Wednesday, December 5, 2007

PEMIMPIN UMNO PERANGAI SERUPA BABI

Emosi melulu bukan budaya kita, tapi kebiasaan Umno
Assalamu'alaikum wm.wrt,


Tidak begitu mengejutkan apabila insiden serangan ala-kick-boxing semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan Isnin lalu (26 November) tidak dipanjangkan media massa arus perdana.


Meski pun insiden itu boleh disifatkan sebagai "paling ganas" dalam sejarah persidangan DUN mahu pun Parlimen negara ini, laporan atau ulasan media mengenainya hanya sepintas lalu.


Setakat ini tidak ada laporan media yang boleh disifatkan sebagai "negatif" terhadap pelaku utama insiden tersebut. Komen para pemimpin negara dan ahli politik mengenainya hampir tiada langsung.


Sebaliknya, Dato' Nozula Mat Diah (BN-Paloh) sebagai pemain utama babak bersejarah itu diberi liputan positif apabila muncul menyerahkan aduan terhadap kerajaan Kelantan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) keesokan harinya.


Itulah gambaran manipulasi media yang sangat berat sebelah. Ia sentiasa memihak kepada parti pemerintah negara (Barisan Nasional). Apa-apa keburukan atau perkara negatif dicetuskan BN sama ada digelapkan atau dipositifkan. Ketidakadilan media sebeginilah antara yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini agar diperbetulkan.


Rasanya pembaca sendiri tidak sukar untuk membayangkan bagaimana rupa laporan akhbar dan tv sekiranya wakil rakyat yang mencetuskan aksi kick-boxing itu ialah ADUN PAS. Ingat lagi betapa riuh-gegak negara apabila Abdul Fatah Haron (PAS-Rantau Panjang) menyebut perkataan 'gatal' di Parlimen suatu ketika dulu?


Hanya disebabkan satu perkataan itu, tanpa melibatkan apa-apa pergerakan fizikal pun, seluruh Dewan Rakyat riuh-rendah beberapa lama. Ia berlanjutan ke peringkat kutuk-mengutuk, kecaman dan desakan sehingga Ahli Parlimen PAS itu menarik balik perkataan 'gatal' itu.


Episod itu tidak terhenti di Dewan Rakyat sahaja. Ia diseret berjela-jela pula menerusi siaran tv dan akhbar. Ulasan dan komen dari berbagai pihak tingkah-meningkah buat beberapa lama.


Dalam kejadian di DUN Kelantan Isnin lalu, Nozula dirakamkan menerpa ke arah Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) yang duduk selang beberapa kerusi daripadanya. Rakaman aksi tersebut disiarkan beberapa laman web di hari sama.
ADUN BN itu dilihat sempat melepaskan tendangan ke arah ADUN PAS itu. Mulutnya pula tidak berhenti mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat didengar dengan jelas. Apa puncanya menyebabkan beliau hilang sabar dan bertindak melulu?


Laporan akhbar yang cuba merasionalkan tindakan itu mendakwa Mohd Zaki telah mengeluarkan kata-kata kesat ke arah Nozula. Berita Harian, Selasa (27 November), memetik komen Nozula di luar Dewan: "Dia (Mohd Zaki) kata sesuatu yang kesat pada saya. Sepatutnya dia tak berkata begitu."


Apa perkataannya? Utusan Malaysia di hari sama mendakwa perkataan dikeluarkan Mohd Zaki ialah 'jakun'. Bagaimana pun, tidak ada sebarang komen atau penjelasan daripada Mohd Zaki disiarkan kedua-dua akhbar itu.


Itulah yang amat mendukacitakan kita. Paling tidak pun, sepatutnya siarkanlah penjelasan daripada Speaker DUN, Wan Abdul Rahim Abdullah, selaku orang bertanggungjawab mengawal keadaan. Alih-alih pandangan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Annuar Musa pula yang diutamakan.


