Monday, October 8, 2007

KENAPA TAKUT UNTUK TUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA?

"KAMI TETAP MAHUKAN SURUHANJAYA DIRAJA"
Saturday, 06 October 2007
Oleh Anwar Ibrahim [http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1368&Itemid=49]

PETANG ini wakil dari Badan Pencegah Rasuah telah menemubual saya berkaitan video VK Lingam yang telah diterbitkan oleh pejabat saya pada bulan lepas. Soalan-soalan mereka tertumpu terhadap kesahihan video tersebut.

"Tiada jaminan keselamatan punca saksi enggan tampil", kata Anwar

Saya sudah maklumkan kepada BPR bahawa sumber kami bersedia menerbitkan kenyataan umum, meskipun beliau risaukan keselamatan peribadinya.

Kami terus yakin bahawa kebenaran akan didedahkan, dan kami tidak akan sekali-kali bertolak ansur terhadap keselamatan sumber-sumber kami.

Sebarang percubaan memenjarakan pihak yang mendedahkan salahlaku hanya akan menambah lagi kemarahan orang ramai dan akan mengundang kritikan masyarakat antarabangsa untuk menyelia perkembangan skandal ini.

Panel tiga orang yang ditubuhkan untuk memastikan kesahihan video ini satu lagi bukti kegagalan kerajaan BN untuk memerangi salahguna kuasa dan rasuah yang berleluasa, memandangkan sebagaimana diakui panel tersebut, mereka “tiada sebarang kuasa langsung”.

Dengan itu, tindakan sia-sia ini di dalam persepsi orang awam tidak akan mencapai apa-apa untuk menyelesaikan isu-isu utama rasuah yang ditimbulkan oleh video ini.

Saya ingin mengulangi kedudukan KeADILan yang menuntut tidak kurang dari sebuah Suruhanjaya DiRaja dibawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 untuk menentukan kebenaran perkara tersebut.

Tambahan lagi Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk memanggil saksi dan dokumen serta menuntut keterangan dari mereka yang dinamakan di dalam video tersebut, khususnya VK Lingam, Tun Ahmad Fairuz, Vincent Tan, Tengku Adnan dan lain-lain lagi.
------------------------------------------------------------
Background to the Lingam tape
The grainy eight-minute video footage was taken in 2002 at senior lawyer VK Lingam’s Kelana Jaya house. At that time, Mohamed Dzaiddin Abdullah was chief justice. Appointed in 2000, he was seen as a fresh break from his two previous predecessors - Mohd Eusoff Chin (1994-2000) and Abdul Hamid Omar (1988-1994).
Dzaiddin was to retire in 2003, and the video showed Lingam expressing concerned that the outgoing CJ was moving his ‘men’ into top judiciary posts. The conversation revolved around the urgent need to get Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, then chief judge of Malaya - the judiciary’s No 3 - appointed as Court of Appeal president (No 2) and then chief justice (No 1). There was also the plan to get former attorney-general Mokhtar Abdullah, who was then a Federal Court judge, to replace Ahmad Fairuz as No 3.
To do that, Lingam had roped in tycoon Vincent Tan, a close crony of then prime minister Dr Mahathir Mohamad, and Tengku Adnan Tengku Mansor, a key minister in PM’s Department. They were to talk to Mahathir on the appointment of judges.
Postscript
Ahmad Fairuz was appointed Court of Appeal president in December 2002 - months after the telephone conversation. Dzaiddin stepped down as CJ in 2003 and he was replaced by Ahmad Fairuz. Mokhtar, however, could not take the No 3 post as he was in coma after suffering from a fall in August 2002. He died in 2003. Ahmad Fairuz' term as CJ will end in October 2007.
----------------------------------------------------------

Tidak ada sesiapa pun manusia di bumi Malaysia ini yang mempunyai fikiran yang waras yang boleh berfikir bagi menentukan yang mana haq dan yang mana batil [tidak semacam barua-barua @ babi-babi yang terkurung di ITPA-ITPA di negara ini] yang percayai bahawa panel bebas yang akan menyiasat clip video Lingam yang mendakwa wujudnya amalan rasuah dalam badan kehakiman.
Ini kerana para anggota panelnya boleh dipertikaikan kridibiliti individu terbabit.Mereka tidak ada intregriti dan tidak ada pertanggungjawapan untuk menjaga institusi keadilan, melainkan kepentingan peribadi masing-masing dengan mematuhi setiap ayat yang terkandung dalam skrip yang sudah pun disediakan.
Merekaterdiri daripada bekas Hakim Besar Malaya, Haidar Mohd Noor. Haidar dituduh terlibat dalam konspirasi pemecatan Tun Salleh Abbas dalam krisis kehakiman pada tahun 1988 dulu, yang sekarang ini bertugas pengerusi Bank Bumiputra-Commerce dan sekarang dikenali sebagai CIMB [habuannya cukup lumayan, hasil kerja kerasnya membodek dan mengampu UMNO dan kerajaan] akan mengetuai panel bebas tiga anggota untuk menyiasat dan menentukan ketulenan klip video VK Lingam. Video selama lapan minit itu yang menunjukkan Lingam, seorang peguam kanan, sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengatur pelantikan hakim.
Kedua, Pengerusi Majlis Khidmat Negara, Lee Lam Thye yang tidak ada kepakaran dalam undang-undang dan sanggup menjual harga diri untuk kekayaan dan kehormatan peribadi dan ketiga, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mahadev Shankar.
Tambahan pula Haidar sendiri mengaku bahawa panel tersebut tidak mempunyai kuasa istimewa untuk memanggil saksi memberi keterangan.

Tujuan panel ini ditubuhkan oleh karbinet adalah untuk menyambung siri-siri drama penyiasatan seperti dalam kes rasuah Johari Baharom, Zulkifle Mohd Noor dan Musa Hassan. Latarbelakang, penulis skrip, pengarah dan pelakonnya adalah orang yang sama yang membebaskan Johari, Zulkifle dan Musa. Dalam kes ini, awal-awal lagi Peguam Negara, Abdul Ghani 4tahil mennyatakan klip video ini tidak mempunyai asas undang-undang untuk dibuat pendakwaan.

Demi Allah, kes ini akan berakhir serupa dengan kes tiga individu di atas dan kes ini akan ditutup buat selama-lamanya dalam peti besi yang kuncinya akan dicampak ke dalam lautan Pasifik.

Untuk menegak kebenaran dan keadilan, rakyat Malaysia wajib bangun berjuang dan berjihad dengan berbagai kaedah yang ada untuk menentang UMNO [dajal dunia] yang zalim dan rakus dengan kuasa yang ada untuk merompak harta rakyat. Menjadi kewajiban setiap rakyat Malaysia berusaha melenyapkan UMNO daripada takhta kuasa. Penghapuskan pemimpin korup dan tidak bermoral dan tidak berakhlak menjadi kewajiban kita semua rakyat Malaysia yang cinta Allah dan NabiNya.

Selamat mengerjakan Ibadah Puasa semoga mendapat hidayah dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat menyambut Aidil Fitri-maaf zahir dan batin.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment