Sunday, August 16, 2009

BOLEHKAH PR BENTUK KERJAAAN PADA PRU KE-13?

Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Saya ingin memberi respon terhadap pandangan seorang pengunjung Laman Tranungkite yang mengelarkan dirinya sebagai ulitmayang yang membuat komen terhadap surat terbuka saya kepada Pengerusi SPR yang mengambarkan mana-mana Pengerusi SPR pun akan berhadapan dengan karenah UMNO untuk terus memegang kuasa [
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1955] dan mereka tetap gagal untuk memerdekakan SPR daripada belenggu penjajahan UMNO.

Saya amat faham komen beliau itu bersifat sindiran tajam, tetapi saya tidak boleh terima pandangannya yang menyebut bahawa dalam PRU ke-13 nanti UMNO akan terkubur. Memang benar rakyat Malaysia pada amnya amat benci terhadap UMNO kerana style kepimpinan UMNO yang kurop. Sebahagian besar para pemimpinnya hidup dalam keadaan senang lenang, hidup penuh kemewahan dan memiliki harta bernilai berbillion ringgit yang sempat dikebas semasa berkuasa, tetapi kehidupan rakyat terbanyak tetap miskin papa kedana. Mereka dihimpit dengan berbagai masalah. Kos kehidupan melambong terlampau tinggi sehingga tidak terdaya bersaing dengan kadar upah yang ditawarkan terlalu rendah. Peluang-peluang pekerjaan yang ada diisi dengan tenaga buruh luar negeri yang dibawa masuk dan dibayar kadar upah yang rendah oleh taukeh-taukeh yang sudah pun kaya raya.

Saya bersetuju dengan beliau bahawa trend ini akan berlanjutan sehingga ke PRU ke-13 yang mana UMNO akan mengalami kekalahan yang amat teruk. Banyak negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan berkemungkinan besar kerajaan persekutuan akan menjadi milik Pakatan Rakyat.

Persoalannya disini ialah apakah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP akan dapat membentuk sebuah kerajaan baru bagi mengantikan UMNO, walaupun konon-kononnya UMNO tidak mampu memenangi satu kerusi pun daripada 219 kerusi parlimen yang sedia ada?

Jawapannya : TIDAK

Terdapat beberapa sebab saya berkata sedemikian. Pertama, halangan daripada institusi Raja-Raja Melayu. Kebanyakan Raja-raja Melayu adalah penyokong setia UMNO. Pembentukan sesebuah kerajaan mesti melalui Majlis Raja-raja Melayu. Perlantikan PM dan MB atau KM juga perlu melalui institusi ini. Apabila UMNO kalah, institusi ini yang pertama akan ditemuinya. Institusi akan menyelamatkan UMNO. Dalilnya, apa yang berlaku di Perak telah menjadi teladan dan contoh yang terbaik. UMNO yang kalah dapat kembali berkuasa dengan bantuan istana.

Kedua, melepasi halangan pertama ada lagi halangan kedua iaitu kaedah Negara kita ditadbir. Malaysia ditadbir melalui system demokrasi separuh masak. UMNO tetap hendak menang walaupun pada hakikatnya ia kalah.

Ketiga, halangan seterusnya ialah badan-badan pengurusan di Negara telah lama dijadikan hamba abdi kepada UMNO. UMNO akan menggunakan badan-badan ini ketika ia sesak nafas.

Keempat, pengisytiharan darurat. Negara ini akan dimegerankan bagi memulihkan semula kekuatan UMNO.

[Semua isu-isu saya akan bincang secara detail dalam tulisan yang akan datang yang berjudul PRU KE-13 : PAKATAN RAKYAT TANPA ANWAR IBRAHIM]

Sekian, Terima kasih.Wassalam.

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments:

Post a Comment