Jika benar Mohd Zaki telah mengeluarkan perkataan 'jakun' kepada Nozula, ia sesuatu yang patut dikesalkan. Kemuliaan Dewan adalah suatu yang sepatutnya dihormati semua pihak, walau dalam apa keadaan sekali pun.


Tetapi itu tidak bermakna para pemimpin BN-Umno boleh merasionalkan tindakan ganas oleh ADUNnya itu. Kita boleh mengagak, jika ditanya pandangan Perdana Menteri pun, besar kemungkinan orang tua itu akan kata "itu bukan budaya kita!".


Ya, memang! Perbuatan menerpa dan menendang wakil rakyat lain semasa sidang Dewan bukan budaya kita. Bukan budaya Melayu, bukan budaya Islam. Ia tidak pernah berlaku dalam negara ini. Tidak di mana-mana DUN, tidak juga di Parlimen.


Sebagaimana yang penulis sebutkan di awal tadi, kes di DUN Kelantan itu adalah satu catatan sejarah dalam politik negara. Ia adalah yang pertama seumpamanya.


Sungguh pun begitu, kes-kes yang menghampiri kejadian seumpama itu bukanlah sesuatu yang tidak pernah berlaku. Harakah keluaran Disember 2000 lalu pernah menyiarkan satu insiden pergaduhan antara ADUN BN dan ADUN DAP di DUN Selangor.


Menurut laporan itu, dalam sesi soal jawab semasa sidang DUN Selangor November 2000, Exco Kerajaan, Abdul Fatah Iskandar membangkitkan soal kewujudan kilang-kilang haram di Kajang. Teng Chang Kim (DAP-Bandar Klang) membangkitkan istilah 'haram' tidak sepatutnya digunakan kerana pengusaha kilang tersebut mencari rezeki secara halal. Beliau berkata, mengikut hukum agama mencari rezeki secara halal tidak akan menjadi haram.


Fatah berkata itu hanya masalah yang kecil. Teng tidak bersetuju, kerana bagi beliau soal halal dan haram adalah berlainan, sebagaimana berlainannya syurga dan neraka. Maka ia tidak boleh dianggap masalah yang kecil.


Semasa Dewan berehat, dan para ADUN sedang menikmati jamuan ringan, Zakaria Md Deros (BN–Selat Klang) didakwa menjerit ke arah Teng mengatakan dia (Teng) tidak berhak membangkitkan soal halal-haram.
Teng menjawab: "Saya berhak." Lalu Zakaria dikatakan memaki: "Cina babi!" Teng menghampiri Zakaria dengan tujuan meminta Zakaria menarik balik perkataan itu.


Ketika bertengkar-tengkar itu, Zakaria tiba-tiba menepis dan mengenai hidung dan cermin mata Teng. Melihat situasi itu, ADUN-ADUN lain cuba mententeramkan keadaan. Tetapi tiba-tiba seorang pengikut Zakaria menerpa ke arah Teng, menumbuk muka beliau dan terus melarikan diri.


Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Dato' Dr Hasan Ali (PAS-Sungai Burong), Azmin Ali (Keadilan-Hulu Klang), Dr Shafie Abu Bakar (PAS-Kajang) dan Teng sendiri membuat aduan rasmi kepada Menteri Besar. Zakaria meminta maaf kepada Teng di hadapan MB, Speaker Dewan, Timbalan Speaker, Timbalan MB, Setiausaha dan Penasihat Undang-undang Negeri Selangor.


Dalam satu kejadian lain pada 8 November 2000, di Dewan Rakyat, Haji Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengemukakan usul meminta Dewan membahaskan soal keganasan polis terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan 100,000 rakyat anjuran Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di Lebuhraya Kesas, Shah Alam pada 5 November 2000.


Mahfuz yang ketika itu mempunyai locus standi bagaimanapun diganggu dengan kata-kata kesat oleh Shaziman Abu Mansor (BN-Tampin). Mereka bertukar-tukar kecaman sehingga Ahli Parlimen BN itu mencabar Mahfuz bertumbuk. Bagaimana pun, Mahfuz tidak melayan emosi melulu wakil BN itu.


Sikap sama turut ditunjukkan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) di sidang DUN Terengganu. Beliau juga pernah diajak bertumbuk oleh Ahmad Said (BN-Kijal), yang juga seorang anggota Exco negeri.


Untuk penelitian, penulis salin semula patah demi patah aksi berbalas kata antara Exco Ahmad dengan Abdul Wahid dalam satu sidang DUN Terengganu, April 2005 lalu.


Ahmad: Saya pohon penjelasan dan laluan. Inilah sikap wakil rakyat PAS dari Wakaf Mempelam. Melemparkan apa sahaja tuduhan tanpa batas-batas sebagai insan yang bernama Islam. Apakah kerajaan Negeri Terengganu hari ini lebih jahat daripada Yahudi?


Abdul Wahid: Betul, Dato' Yang Dipertua. Saya mengaku dan saya bertanggungjawab. Yahudi, dia rampas tanah orang Palestin tapi dia bina penempatan untuk orang Yahudi. Ini (BN) rampas tanah rakyat sendiri, roboh rumah rakyat sendiri. Itu lebih teruk daripada Yahudi.


Ahmad: Dato'Yang Dipertua, inilah perangai binatang!
(Sebaik Ahmad sebut perkataan 'binatang' itu, Dewan bergemuruh dengan tepukan meja oleh wakil-wakil BN lain. Tanda mereka bersetuju memanggil wakil PAS dengan kalimah itu!)


Abdul Wahid: Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, dia nak kata apa pun, katalah kalau Yang Dipertua terima, saya tak ada masalah.
Ahmad: Saya tak ada masalah jugak, pasal mung jahat. Bila-bila masa, jumpa ah (boleh bertumbuk).


Abdul Wahid: Rupa-rupanya ada orang terasa.


Ahmad: Terasa apa, mung jahat. Muka je pakai songkok. Songkok fesyen apa gini, fesyen iblis!


Speaker: Sila bertenang, Yang Berhormat!


Ahmad: Kabar mung nak (bertumbuk) kat mana. Lepas ni, boleh jumpa lagi.


Abdul Wahid: Inilah Yang Berhormat, orang yang saya hadapi. Bercakap secara gentleman tapi nak ajak gocoh (bertumbuk) semacam.


Ahmad: Gentleman babi apa begitu, Yang Dipertua. Gentleman, cakap gentleman. Kata ikut dang sekali, benda apa ni. Mengarut sekali, bersajak, bersyair. Gila ni, Yang Dipertua.


Itulah contoh bahasa yang menjadi kebiasaan wakil-wakil BN. 'Gila', 'binatang', 'babi', 'jahat', 'iblis' jadi mainan mulut mereka. Kalimah-kalimah lain seperti 'bodoh', 'tak reti' dan 'tak cerdik' dah terlalu lumrah, sehinggakan wakil-wakil PAS di DUN Terengganu sudah kalih mendengarnya.


Maka, apalah sangat sensitifnya kalimah 'jakun' tadi jika dibandingkan dengan kalimah-kalimah yang jauh lebih hina dan kesat tadi? Apalah rasionalnya, semata-mata kerana diucapkan kalimah itu, seorang wakil rakyat terus hilang pertimbangan dan meluru ke arah lawan?


Menyerang lawan dengan emosi melulu di dalam dewan yang mulia memang bukan budaya kita. Bukan budaya kita juga untuk memaki dan menseranah orang lain. Tetapi berdasarkan beberapa kes yang telah berlaku, ia semacam telah menjadi kebiasaan di kalangan wakil-wakil rakyat Umno.


Ia bukan sahaja dilakukan wakil rakyat biasa. MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, dalam sidang DUN Pahang, April 2006 pernah memaki para wartawan dengan katanya, "can go to hell!".

USAH BUANGKAN MASA, HUMBANKAN UMNO KE DALAM LONGKANG DALAM PRU KE-12 NANTI. INSAYAALLAH!

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"
Sekian.Wassalam

No comments:

Post a Comment