Wednesday, August 1, 2007

LAGI KRISIS PERLEMBAGAAN DI KAKI LANGIT [KHAS BUAT MUHAMMAD BIN MUHD.TAIB]

Rencana Asal : Another ‘Constitutional Crisis’ over the horizon?http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6901
News&file=article&sid=3051&mode=&order=0&thold=0
Dibawa Oleh : Tun Telanai [http://tuntelanai.blogspot.com/]
------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Kalaulah betul apa yang ditulis oleh YM Raja Petra Kamaruddin ini [diterjemahkan oleh Al-Hussein] benar, maka satu mala petaka besar akan meletup tidak berapa lama lagi, gara-gara UMNO yang dipimpin oleh seorang yang ‘lemah dan selalu tidur’ yang serng berkata “I don't know, I am not involve”.

Beliau ambil pusing, tidak memperdulikan nasib rakyat yang menimpa musibah [ketika banjir melanda Johor dan peristewa Nuri terhempas yang mengorbankan 6 jiwa] beliau boleh terbang bercuti dan bersantai di Australia makan nasi kandar dan kini bercuti di Australia [telah kembali ke Tanah Air pada 27.7.2007]. Sebelum itu, beliau berada di Russia, Bosnia Herzegovina dan Itali melakukan lawatan rasmi.

Marilah kita berdoa dan bersembahyang hajat beramai-ramai semoga Allah s.w.t menamatkan riwayat UMNO dan para pemimpinya yang durjana ini sepertimana kuasa Allah menamatkan pemerintah Suharto dan parti GOLKAR yang memerintah Indonesia selama 32 tahun.AMIN!

Berbalik artikel Raja Petra yang telah diterjemahkan, sila baca :

Pengenalan

Berikut adalah terjemahan rencana tulisan RPK.Anda boleh klik untuk berita asalnya diakhir terjemahan ini dibawah sekali. Saya menggunakan istilah 'dua 'Mat' drp asal tulisanya 'two Muhamads' demi kemulian nama Rasulullah , yang saya anggap tidak layak sama sekali digunakan untuk merujuk kepada orang yang begitu hodoh sikap perangainya.- T/K.

Umno lawan Raja-Raja Pusingan Pertama : Johan Umno (awal 1980-an)
Umno lawan Raja-Raja Pusingan Kedua : Johan Umno (lewat 1980-an)
Umno lawan Raja-Raja Pusingan Ketiga : Belum ditentukan lagi(2007)

Hari ini Persdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah perintah mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Sultan Perak mewakili raja-raja lain –enam orang Sultan, Raja Perlis, Yamtuan Besar Negeri Sembilan, termasuk Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. ( Malaysia does not have a King as many mistakenly refer him as ). Kita mesti ingat bahawa Sultan Perak pernah menjawat Ketua Hakim Negara Malaysia dan sudah tentu penguasaannya terhadap undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia melebihi manusia biasa, walaupun sesetengah peguam sendiri .

Majlis Raja-Raja baru sahaja bermesyuarat minggu lalu tetapi Perdana Menteri tidak menghadirkan diri tanpa sebarang alasan yang sahih. Malahan, dia secara tiba-tiba meninggalkan negara pada lewat malam 16 Julai 2007 dan ramai dikalangan anggota kabinetnya sendiri hairan kenapa boss mereka terpaksa menyelinap keluar negara tanpa jadual dan pengumuman. Jika Malaysia Today, satu laman web yang dikenali cenderung membohong, tidak mendedahkannya, maka ramai yang tidak menyedari bahawa Perdana Menteri tiada dalam negara.

Ketua Polis Negara Malaysia juga Ketua Cawangan Khas telah diminta untuk bersama Abdullah di Australia dan antara perkara yang dibincangkan adalah apa harus dibuat terhadap Malaysia Today. Keputusannya ialah mudah, begitulah fikiran mereka. Tangkap Raja Petra Kamarudin dan masukannya kepenjara. Setiausaha Politik Perdana Menteri sudah tentu ada sama dalam mesyuarat ini.

Kemudian mereka kembali ke Malaysia, meninggalkan Perdana Menteri di Australia untuk menyambung apa sahaja misi misteri dia kesana. Sesetengah berkata ianya satu krisis antara bangsa melibatkan eksport haram barangan terlarang dari US ke Iran menggunakan Malaysia sebagai transit. Sesetengah pula berkata ia adalah krisis domestik melibatkan perceraian isterinya daripada suaminya yang lepas dimana tiada dokumen rasmi yang telah diisikan. Oleh itu dia ( Jean ) dianggap masih lagi ‘isteri’ kepada suaminya yang lepas. Sesetengah pula mengatakan Patrick Lim ( atau Patrick Badawi jika anda ikut sebagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad memanggilnya ) sedang menyusun pemindahan asetnya ke Australia lebih awal dari berlakunya kekacauan nanti di Malaysia. Dan ada pula mengatakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi khuatir tentang satu gerakan untuk menjatuhkannya, lalu dia menyelinap keluar untuk keselamatan sebelum sebarang apa-apa berlaku dan kembali semula satelah mendapat jaminan daripada pegawai polis paling atas sekali bahawa adalah selamat baginya.

Namun begitu, apa pun alasan Abdullah Ahmad Badawi menyelinap ke Australia, hakikatnya dia telah membuat satu perjalanan mengejut, tanpa jadual dan tanpa pengumuman ke Australia sehinggakan mereka yang sepatutnya tahu mengenainya, tidaklah bermakna ini suatu bahan perbualan dan suatu spekulasi yang merebak umpama hutan yang terbakar.

Hari ini Raja-Raja telah memerintahkan Perdana Menteri saperti seorang budak sekolah yang nakal, melanggar peraturan sekolah tertentu. Tetapi apakah ‘Guru Besar sekadar memarahi murid yang bernama Abdullah Ahmad Badawi? Atau adakah murid tersebut disuruh menulis 1,000 baris : “Saya tidak akan buat begini lagi” ? Atau adakah murid itu menghadapi hukuman rotan sebaliknya? Tentu sekali jika kesalahan yang dilakukan serius sangat, Guru Besar pada bila-bila masa boleh ‘buang sekolah’ murid tersebut. Ya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai beberapa peruntukan keatas seseorang yang berkelakuan buruk boleh menghadapi pemecatan.

Walau apa pun kemungkinan, persoalan yang muncul difikiran ialah : Apakah kita kini sedang melihat suatu krisis perlembagaan sedang muncul diu*****? Kali pertama, dua ( krisis ) telah berlaku pada awal dan lewat 1980. Okay, kita telah dengar dan baca dalam surat khabar perdana berkenaan seorang Raja tertentu yang memukul seorang kedi dengan pemukul golfnya dan seorang jurulatih hoki ditampar, dan sebagainya. Sebagai usaha untuk menjatuhkan Raja-Raja, media perdana yang dibawah kawalan Umno telah mempastikan bahawa warga Malaysia menerima laporan lengkap berkenaan pencabulan dan kesalahan Raja-Raja.

Sudah tentu bukan semuanya benar.Sesetengah cerita direka untuk menimbulkan tanggapan bahawa Malaysia mempunyai Raja-Raja yang paling teruk dalam dulia. Sebagai contoh, mereka mencipta cerita kononya Rumah Kedah disepanjang Jalan Northram di Penang adalah kepunyaan Sultan Kedah. Bungalow mewah ditepian laut dibina dengan mewah, menggunakan wang pembayar cukai. Sebenarnya ianya adalah telalu usang, dibina sebelum perang dunia ke-2, kepunyaan kerajaan negeri dan sesiapa sahaja pegawai kerajaan negeri Kedah boleh menggunakan apabila berkunjung ke Pulau Pinang atas urusan.

