Thursday, October 15, 2009

AMANAT KEPIMPINAN DALAM ISLAM

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Satu hadith Rasulullah saw yang bermaksud:


"Tujuh golongan yang dilindungi Allah pada hari (akhirat) yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungannya: iaitu pemerintah yang adil, pemuda yang terdidik di dalam beribadah kepada Tuhannya, seorang lelaki yang hatinya teringatkan kepada masjid, dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah di mana mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai pangkat dan kecantikan (untuk melakukan maksiat) tetapi lelaki itu menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah dengan satu sedekah dengan dia menyembunyikan sedekahnya (dari pengetahuan orang ramai kerana ikhlasnya) sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengingati Allah secara berseorangan lalu mengalir air matanya."


Pada hari akhirat, semua manusia akan dikumpulkan oleh Allah untuk dihitung amalan masing-masing yang telah dilakukan di atas dunia, dan menunggu keputusan daripada Allah. Pada hari itu, manusia berada di dalam suasana gawat, terasa kepanasan sehingga mengeluarkan peluh, sehingga diceritakan oleh Rasulullah saw bahawa ada manusia yang tenggelam di dalam peluh sehingga buku lali, ada sehingga pinggang, ada sehingga hidung dan ada yang berenang-renang di dalam peluh, itu semua bergantung kepada amalan masing-masing.


Walaupun pada hari akhirat, seseorang itu tidak ada tempat bergantung melainkan kepada iman dan amalan masing-masing yang dikerjakan semasa di dunia, tetapi masih ada juga mereka yang diberi keistimewaan dan perlindungan oleh Allah. Bukanlah kerana mereka Rasul dan Nabi, mereka adalah manusia biasa tetapi mereka diberi perlindungan oleh Allah kerana telah membuktikan iman dan taqwa mereka kepada Allah.


Di antara mereka yang diselamatkan oleh Allah dengan dilindungi daripada kepanasan di Padang Mahsyar ialah mereka yang termasuk di dalam tujuh golongan yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw di dalam hadith yang dibaca itu. Orang pertama yang dinyatakan oleh Rasulullah saw ialah pemimpin yang adil.


Bukan senang untuk menjadi pemimpin yang adil dan melaksanakan hukum Allah. Orang yang dilantik menjadi pemimpin wajib melaksanakan hukum Allah dan keadilan Islam di dalam pemerintahannya, kerana mereka akan disoal oleh Allah terhadap pemerintahannya. Sabda Rasulullah saw dari Riwayat Al-Bukhari yang bermaksud: "Seseorang pemimpin mempunyai tanggungjawab dan akan disoal tentang tanggungjawabnya."


Keadilan Islam yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak ada yang lebih mengetahui tentang kedudukan sesuatu perkara di atas muka bumi ini melainkan Allah, kerana Allah yang menciptakan semua makhluk dan dialah yang lebih mengetahui tentang makhluk ciptaanNya. Allah yang menjadikan manusia dan semestinya Allahlah yang lebih tahu akan isi hati manusia, mengetahui apa yang memberi manfaat atau yang mendatangkan mudharat kepada manusia.


Kerana itulah Allah menurunkan peraturan dan ajaran yang merupakan hukum yang wajib dilaksanakan. Para pemimpin yang dilantik mestilah melaksanakan hukum-hukum tersebut. Oleh kerana tanggungjawab tersebut sangat berat, dan orang-orang yang menjadi pemimpin akan berhadapan dengan ujian dan tentangan, sama ada dalam dirinya sendiri atau dari luar, seperti musuh-musuh Islam dan mereka yang membenci kepada hukum Islam, maka pemimpin yang sanggup melaksanakan hukum Islam dan tidak menghiraukan tentangan-tentangan tersebut, tentulah mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.


Antara ganjaran yang besar ialah akan diselamatkan oleh Allah di hari akhirat nanti, yang sudah tidak ada lagi perlindungan daripada sesama makhluk, melainkan perlindungan daripada Allah sahaja. Sementara pemimpin-pemimpin yang melakukan kezaliman dengan tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka akan menerima ancaman daripada Allah, mereka yang meninggalkan hukum Allah mungkin kerana godaan nafsu di dalam dirinya, atau godaan syaitan yang sentiasa membisikkan di dalam hatinya, atau kerana takut ancaman daripada musuh-musuh Islam.


Sekiranya ada pemimpin yang seperti ini, mereka menerima perlantikan sedangkan mereka tidak layak, atau dipengaruhi oleh berbagai-bagai pihak sehingga meninggalkan amanah melaksanakan hukum Islam, maka dengarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw daripada riwayat Al-Bukhari yang bermaksud: "Tidak ada pemimpin yang memimpin umat Islam, kemudian mereka mati dalam menipu mereka, melainkan Allah mengharamkan ke atas syurga."


Betapa besarnya amanah pemimpin, sehingga Allah swt menjanjikan pahala yang besar dan keselamatan di hari akhirat, sekiranya pemimpin itu berjaya melaksanakan tanggungjawabnya yang diamanahkan oleh Allah. Beratnya amanah seorang pemimpin, sehingga Allah swt memberi amaran kepada pemimpin yang zalim dengan azab yang pedih di hari akhirat, sekiranya tidak melakukan keadilan yang terkandung di dalam hukum Islam.


Di antara tanda-tanda pemimpin yang tidak melakukan keadilan Islam ialah


1. Apabila masyarakat tidak lagi mengambil berat tentang ajaran Islam.

2. Maksiat berlaku dengan berleluasa.


3. Perintah menyuruh kepada perkara ma’ruf dan mencegah kepada perkara-perkara yang mungkar tidak lagi dilaksanakan di dalam masyarakat.


Sabda Rasulullah saw daripada Riwayat Al-Bukhari yang bermaksud: "Demi diriku yang berada di dalam genggamannya, hendaklah kamu menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah daripada perkara yang mungkar, atau (sekiranya kamu tidak melakukannya) Allah akan mengenakan hukumannya ke atas kamu, kemudian kamu berdoa, sedangkan doa kamu tidak diperkenankan oleh Allah."


Menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar merupakan satu perintah Allah di dalam al-Quranul Karim. Firman Allah dari Surah al-Imran ayat 104 yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan mencegah daripada perkara mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."


Pandangan Penulis:


Sayang, kita di Malaysia diperintah oleh UMNO yang tidak menghalang mungkar yang tumbuh subur di tengah-tengah masyarakat seperti cendawan lepas hujan. UMNO juga mengambil sikap tidak mengalakkan rakyat membanyakkan amal makrof. UMNO lebih pentingkan syiar daripada syariat. Pemimpin UMNO bertindak zalim terhadap rakyat demi kelangsungan kuasanya. UMNO menghalalkan apa yang Allah haramkan, dan mengharamkan apa yang Allah halalkan.


Para pemimpin UMNO terlibat dalam berbagai skandal, merompak, mencuri, menyelewengan, menyalahgunaan kuasa dan menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dianggap halal dan tidak diambil sebarang tindakan. Mereka bebas memfaraidkan khazanah rakyat semau-maunya tanpa memperdulikan nasib rakyat. Bukan UMNO tidak membantu rakyat dalam golongan ini, UMNO membantu, tetapi tidak sepadan apa yang mereka ambil secara haram [UMNO kata halal] harta-harta Negara yang menjadi hak milik rakyat. Mereka dalam kategori ini mewah kehidupannya, tetapi rakyat merana dan berterusan mengharapkan bantuan daripada UMNO. UMNO menjadikannya sebagai umpan politik. Rakyat yang berbeza fahaman politik dengannya dinafikan segala-segalanya. Begitu juga kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatn Rakyat diabaikan dan dianaktirikan.


Bukankah ini juga sebentu KEZALIMAN sepertimana maksud hadith di atas.


Isa Samad yang benar-benar terlibat dalam amalan rasuah, menyeleweng dan menyalahgunaan kuasa dicalonkan sebagai pemimpin dan akhirnya terpilih oleh pengundi yang telah dirasuahkan menerusi wang-ringgit, ugutan, ancaman dan keganasan sehingga menimbulkan ketidaktenteraman masyarakat yang sedar tentang kehuduhan dan kebobrokan UMNO itu.


Ini bermakna UMNO telah berjaya membina satu tamadun dan budaya baru yang songsang di kalangan rakyat Malaysia. Persepsi [dalam fikiran] rakyat telah mulai berubah [tambah-tambah lagi Melayu-Islam pada nama sahaja]-yang baik, elok, bermoral dikatakanya buruk dan sebaliknya yang rasuah, kaki botol, kaki betina, perompak, membunuh dan berbagai kegiatan melaun lagi, dikatakan bermoral, berjasa dan berakhlak mulia.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments:

Post a Comment