Wednesday, October 24, 2007

50 TAHUN MERDEKA: BANGANGNYA PASUKAN POLIS NEGARA KITA - SIRI 3

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Satu laporan yang disiarkan oleh Detikdaily : [http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name =News&file=article&sid=931 ] sangat melucukan apabila pasukan polis khususnya SB Sungai Siput kawasan Parlimen S.Samy Vellu, Menteri Kerja Raya menitahkah Majlis Daerah Kuala Kangsar menurunkan semua baner yang dipasang oleh Parti Sosialis Malaysia, Cawangan Perak.
Laporan penuh seperti berikut :

BANNER RAYA PSM DITURUNKAN ATAS ARAHAN SB SUNGAI SIPUT
SUNGAI SIPUT,
17 OKTOBER 2007:
Kesemua Baner Hari Raya Parti Sosialis Malaysia (PSM) diturunkan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Kangsar atas arahan Cawangan Khas Sungai Siput kerana turut memaparkan ayat " Bersatulah Menentang Penswastaan Air dan Hospital ".

Ahli PSM diberitahu oleh pegawai MDKK (Sg Siput U) bahawa pihak Cawangan Khas Sg Siput telah mengarah MDKK menurunkan baner Hari Raya kami pada 11hb. Oktober 2007 walaupun pihak parti telah mengikut peraturan MDKK dan memperolehi permit sebelum mengikat baner tersebut.

Pegawai MDKK memberitahu bahawa Cawangan Khas berpendapat perkataan di baner ini bersifat anti-kerajaan dan tidak dapat dipamirkan. Selaras dengan ini ahli PSM Sungai Siput telah membuat aduan polis pada 13hb. Oktober 2007 terhadap perkara ini.

Ahli PSM diminta menutup baner itu untuk membolehkan ia dinaikkan semula. Namun demikian pihak PSM terus memaparkan Banner di Pejabat PSM. Pihak MDKK sekali lagi meminta ahli PSM menurunkan baner tersebut tetapi PSM meminta MDKK untuk meminta pihak polis membawa isu ini terus kepada pihak PSM dan tidak diperalatkan oleh pihak Cawangan Khas Sungai Siput.

Tindakan polis dan MDKK terbukti bercanggah dengan Hak dan kebebasan bersuara dan meluahkan perasaan seperti termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Negara. Mungkinkan baner tersebut menjejaskan pandangan angkasawan kita yang berada di angkasa pada masa itu.
ULASAN :

Sekali pandang minded pasukan polis kita lebih UMNO daripada UMNO. Sayang seribu kali sayang, walaupun sudah berusia dua abad, namun anggota pasukan polis kita masih lagi mengekalkan fikiran kolot, mundur dan jauh kebelakang. Masih lagi hidup di zaman batu yang tidak ada hubungan dengan dunia luar. Hidup dalam dunia sendiri-sendiri.

Mentaliti pasukan polis kita masih lagi kalut, berserabut dalam lingkaran ganas system feudal yang diamalkan di abad ke-15 [walaupun sekarang ini kita berada dalam abad ke-21, di zaman ITC dan sudah ada rakyat kita yang sudah berjaya menjadi angkasawan] yang mana ketika itu Raja memiliki kuasa mutlak yang memerintah negeri-negeri majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu contohnya di negeri Melaka yang cemerlang, gemilang dan terbilang ketika itu. Setiap perintah Raja mesti diakur, tidak boleh dibantah. Sesiapa yang berani menyangah perintah Raja, maka orang itu telah dianggap sebagai ‘penderhaka’ yang akan dihukum seberat-beratnya. Hukum mati.

Sesiapa [rakyat] yang membantah akan dihukum pancung sampai mati, hatta sekali pun kalau Raja itu mahu merampas isteri kita untuk dijadikan sebagai gundiknya, kita sebagai rakyat tidak ada hak untuk membuat sebarang bantahan, kita mesti taat dan menyerah kalah. Kisah silam telah mencatatkan satu peristewa yang tidak boleh dilupakan oleh sejarah ialah pembunuhan beramai-ramai keluarga Tun Fátimah atas sifat membalas dendam. Tun Fátimah adalah anak gadis lepada Bendahara Tun Mutahir. Tun Fatimah yang cantik jelita ini telah dikahwinkan dengan Tun Ali.

Tun Ali, Bendahara Tun Mutahir sendiri dan seluruh keluarga Tun Fatimah telah dibunuh atas titah perintah Raja. Pembunuhan beramai-ramai ini dilakukan bagi memenuhi hasrat nafsu jahat Raja untuk memperisterikan Tun Fatimah. Atas alasan yang direka-rekakan [mengadu-domba bagi kepentingan diri] oleh pembesar-pembesar istana, Bendahara dan keluarganya telah dituduh hendak menderhaka. Tuduhan tersebut adalah palsu semata-mata bagi membolehkan Raja bertindak tanpa usul periksa seperti ‘orang mengantuk disorong bantal’ untuk membalas dendam ke atas Bendahara yang bertindak mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali tanpa pengetahuan baginda yang teringin untuk beristeri. Raja menjadi murka kerana Bendahara kerana tidak menyembahkan Tun Fátimah kepada baginda untuk dijadikan sebagai isteri, sebaliknya Bendahara mengahwinkan Tun Fatimah dengan Tun Ali.

Begitu juga kisah persahabatan dan kekeluargaan Hang Tuah dengan Hang Jebat berkecai akibat daripada Raja terpengaruh dengan hasutan dan provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam istana yang senantiasa mengelilingi Raja pada waktu itu. Ketaatan dan kesetiaan membuta tuli yang dilakukan oleh Hang Tuah menyebabkan ikatan persahabatan dan persaudaraan yang dijalinkan semenjak dari kecil telah terburai menyebabkan keselamatan dan keamanan Melaka menjadi lemah dan Goyah. Kelemahan ini diambil kesempatan oleh pihak luar [termasuk unsur dalam negeri yang rasuah, menyeleweng dan menyalahguna kuasa dan kedudukan] menyebabkan Melaka jatuh dan Rajanya melarikan diri ke negari orang lain.

Kini suasana seperti itu timbul kembali, tetapi dalam bentuk yang berbeza, hanya formatnya tetap sama dan kekal. Mentality kebanyakan orang Melayu masih lagi tebal dipengaruhi oleh sistem feudal seperti di zaman dahulu-kala. Mereka tidak berani bangkit membuat sebarang bantahan atau perubahan terhadap dasar-dasar atau peraturan yang dibuat oleh kerajaan yang amat jelas merugikan mereka seperti baner yang dipasang oleh PSM yang mengajak rakyat berjuang bersama menghalang kerajaan menswastakan air dan hospital. Penswastaan ini merugikan rakyat, rakyat terpaksa menanggung kos dan terpaksa bayar lebih. Kos belanja hidup rakyat akan meningkat, tetapi penswastan ini akan memberi faedah segelintir golongan yang ada hubugan dengan elit yang berkuasa. Rakyat tetap berada dalam lingkaran ganas kemiskinan. Mentaliti seperti ini amat sukar untuk diubah, apatah lagi mengharapkan mereka berjuang mengantikan kerajaan yang lebih bertanggungjawab.

Amat malang bagi kita sebagai rakyat Malaysia, pasukan polis ang kita harapkan menjaga keselamatan dan keamanan, tetapi mentality pasukan ini masih lagi terkongkong dalam sistem feudal ini. Pasukan polis kita menerima arahan dripada UMNO seperti menerima perintah Raja di zaman kegemilangan Melaka dahulu kala. Mereka taat membuta tuli, bertindak tidak menggunakan aqal yang waras, seolah-olah mereka telah dijelmakan semacam seekur lembu yang dicucuk hidungnya. Senantisa mahu menurut perintah tuannya, yang kadang-kadang perintah itu merugikan rakyat dan Negara.

Buktinya kita lihat tiga peristewa terdekat, pasukan polis kita mempunyai ikatan yang erat dengan elit politik UMNO yang berkuasa. Pertama, kisah Abdul Malik Hussin yang dianugerahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebanyak RM2.5. juta adalah hasil kejahatan, kezaliman, kekejaman dan brutalnya pasukan polis kita ketika mengendalikan kes-kes yang melibatkan Orang Kena Tuduh [OKT] khasnya yang ditahan di bawah akta ISA seperti Malik itu.

Kedua, peristewa hitam 8 September di pantai Batu Buruk, Terangganu. Seorang anggota polis melepaskan tembakkan peluru hidup terhadap orang ramai ketika hendak menyuraikan satu perhimpunan kecil ceramah politik yang izinkan oleh Negara yang sesungguhnya mengamalkan budaya dan mengamalkan prinsip demokrasi yang bersih.

Ketiga, peristewa pihak polis tidak berani dan takut, kecut batang ‘p_l_r dan t_lo_’ kerana berhadapan dengan penternak babi di Paya Mengkuang, Melaka. Adalah menjadi satu kesalahan apabila orang awam menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi. Tetapi, malangnya tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap dalang yang menganjurkan demontrasi tersebut. Begitu kontras sekali apa yangb terjadi di Batu Buruk, malah di Paya Mengkuang, penternak babi diberi peluang seluas-luasnya untuk memindahkan ternakan mereka secara beransur-ansur.

Apabila munculnya ayat "Bersatulah Menentang Penswastaan Air dan Hospital" di baner-baner yang dipasang oleh PSM, secepat kilat [tentunya dipengaruhi oleh unsur-unsur politik] pasukan polis [SB Sungai Siput] membuat tafsiran yang tidak tepat menyatakan bahawa ayat ini adalah anti-kerajaan, yang tidak boleh dipasang di mana-mana tempat yang senang dilihat oleh rakyat.

Persoalan ini di sini ialah apakah ayat itu mengajak seluruh rakyat menentang penswastaan air dan hospital untuk kebaikan rakyat dikatakan anti-kerajaan? Pasukan polis kita, pada keseluruhan masih belum faham atau masih bodoh dan banggang dalam pengertian amalan atau pemerintahan Negara secara demokrasi. Fikiran mereka masih terikat dengan system feudal dan terpengaruh dengan ajaran komunis yang menyebut semuanya yang datang dari kerajaan itu benar dan sahih, yang lain-lain itu mesti salah dan tidak benar.

Mengajak rakyat menentang dan menjatuhkan UMNO dengan berbagai kaedah berjihad sama ada melalui PRU ke-12 nanti atau lain-lain kaedah yang diizinkan oleh perlembagaan bukan merupakan satu kesalahan dalam sesebuah negara yang amalkan demokrasi. Apa bezaya tindakan UMNO berhempas pulas sekarang ini untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelatan dan pada tahun 2004, UMNO berjaya merampas Terangganu daripada tangan PAS dengan berbagai helah dan strategi termasuk bermacam-macam penipuan yang mendapat bantuan secara langsung dan tidak langsung daripada institusi-institusi kerajaa.

Sampai bilakah mentaliti pasukan polis kita mahu berubah?

Tidak ada cara lain, melainkan kita sama-sama berjihad memberi ruang dan jalan keluar secara sopan kepada UMNO pada PRU ke-12 nanti. InsyaaAllah.

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment