http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
Dibawa khas Oleh : Tun Telanai
Baca rencana ini dulu :
ORANG Melayu yang beragama Islam mesti berwaspada dan hendaklah selalu mengingatkan diri betapa bahayanya mainan Yahudi terhadap umat Islam. Lihatlah negara dan rakyat Palestin bertahun-tahun menderita akibat kekejaman Yahudi.
Sebab itu apabila akhbar Israel Jerusalem Post meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim: Malaysia‘s Future Prime Minister), saya bukan gusar Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi saya risau jika negara kita diperalatkan Yahudi.
Biasalah kerja akhbar membuat ramalan seperti itu. DAP pun buat ramalan yang sama: “Anwar Prime Minister in the making.” Tetapi yang menimbulkan musykil kenapa daripada beribu-ribu akhbar di dunia, akhbar Yahudi saja yang membuat ramalan? Mengapa daripada sekian banyak pemimpin di dunia, hanya Anwar yang menarik minatnya?
Israel sendiri tahu Malaysia adalah salah satu negara Islam yang lantang menentang keras pencerobohan dan penindasan yang dilakukannya ke atas negara dan penduduk Palestin. Apakah dengan membuat ramalan itu sebagai satu daripada cara Yahudi memanipulasi keadaan untuk kepentingannya?
Kita ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku? Apakah ada udang di sebalik batu? Kita harap PKR atau Datuk Seri Anwar sendiri menyatakan pendiriannya.
Mungkin mereka akan mengatakan itu adalah kebebasan akhbar. Walaupun alasan itu betul tetapi dalam masa yang sama ia tidak semestinya mengorbankan prinsip.
Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah negara super power di dunia boleh tunduk kepada Israel, inikan pula sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak mustahil boleh tertiarap di kaki Israel. Yahudi menguasai politik AS bukan baru. Kesemua presidennya mengikut telunjuk Israel. Mereka yang tidak mengikut kemahuan Israel tidak akan dapat bertahan lama sebagai Presiden AS.
Bagi orang Islam Yahudi tetap musuh Islam. Allah S.W.T. memberi penegasan jelas di dalam al-Quran mengenai Yahudi. Jangan hanya kerana kepentingan politik kita tidak mempedulikannya.
Kalaulah ramalan akhbar Israel itu menjadi kenyataan pasti seluruh Malaysia akan memuji ramalan Yahudi itu betul. Dan akhbar Yahudi akan membuat pengiktirafan. Mungkin dalam sejarah Islam, inilah satu-satunya pemimpin yang diiktiraf oleh Yahudi.
Semua orang tahu, Islam mengajar umatnya perlu bijak memilih kawan. Kita boleh berkawan dengan orang kafir, tetapi kafir yang bagaimana? Ini perintah Tuhan.
Pilihlah kafir yang bersedia untuk bertolak ansur dengan kita. Islam menghalang kita memilih orang kafir menjadi pemimpin kita.
Saya harap andaian saya ini hanyalah satu khayalan. Ini kerana saya berpegang kepada ajaran Islam bahawa Yahudi tetap Yahudi. Sebaik mana pun mereka adalah musuh Islam, bangsa yang dilaknati Tuhan. Saya tidak terfikir ada orang Islam sanggup menggadai maruahnya kepada Yahudi.
Sebenarnya saya masih musykil mengapa akhbar Israel tiba-tiba begitu berminat dengan hal ehwal Malaysia? Saya harap kita tidak tertipu dengan mainan Yahudi. Saya harap Pas patut memberi ulasan mengenainya.
Pilihlah kafir yang bersedia untuk bertolak ansur dengan kita. Islam menghalang kita memilih orang kafir menjadi pemimpin kita.
Saya harap andaian saya ini hanyalah satu khayalan. Ini kerana saya berpegang kepada ajaran Islam bahawa Yahudi tetap Yahudi. Sebaik mana pun mereka adalah musuh Islam, bangsa yang dilaknati Tuhan. Saya tidak terfikir ada orang Islam sanggup menggadai maruahnya kepada Yahudi.
Sebenarnya saya masih musykil mengapa akhbar Israel tiba-tiba begitu berminat dengan hal ehwal Malaysia? Saya harap kita tidak tertipu dengan mainan Yahudi. Saya harap Pas patut memberi ulasan mengenainya.
