Assalamu'alaikum wm.wrt,
Seluruh rakyat Malaysia daripada berbagai peringkat mengeluh dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi pada minggu lepas. Kadar kenaikan yang begitu tinggi sekali dalam sejarah kenaikan harga minyak di negara ini melambangkan kerajaan UMNO tidak prihatin langsung terhadap nasib yang menimpa rakyat yang miskin yang tinggal di kampung-kampung yang majoritinya menjadi penyokong kuat UMNO pada pilihan raya umum lepas.
Dalam konteks ini, kenaikan dari RM0.30 pada tahun 2006 kepada RM0.78 menjadikan harga minyak sekarang berubah dari RM1.92 selitar kepada RM2.70 memberi tamparan ke muka orang-orang yang memberi undi kepada UMNO khususnya bangsa Melayu di luar bandar. Memang Melayu tidak sedarkan diri. Pakatan Rakyat telah membuat janji bahawa sekiranya ia menang, harga minyak akan diturunkan ke paras yang munasabah bagi kepentingan semua pihak. Sekarang nah rasakan.
Seperkara yang mahu diingatkan disini, tidak ada gunanya kita membuat demontrasi yang dihadiri oleh sebilangan kecil yang ada sensiviti ke atas dasar kenaikan harga minyak yang melampau ini. Kalau sekitar puluhan ribuan sahaja yang hadir dalam demontrasi yang akan dianjurkan nanti, ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada kerajaan. Harga minyak tidak akan diturunkan dan para demontrasi akan dibaham oleh pasukan polis yang sudah pun bersiap saga untuk bertindak. Arahan, ancaman dan ugutan sudah pun dikeluarkan bagi menakut-nakutkan rakyat yang akan mengambil bahagian dalam siri-siri demontrasi yang bakal dianjurkan itu sepertimana yang kita tempohi selama ini.
Oleh itu, adalah dirayu pihak PROTES yang dipimpin oleh Dr Hatta Ramli, seorang Ahli Parlimen Malaysia perlu mengambil langkah berhati-hati, menyusun strategi dan taktik yang paling berkesan untuk mengumpul orang ramai sekurang-kurangnya 1 juta orang. Ia perlu melebihi angka apa yang telah dilakukan oleh pihak BERSIH pada 10 November tahun lepas.
Catu cara yang yang boleh dilakukan ialah menyusun gerakerja dan mengumpul orang ramai daripada negeri, daerah, cawangan dan kampung-kampung khususnya negeri-negerik yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Kita turun kali dengan dua matlamat : Pertama, harga minyak mesti diturunkan pada paras yang paling munasabah yang menguntungkan semua pihak. Kita tidak mahu lagi suara kita tidak diendahkan oleh pemerintah. Kedua, kalau harga minyak tidak diturunkan, maka kerajaan yang ada pada hari ini mesti diturunkan. Kalau tidak, jangan demontrasi kerana ia merugikan masa, tenaga dan wang ringgit, malah ia mendatangkan mala petaka kepada para demontrasi yang akan dipukul, diterajang, disepak, ditumbuk, diasidkan dan berbagai perlakuan ganas oleh pihak polis.
Disini saya petik poster protes daripada Laman Marhaen untuk renungan kita bersama:
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih
No comments:
Post a Comment