Tuesday, March 4, 2008

PRU KE-12: MENGUJI MINDA RAKYAT

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,


UMNO[BN] membuka gelanggang pilihan raya pada kali ini dengan kuasa yang ada padanya. UMNO sudah pun memulakan langkah pertama memperalatkan SPR untuk mengharu-harakan pembangkang dengan isu duti setem yang akhirnya dibatalkan di saat-saat setelah didapati banyak calon-calon UMNO[BN] belum bersedia berbuat sedemikan. Abdul Rashid Abdul Rahman kelihatan seperti 'puppet' yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk berlaku adil kepada semua pihak dalam PRU Ke-12 ini. Beliau hanya menurut perintah apa yang dikehendaki oleh Abdullah Ahmad Badawi bagi memastikan UMNO memenangi pilihan raya tersebut'


Kedua, dengan tiba-tiba pula SPR membatalkan dakwat pencelup jari ke atas pengundi yang telah mengundi bagi mengelak terjadinya mengundi dua kali. Pada mulanya, SPR membuat peraturan semua pengundi wajib dicelup dakwat ke jari kelingking menandakan orang itu sudah pun membuang undi. Kemudian, SPR mengubahkan lagi peraturan tersebut dengan membenarkan pengundi yang tidak mahu mencelup jarinya boleh mengisi borang mendapatkan keizinan daripada SPR.


Memandangkan suasana sekarang ini tidak memihak kepada UMNO, maka peraturan tersebut dibatalkan. Ini merupakan strategi atau taktik UMNO bagi membolehkan 'pengundi upahan' dapat megundi dua kali khususnya di negeri-negeri yang pembangkang [PAS] kuat seperti Terangganu, Kedah, Kelantan dan Perlis. Pada mulanya, UMNO bersetuju mengunakan kaedah ini kerana pertama bagi menunjukkan konon-kononya yang UMNO itu telus, bebas dari sebarang penipuan dan penyelewengan.


Kedua, UMNO pada ketika itu berpendapat bahawa majoriti rakyat berada di pihaknya [berdasarkan keputusan PRU ke-11], tetapi disebabkan masalah dalaman UMNO itu sendiri kelam-kabut dan asakan demi asakan daripada pihak pembangkang, kini kelihatan dacing semakin senget, maka tidak ada kaedah lain, melainkan kaedah mencelup jari ini dibatalkan disaat-saat akhir juga bagi membolehkan pengundi-pengundi mengundi dua kali sepertimana yang berlaku pada PRU ke-12 lalu. Pada PRU tahun 2004 lalu, masa pengundi dilanjutkan sehingga jam 7.00 malam di negeri Selangor bagi membolehkan pengundi-pengundi yang membuang undi di Terangganu sempat kembali dan mengundi pula sekali lagi di beberapa kawasan yang dikenalpasti di negeri ini. Sekali lagi, strategi yang serupa akan berulang.


Menyentoh manifesto yang dikeluarkan oleh UMNO [BN], ia amat melucukan. Pada pandangan saya, think-thank UMNO kurang cerdik sedikit. Ia amat melucukan seolah-olah UMNO mahu memperbodohkan semua rakyat Malaysia. Adalah tidak sesuai sama sekali UMNO menggunakan slogan " SELAMAT, AMAN DAN MAKMOR" yang menjadi bahan kempennya. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa keadaan di Malaysia tidak selamat, kadar jenayah semakin meningkat yang meyebabkan kehidupan rakyat menjadi tidak aman. Makmor bukan semua rakyat dapat merasainya, hanya segelintir sahaja iaitu yang terdiri daripada di kalangan elit-elit politik, kroni dan anak-menantu yang makmor dan kaya-raya, rakyat marhaen papa kedana dibeban dengan kos belanja yang tinggi. Lihat gambar-gambar yang diselitkan di bawah ini 'Berfikirlah secara bijak dan matang':


Jadi, PRU kali ini Abdullah hendak menguji tahap kecerdikan rakyatnya. Sekiranya, rakyat masih tetap memberi sokongan kepada UMNO, maka hasrat beliau untuk mencanai minda rakyatnya menjadi "Minda kelas Pertama' bertaraf dunia adalah GAGAL [sudahlah IPTA-IPTA kita sudah jatuh tersorok dihujung kaki lima], kini fikiran rakyatnya pula masih lagi di era 20an, di zaman batu. Tetapi dari segi politik jangka pendik, Abdullah mendapat banyak munafaatnya gaya fikir rakyat seperti ini. Rakyat seperti ini mudah dibeli dan disembelih bila-bila masa yang dikehendaki. Lembukah kita?


Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia semua kaum, marilah kita sama-sama berganding bahu membuat perubahan demi kepentingan diri kita, anak-anak kita, cucu-cicit kita masa hadapan.


DAH LAMA DAH BERKUASA
50 TAHUN. CUKUPLAH.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGERA"
"PROTES SAMPAI TURUN"


Sekian.Wassalam.

No comments:

Post a Comment