Dalam hal ini pemimpin ulama patut memberi nasihat yang betul kepada Anwar. Malah Pas patut memperbetulkan pendiriannya apabila menerima DAP dalam Pakatan Rakyat. Saya tidak perlu menghurai atau memperjelaskan siapa DAP.
Semua orang tahu.
Orang Yahudi sedang menunggu saat untuk bertepuk tangan melihat sebuah kerajaan pimpinan orang Islam jatuh di kaki bangsanya sendiri. Mungkin ketika itu orang Melayu akan turut bersorak-sorai memuji, betullah apa yang diramalkan oleh akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Semoga kita tidak menang sorak, kampung tergadai.
ULASAN :
Rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia [UM] on-line ini ditulis oleh seorang yang mempunyai agenda politik adu-domba dan mempunyai prasangka politik yang amat buruk terhadap Anwar Ibrahim dan gabungan parti-parti pembangkang [PAS, PKR dan DAP] dalam Pakatan Rakyat yang baru dijenamakan. Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dan UM yang menjadi lidah rasmi UMNO ialah untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat supaya jangan memberi kepercayaan atau undi kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Sekiranya benar apa yang dijangkakan yang Anwar Ibrahim akan bertanding di salah sebuah kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PKR dalam PRU lepas, maka selepas 14 April ini akan ada pilihan raya kecil dan sudah pastinya isu ini akan dijadi bahan kempen utama UMNO untuk menghalang Anwar menapak ke hadapan dalam main-stream politik negara.
Rencana ini juga diterbitkan susulan daripada kenyataan Tun Dr.Mahathir Mohamad di Pulau Pinang pada 30 Mac lalu [Rujuk :http://www.malaysiakini.com/news/80609] ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong. Dr.Mahathir mendakwa Anwar sebagai agen asing dan Anwar akan memperalatkan orang Melayu bagi kepentingan politiknya untuk menjadi Perdana Menteri dan melakukan pengkianatan terhadap orang Melayu-Islam serta rakyat bukan Melayu. Pendik kata Anwar manusia hipokrit atau dalam Islam istilahnya disebut ‘munafik’.
Maksud tersirat disebalik kenyataan Dr.Mahathir dan tulisan Hanafiah adalah negara dan bangsa Melayu-Islam dalam bahaya sekiranya Anwar diberi peluang mentadbir negara ini. Anwar akan sanggup berbuat apa sahaja hatta mengadai maruah bangsa, agama dan negara kepada Barat khususnya Amerika Syarikat [AS]. Israel-Yahudi akan mencaturkan politik dan dasar negara ini melalui pengaruh AS sepertimana apa yang terjadi di Asia Barat. Ketika itu, rakyat dan negara ini akan hancur kerana berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan sesama umat Islam dan juga umat Islam dengan bukan Islam hasil daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh Israel. Ketidakstabilan politik ini menjadikan seluruh kegiatan sektor ekonomi negara akan musnah dan rakyat akan menanggung penderitaan sepertimana yang dirasai oleh rakyat Palestin dan Iraq masa kini. Monyet di hutan disusukan, anak dalam dokongan keciciran. Itulah mesej yang mahu disampaikan oleh mereka berdua ini kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semua persoalan yang dibangkitkan oleh Dr.Mahathir dan Hanafiah mempunyai agenda tertentu. Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr.Mahathir menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayangnya sendiri. Dalam keadaan politik UMNO kucar-kacir dan lemah, tetapi dalam masa yang sama Pakatan Rakyat khasnya PKR melalui wajah politik barunya telah mendapat sambutan dan perhatian seluruh rakyat terutama di kalangan rakyat bukan Melayu seperti yag ditunjukkan dalam PRU lepas. Hal ini menyebabkan Dr.Mahathir merasa bimbang dan kecut perut di atas segala kesalahan yang beliau lakukan selama 22 tahun memerintah.
Banyak penyelewengan dan salahlaku yang dilakukan oleh Dr.Mahathir dalam tempoh tersebut akan ditimbulkan kembali sekiranya Anwar ditakdirkan berjaya menguasai politik dalam negara ini-menjadi Perdana Menteri. Kes-kes yang terpendam selama ini yang melibatkan amalan rasuah dan pelindung perasuah, rasuah dalam sistem kehakiman negara, krisis kehakiman dalam tahun 1988 dan isu pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara akan dibangkitkan semula bagi mencari keadilan. Sudah tentu semua isu ini akan dibongkarkan yang boleh mencemarkan nama baik beliau sebagai negarawan terulung di dalam negara ini. Sepatutnya beliau tidak diganggu lagi dalam usia setuanya, biarkan beliau dalam keadaan tenang dan damai menghadapi saat-saat mengadap Allah s.w.t., tetapi keadaan sebaliknya berlaku.
