Oleh : Ruhanie Ahmad [http://puteramalaysia.blogspot.com/]
DiBawa Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,
Proses pembunuhan karektor ke atas beberapa VVIP politik Barisan Nasional (BN), termasuk UMNO, menerusi penyebaran DVD atau buku yang dipercayai mengandungi babak-babak skandal, termasuk skandal seks, dijangka merebak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.
Sumber-sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa serangan di Pahang dijangka tertumpua kepada dua kawasan Parlimen tertentu. Motifnya dipercayai adalah untuk menyingkirkan mangsa sasaran skandal itu daripada arus perdana politik Malaysia.
Sumber-sumber yang sama juga menegaskan bahawa proses pembunuhan karektor ini dipercayai sebahagian daripada agenda konspirasi yang dipelopori sejak dua tahun lalu oleh sesetengah pihak yang mendakwa rapat dengan seorang pembesar tertentu.
Bagaimanapun, proses ini jadi semakin ketara kerana PRU12 dijangka diadakan pada tempoh suku pertama tahun 2008. [Blog ini sudah menerima maklumat mengenai tarikh bila Parlimen Malaysia dijangka dibubarkan. Tetapi, kerana maklumat ini perlu di siasat dengan lebih terperinci, kisah pembubaran ini hanya akan saya poskan bila segala maklumat mengenainya sudah saya pastikan secara muktamad.]
Persoalannya pada hari ini ialah: siapakah di sebalik konspirasi berkenaan? Benarkah konspirasi itu dikatakan direstui oleh seorang pembesar tertehtu? Dan, apakah peluang BN jadi bertambah cerah jika beberapa tokoh VVIPnya “dibunuh” menerusi konspirasi berkenaan?
Pada waktu yang sama, adakah apa yang terjadi ke atas menteri MCA yang hari ini meletakkan jawatannya dalam kabinet, sebagai Ahli Parlimen, dan keseluruhan jawatan di dalam MCA pusat, negeri dan bahagian, adalah sebahagian daripada konspirasi tersebut?
Menteri MCA itu mengundurkan diri daripada politik kerana sebuah DVD yang mengandungi adegan seks membabitkan dirinya dengan seorang wanita telah disebarkan di Batu Pahat dan Muar sempena tahun baru 2008.Beberapa sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa penyebaran DVD itu dipercayai dilakukan oleh seorang individu berpengaruh yang baru-baru ini dikatakan telah dikecewakan oleh keputusan menteri berkenaan yang enggan menyokong satu cadangan perniagaan berkaitan kesihatan di kawasan WPI.
Bagaimanapun, beberapa sumber lain pula memberitahu blog ini bahawa apa yang terjadi ke atas menteri MCA itu adalah sebahagian daripada percaturan politik yang besar di dalam parti tersebut, khususnya mengenai kemungkinan MCA mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri II selepas pilihan raya umum kelak.
Oleh itu, sukar untuk dipastikan sama ada kemungkinan konspirasi dalam MCA itu juga adalah sebahagian daripada konspirasi yang akan menyebarkan DVD atau buku ke dua kawasan Parlimen di Pahang tidak lama lagi.
Dalam pada itu, individu berpengaruh yang dipercayai kecewa dengan keputusan menteri MCA itu dikatakan adalah seorang daripada anggota konspirasi yang dijangka bergerak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.
Oleh itu, waspadalah. Konspirasi dan pembunuhan karektor kini seolah-olah menjadi budaya politik Malaysia. Sesiapa yang mempunyai “jerangkong di dalam gerobok” ketika ini, awas, anda mungkin jadi mangsa gerakan ini jika anda tidak komited kepada pembesar berkenaan!
Sebagai satu imbasan sejarah, kira-kira 25 tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Kedah digegarkan dengan kontroversi klip video Mantoya yang dikatakan mengandungi babak-babak pesta arak yang yang kononnya membabitkan seorang individu tertentu di negeri berkenaan.
Pada ketika itu dunia belum lagi mengalami ledakan ICT. Ini bermakna pengeluaran video fitnah seperti itu amat sukar untuk dilakukan melainkan oleh pihak yang pakar mengenainya.
Dan, pakar itu kononnya wujud di sebuah negara jiran di utara.Bagaimanapun, sama ada video itu sahih atau sebaliknya, individu yang dibabitkan dalam video berkenaan pun meletakkan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan parti. Beliau bertindak demikian atas nama akauntabiliti seorang pemimpin di peringkat negeri.
KESIMPULAN:
Mungkin orang yang dimaksudkan oleh Ruhanie ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak.
Untuk Najib, rakyat pada keseluruhannya masih ingat desas-desus mengenai diri anda yang terlibat banyak skandal yang masih memalit tubuh badan anda. Hanya kuasa yang ada yang menghalang dari anda jatuh tersungkur dari takhta sepertimana yang dialami oleh Anwar Ibrahim.
Sebagai contoh, pertama, pernah satu ketika dulu rakyat dikhabaranginkan anda ditangkap khalwat dengan seorang penyanyi bersuara merdu dan seksi bernama Ziana Zain, di Pantai Port Dickson. Khabar angin tersebut hilang dibawa arus entah ke mana.
Kedua, anda pernah dikatakan [khabar angin juga] berlaku curang dengan isteri orang, iaitu isteri kamu sekarang ini, Rosmah Mansor. Ketika anda bermain cinta dengan Rosmah, Rosmah masih isteri orang.Betul ke tidak. Hanya Allah dan anda yang tahu. Tetapi, persepsi terhadap anda begitulah.
Oleh sebab itulah Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan Ketua pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman pada bulan Mei lalu telah memberi amaran pada anda jangan terlampau sangat dalam kempen PR kecil di Ijok, nanti beliau [Anwar] akan membocor lebih banyak rahsia peribadi anda selain daripada isu wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang tidak tahu bila akan selesai [mungkin akan ikut jejak kes Memali].
Ia diperkukuhkan lagi oleh komen Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dalam blognya supaya anda cerminkan diri dulu, sebelum mengeluarkan sebarang nasihat kepada para anggota BN supaya senantiasa menjaga perilaku laku dan akhlak.
Semuanya ini telah menjadi bualan rakyat sekarang terutama di ceramah-ceramah pembangkang dan di laman-laman web tertentu. Awas Najib, bukan keagungan dan kepimpinan dalam Islam terletak pada banyaknya pembinaan masjid, tetapi pengisiannya yang amat dipentingkan. Kalau banyak sahaja,tetapi para pemimpin asyik sibuk dengan bisnes, duduk di padang golf tidak kenal waktu atau duduk di coffe hause di hotel-hotel 5 bintang dan rakyat dilekakan dengan hiburan seperti di malam menyambut tahun baru 2008 lalu, tidak jadi juga dan tidak membawa makna pun. Yang penting, biar sedikit bilangannya tetapi setiap masjid yang ada itu dipenuhi setiap waktu untuk memdalamkan ilmu agamanya supaya menjadi insan yang berguna.
Kepada sesiapa yang memiliki maklumat yang benar lagi sahih yang apa saya sebutkan di atas tolong sebarkan kepada rakyat bagi memudahkan rakyat membuat pilihan. Jangan memilih musang berbulu ayam.
Kasihan PDRM, bertambahlah kerja anda semua.Tidak apa kerana berbakti kepada UMNO yang menjadi slogan anda semua.
Kepada YAB Najib, tolong jawab soalan cepu mas ini : Siapa yang ramai ke masjid-pemimpin UMNOkah atau rakyat biasa?
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
mana ada masa nak kemasjid.
ReplyDeletenanti kat masjid bila ceramah nak kata kat orang. ni dosa, ni salah, ni tak boleh. ni haram, ni bla...bla...
terkena batang hidung. malu. yang dikira malu kat dunia. malu kat akhirat tak kira, ni mentaliti puak umno dulu, kini dan selamanya.
Seperti yang telah kita ketahui dalam setiap pekerjaan itu hendaklah dimulakan dengan niat. Setiap kerja yang kita lakukan itu akan diganjari oleh Allah dengan kebaikan samada kita dapat didunia ini ataupun akan diganjari di akhirat nanti. Sekiranya niat untuk menyampaikan ilmu itu demi kebaikan umat manusia nescaya Allah akan berikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah kita sampaikan. Allah Taala tidak pernah mungkiri janjinya seperti umat manusia yang sentiasa mungkiri janji. Kerana Allah Taala itu bersifat dengan sifat Kesempurnaan.
ReplyDeleteGostei muito desse post e seu blog é muito interessante, vou passar por aqui sempre =) Depois dá uma passada lá no meu site, que é sobre o CresceNet, espero que goste. O endereço dele é http://www.provedorcrescenet.com . Um abraço.
ReplyDeleteBuat apa nak heboh
ReplyDeletePerkara yang tidak saheh heh heh
Jangan kacau rumah tangga
Ziana dan Rosmah. Dia dah settle down.
Tuduh orang UMNO tidak pergi Sembahyang tu emosional kebanyakan pergi Sembahyang Jumaat yang UM ka Yang NO ka sebab Melayu Malaysia Islam akhir nya sekurang bila dah tua.
Sebab itu sebahyang Jumaah di Masjid banyak orang tua dah penchen.Yang muda ada juga tetapi aktiviti mereka always the move.
senangnya menulis pasal amal ibadat orang lain. tengoklah diri sendiri dulu sebelum mengata orang.yang menulis pasal orang pergi ke masjid ke tidak ni dah pastikan dia masuk syurga.kebaikan kita adalah terletak di hati.bersongkok, kopiah, zikir sepanjang masa, nampak alim, sembahyang tak tinggal belum pasti masuk syurga. yang utama bersihkan lah hati dari syak wasangka. tukang sebar ni lagi banyak orang baca kalau tak betul berita ni lagi banyak dosa ni....saya nasihat je...nak ambil boleh tak hendak pun tak mengapa...mungkin terlalu hebat sangat kot...
ReplyDelete