Kemudian, mereka menayangkan diTV rakaman apa yang dipanggil ‘ Bungalow Sultan Selangor’ diatas sebuah bukit memandang kearah laut disebalik Pulau Pinang, menghadap Lautan India. Itu sebenarnya adalah kediaman seorang usahawan China dan tiada apa-apa kaitan langsung dengan Sultan yang pada ketika itu hanya seorang Raja Muda Selangor. Tetapi Raja Muda tidak upaya untuk memperbetulkan kerana Raja-Raja di tegah dari membuat ucapan dikhalayak—walaupun orang awam dibenarkan menghentam Raja-Raja melaui surat khabar dan TV.

Ya, Umno telah mengheret Raja-Raja kedalam lumpur dan mempalitkan ‘tahi’ keatas muka mereka yang kesannya hingga kini, dimana ramai warga Malaysia tiada rasa hormat terhadap Raja-Raja. Ini bukan salah rakyat semata-mata. Ini adalah hasil pendedahan surat khabar dan stesyen TV 20 tahun yang lalu semasa kempen khas menjatuhkan imej Raja-Raja. Apa yang tidak diketahui rakyat hingga kini ialah kebanyakan apa yang dikatakan ‘pendedahan’ bungalow-bungalow mewah Sultan Kedah dan Sultan Selangor di Pulau Pinang tidak wujud dan hanyalah khayalan imajinasi Umno.

Tetapi apakah isu yang sebenarnya? Kenapa Umno memerangi Raja-Raja? Kenapa Umno bersungguh-sungguh menyerang Raja-Raja dan menyebabkan rakyat menentang Raja-Raja hingga mereka menjadi bahan senda? Itu adalah antara angkara Menteri Besar Selangor ketika itu, yang kini Ketua Penerangan Umno dengan dua ‘Mat’ pada namanya.

Anda perhatikan, bekas Menteri Besar dengan dua ‘ Mat’ pada namanya telah menikahi secara sembunyi puteri Sultan Selangor pada 17 Julai 1987. Perkahwinan tersebut di langsungkan di Thailand, bertentangan dengan undang-undang.( Lihat salinan sijil nikah Thai dibahah).
Sultan kemudiannya mendapat perkhabaran lalu bertanya bekas Menteri Besar dengan dua nama ‘Mat’ pada namanya sama ada benarkah yang dia telah mengawini puteri baginda.Bekas Menteri Besar dengan dua nama ‘Mat’ pada namanya, tentunya menafikannya dan pada 11 February 1988 dia telah mngutus kepada Sultan satu surat yang menyatakan kekesalannya terhadap ‘khabar angin’ yang disebarkan mengenai perkahwinannya dengan puteri Sultan.

Walau apa pun, Sultan Selangor mendapat tahu juga bahawa Bekas Menteri Besar dengan dua ‘Mat’ pada namanya sesungguhnya telah mengahwini puteri baginda yang demikian itu dia telah berbohong mengenainya. Pada 30 Ogos 1989, Bekas Menteri Besar Selangor dengan dua ‘Mat’ pada namanya telah mengutus kepada Sultan satu lagi surat menyatakan kekesalan, memohon keampunan dan menyalahkan Tuhan ( Allah ) diatas segala perkara tersebut.
Kesemua surat-surat tersebut termasuk surat khabar meliputi isu-isu tersebut dapat dilihat dibawah ; sekiranya Umno bercadang, lagi, mengatakan bahawa Malaysia Today berbohong maka kerana itu Raja Petra Kamarudin harus ditahan dibawah Keselamatan Dalam Negeri, Internal Security Act (ISA) kerana dia adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.
Baginda Sultan berasa murka. Perdana Menterinya secara rahsia dan melanggar undang-undang mengahwini puteri baginda di negara lain, telah berdusta mengenainya, dan begitu biadab mengutus surat kepada baginda menyatakan bahawa semuanya adalah khabar angin bertujuan untuk mengaibkan. ( Untung sungguh Malaysia Today tiada lagi ketika itu, kalau tidak mereka akan akan datang untuk menahan saya dibawah ISA – Akta Keselamatan sejak 1987).