Perkembangan terkini menunjukkan bahawa politik Anwar Ibrahim menonjak naik melambung, berbanding Abdullah Ahmad Badawi saham politiknya menjunam jatuh akibat beliau menghadapi berbagai masalah dalaman parti dan hal-ehwal pentadbiran negara menyebabkan UMNO menjadi lemah dan boleh ditumbangkan bila-bila masa dari sekarang. Oleh itu, mahu tidak mahu Dr.Mahathir terpaksa melakukan sesuatu untuk menyekat kemaraan Anwar lebih jauh dalam arus politik negara ini. Jadi, isu Anwar menjadi agen asing difikirkannya masih relevan untuk menakutkan rakyat agar menjauhkan diri daripada perjuangan Anwar yang mulai diterima rakyat berbilang kaum dan agama.
Kedua, Hanafiah menulis bagi memulihkan semangat para pendokong UMNO yang terkedu akibat terkejut beruk akibat kekalahan yang mereka terima di luar jangkaan yang menyebabkan timbulnya keributan dalam UMNO. Walaupun UMNO [membawa maksud BN juga] menang dan dapat mengekalkan kuasa untuk memerintah Malaysia kembali, namun ia merupakan kemenangan dalam kekalahan yang paling teruk dalam PRU lalu. Hanafiah sedar bahawa kerajaan UMNO telah kehilangan kepercayaan rakyat. UMNO kehilangan lima negeri [Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan kekal di bawah PAS] termasuk Pulau Pinang, di mana Abdullah merupakan Pengerusi UMNO negeri tersebut. UMNO juga, buat pertama kali dalam sejarah, gagal mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila hanya memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen. UMNO hanya memperolehi 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi dan Pakatan Rakyat memperolehi 49.79 peratus.
UMNO memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semenanjung, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 80 kerusi, hanya lebih 5 kerusi. Tanpa adanya Serawak dan Sabah yang menyumbang 40 peratus sebanyak 55 kerusi, sudah tentu UMNO sudah jatuh daripada tampok kekuasaannya sekarang. Anwar Ibrahim telah berjaya menjadi penyatu kepada parti-parti pembangkang utama sehingga mencapai kemenangan besar dalam PRU lalu. Menyedari hakikat tersebut, maka Hanafiah terpaksa menulis rencana berkenaan bagi pihak UMNO bagi tujuan menimbulkan keraguan dan ketakutan dikalangan rakyat terhadap perjuangan sebenar Anwar.
Dakwaan terhadap Anwar sebagai agen asing dan tulisan yang berbau unsur hasutan berdasarkan andaian semata-mata tanpa bukti merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun. Dunia sekarang ini bersifat global dan terbuka. Selaras dengan dasar luar Malaysia yang mahu berbaik-baik dengan semua negara di dunia tanpa mengira ideologi dan sempadan politik adalah menjadi matlamat utama wajah politik di Malaysia kini. Tanpa ada fahaman perkauman dan diskriminasi yang berlaku di antara kaum dalam negara ini atau pun dengan negara-negara luar sama ada blok barat atau blok timur atau sebagainya.
Anwar cuba membawa agenda ini untuk kebaikan seluruh umat manusia tidak kira di mana ia berada. Ianya adalah sesuai dengan zaman bertamadun di abad ke 21 ini. Islam adalah agama universal dan keadilan sejagat merupakan sebahagian daripada tuntutan Islam yang perlu dilaksanakan. Mempertingkatkan hubungan dalam dan luar negara tentu akan menambahkan lagi hubungan dua hala dan meningkatkan lagi kerjasama dalam berbagai sektor untuk memajukan negara dan rakyatnya. Hendaklah kita berkawan dengan semua orang. Kurangkan musuh, banyakkan sahabat. Islam sendiri mengalakkan umatnya mengenali satu sama lain. Berbuat baik dengan barat [khususnya AS] tidak berti kita menyokong segala dasarnya yang tidak menguntungkan ummah. Pertemuan face to face di antara Abdullah dengan Presiden George W. Bush sedikit masa lalu, tidak bererti Abdullah menyokong dan dijajah pemikirannya oleh AS dan Yahudi telah pun berjaya menyusup masuk mencampuri urusan dalam negara kita.
Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya dalam satu wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 2004 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1964 di AS, Dr.Mahathir juga pernah mengadakan pertemuan dengan Dr. Henry Kissinger, ketika itu sebagai Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi dalam seminar anjuran Asia Foundation.
Selepas itu, Dr.Mahathir telah mengadakan dua kali pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissinger, Pertama di New York dan kali kedua di Kuala Lumpur pada 6 Mac 1987. Ianya diadakan secara perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur" anjuran ISIS ketika itu dibawah pentadbiran Dr. Noordin Sophie.
Dr.Mahathir juga pernah menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor [Datuk Bandar] berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles pada Januari 1997. Dalam pertemuan tersebut Dr.Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan atau perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Idea itu terhenti apabila Abdullah mengambilalih tampok pemerintahan negara kerana Abdullah bukan seorang yang cintakan ilmu lebih-lebih lagi dalam dunia ITC.
Pada tahun 1997, Dr.Mahathir menjemput belia-belia [pelajar-pelajar] Israel melawat Malaysia untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah IPTA di ibu negara dan membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa [ICC]. Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh Dr. Mahathir. Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Tuan Haji Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kubang Krian YB Salahuddin Ayob ditangkap dan dipenjarakan.
Sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi diberi kontrak untuk membantu UMNO merangka strategi pilihan raya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihan raya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat [Dr. Henry Kissinger juga merupakan penasihat kepada Presiden Reagan]. Pada tahun 1998, negara mengalami krisis kewangan dan Dr. Mahathir mengambil syarikat Solomon Smith & Barney [juga sebuah syarikat Yahudi] sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika dan Eropah.
Dan pada September 1999, Menteri Luar Malaysia ketika Syed Hamid Albar [kini Menteri Dalam Negeri] telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Israel, David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.
Pada 13 Oktober 1994, Far Eastern Economic Review melaporkan bahawa Dr.Mahathir telah memberitahu bahawa pengiktirafan [Israel] adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestin dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur dalam mesyuarat tersebut. dan pada Disember 1996, Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Ini adalah rancangan Dr.Mahathir untuk menjalinkan perhubungan diplomatik dengan Israel.
Itu adalah serba sedikit catatan peristewa yang pernah dicatatkan yang melibatkan hubungan Dr.Mahathir dengan Isreal-Yahudi secara langsung. Kenapa akhbar dan Hanafiah tidak menuduh Dr.Mahathir sebagai pengkianat bangsa, agama dan negara lebih-lebih lagi UMNO sekarang menghadapi kecaman yang paling hebat daripada Dr.mahathir, malah sepatutnya Dr.Mahathir tidak perlu membuat sebarang tuduhan dan dakwaan yang melulu terhadap Anwar Ibrahim.
Dr. Mahathir juga mempunyai pendekatanya tersendiri untuk membela bangsa, agama dan negara.
Persoalanya, kenapa Anwar dituduh sedemikian rupa sedangkan beliau juga mempunyai pendekatan tersendiri bagi membina negara ini, buruk sangatkah Anwar Ibrahim?
Lihat surat hubungan di antara Dr.Mahathir dengan Israel-Yahudi
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam.
Salam,
ReplyDeleteDari kenyataan di atas, dapat saya membuat kesimpulan dangkal, dan mohon maaf jika tersilap.
Jangan terpedaya, ini mungkin salah satu agenda politik untuk mengaitkan DS Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi Laknatullah.
Dan berkemungkinan besar isu ini dipermainkan oleh Kumpulan Mahathir atau Pak Lah. Bukankah sebelum ini pun DS Anwar sudah di kaitkan sebagai agen kepada Amerika Syarikat.
Harap dipertimbangkan ramalan tersebut. Ini adalah permulaannya sahaja, dan mungkin kita akan digemparkan lagi dengan berita2 yang lebih hangat lagi berkaitan isu ini.
Wassalam.
KASIHAN KITA SEMUA DIPERBODOHKAN OLEH ANWAR.
ReplyDeleteMINTA MAAF KALAU MENYINGGUNG SEMUA YANG ADA.
SAYA ORANG JALAN KILANG UBI DAN RUMAH MAK SAYA BERDEKATAN DENGAN KUBUR DAN BERHADAPAN DENGAN GALERI PEJUANG DI CHEROK TO KUN.
