Monday, June 15, 2009

DATO ONN TERLEBIH DERHAKA BERBANDING NIZAR

FADHLI GHANI


Pemimpin UMNO dan UMNOlah yang mempelopori siri penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu selepas abad ke - 20. Dato' Onn adalah antara tokoh politik pertama yang mencetuskan siri penderhakaan ini. Pada tahun 1920, Dato' Onn secara terbuka telah mengkritik Sultan Johor dengan begitu keras kerana Sultan Johor telah melelong harta bapanya yang gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya. Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.


Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya. Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.Ketiga-tiga adek beradek ini menjadi keluarga terbuang akibat penderhakaan ini.


Mereka menetap di Singapura, Dato' Onn tetap meneruskan penderhakaan ini di Singapura melalui akhbar Warta Malaya yang beliau menjadi pengarangnya. Akhbar ini lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.Beliau kembali ke Johor pada tahun 1936 dan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947. Dalam tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar, beliau telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran cadangannya supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.


Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan ini kerana ia meletakkan seorang Melayu lebih tinggi kedudukannya daripada Raja-raja Melayu itu sendiri.UMNO secara terbuka menghina Raja-raja Melayu terutama Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada tahun-tahun tersebut. Dalam Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth pada 27 Ogos 1949, secara terbuka beliau menyelar dan menuduh Raja-raja Melayu menjaga kepentingan diri daripada orang Melayu, beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British bagi melemahkan UMNO dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.


Kemuncak penderhakaan ini ialah apabila Dato' Onn mengajak ahli UMNO menamatkan pemerintahan beraja. Akibatnya, Sultan Kedah berhasrat mengharamkan UMNO di negeri Kedah dan Sultan Johor sendiri memaksa Dato' Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Jun 1949.Kebiadaban UMNO kepada Raja-raja Melayu sangat terserlah antara tahun 1947-1949, pemimpin UMNO menggunakan platform UMNO untuk menghina Raja-raja Melayu, mereka mencabar kuasa Raja-raja Melayu secara terbuka dan kemuncak penderhakaan UMNO pada tahun 1949 ialah apabila Presiden UMNO (Dato' Onn) pada waktu itu mengajak ahli-ahli UMNO menamatkan sahaja sistem pemerintahan beraja di negara ini.
"br"
RAKYAT MERDEKA UMNO TIADA"

4 comments:

  1. Collecting Blogs
    Para blogger yang dihormati,

    Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog2 mengikut kategori masing-masing. Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.

    terima kasih, diatas sokongan.

    I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here, North Krai Latest Blog Headlines lists, kindly leave:

    1. Your blog's name.
    2. Your blog's url.
    3. Your blog's category.

    Thanks for support.

    you have something to share? just email us:
    anda ada sesuatu nak kongsi bersama khalayak email kami: amkbg@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. TAU TAK DERHAKA ITU TAK KIRA LEBIH KE TERLEBIH KE....DERHAKA TETAP PERLAKUAN DERHAKA.....ORANG DERHAKA PALIN RINGAN HUKUMAN NYAH DARI NEGERI TUANKU....

    ReplyDelete
  3. derhakanya dato onn..merdeka nya melayu??tak cukup baik kah itu?derhaka nizar gilakan kuasa?mana yang lebih baik..meletakkan melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu..bukan ke utk menjamin kedudukan melayu..kerana raja2 pada masa itu disogok british?untuk ape kah itu..melayu..dan beliau cuba mewujudkan perpaduan melayu dan bangsa lain...menyebabkan melayu marah..dia di tendang..tetapi..jasa nya dikenang selalu..tiada beliau..tiada lah UMNO..UMNO telah berjuang untuk melayu..memang digambarkan sekarang umno membolosi duit rakyat..tetapi itulah hakikat nya yang biasa terjadi pada negara2 sedang membangun..adekah encik penulis blog ini sudah mengexplore semua contoh di dunia?cuba selidik negara2 setaraf dengan malaysia..dan compare dengan Amerika Syarikat(sbb dia yg termaju)..adakah AS still facing same problem as what malaysia have now?Do some research..and then..u will know the fact..do not blame The Society..they still new..just 52 years old..compare to United States already 150 over years old..in your research..you might find a fact saying that US full of corruption 100 years ago..and they develop..now they are very good..but..still they got this abusive of power against islam..well...just blame the 'time'..this factor will change all the things u dont like...malaysia will develop much better in future with zero corruption..even try imagine if PAS or PKR rule this country..what they will do..think it in a big scale..maybe 10 years..they will transform of being some of the animals in UMNO..exactly the same...but at least be thanks to GOD..to give our independence at 1957,August,and Tun Mahathir with his new UMNO..tells the world that we are here...please be thankful..what do you with PAS or PKR...islam? is it true that PAS will make hukum hudud..even after Tuan Guru leave us? Do u know that some PAS people except Tuan Guru are the same as the animals in some of UMNO's except they wearing a Kopiah on their head..but in their heart..they exactly the same...well..live longer...study more..do some research..dont just blogging..see how raja petra did..very well huh!!..he did a lot to get that..he is a fulltimer blogger..he spend all the time he got..to find the truth..not just copy and paste..dont just write if just know a little bit..

    Sincerely...Melayu'Voice

    ReplyDelete
  4. "Mereka menetap di Singapura, Dato' Onn tetap meneruskan penderhakaan ini di Singapura melalui akhbar Warta Malaya yang beliau menjadi pengarangnya. Akhbar ini lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.Beliau kembali ke Johor pada tahun 1936 dan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947. Dalam tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar, beliau telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran cadangannya supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu."

    Cerita apa ini?Menderhakai Sultan, lepas tu dilantik menjadi Menteri Besar Johor?

    Bodohnya penulis blog nie?Jangan la ikut dia ni tulis..Memamng hamPAS semuanya..

    ReplyDelete