Bekas Menteri Besar dengan dua ‘Mat’ pada namanya kemudian lari mendapatkan Pemuda Umno dengan ekor yang terjuntai antara kedua kakinya. Bapa mertuanya kini terlalu murka dan dia tahu kemusnahannya telah tiba melainkan dia mampu menghadapi Sultan. Pemuda Umno kemudiannya menyusun satu protes anti Raja-Raja dan mengeluarkan amaran bahawa mereka mempunyai beberapa hari sahaja lagi dan mungkin sistem beraja akan dihapuskan jika Raja-Raja menentang Umno.

Ini menjadikan Sultan bertambah murka. Umno kini secara terbuka menentang sistem beraja dan mengancam kewujudannya. Tahun berikutnya, Sultan telah menolak senarai penerima anugerah Hari Keputeraan baginda, yang disediakan oleh bekas Menteri Besar dengan dua ‘ Mat’ pada namanya. Sultan bertitah, baginda akan menyediakan senarainya sendiri dan tidak menggunakan senarai yang Umno sediakan.

Ini menyebabkan bekas Menteri Besar dengan dua ‘Mat’ pada namanya lintang pukang lari, tetapi kali ini mendapatkan Timbalan Perdana Menteri Gaffar Baba. Gaffar kemudiannya membuat satu kenyataan disemua muka depan surat khabar bahawa Umno dan bukannya Raja-Raja yang memutuskan siapa yang layak menerima penganugerahan. Tugas Raja-Raja hanyalah membahagi – bahagikan kepada mereka yang Umno putuskan untuk menerima anugerah tersebut.
Sultan bertindak balas dengan membatalkan sambutan majlis keputeraan dan meminta wang peruntukan tersebut didermakan kepada anak-anak yatim dan juga kepada yang miskin. Pada tahun tersebut tiada siapa pun menerima sebarang anugerah Datuk Selangor, yang tentunya seseorang terpaksa membayar Umno untuk mendapatkannya.

Krisis Perlembagaan memuncak pada 1991 apabila Berita Harian tanggal 10 November menyiarkan kenyataan daripada Gaffar Baba, yang pada dasarnya mengatakan Raja-Raja boleh dicabar / kritik ( yang bermaksud adalah BUKAN hasutan jika mencabar Raja-Raja ).

“Kalau rakyat yakin dan tahu apa yang diperkatakan mereka wajar berbuat demikian tanpa rasa bimbang dan takut. Apa yang dilarang Perlembagaan (under the Sedition Act) ialah jika seorang cuba menghapuskan Sistem Raja berperlembagaan yang di amalkan di negara ini.”
Pada hari yang sama, Zainal Abidin Sakom membentangkan bagi pihak Umno Selangor ,satu resolusi mengandungi empat perkara yang telah diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno saperti berikut :

1. Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenarai kan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja secara langsung atau melalui ‘Kapitan China’.

2. Meminta Presiden UMNO supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka - yang terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan diri sendiri.

3. Meminda perlembagaan 1957 (Merdeka Constitution) supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri (EXCO), setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.

4. Supaya Perhimpunan Agung UMNO memberi mandat penuh kepada Dato Seri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengatasi isu Raja ini secara umumnya sama ada menerusi pindaan pelembagaan dan segala langkah yang perlu.

Ya, kebanyakan orang Malaysi tahu berkenaan Krisis Perlembagaan 1980-an.Tetapi mereka hanya tahu apa yang dinyatakan oleh media perdana yang dikawal kerajaan. Buku teks sekolah tidak mendedahkan banyak apa yang sebenarnya telah berlaku. Kebanyakan rakyat Malaysia juga mengetahui berkenaan reputasi ‘miang’ bekas Menteri Besar Selangor dengan dua ‘Mat’ pada namanya .Tetapi mereka tidak mengetahui babak-babak disebalik tirai, pertelagahan antara ‘His Hornyness and His Highness’ – Paduka Miang dan Paduka Mulia bersabit perkahwinan rahsia puteri Sultan dan penafian berikutannya.

Kini, bekas Menteri Besar yang sama, dengan dua ‘Mat’ pada namanya mahu mengatakan yang saya menghasut. Dan saperti mana sewaktu pertelagahan dengan Sultan Selangor 20 tahun lalu, bekas Menteri Besar yang sama ini, yang punya dua ‘Mat’ pada namanya, sekali lagi menggunakan Pemuda Umno dan kali ini mahukan saya (dikenakan tindakan) dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ). Lantaklah! Saya sudah bersedia.