KAMI SEMUA TELAH TAHU PERANGAI ANWAR YANG SUKA MELAGAKAN ORANG DI TEMPAT KAMI SENDIRI SEJAK ANWAR MASIH DALAM UMNO LAGI.
PADA ZAMAN KEGEMILANGAN ANWAR SEBAGAI TIMABALAN PERDANA MENTERI LAGI PERANGAI NYA YANG SUKA KAWAN DENGAN YAHUDI TELAH DI KETAHUI.
TAK PERCAYA TANYALAH SENDIRI DENGAN ORANG CHEROK TO KUN. KAMI PASANG BENDERA PKR DI RUMAH BUKAN DISEBABKAN KAMI MENYOKONG ANWAR TAPI DISEBABKAN KAMI TERPAKSA PASANG BENDERA TERSEBUT KALAU TIDAK CERMIN KERETA ATAU CERMIN RUMAH DI PECAHKAN.
ANWAR MEMANG KAKI KAROKE ANWAR PERNAH MENARI SAMBIL DIIRINGI OLEH KUGIRAN SEHINGGA PUKUL 2 PAGI DENGAN TIDAK MENGHORMATI KUBUR DI SEBELAH RUMAH MAK ANWAR
SELAIN ITU PEMBANTU RUMAH ANWAR PULA KALAU SEMUA NAK TAHU ADA 3 ORANG YANG DIMANA LELAKI LEMBUT ATAU PONDAN.
SEMASA ANWAR BERADA DALAM PENJARA DAHULU BERMACAM MACAM CERITA YANG KELUAR ANTARANYA PADA TAHUN 1999 SEWAKTU BARISAN ALTERNATIF BERKEMPEN UNTUK PRU. A
ANWAR MENGUTUS SURAT KE PENANG DENGAN TULISAN CINA KEPADA PEMIMPIN KAFIR HARBI DAP YANG MENYATAKAN JIKA B.A MENANG PADA TAHUN 1999 MAKA ANWAR AKAN MENJADI PERDANA MENTERI DAN IA TIDAK AKAN MEMBIARKAN MELAKSANAKAN UNDANG UNDANG ISLAM MALAH IA AKAN MEMBAWA PELABUR U.S YANG KAYA UNTUK MELABUR DAN MEMPERCEPATKAN PROSES GLOBALISASI.
MAKSUDNYA KITA ORANG ISLAM AKAN TERUS BERADA DI BAWAH SELAMA NYA KERANA YANG MENGUASAI EKONOMI ADALAH ORANG YANG ANTI ISLAM SEPERTI YAHUDI.
UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA JUGA SURAT ANWAR ANWAR TERSEBUT TELAH DITERJEMAHKAN OLEH ANAK SAUDARA SAYA KERANA ANAK SAUDARA SAYA BELAJAR DI SEKOLAH CINA. SETELAH BERITA ITU DI DEDAHKAN RUMAH SAYA DAN KERETA AYAH SAYA TELAH DIPECAHKAN CERMIN DAN ANAK SAUDARA SAYA DIBELASAH HINGGA PATAH KAKI DAN MEREKA UGUT KALAU REPOT POLIS MEREKA AKAN LAKUKAN PERKARA YANG LEBIH TERUK LAGI.
ANAK SAUDARA SAYA MENJADI TRAUMA DAN TERPAKSA DIHANTAR KE SEKOLAH ASRAMA.
PENDUDUK KAMPUNG KAMI SENDIRI YANG RAPAT DENGAN ANWAR PERNAH BERTANYA SENDIRI PADA ANWAR PADA TAHUN LEPAS TENTANG PERGABUNGAN PARTI.
ANWAR DENGAN MARAH BERKATA PADA KAMI " HEI KITA BUKAN BODOH KALAU KITA LAKSANA HUDUD MAKA PELABUR LARI LAH BODOH. LEPAS TU KALAU KITA MUNDUR NANTI BOLEH KAH KITA LAKSANA KAN HUDUD??" KATA ANWAR DENGAN PENUH BONGKAK MENIDAKKAN PERINTAH ALLAH DENGAN MENGKRITIK DENGAN LANTANG HUDUD SEWAKTU AZMIN DAN EZAM ADA BERSAMA
SAYA HARAP KITA JANGAN TERPENGARUH DENGAN ANWAR KERANA KAMI NI ORANG DI KAMPUNG ANWAR DAN KAMI TAHU PERANGAI ANWAR
SAYA MELETAKKAN NAMA SEBAGAI Anonymous BUAKN SEBAB TAKUT TETAPI HENDAK MENJAGA KESELAMATAN AHLI KELUARGA SAYA
Gua pun dah pening, mana yang betul ni, BTW any tuduhan mesti berdasarkan bukti dan fakta yg realible. Bukannya saya nak perkecilkan orang Jln Kilang Ubi.
