Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Lama saya tidak berkesempatan menulis kerana kekangan masa dan bebanan tugas semakin bertambah dari masa ke semasa. Isu kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha politik Exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah [ADUN Seri Kembangan] dan isu penangguhan perbicaraan kes liwat saudara Anwar Ibrahim [asalnya ditetapkan 1 hingga 24 Julai], tetapi telah dipinda kepada 2 September depan [dalam bulan puasa] telah mencuit perasaan saya untuk berkongsi pandangan dengan bloger lainnya. Isu Anwar akan saya bicarakan di lain waktu, sekiranya ada kesempatan. InsyaAllah.
Teoh Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM di tingkat 14. Teoh baharu sahaja selesai disoal siasat ala-mosad [besar kemungkinankah pegawai-pegawai SPRM turut menerima tata cara latihan dan prosedur siasatan secara tidak langsung daripada regim Israel] dari pukul 5.00 petang hingga hampir ke pukul 4.00 pagi tanpa henti-henti.
Dalam konteks ini, SPRM tidak ada sensiviti langsung untuk melayan Teoh sebagai seorang manusia yang hanya disiasat bersabit tuduhan menyalahgunaan peruntukan DUN di Selangor seperti yang seringkali yang dilakukan dan disalahgunakan oleh para pemimpin UMNO dan BN lainnya [mungkin standard SPRM menetapkan bahawa tidak menjadi satu kesalahan untuk UMNO/BN, tetapi bagi pembangkang [Pakatan Rakyat] ianya menjadi satu kesalahan yang amat besar-ia merupa satu kesalahan jenayah yang amat berat dan amat membahayakan untuk keselamatan negara dan rakyat Malaysia amnya]. Tindakan SPRM ini seolah-olah telah mengambilalih terus peranan polis dalam mengsoal-siasat Teoh dianggap sebagai seorang penjenayah besar yang paling dikehendaki, yang disamatarafkan dengan penjenayah terkenal pada satu masa dulu, iaitu ‘Botak Chin’ atau ‘Kali Muthu’.
Melalui tekanan yang paling hebat yang datang daripada berbagai arah, Najib Tun Razak tidak dapat membuat sebarang dalihan dan mengelak, maka pada hari Rabu, 22 Julai lalu, kabinet pimpinan Najib telah mengarahkan diadakan Inkuiri untuk menentukan punca kematian Teoh dan pada masa yang sama beliau turut mengarahkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk meneliti prosedur standard operasi SPRM dalam menyoal siasat saksi.
Pada pandangan saya dan persepsi kebanyakan rakyat di negara ini, penubuhan kedua-dua badan ini tidak membawa sebarang makna bagi menegakkan kebenaran dan keadilan. Ia hanya satu sandiwara yang dilakonkan Najib dan kuncu-kuncunya bagi mengkaburi mata dan mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang UMNO hadapi sekarang. Ia merupakan satu konspirasi politik yang dirancang dan distrategikan oleh Najib dan regimnya untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Tulisan Mat Saman Kati yang dibawa oleh DinBinjai dalam Laman Marhaen pada siaran hari Sabtu 18.7.2007 [http://www.marhaen.info/v2/mar_a_din_binjai22.html] menggambarkan bahawa SPRM adalah sebahagian daripada alat UMNO [anggota BN yang ke-17] untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Oleh yang sedemikian, awal-awal lagi saya menjangkakan bahawa kedua-dua badan yang ditubuhkan itu akan gagal mencapai matlamatnya. Diperingkat mulanya sahaja sudah nampak bercelaru. Dua badan ditubuhkan dalam menghadapi masalah yang sama. Satu Inkuiri oleh majistret untuk mengetahui punca kematian Teoh Beng Hock mengikut Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Mahkamah akan menentukan punca kematian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Manakala bidang tugas Suruhanjaya Siasatan DiRaja pula ialah untuk menjalankan penyiasatan ke atas prosedur yang digunapakai oleh SPRM selama ini. Kedua-dua badan ini tidak menyebut untuk mencari pihak siapa yang bertanggungjawab dan di mana kelemahannya. Jika didapati ada pihak yang melanggar undang-undang atau tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, maka pihak tersebut mesti bertanggungjawab dan patut menerima hukuman yang sewajarnya.
Hal itu tidak ditekankan, kenapa? Jawapannya : Tepuk dada, tanyalah iman. Rakyat Malaysia ada jawapannya tersendiri. Kes ini samalah seperti apa yang terjadi terhadap kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, manakala Abdul Razak Baginda dan dalang besar dibelakangnya bebas daripada sebarang hukuman. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin bertindak betul. Memang mereka yang terlibat membunuh wanita tersebut, tetapi apa motifnya pembunuhan itu dilakukan, apa hubungan mereka berdua dengan wanita berkenaan dan siapa yang mengarahnya? Sampai sekarang tidak ada jawapannya. Menjadi rekod dunia satu pembunuhan tanpa motif.
