Wednesday, January 16, 2008

ANTARA TIDUR DAN SEDAR

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Membaca dua artikel dibawah mengambarkan betapa hapraknya parti UMNO dan parti-parti rakan gabungannya. Para pemimpinnya menghadapi krisis moral paling teruk. Mereka dihinggapi penyakit ‘gila’. GILA kuasa, gila kedudukan, gila harta dan gila seks. Apa kurangnya para pemimpin UMNO, tidak kurang hebatnya berbanding rakannya. Siapa tidak kenal Rahim Tamby Chik, Mohamad Mohd.Taib, Abu Hassan Omar, anak Onn Ismail, ahli parlimen Gombak dan ramai lagi yang kaki botol dan kaki perempuan. Amat malang bangsa Melayu, mudah diperbodohkan oleh para pemimpin UMNO yang berperangai IBLIS berwajahkan manusia. Binatang lebih mulia jika dibandingkan dengan para pemimpin UMNO dan sekutunya.

Tidak masuk aqal seorang yang bercakap soal moral boleh terlibat dalam skandal seks yang paling hina, malah lebih hina lagi bila pemimpin itu berkerja dalam persekitaran dasar Islam Hadhari yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi yang bercita-cita besar untuk membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun, bermoral dan berakhlak mulia. Mulut berbuih bercakap untuk membentuk insan madani, modal insan dan sebagainya, tetapi para pemimpinnya gelagat seperti binatang. Ada nafsu, aqal tiada.


Meneliti kes Menteri Kesihatan, nyata perlaksanaan Islam Hadhari gagal membentuk pemimpin yang bermoral dan berakhlak mulia, apatah lagi membina budaya pertanggungjawapan, tulus dan amanah terhadap rakyat yang dipimpin. Mereka curang. Apa yang boleh diharapkan daripada para pemimpin jenis ini. Hendakkan para belia kita jadi baik, bermoral dan berakhlak mulia, tetapi perangai para pemimpin seperti IBLIS. Jadi, tidak hairanlah kadar jenayah meningkat berganda dan masyarakat diselubungi ketakutan sepanjang masa di bawah kerajaan yang kurop dipimpin oleh UMNO.

Baca artikel-artikel ini seterusnya :


ANTARA MABUK SEORANG PEMIMPIN DAN PENAGIH
Oleh : Dr Rosli Allani [http://www.malaysiakini.com/letters/76869]


Dunia politik Malaysia digegarkan dengan pengakuan tulus ikhlas Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa beliaulah lelaki dalam pita rakaman yang diedarkan di Johor tempohari. Pita rakaman itu mungkin telah beredar ke seluruh dunia pada masa ini.

Ledakan teknologi maklumat menyaksikan satu lagi peristiwa yang jelas membawa mesej rakyat - tindakan tidak bermoral, apatah lagi di kalangan mereka yang diangkat sebagai pemimpin - tidak dapat diterima walau apa cara dan alasan sekalipun. Kenyataan beliau selepas mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan MCA, sememangnya wajar dijadikan iktibar.

Beliau bukanlah orang yang pertama dan terakhir yang akan melalui sepak terajang politik dn terpelanting keluar. Kerajinan dan komitmennya kepada tugas mencemaskan pesaing politik yang lain. Itulah tanggapannya.


Namun semuanya adalah jelas, komitmen seseorang - walau sebesar mana sekalipun - akan berakhir dengan penghinaan dan kecaman sekiranya permasalahan moral dan perlakuan sumbang mereka menjadi juadah umum. Kerana juadah itu, walaupun sedap dan mengasyikkan untuk dibaca dan dilihat, amatlah menghanyirkan. Ciri-ciri pemimpin yang diingini rakyat itu jelas - bersih, tidak menyalahi tanggapan umum walau seperibadi mana pun dia.


Namun, sejauh mana rakyat marhain hari ini menilai bersihnya seorang pemimpin? Kadang-kadang mereka merasakan tiada pilihan yang lebih baik untuk menyandarkan sebuah harapan. Mereka lebih suka mengikut arus. Mengharapkan segalanya kekal baik, walaupun sikap baik dan jahat seseorang itu boleh berubah. Mereka amat yakin kepada orang yang sangat baik akan kekal baik, tetapi rata-rata individu yang ada adalah di antara dua ekstrim - yang boleh pergi ke kiri dan ke kanan. Begitulah hakikat kehidupan.


Kita secara umumnya menilai seorang penagih sebagai golongan terbuang dan hina, sampah dan perosak masyarakat. Mungkin amat jarang sekali kita memberi mereka peluang kedua. Namun, tidak sedikit pemimpin yang disangsikan keperibadian mereka terus diberi peluang kedua dan ketiga, atau untuk kesekian kalinya, kerana masyarakat tidak menilai tahap kerosakan yang dibawa oleh mereka.


Mungkin hanya dengan tangisan mereka, dengan berpakaian mahal dan kemas, dengan secebis janji manis, cairlah hati penilai. Persepsi manusia berubah berdasarkan pengamatan dan pemerhatian mereka.


Chua menunjukkan contoh yang baik. Beliau bukan berhenti untuk tidak membebankan kerajaan BN yang sudah cukup terbeban. Beliau seorang yang berprinsip. Berani buat berani tanggung. Beliau memohon kemaafan.


Beliau bertindak berdasarkan norma dan pandangan masyarakat bila berhadapan dengan salahlaku yang beliau lakukan. Mabuknya sesetengah pemimpin, mereka sanggup melawan arus. Mereka bertindak di luar norma kehidupan kerana mereka yakin mereka berada jauh di atas melebihi segala kuasa di bumi.


Antara mabuk seorang pemimpin dan penagih, bezanya, mabuk seorang pemimpin, mereka dalam syurga dan kenikmatan dunia, dihormati dan disanjungi. Mabuk seorang penagih, kebanyakan mereka di dalam dunia mereka yang penuh duri dan liku, dibenci dan dikeji. Siapakah sebenarnya yang bersalah?


BENDUNG ESKTREMIS WAJAR BERMULA DENGAN UMNO
Oleh : ACR [http://www.malaysiakini.com/letters/76482]


Ada pepatah yang berbunyi 'siapa yang makan cili, dia akan merasa pedasnya.' Pepatah ini tepat menggambarkan reaksi Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein, terhadap pandangan Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy bahawa Umno memainkan sentimen kaum Melayu.


Seperti yang umum maklum,media tempatan merupakan 'alat suara' untuk menyebarkan pendapat tertentu kerajaan dan Umno. Maka tidak menghairankan apabila Utusan Malaysia menerbitkan pandangan seorang penulis yang, antara lain, memperingatkan Paranjothy supaya tidak bermain dengan api sebab Umno sudah cukup sabar dan bertolak ansur sekian lama.


Dia juga meneruskan karutnya dengan memberi pujian kepada Umno untuk kemewahan dan kekayaan yang dinikmati kaum bukan Melayu yang, menurutnya, lebih daripada orang Melayu dan bumiputera.


Penulis itu mengakhiri celotehnya dengan ungkapan terkemuka orang Umno, iaitu orang Melayu yang seharusnya merasa terpinggir di tanahair sendiri dan Paranjothy dan sesiapa yang sependapat denganya, bolehlah berhijrah ke negara lain.


Sebenarnya, kenyataan Paranjothy sengaja dikeluarkan dari konteksnya oleh suratkhabar dengan menyentuh hanya satu isu yang beliau kemukakan iaitu mengenai Hindraf dan kedudukan warga Malaysia berketurunan India.


Berdasarkan laporan Malaysiakini, kenyataan penuh Paranjothy menekankan cara berpolitik Umno yang sengaja memainkan sentimen orang Melayu untuk meraih sokongan politik. Tiada siapa di kalangan ahli Umno - Hishammuddin, Khairy Jamaluddin mahu pun Pak Lah - yang boleh menafikan fakta tu. Buktinya jelas terpapar di kaca televisyen rakyat jelata semasa persidangan Umno tahun 2006.


Baru-baru ini juga, Khairy menyindir bahawa pengedaran surat khabar di negara ini dikuasai kaum India dan kerana itu ucapan dasar presiden Umno tidak dapat dibaca rakyat sebab penjual surat khabar tidak berkerja pada cuti am Deepavali.
Persoalannya ialah kenapa Umno, sebagai tulang belakang BN yang diterajui pemimpin untuk semua warga Malaysia, mengadakan persidangan tahunannya pada hari Deepavali?


Apakah hanya minggu itu sahaja diperolehi untuk persidangan tersebut? Mengapa Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengalami kesukaran memilih tarikh persidangan yang sesuai selama 22 tahun beliau menyandang jawatan Presiden Umno? Adakah Umno tidak akan tersinggung jikalau komponen parti BN yang lain mengadakan persidangan masing-masing semasa Hari Raya?


Khairy dijemput menerokai peluang menjadikan ahli Umno pengedar suratkhabar. Sekurang-kurangnya mereka akan memahami kesulitan membaling surat khabar pukul 5 pagi sambil menaiki motosikal.


Jelas sekali bahawa Umno dan BN merupakan organisasi perkauman terunggul di dunia. Amat ketara pula keadaan mengembiri parti-parti komponen BN yang nyata gagal mewakili kepentingan kaum bukan Melayu padahal BN berasaskan konsep perkauman.


Bayangkan, kelakuan naib ketua pemuda Umno menggertak Ketua Menteri Pulau Pinang? Atau perwakilan Umno meminta agar presiden MIC dipecat kerana membatalkan rumah terbuka Deepavali? Bolehkah pemuda komponen parti BN berkelakuan sedemikian kepada pemimpin Umno?


Politik perkauman sempit BN dipamerkan baru-baru ini apabila MIC dan Umno mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai Anwar Ibrahim. Umno menyebarkan khabar mengatakan beliau telah menjadi Hindu manakala MIC melemparkan tuduhan bahawa beliau tidak pernah menolong dalam isu berkaitan kaum India atau orang beragama Hindu semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.Lima puluh tahun memadai untuk sandiwara BN. Adalah wajar rakyat menolak parti yang mengakui gagal memenuhi objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas 30 tahun. Rakyat sudah cukup sabar dengan gaya pemerintahan BN yang bersifat perkauman. Saranan Pak Lah untuk membendung esktremis wajar dimulakan dengan Umno

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

No comments:

Post a Comment