dr Pornthrip mencuri perhatian umum, apabila ketika memberi keterangan forensik beliau bagi pihak kerajaan Selangor pada inkues kematian Teoh Beng Hock berpendapat bahawa kebarangkalian 80 peratus kematian Setiausha Politik itu adalah bersifat homisid (pembunuhan).

.Pendapat profesional pakar forensik patologi Thailand ini sudah tentulah tidak selaras dengan penemuan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Khairul Azman Ibrahim yang berpuas hati betapa kematian Teo berpunca dari kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Ketika memberikan keterangan di mahkaman koroner, Dr Pornthrip antara lain menjelaskan, "sekiranya Teo dalam keadaan sedar sepenuhnya ketika dia terjatuh, maka akan terdapat 'kecederaan reaksi' yang menunjukkan naluri ingin mengelakkan dirinya dari terhempas ke bumi.

"Selain daripada itu pakar forensik patalogi itu juga berpendapat kecederaan pada lubang dubur (yang dirumuskan oleh pakar forensik Malaysia sebagai berlaku akibat terjatuh dari tempat tinggi) sebenarnya telah berlaku sebelum Teo didakwa sebagai terjatuh.

Malah menurutnya, bukan semua kecederaan dialami oleh Teo selaras dengan kecederaan lazim mangsa yang terjatuh dari tempat tinggi.Keterangan Dr Pornthip sudah tentulah jauh berbeza dengan penemuan, rumusan dan keterangan Dr Khairul Azman bersama seorang lagi pakar patalogi.

Hal seperti ini sudah tentulah mendorong umum bertanya bagaimanakah penemuan kedua-dua pihak ini begitu berbeza. Terdapat gurauan sains perubatan berbunyi: 'Pakar penyakit (physician) tidak tahu apa-apa dan tidak mampu berbuat apa-apa; pakar bedah tidak tahu apa-apa tetapi melakukan segala-galanya; dan pakar patolohi mengetahui segala-galanya tetapi terlewat sehari.'

Kita boleh bersetuju betapa sains perubatan tidak semestinya sains tepat seperti tekonologi komputer dan automotif, sekadar memberi dua contoh, justeru kerap ada pesakit yang didiagnosis oleh doktor sesebuah klinik sebagai menghidap sakit perut tetapi apabila didianogsis oleh seorang doktor di klinik lain atau di hospital maka penyakit yang dihidapinya adalah ulser.

Namun apabila dua orang pakar forensik patalogi bercanggah pendapat tentang penemuman hasil bedah siasat sesuatu mayat yang sepatutnya cukup jelas dan mudah (kerana mayat berkenaan bukannya mati digigit oleh makhluk asing dari planet lain), maka kita mula mempersoalkan apakah kepakaran profesional seperti ini adakalanya dikompromikan bagi sesuatu tujuan dan matlamat tertentu.Jika kita benar-benar bertanyakan soalan tersebut, maka jawapannya boleh didapati menerusi perwatakan dan personaliti Dr Pornthrip sendiri yang telah memperkenalkan kaedah patologi forensik dan ujian DNA di Thailand.

Akhbar The New York Times (edisi 13 April 2002), menyiarkan sebuah rencana mengenai beliau yang dipetik seperti berikut:Dalam sebuah negara di mana kuasa dan kedudukan adalah sesuatu ibarat tiket kelas-bisnes yang menawarkan segala keistimewaan dan keselesaan, Dr Pornthip mendedahkan jenayah berprofil tinggi yang menjadikannya sebagai pengacau kepada polis dan mereka yang cuba dilindungi polis.

Barangkali agak mengejutkan kerana terdapatnya seorang ahli fatalogi di barisan hadapan perubahan sosial, tetapi Dr. Pornthip, dalam mengatakan bahawa kecederaan akibat peluru adalah kecederaan akibat peluru, adalah suara utama dalam perjuangan merobah hukum keistimewaan dengan hukum undang-undang.

"Ketua Polis membenci saya," jelasnya, "kerana polis mengamalkan double standard, tetapi bagi saya setiap manusia ada sama. Sebujur mayat yang tidak dapat dikenal pasti identitinya adalah sama sahaja seperti seseorang yang berkuasa.

"Dua tahun lalu, apabila polis cepat-cepat mengumumkan kematian seorang Ahli Parlimen adalah akibat membunuh diri, Dr Pornthip menerima ancaman bunuh apabila beliau memberitahu pihak akhbar betapa foto mayat tidak memungkinkan alasan bunuh diri. Polis kemudian menyemak laporan mereka.

Dalam satu kes sensasi tahun lalu polis mendakwa mereka telah serta merta mengenal pasti ketulan tubuh mangsa yang telah berkecai menerusi analisis DNA, tetapi beliau menjelaskan ujian sedemikian mengambil masa dari tempoh singkat yang dilakukan oleh pihak polis.

Sekali lagi polis terpaksa mengalah.Sehinggalah kritikan pedas beliau menyebabkan berlakunya perubahan dalam prosidur dua tahun lalu, hanya polis sahaja yang menjalankan bedah-siasat ke atas mayat mangsa tembakan polis atau mereka yang mati ketika dalam tahanan polis."Bagaimana sistem sedemikian boleh dibenarkan wujud?" katanya.

"Bagaimanakah orang ramai boleh memastikan bahawa bedah-siasat yang dilakukan oleh institut forensik polis dalam kes-kes pembunuhan extrajudicial tidak diubahsuai bagi membantu polis?"Rencana mengenai Dr Pornthip ini disiarkan oleh akhbar The New York Times tujuh tahun sebelum kematian Teo Beng Hock dan tatkala amalan patologi forensik dalam kes melibatkan penyokong dan ahli politik adalah sesuatu yang agak lawless atau tidak berundang-undang di Thailand. Bagaimana pula amalan patologi forensik di negara kita apabila ia melibatkan orang politik diukur berbanding apa yang telah dijelaskan oleh Dr Pornthip itu?


Pandangan penulis :


Rumusan yang dibuat oleh Dr Pornthip Rojanasunand, ahli patologi forensik dan Pengarah, Institut Pusat Sains Forensik, Kementerian Keadilan, Bangkok adalah BERBEZA dengan penemuan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Khairul Azman Ibrahim kematian Teo berpunca dari kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi [maksudnya ialah Teo Beng Hock mati kerana bunuh diri].


Manakala Dr Pornthip merumuskan kematian mendiang 80% disebabkan dibunuh, hanya 20% sahaja membunuh diri. Beliau memberi alasan terdapat kesan tanda bulat di leher Teoh dipercayai dicekik, retakan pada tengkorak mendiang bukan akibat terjatuh dan kecederaan pada dubur Teoh juga akibat dicucuk dengan objek sebelum terjatuh.


Dr Khairul Azman Ibrahim bertindak mengikut skrip telah disediakan terlebih dahulu oleh pencacai-pencacai Najib Tun Razak iaitu tidak mustahil Abdul Ghani Patail terlibat yang merencakannya dan dibantu oleh Musa Hassan. Di Malaysia mereka-cipta hal-hal sebegini cukup mudah kerana kebanyakan jentera-jentera termasuk pegawai kerajaan mudah disuap dengan pangkat, kedudukan dan kekayaan.


Dalilnya, rujuklah kes mata lebam Anwar Ibrahim yang dicatatkan dalam buku hasil siasatan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat kes ini dan dua orang ini juga terlibat dalam kes Anwar dalam fasa pertama dulu. Fasa kedua sedang disandiwarakan sekarang.


Tambahan pula untuk menjaga imej SPRM supaya tidak tercalar bagi memastikan agenda Najib merampas Selangor tercapai. Yang terbantut sedikit dari masa ditetapkan [tetapi perancangannya berjalan terus] kerana kegelojohan dan ketidaksabaran yang ada pada dajal-dajal di SPRM yang menyebabkan kematian Teoh.


Walau bagaimana pun, mereka yang terlibatkan akan diselamatkan oleh Abdul Ghani Patail dan Musa Hassan. Usahlah risau dan bimbang. Sebesar mana pun bukti yang dibawa, ia akan ditolak atas alasan yang telah ditetapkan : kekurangan bukti atau sebagainya yang kerap diwar-warkan kepada umum hanya sekadar menjadi dalih yang akan dikeluarkan oleh Ghani nanti.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments:

Post a Comment