Kes ini pastinya akan berulang lagi. Kali ini terhadap kes kematian Teoh Beng Hock. SPRM tidak akan berani bertindak sebegitu sekiranya ‘tidak ada udang disebalik batu’ yang mengarahkannya menyerbu pejabat tujuh wakil rakyat DAP dan PKR di Selangor dan menyiasat pegawai kerajaan negeri Selangor yang berdaulat berlagak bagaikan gangster dan samseng jalanan. Kenapa SPRM menikus apabila bertimbun laporan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap para pemimpin UMNO.
Contohnya kes istana RM24 juta Khir Toyo, penyelewengan duit tabung BALKIS oleh isteri Khir Toyo, Muhyiddin Yassin yang melakukan rasuah dalam PRK di Manik Urai. Ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954. Taktik UMNO membayar elaun tambang kepada pengundi luar yang pulang untuk mengundi pada 14 Julai di Manik Urai telah menggunakan premis KESEDAR di Sungai Peria kira-kira 50 meter dari pusat pengundian SK Perai. Malaysiakini menyiarkan rakaman video insiden tersebut. Insiden UMNO menyogok wartawan sebanyak RM300.00 sewaktu PRK Kuala Terengganu pada Janauri lalu masih menjadi misteri dan kenapa SPRM mengambil sikap membisu seribu bahasa dan menyepi sehingga kini. Tidak segarang di Perak, di Pulau Pinang dan kini di Selangor.
Begitulah perangai SPRM laknatullah ini yang menjadi sebahagian alat kepada UMNO, disamping bergading bahu dengan pasukan polis, SPR, Peguam Negara, Kehakiman, jentera-jentera kerajaan serta institusi-institusi istana tertentu berusaha untuk mengekalkan pemerintahan UMNO untuk selama-lamanya, walaupun kerajaan pimpinan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya bergelomang dengan najis rasuah, pecah amanah, menyalahgunaan kuasa dan penuh kudis-kurap bernanah yang busuk membusukkan, ia tetap menjadi sanjungan dan mengantung harapan. Hairan bin ajaib.
Perlu diingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia, banyak sudah Surahanjaya DiRaja ditubuhkan terutama di zaman Abdullah Ahmad Badawi memerintah. Satu pun tidak mencapai matlamat penubuhan Suruhanjaya-suruhanjaya tersebut. Contoh pada 4 Februari 2004, satu Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi membaikpulih imej pasukan polis yang rosak teruk di zaman pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun.
Pasukan polis ketika itu telah menjadi pasukan tunggangan Mahathir [sampai kini tidak berubah terus setia dan menjadi kerabat UMNO yang ke-15] untuk mempertahankan kuasanya. Sebanyak 125 cadangan dengan 634 muka surat telah dikemukakan oleh Pengerusi Suruhanjaya, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah kepada kerajaan pimpinan Abdullah terutama usaha mendukung standard etika dan integriti yang tinggi bagi meningkatkan kredibiliti pasukan.
Laporan tersebut mendedahkan ada pegawai kanan polis berupaya mengumpul kekayaan sebanayak RM38 juta dan ada pegawai polis boleh mengutip bayaran bulanan sebanyak RM200,000.00 sebulan sebagai perlindungan daripada pemilik primis-primis haram. Oleh sebab itu, laporan itu memfokuskan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) melalui sebuah Akta Parlimen. IPCMC akan bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah (sekarang SPRM) dan agensi kerajaan lain.
Cadangan ini amat penting bagi meningkatan keprofessionalan pasukan polis supaya ia lebih adil dan bebas dalam menjalankan tugas. Cadangan yang baik ini tidak dilaksanakan, tetapi melaksanakan cadangan-cadangan yang membawa keuntungan[membuat duit berjuta] untuk peribadi dan kroni seperti membina rumah-rumah baru polis, komplek polis, membekal computer dan seumpamanya. Imej pasukan polis berterusan tidak dapat dipulihkan, malah imej pasukan polis menjadi semakin teruk di bawah teraju Musa Hassan dalam kerajaan pimpinan Najib Tun Razak.
