Assalamu'alaikum wm.wrt,
Selepas mesyuarat MKT dan selepas pertemuan dengan semua Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara pada 10 Julai lepas, PM dan Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.
Sekiranya kalau dalam keadaan biasa, rakyat akan menyambut baik peralihan kuasa tersebut, tetapi keadaan politik semasa yang menyelubungi negara dan batang tubuh Najib, maka rakyat menyambut kenyataan Abdullah dalam keadaan dilema dan serba-salah.
Sebagaimana yang kita semua tahu, Najib menghadapi masalah peribadi semenjak dahulu lagi, semenjak beliau menjadi MB Pahang dan menteri, banyak isu-isu sensasi melanda beliau. Kini, beliau menghadapi isu Altantuya Shaaribuu. Najib dan isterinya Rosmah Mansor dituduh terlibat dalam komplot pembunuhan wanita Monggolia tersebut. Walaupun beliau dan isterinya seringkali menafikan yang mereka terbabit, tetapi peristewa hitam tersebut tetap terpalit dibatang tubuh mereka kedua.
Isu ini menjadi hangat apabila P Balasubramaniam, penyiasat persendirian pada 1 Julai lalu membuat satu akaun bersumpah menuduh Najib dan isterinya terlibat dalam komplot pembunuhan tersebut [http://www.malaysiakini.com/news/85502].
Tiba-tiba, keesukan harinya P Balasubramanian telah menarik balik akuan bersumpahnya itu dan diganti dengan akuan bersumpah yang baru dan terus menghilangkan diri [http://www.malaysiakini.com/news/85565]
Berikutan isu tersebut, Malaysiakini.com telah membuat satu kajian rambang melalui internet dan keputusannya amat memeranjat. Sebahagian besar responden yang ditemui percaya yang Najib dan isterinya terlibat seperti yang dinyatakan oleh P Balasubramaniam dalam akuan bersumpahnya yang pertama dulu. Ikuti hasil kajian yang dibuat oleh Malaysiakini seperti berikut :
Majoriti percaya Bala cakap benar
Sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat selama 24 jam semalam, percaya penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bercakap benar dalam akuan berkanun pertamanya, yang ditarik balik sehari selepas ia diumumkan.
Sejumlah 6,418 pembaca Malaysiakini menyertai tinjauan pendapat tersebut (lihat carta).
Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar.
Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar.
Manakala 86 peratus berpendapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat dengan Mohd Saiful Bukhary Azlan - remaja berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh bekas bosnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih kurang jumlah yang sama - 5,102 atau 80 peratus - menolak andaian yang Anwar sengaja berpakat dengan Saiful untuk membuat tuduhan liwat tersebut - untuk mendapatkan simpati masyarakat.
Mereka juga memberi jawapan yang bercampur-campur terhadap soalan siapakah yang "melindungi" Balasubramaniam yang hilang sejak Jumaat lalu.
Kira-kira 40 peratus berkata orang Najib, manakala 25 peratus pembaca berkata mereka tidak tahu.
Walaupun pihak polis berkata Balasubramaniam mungkin berada di luar negara, tetapi 54 peratus pembaca berkata penyiasat persendirian itu masih "berada di Malaysia".
Mereka juga memberi jawapan yang bercampur-campur terhadap soalan siapakah yang "melindungi" Balasubramaniam yang hilang sejak Jumaat lalu.
Kira-kira 40 peratus berkata orang Najib, manakala 25 peratus pembaca berkata mereka tidak tahu.
Walaupun pihak polis berkata Balasubramaniam mungkin berada di luar negara, tetapi 54 peratus pembaca berkata penyiasat persendirian itu masih "berada di Malaysia".
Salah satu syarat penting dalam Islam untuk menjadi seorang pemimpin ialah akhlak dan moral orang itu mestilah kelihatan bersih. Adakah Najib menepati piawai yang ditetapkan oleh Islam?
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih
Najib! You are gone! No PM for you lah!
ReplyDeleteaziz