Tuesday, March 18, 2008

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?

Oleh: Rosli Yusof
Laman marhaen :
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_rosliyusof01.html
Assalamu'alaikum wm.wrt,



Setelah gagal dalam Projek Tanjung 1 hingga ke projek Tanjung 3 DAP melangkah ke pilihan raya 2004 ini tanpa pengharapan untuk menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang. Mimpi untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin hanya pada Penasihat Parti DAP sewaktu beliau menjadi setiausaha agung parti tesebut suatu ketika dulu tetapi mungkin tidak bagi anaknya Lim Guan Eng. Dalam kenyataan-kenyataannya sebelum pilihan raya setiausaha agung DAP ini tidak pernah membayangkan DAP akan menguasai negeri Pulau Pinang. Apa lagi jika di lihat sikap pengundi cina di Pulau Pinang yang membuat pecahan undi yang cukup ketara bagi kerusi parlimen dan DUN pada setiap kali pilihan raya.

Sebagai contoh dapat kita ambil satu keputusan pilihan raya 2004 di parlimen Bukit Mertajam di mana calon DAP memperolehi hampir 9,000 majority tetapi sekiranya di bandingkan ketiga-tiga DUN di Parlimen Bukit mertajam BN memperolehi majority hampir 10ribu undi. Begitu juga di parlimen Bagan, Tanjong, dan Bukit Gelugor. Dari kenyataan inilah DAP tidak pernah untuk menaruh harapan untuk menjadi penguasa di Negeri Pulau Mutiara ini.. Guan Eng dalam satu kenyataannya sebelum pilihan raya berkata BN sudah pasti akan terus menang tetapi apa yang di harapkan janganlah terjadi Tsunami BN sehingga BN menyapu semua kerusi. Namun tsunami politik yang di bimbangi Guan Eng itu bukanya melanda pembangkang tetapi menghanyutkan terus MCA,Gerakan dan MIC di Pulau Pinang . Inilah kenyataannya.


UMNO Pulau Pinang tonggak atau tunggul?


Tun Dr Mahathir dalam satu lawatannya di Pulau Pinang sebelum bersara dari jawatan Perdana Menteri berkata keadaan hidup orang melayu Pulau Pinang seperti zaman perang Jepun. Melayu Pulau Pinang hanya berbangga dengan bagunan yang tinggi melayut di depan mata mereka sedangkan mereka sama ada sedar atau tidak di sebalik pembangunan itulah terselit kedaifan melayu Pulau Pinang. Inilah mentality melayu Pulau Pinang khususnya mereka yang tinggal di sebelah pulau.

UMNO dulu kini dan selamanya telah mengkhianati melayu Pulau Pinang. Ketika Gerakan yang yang pada suatu ketika dahulu menjadi parti pembangkang berjaya menakluki negeri Pulau Pinang, UMNo masih teguh berdiri, Yang hilang adalah kerusi MCA dan begitu juga Ketika Gerakan dan MCA hilang banyak kerusi pada pilihan raya 1990 umno masih kekal berdiri dengan semua kerusi UMNO tidak hilang Kesimpulannya orang melayu terus setia kepada UMNO walaupun sejarah telah menunjukan orang cina sudah 3 kali membuat perubahan politik di negeri Pulau Pinang. Persoalannya benarkah suara melayu di Pulau Pinang telah hilang setelah DAP menjadi Ketua Menterinya. Kenapa sekarang baru timbulkan perkara ini? Setelah 50 tahun di kuasai MCA dan kemudiannya Gerakan baru sekarang terasa melayu akan di pinggirkan.


UMNO Pulau Pinang dan ketuanan melayu.


Ini sajalah modal umno untuk terus menipu orang melayu. UMNO sememangnya juara dalam isu perkauman. Bagi orang melayu Pulau Pinang(Bukan semua) hanya umno lah satu-satunya tempat mereka benaung. Dengan selogan Hidup Melayu, parti kebangsaan melayu ini terus menerus menipu orang melayu Pulau Pinang. Bagi melayu Pulau Pinang sekira jatuhnya UMNO maka akan lenyaplah melayu di Pulau Pinang.

Inilah yang didendangkan oleh pemimpin UMNO dalam perjumpaan dengan orang melayu. Sekian lama sejak penulis mula mengenali dunia politik inilah satu modal pemimpin UMNO yang membuat UMNO terus di sokong oleh melayu Pulau Pinang walaupun mereka tahu bahawa di dalam umno itu terpalit dengan berbagai gejala yang buruk dan busuk. Jeritan ketuanan melayu hanyalah selogan untuk meneruskan penguasaan pemimpin umno meraih kekayaan untuk diri sendiri sedangkan orang melayu terus terpinggir di Pulau Pinang .