ReplyDeleteNamun tak salah jika ambil sikap berwaspada kan,isu sdr Ezam & Nora reformis kluar PKR mesti ada cerita disebaliknya. Rasanya pimpinan PAS pun lebih tahu akan hal ini. Harapan gua Barisan Rakyat terus mantap di 5 negeri, sebarang permasalah diselesaikan secara baik & tertutup, yg penting rakyat mendapat manafaat, kalau tak next PRU, abis laaa
ASSALLAMUALAIKUM
ReplyDeleteBlog anda bagus tapi anda nampak sangat seorang Ahli PKR yg terlalu TAKSUB MEMUJA YGB. DATO'SERI ANWAR IBRAHIM.
Saya cuma nak sdr jelaskan beberapa perkara berikut:
1)Ucapan Dato'seri Anwar semasa di pecat dari semua jawatan dalam kabinet yg mana antaranya beliau menegecam Tun Mahathir(PM ketika itu)kerana tidak mahu ambil PINJAMAN WANG DARI TABUNG IMF dengan bermacam-macam FITNAH, SEDANGKAN APA JADI KEPADA NEGARA YANG AMBIL WANG DARI TABUNG TERSEBUT????.,
ADAKAH ANDA SEMUA LUPA?????
2)TUAN GURU DATO' NIK AZIZ(MB KELANTAN) BERKATA KEBERANIAN TUN MAHATHIR MELAWAN YAHUDI TAK DAPAT DITANDINGINYA(Sila Rujuk dalam YOU TUBE).,
3) Siapakah MENTERI KEWANGAN pada masa NEGARA telah kerugian Berbillion-billion Ringgit dalam urusan FOREX??????
3)Sila Lihat sejarah YAHUDI dan USA.....MEREKA HANYA BERBAIK-BAIK/BERKAWAN dengan mereka-mereka yang boleh dikawal/kontrol oleh mereka sahaja(Dgn lain perkataan BALACHI mereka).,
2)Samaada anda mengakui atau tidak
sepanjang 22tahun Tun Menjadi Perdana Menteri:
2.1) Beliau telah menyedarkan Orang-orang Melayu dari lamunan/tidur(kecuali Pak Lah)tentang betapa pentingnya Bidang Perniagaan yang selama ini telah di monopoli 100% oleh Bangsa lain.,
2.2) Mengatasi krisis Ekonomi (2 kali) yang melanda Negara tanpa mengadaikan negara kita kepada kuasa besar(terutama kepada negara yang dikontrol oleh YAHUDI).,
2.3) Selama 22 tahun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri....Alhamdulillah kita dapat hidup dengan AMAM,MAKMUR dan SENTOSA.
cukuplah setakat tu saja untuk kali ini dan saya pohon (jika sdr beragama ISLAM) tolong komen balik dgn SEJUJUR-JUJURNYA/SEIKHLAS-IKHLASNYA DEMI UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.
WASSALAM
Ikhlas Dari
KHERUL MALIK
saya rasa cukuplah dulu setakat itu oleh itu jgnlah kita jadi
salam
ReplyDeletesoalan saya,dari manakah anwar mendapar dana pilihanraya pru 12 membiayai ke semua calon2 PKR yang bertanding,adakah dari sumber2 yahudi @ amerika?
mana bukti surat cina? hahaha. sejak bila pula kerajaan tidak lindungi musuh anwar?
ReplyDeletesalam tun
ReplyDeletetumpang tanya betul ka pembebasan DSAI oleh hakim adalah didalam pre-plan kem najib dan think-tong nya?Drama yang dimainkan beberapa tahun dahulu bersama pre-plan PRU12 nampaknya berjaya supaya beliau dapat naik cepat menjadi PM?paklah kena serang,DSAI gumbira sebentar...najib sapu bersih?hebat!!dengan dana yang begitu banyak beliau juga boleh membayar sebuah akhbar israel menyiarkan isu bakal PM malaysia?hebat!!politik najib sehebat mantan mamak bendahara yg 'menjangkaui' zamannya?betulkah?