Sunday, August 31, 2008

SONGKOK DAN LEBAI


Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Semenjak Harakah diterbitkan dua kali seminggu, banyak kandungan yang dimuatkan di dalamnya amat menarik dan mempunyai nilai berita dan maklumat terkini untuk disampaikan kepada rakyat khususnya ahli-ahli PAS. Sekalung tahniah ducapkan kepada pihak pengurusan Harakah khasnya Ketua Pengarang, saudara Ahmad Lutfi Othman.

Saya amat tertarik di muka hadapan Harakah diletakkan lakaran kartun yang diberi jolokan ‘Songkok dan Lebai’. Ia memuatkan komen-komen berbentuk sinis seperti ‘senyum kambing’ yang terdapat di muka depan Utusan Malaysia. Fungsi kedua-dua kartun tersebut adalah sama iaitu untuk membuat komentar secara sinis berkaitan isu-isu semasa.

Songkok dan Lebai [loghat utara] @ kopiah mempunyai identitinya sendiri. Songkok sinonim dengan UMNO, manakala lebai @ kopiah adalah pakaian kebanyakan orang PAS. Dan kini, songkok juga dipakai oleh orang PAS terutamanya dikalangan generasi baru dan professional.

Ini nukilan cerita Songkok dan Lebai @ kopiah:

Songkok dan lebai itu asal sekapal
Darjat mereka tidak pernah berubah
Berdiri sama tinggi duduk sama rendah
Tetapi mereka berbalah tidak sudah-sudah

Berungkap nasihat menyengat
Songkok selalu mengingatkan
“Jangan lembik seperti lebai,
Tetapi keras macam songkok.”

Penuh yakin lebai menjawab :
“Biar lembik asalkan putih.
Biar buruk asalkan bersih.
Jangan keras apa lagi hitam.
Sudahlah hitam suci diragukan.
Biar tak cantik, tapi bersih.”

Sindir songkok pula :
“Jangan hidup macam lebai,
Sesuai untuk dilipat bersandal getah.
Sudahlah selekeh nilai amat rendah.”

Lebai merendah menjawab tajam:
“Sehina-hinaku pernah juga mandi
menjamin kekal bersih dan suci,
untuk dijunjung mukmin sejati.
Semulia-muliamu sepanjang hidup
Tidak pernah mandi walaupun sekali,
kalau ada itu gila punya kepala.”

Tambah lebai lagi :
“Hitam songkok sehitam tahi cicak,
hanya umpama hitam sang gagak,
walau dimandi air mas sekalipun,
mustahil hitammu bertukar putih.
Putihku disabun dibilas-bilas,
bertambah lagi berseri putih bersih.”

Dengan lembut songkok mengakui :
“Walaupun tidak pernah mandi,
Aku sering ditayammun si berus,
supaya kelihatan kemas terurus.
selainnya aku senantiasa dijaga
daripada ditempiasi sang hujan
menjamin selalu keras dan kering
walaupun terpaksa menyemak dinding.”

Lebai tersenyum menelan alasan
kemudian meminta fatwa bagaimana
amalan tayammun ala songkok
ketika hujan mencurah-curah?


Dibuka untuk diforumkan dikalangan pembaca.

Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Wallahu'alam bishshawab

No comments:

Post a Comment