PRU 12

Bekas ketua menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Su Kon dalam setiap kenyataannya sebelum pilihan raya telah membayangkan betapa Gerakan akan melalui detik yag paling sukar di dalam pilihan raya kali ini. Setelah mengabil alih jawatan presiden Gerakan daripada Dato Seri Lim Kheng Yek bekas ketua menteri ini begitu berat untuk meninggalkan kerusi empuk di Pulau Pinang yang telah 18 tahun beliau duduki. Di atas kapasitinya seorang pemangku presiden mahu tidak mahu beliau terpaksa juga beralih angin ke pusat untuk menjadi seorang menteri penuh. Sikap pengundi cina yang selama ini membuat pecahan undi dalam setiap pilihan raya bukanlah sesuatu yang selesa bagi bekas ketua menteri Pulau Pinang ini untuk begitu yakin di kerusi parlimen.



Setelah di tinjau di setiap parlimen yang di peruntukan kepada Gerakan akhirnya beliau memilih untuk menghitung nasib di kerusi parlimen P46 Batu Kawan yang sebelum ini di wakili oleh Naib Ketua Pemuda Gerakan Malaysia saudara Huan Cheng Guan. Dengan berbekalkan keputusan pilihan raya 2004 bermajaroti lebih dari 8000 undi Tan Sri Koh meletakan keyakinan yang tidak pasti di parlimen tersebut. Lawanya Prof Dr P. Ramasamy seorang bekas pensyarah UKM di bawa khas oleh DAP untuk bertanding menentang beliau.

Dengan kelebihan pengundi cina sebanyak 55% dan di tambah dengan kesetiaan orang melayu kepada BN seramai 22% Tan Seri Koh mengharapkan Batu Kawan menjadi penyelamat beliau untuk meneruskan survival seoarang menteri penuh kerajaan Malaysia. Namun telah terjadi apa yang telah terjadi beliau tersungkur dengan kalah majority lebih 9 ribu undi. DAP dan PKR menyapu bersih di kesemua DUN tersebut. Sehingga jam 8 malam pada hari tersebut DAP sahaja telah merampas 18 kerusi DUN di seluruh negeri Pulau Pinang. Di mana sahaja calon MCA, Gerakan dan MIC bertanding rakyat telah memberi pukulan KO tanpa rasa belas lagi.


Melayu penyelamat BN di Pulau Pinang .


Dalam peralihan pengudi cina dan India pengudi melayu masih memberi taat setianya kepada BN. UMNO menang di semua DUN yang majority besarnya orang melayu. Dari 15 kerusi DUN yang di berikan kepada UMNO, UMNO berjaya mempertahankan 11 kerusi yang sedia ada. Inilah 11 wakil umno yang selama ini nyenyak tidur di dewan undangan negeri kini menjadi wakil pembangkang. Setelah 50 tahun menjadi pemerintah, selama 50 tahunlah UMNO hanya menjadi pengikut kepada MCA dan kemudiannya Gerakan kini barulah merasa untuk menjadi ketua di Dewan undangan negeri Pulau Pinang walaupun bukan ketua menteri tetapi ketua pembangkang. Inilah nasib UMNO Pulau Pinang yang hanya mampu menjadi ketua setelah hilangnya kesemua kerusi MCA dan Gerakan. Mungkin sekiranya MCA atau Gerakan masih mempunyai satu kerusi di Pulau Pinang jawatan ketua pembangkang akan terus di berikan kepada mereka.


Sekiranya di kaji kepada keputusan pilihan raya di Pulau Pinang melayu masih memberi undi kepada calon-calon MCA dan Gerakan di Pulau Pinang. Sebagai contoh kerusi P46 Batu kawan yang di tandingi oleh bekas ketua menteri masih meraih undi sebanyak 13ribu. DUN N17 Bukit Tengah mempunyai pengudi melayu teramai di parlimen tersebut menyumbangkan hampir 7 ribu undi kepada BN. Dua orang calon UMNO/BN yang tewas pula adalah di tempat pengundi melayunya hanyalah seramai 27% di N20 Sungai Bakap dan N37 Batu Maung iaitu seramai 50%. Dua lagi calon UMNO/BN yang tewas adalah di kawasan kubu kuat BA iaitu N11 Permatang Pasir dan N12 Penanti iaitu di Parlimen Permatang Pauh.


Di kesemua kawasan yang di tandingi PKR dan DAP di kawasan pengudi melayu kurang dari 20% parti bekas pembangkang ini memperolehi majorti undi yang cukup banyak.


Kesimpulan dari keputusan pilihan raya ini dapatlah di buat bahawa melayu Pulau Pinang masih terus setia kepada BN walau hidup mereka terus di tindas dari masa ke semasa tanpa pembelaan sewajarnya dari parti yang selama ini menjadi tempat bergantung harap mereka.


Kerajaan baru untuk semua?


Ketua menteri Pulau Pinang yang baru YAB Lim Guan Eng dalam kenyataan sulungnya kepada media terus mempertahankan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang adalah kerajaan untuk semua. DAP yang membawa bersama PKR dan PAS dalam kerajaannya tanpa megira kaum dan agama. UMNO yang baru tersedar dari mimpi indah selama 50 tahun terus dengan tradisi perkaumannya mengapi apikan orang melayu bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang akan meminggirkan melayu Pulau Pinang. Maka timbulah cakap cakap seperti orang yang tak punya pelajaran seperti masjid akan di robohkan, sembahyang jumaat tidak di benarkan lagi dan lebih hebat bila YAB Ketua Menteri menyatakan Pulau Pinang tidak lagi memerlukan DEB.


Inilah UMNO bila terantuk baru nak melangut. Apa yang UMNO buat untuk orang melayu selama berkuasa? Mengapa sekarang baru becakap soal masjid sedangkan UMNOlah yang menyekat dan menyempitkan fungsi masjid semasa berkuasa dulu. Di manakah ekonomi orang melayu Pulau Pinang sewaktu DEB masih ada?


Sejarah era DAP baru bermula.


Kepada pemimpin UMNO kita ingatkan jangan cuba bermain api perkauman untuk meraih simpati orang melayu. Bukalah sejarah kembali siapakah yang menyokong syarat jus soli yang di minta British? Cari semula memorandum PAS kepada Suruhan Jaya Bebas ketika kepimpinan Dr burhanuddin al Helmi tentang syarat British itu untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. UMNO di bawah YBM Allahyarham Tengku memandang remeh malah di bakul sampahkan pandangan bangsanya sendiri. Mengapa kini baru kita membangkitkan isu isu perkauman yang cukup sempit ini.


Belum seminggu DAP menjadi kerajaan sudah riuh pemimpin UMNO menuduh DAP itu dan ini tanpa fakta. Ingatlah DAP belum punya sejarah meruntukan rumah ibadat orang Islam. DAP belum punya sejarah meminggirkan orang melayu. Sejarah DAP sebagai pemerintah baru bermula pada 8 mac lalu. Yang punya sejarah termaktup adalah BN itu sendiri. Bukankan kerajaan UMNO/BN yang meruntuhkan masjid dan surau? Bukankah kerajaan UMNO/BN yang membiarkan melayu terus terpinggir di tanah airnya sendiri. Itulah sejarah yang berfakta setelah 50 tahun UMNO/BN di beri mandat untuk mentakbir Pulau Pinang.


Di bawah ini adalah rajah keputusan pilihan raya ke 11 dan ke 12 untuk kita buat perbandingan.


Rajah 1


PERBANDINGAN KERUSI PARLIMEN YANG DI MENANGI MELAYU BERBANDING KERUSI BUKAN MELAYU 2004 DAN 2008




Jumlah kerusi Melayu 2004 (UMNO+PAS+PKR) : 102 kerusi
Jumlah kerusi Melayu 2008 (UMNO+PAS+PKR) : 107kerusi

Jumlah Penambahan kerusi Melayu 2008 : 5 kerusi
Kerusi Melayu yang di wakili Baisan Rakyat dan Bebas yang kalah di tangan calon bukan-Melayu Barisan Nasion : 13 kerusi


Rajah 2


PERBANDINGAN KERUSI NEGERI YANG DI MENANGI MELAYU BERBANDING KERUSI BUKAN MELAYU 2004 DAN 2008




Jumlah kerusi Melayu 2004 (UMNO+PAS) : 307 kerusi
Jumlah kerusi Melayu 2008 (UMNO+PAS+PKR) : 311 kerusi
Jumlah Penambahan kerusi Melayu 2008 : 5 kerusi
Kerusi melayu yang di wakili Barisan Rakyat dan Bebas yang kalah di tangan calon bukan-Melayu Barisan Nasional : 16 kerusi


Siapa pengkhianat Melayu?


UMNO dulu kini dan selamanya tidak pernah untuk mengaku kelemahan sendiri apatah lagi untuk rasa bersalah. Yang di salahkan adalah para pengundi melayu yang kononnya memberi undi kepada DAP. UMNO yang hanya bermodalkan perkauman sempit ini menyelar orang-orang melayu yang memberi sokongan kepada DAP. Seorang veteran UMNO dalam temuramah di buletin utama TV3 menyatakan orang melayu yang memberi undi kepada DAP tidak mempunyai semangat kebangsaan. Orang melayu yang mengundi DAP di anggap pengkhianat oleh parti kebangsaan sempit ini. Persoalannya siapakah yang sebenarnya pengkhianat?


Betulkah UMNO mempunyai semangat kebangsaan melayu?


Rajah 1 dan 2 di bawah menunjukan kerusi yang di menangi dalam pilihan raya umum ke 12. Diatas semangat kebangsaan melayu yang umno laungkan penulis satukan kerusi melayu merangkumi UMNO, PAS, dan PKR. Begitu juga atas sentimen perkauman yang sempit UMNO penulis satukan juga semua kerusi yang di menangi oleh calon-calon bukan melayu yang melibatkan parti MCA, Gerakan, MIC, DAPdan PKR.


Rajah 1 adalah keputusan pilihan raya bagi peringakat parlimen. Pada pilihan raya ke 11 jumlah kerusi melayu yang di menangi adalah sebanyak 102 kerusi berbanding kerusi bukan melayu sebanyak 62 kerusi. Pada pilihan raya 2008 jumlah kerusi melayu yang di menangi adalah sebanyak 107 kerusi berbanding kerusi bukan melayu sebanyak 57 kerusi. Ini menunjukan pertambahan kerusi melayu sebanyak 5 kerusi pada pilihan raya yang ke 12. Lihat juga kerusi yang di tandingi oleh calon melayu atas tiket pembangkang yang tewas kepada calon bukan melayu dari BN iaitu sebanyak 13 kerusi.


Lihat pula rajah 2 iaitu kerusi keputusan pilihan raya ke 11 dan ke 12 bagi kerusi DUN. Berbanding pilihan raya umum ke 11 menunjukan penambahan kerusi melayu sebanyak 5 kerusi. Bagi kerusi di tandingi calon melayu mewakili pembangkang yang tewas kepada calon bukan melayu pula sebanyak 16 kerusi.


Nah sekarang lihat sendiri sikap umno yang menjerit ketuanan melayu itu. Sebanyak 28 kerusi yang di tandingi oleh calon melayu mewakili parti pembangkang telah tewas kepada calon bukan melayu tajaan UMNO/BN. Jika benar UMNO itu punya semangat melayu mengapakah UMNO tidak memberi undi atau berkempen untuk memenangkan calon melayu ini. Ini tidak lain melainkan umno itu sendiri tidak pernah memperjuangkan ketuanan melayu melainkan hanya sebagai selogan untuk mencari simpati dan berbohong dan tarus berbohong kepada orang melayu. Kesimpulannya sekarang siapakah yang mengkhianati melayu sebenarnya? Orang melayu atau UMNO itu sendiri.


Benarkah suara Melayu hilang di Parlimen dan DUN?


Riuh rendah jugahak jugahak umno bila pembangkang berjaya dalam misinya menafikan majority 2/3 BN di parlimen dan merampas 4 negeri yang di kuasa BN sejak zaman kemerdekaan lagi.(kecuali Pulau Pinang yang di tawan Gerakan dalam pilihan raya 1969) .Hilanglah suara orang melayu. Menderitalah orang melayu di Pulau Pinang .


Betulkah suara melayu telah hilang atau yang sebenarnya hilang itu suara umno yang selama ini pun mempunyai wakil rakyat yang pekak dan bisu. Seperti yang kita lihat pada rajah di atas hasil daripada kemenangan calon melayu pembangkang yang telah berjaya menewaskan calon BN di mana 10 daripada kerusi tersebut adalah kerusi BN yang di wakili oleh calon bukan melayu telah memberi penambahan kerusi melayu di parlimen dan DUN. Jadi dimanakah faktanya kehilangan suara melayu di Parlimen dan DUN?


Kerusi melayu Pulau Pinang misalnya masih kekal kepada 15 kerusi bagi DUN dan 4 bagi Parlimen. Jika umno yang kononnya berjiwa melayu itu berkempen dan memberi undi kepada calon bebas melayu (mamak) di parlimen Jelutong sudah pasti kerusi parlimen di Pulau Pinang akan bertambah lagi satu. Begitu juga dapat kita lihat penambahan kerusi melayu di Parlimen dan DUN di negeri-negeri seperti Pahang, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.


Pada hakikatnya bukan suara wakil rakyat melayu yang hilang tetapi yang hilang itu adalah suara wakil taukeh UMNO. Rakyat kini benar-benar telah bosan dengan sandiwara umno/BN. Kebosanan itu mereka telah terjemahkan di dalam peti-peti undi. Ingatlah wahai pemimpin umno/BN bahawasanya pilihan raya yang ke 13 ini pengundi saluran satu atau rakyat yang buta maklumat mungkin sudah tidak berkesempatan lagi untuk mengundi. Ingatlah apabila rakyat mendapat maklumat yang sebenarnya maka bersedialah untuk mengosongkan kerusi tertinggi Negara.


”SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
”AMANAH, ADIL DAN BERSIH”


Sekian.Wassalam



No comments:

Post a Comment