Sebuah lagi Suruhanjaya yang ditubuhkan pada bulan Disember 2007 berhubung rakaman klip video yang mengandungi perbualan telefon di antara seorang peguam [V.K.Lingam] dengan hakim kanan [bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim ]yang dikatakan mengatur pelantikan hakim. Ia dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor dan dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar; bekas Peguam Cara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Pesuruhjaya Suhakam, Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim. Suruhanjaya itu menyiapkan laporannya dan menyerahkan kepada kerajaan Abdullah pada Janauri 2008 dan pada 16 Mei 2008 kabinet pimpinan Abdullah telah mengarahkan Peguam Negara segera meminta agensi berkaitan menyiasat tuduhan yang dilemparkan terhadap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, dua bekas Ketua Hakim Negara Mohd Eusoff Chin dan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tengku Adnan Tengku Mansor, ahli perniagaan terkemuka Vincent Tan dan peguam V.K. Lingam.
Dalam laporannya, Suruhanjaya itu berkata terdapat alasan kukuh untuk menyiasat individu-individu yang disebut di atas mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Profesion Guaman 1976 dan Akta Rahsia Rasmi 1972, tetapi sehingga saat ini cadangan Suruhanjaya tersebut dibakulsampahkan. Membuang masa, wang, tenaga dan fikiran berkerja dengan sebuah kerajaan yang korup. Dengar khabar pada 17 Jun lalu, SPRM telah menutup satu daripada empat kertas siasatan yang dibuka berhubung kes klip video V.K.Lingam. Menurut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Aziz berkata ini kerana tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan pertuduhan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Jadi, kesimpulannya penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja dan Inkuiri bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha politik EXCO kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah adalah membuang masa dan merupakan satu pembaziran duit rakyat.
Sekian, terima kasih.Wassalam
“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
Let Umno and MACC declare whether they are in any way behind these desperate acts.
ReplyDeleteIf Teoh had died outside MACC, the lies that DAP had killed Teoh to shut him up may have greater traction. But to these liars and desperadoes, truth is the least important.
More lies, completely unbelievable ones, are in the pipeline.
There are people who are mortally frightened of the truth and that is why the demands not only of the family, but all right thinking and justice loving Malaysians for a Royal Commission of Inquiry has been blocked.
The sad fact is that most Malaysians, especially the malays, are guided by their greed instead of their brain. That is why we will never hear the end of "get rich quick" schemes.
ReplyDeleteOffer them instant wealth however ridiculous and ludicrous it may be, and they will be rushing to put in their investment.
The same may be said when it comes to election. Things are changing. But will it change fast enough?
You said it, brother!
ReplyDeleteSome people in this country have apparently lost their minds, hearts, whatever sense or conscience they had.
We stay and fight, for truth, for justice, for freedom to live as humans!
But we fight not with force or might, we fight with truth and the truth shall prevail.
The only party trying to stir this up as a racial issue are all the moronic Umno gangs and Umno controlled media. So, Yang Bodoh Nazri - please stop accusing others of racial incitement!
ReplyDeleteI can't help but notice BN desperate measures to stir racial emotions with killings of first Kugan and now Teoh. We know Umno got away with it in 1969. Now we hope our PAS comrades will put you Umno dogs in check.
BN fall is now complete……….Nazri will be shitting in his pants soon!
I think most of us Malaysians know the country is rotting to its core for the last few decades. It only takes a Michael Backman to confirm it.
ReplyDeleteSuch a pity this country could have been a 1st world country like Singapore but had to be misgoverned by a bunch of crooks using misguided policies for their own ends.
It looks like the country hasn't reach rock bottom yet and it is going to get a lot worse before it get any better.
Local companies are moving away, rich peoples are moving their money elsewhere and the country top brains are simply draining away. Our leaders are still happily plundering the country's wealth regardless of everything else.
Our future is bleak, very bleak indeed.
Вас посетила отличная понятие [url=http://profvesti.ru/o-kirpichnom-stroitelstve/123-monolitno-kirpichnoye-stroitelstvo.html]строительные порталы беларуси[/url]
ReplyDeleteAmboi, pandainya bercakap!Tatabahasa tunggang langgang ada hati mengata orang.Woi!yang memerdekakan negara ni pkr ke?Tak adanya UMNO, Malaysia ni tak akan aman tau!Kau ni bagai kera mendapat bunga,tak tahu nak menghargai pemberian seseorang.UMNO dah beri macam2 tak tahu hendak menghargai.Sudahlah bila kerajaan bagi BR1M nak pula ambil.Entah2 dia yang sampai dulu.Satu lagi ayat dalam Al-Quran tak perlulah nak babitkan dengan politik,janganlah dibawa main.Kau doa macam tu tuhan nak terima ke?Bukan ke doa yang baik2 sahaja diterima? *Jangan fikir anwar tu baik sangat dan bagus sangat.Takkan kau tak sedar dah banyak dah kes2 yang menyalahi syariat Islam yang dia dah buat..ke kau tak pernah tengok berita/baca surat khabar
ReplyDelete