Malaysia Today banyak mendedahkan apa yang telah berlaku di ‘the corridors of power ‘ - Gerbang Kuasa. Malaysia Today mendedahkan cerita yang tersembunyi. Dan ini membuat Umno tidak senang. Maka Malaysia Today mesti di senyapkan. Dan jika secara perundangan Malaysia Today tidak dapat disenyapkan kerana ianya laman web berpusat dinegara asing, maka Editornya hendaklah dinyahkan ke satu tempat dimana dia tidak dapat lagi menulis rencana untuk Malaysia Today.

Umno tidak akan berhenti walau apa pun untuk mempastikan kekuasaannya tidak dicabar. Raja-Raja mengetahui hal ini melalui kepahitan 20 tahun yang lepas dan sehingga kini Raja-Raja masih lagi menjilat luka-luka mereka yang lakukan ketika Krisis Perlembagaan 1980-an. Tetapi kerana mahu mempastikan ‘Kekuasaan yang Mutlak’, Umno telah menghancurkan imej dan reputasi Raja-Raja Melayu.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menyuarakan penentangannya terhadap gerakan ini sejak akhir 1980-an. Ku Li merasakan dengan memusnahkan kedaulatan Raja-Raja, Umno akan memusnahkan kedaulatan Institusi Beraja itu sendiri. Ini umpama mengerat hidung kerana bencikan muka atau, saperti kata –kata orang Melayu, marah nyamuk, bakar kelambu. Orang Melayu bercakap tentang Ketuanan Melayu dan Kedaulatan. Ini muncul kerana Orang Melayu mempunyai Raja-Raja Melayu. Jika Umno dapat melemahkan ( dilakukan secara halus/sembunyi) Raja-Raja, maka semuanya yang berkaitan dengan Institusi diRaja akan turut lemah bersamanya.

Tetapi mereka tidak mendengar kata-kata Ku Li. Ku Li adalah pembangkang dan sebarang apa bangkangan walaupun benar, tidak dapat diterima. Hari ini apabila sesiapa mengkritik Raja-Raja, Orang-orang Melayu akan ‘marah’ istimewanya jika yang berkata itu ‘bukan - Melayu’, ‘mencela’ Raja-Raja. Tetapi ini bukan salah ‘bukan- Melayu’. Orang bukan Melayu diajar / didik oleh Melayu Umno bahawa Raja-Raja boleh di caci cela.

Bagaimana pun, semuanya tidak habis. Hari ini, bekas Menteri Besar Selangor dengan dua ‘Mat’ pada namanya telah mengisytiharkan kepada umum bahawa dia bersedia mati demi Raja-Raja. Dia bersedia walaupun tubuh nya diletupkan dengan C4, berkecai berjuta kepingan. Saya hampir-hampir menangis tatkala membaca apa yang telah dia umumkan. Ianya hampir membuatkan saya mengalirkan air mata. Akhirnya, bekas Menteri Besar dengan dua ‘Mat’ pada namanya, begitu berani sungguh untuk mati demi Sultannya, bilamana 20 tahun dahulu dia tidak berani pun untuk mengaku yang dia telah melarikan puteri Sultan dan mengahwininya di Thailand ,dengan melanggar undang-undang negara. Mungkin masih lagi ada harapan bagi Umno. Atau adakah saperti biasanya, tidak ada apa pun melainkan ‘Karut’ semata-mata di gerbang kuasa?

Kesimpulannya, Abdullah berada dalam suasana yang amat mencemaskan, pilihanraya semakin dekat. Keadaan UMNO semakin tidak selesa, walaupun Peguam Negara, PDRM, BPR dan JPN membantu, namun saranan titah Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah amat membimbangkannya. Mana hendak cari calon PRU dikalangan para pemimpin yang bersih. Semua kotor dan berbau ‘SHIT”

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment