Thursday, July 24, 2008

BIJAKNYA UMNO MENCATORKAN POLITIK MALAYSIA-SIRI 1

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Politik Malaysia berada dalam kancah ‘peperangan saudara’ untuk merebut kuasa memerintah negara ini. Memandangkan politik dalaman UMNO berada dalam keadaan yang terumbang-ambing, tidak tentu hala, maka parti-parti pembangkang dalam gabungan Pakatan Rakyat [PR] menggunakan berbagai strategi bagi merebut kuasa dari genggaman UMNO. UMNO yang kelihatan lemah dan letih masih bergelut untuk terus menggenggam kuasa, walaupun dihadapannya banyak masalah yang harus ia tempohi sama ada ia akan rebah atau kekal berdiri hanya masa akan menentukannya.


Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dikatakan melibatkan Najib Tun Razak dengan isterinya Rosmah Mansor menghantui pentadbiran Abdullah dan sukar bagi Abdullah untuk menutup kes ini kerana ia melibatkan hubungan diplomatik dengan negara luar, iaitu Mongolia dan kes ini telah pun mendapat liputan meluas ke seluruh dunia. Dunia pasti berminat hendak mengetahui keputusan kes ini yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.


Kes ini tidak menyerupai kes pembunuhan mistri Norita Shamsudin dan kes mencabul kehormatan dengan meraba punggung [gangguan seksual] terhadap seorang pelayan wanita di Kelab Havana hotel Maridien di Kuala Lumpur Sentral yang kononya melibatkan Jamaluddin Jarjis dengan mudah boleh ditutup failnya. Begitu juga kes-kes rasuah berprofail tinggi yang melibatkan Johari Baharom, Zulkifli Mohd Noor dan Musa Hassan dengan mudah boleh ditutup dengan hanya Abdul Ghani Patail mengeluarkan satu kenyataan.


Pergolakan yang berlaku dalam UMNO juga menambah kerunsingkan Abdullah. Tahun ini UMNO akan mengadakan pemilihan, sudah tentu perebutan jawatan dalam UMNO akan berlaku tidak boleh dielak. Perebutan jawatan akan membentuk puak-puak dan kumpulan-kumpulan tertentu yang akan bercakaran sesama sendiri. Perpaduan dalam UMNO akan menjadi kucar-kacir yang menyebabkan Abdullah sukar untuk memperkasakan semula UMNO. UMNO akan terus lemah dan menghilangkan keyakinan rakyat untuk kembali menyokong UMNO. Akhirnya UMNO akan hancur berkecai dilanda badai mainan politik dalaman yang rakus dengan kuasa dan wang.



Dalam pada itu, PR pimpinan Anwar Ibrahim terus mendapat sambutan rakyat. Rakyat mulai melupai jasa-jasa UMNO akibat perbuatan UMNO sendiri yang meminggirkan rakyat. Anwar Ibrahim telah menjadi icon rakyat. Tempat rakyat menaruh harapan tinggi agar nasib mereka dibela sepertimana janji-janji yang dibuat oleh Anwar sebelum dan selepas pilihan raya menambat hati rakyat untuk membuat perubahan. Anwar begitu yakin bahawa PR akan dapat mengambilalih kuasa daripada UMNO.



Beliau turun menjelajah seluruh negara terutama di Sabah dan di Serawak untuk mencuri peluang mendapatkan sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen daripada wakil-wakil di kedua-dua buah negeri ini. Ini bukan impian kosong lagi, apabila SAPP yang diketuai oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee mulai mengkritik Abdullah dan bercadang mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Abdullah. Ini memberi gambaran bahawa impian Anwar itu akan menjadi kenyataan. Selepas SAPP membuat kejutan adalah dijangkakan ada parti-parti lain dalam BN akan mengikut jejak Yong Teck Lee keluar daripada BN. Abdullah dan para pemimpin lainnya mulai kecut perut melihat gelagat Anwar dan PR yang mencanak naik dalam politik Malaysia



Abdullah Ahmad Badawi dan penasihat-penasihat yang mengelilingnya menyedari hakikat ini. Dihadapan Abdullah sekarang ini ada dua pilihan. Pertama, Abdullah selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri harus melepaskan jawatan yang dipegangnya itu kepada Timbalannya, Najib Tun Razak bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO sepertimana yang dibuat oleh Mahathir menyerahkan kuasa kepada Abdullah dan UMNO kembali kuat pada PRU ke-11. Tindakan ini perlu bagi memenuhi kehendak sebahagian besar pemimpin dan ahli-ahli UMNO, termasuk mantan PM, Tun Dr.Mahathir Mohamad. Beliau dipertanggungjawapkan terhadap keputusan PRU ke-12 lalu. Atau kedua, beliau perlu mengekalkan jawatanya dengan apa cara sekali pun, walaupun alasan yang diberikannya tidak diterima oleh kebanyakan pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Beliau memilih pilihan kedua untuk menggekalkan jawatannya.



Kemelut yang melanda UMNO hari tidak terjadi dengan sendirinya. UMNO perlu bermuhasabah apakah UMNO telah dilakukannya sepanjang 50 tahun ia memerintah negara ini. UMNO perlu merenung apa yang tersirat bukan yang tersurat. Apa boleh diperkatan disini ialah UMNO telah banyak membaut kesilapan. UMNO bertindak zalim terhadap sesiapa sahaja yang cuba menentangnya. Perbuatan zalim ini dibalas oleh Allah s.w.t dalam bentuk dilema yang melanda UMNO kini. Ianya adalah hasil doa daripada orang-orang yang kena zalim secara individu, kumpulan, organisasi dan sebagainya.



Bagi memulihkan keadaan, Abdullah Ahmad Badawi mesti mengambil beberapa langkah bagi menyelamatkan beliau dan UMNO daripada terus tenggelam. Abdullah memulai langkah memperbaiki keadaan itu. Langkah pertama, ia harus membuat sesuatu bagi memadam kemaraan PR dan menghalang pengaruh PR daripada menguasai politik dalam negara ini. Kegagalannya, bererti UMNO akan tumbang bersama-sama dengan beliau juga akan turut tumbang.



Jadi, apakah tindakan-tindakan yang telah ambil bagi mengatasi perkara ini?
Sambung ke siri ke 2/-


[Memandangkan artikel ini panjang dan mengelak pembaca merasa bosan, maka ia akan disiarkan dalam 4 siri]


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

No comments:

Post a Comment