Monday, July 9, 2007

ANNUAR MUSA MENGAMUK LAGI

Oleh: MANJANIK
DiPetik Daripada Laman Tranungkite.net :
Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,
KETEREH: Apa sudah jadi dengan Annuar Musa. Umno Bahagian beliau sendiri sudah haru biru. Ternyata apa yang Nuar harapkan Umno Ketereh sebagai contoh kepada Umno-Umno di bahagian lain, tidak menjadi..Dalam Persidangan perwakilan Umno tiga peringkat - Pemuda, Wanita dan Puteri minggu lepas, Nuar melepaskan kemarahannya kepada tiga sayap umno Ketereh itu. Apa tidaknya, kehadirian hanya 25 orang perwakilan Pemudacukup membuatkan Nuar naik angin. Apatah lagi bagi mengabui mata Nuar, pihak urusetia pemuda telah memunggah pelajar sekolah Menengah Melor dan Ketereh.

Bagi Nuar Musa, pihak pemuda cuba menipu beliau untuk menunjukkan kekuatan sedangkan apa yang berlaku sebenarnya bukan begitu. “Jangan nak mengampu saya dengan mengatakan kamu akan membantu saya. Saya bukannya lemah,” Amaran Nuar Musa.

Nuar juga menyatakan rasa tidak puas hati kepada Wanita dan Puteri. “Puteri, dari dulu hingga sekarang tidak bertambah-tambah keahliannya. kenapa jadi begini?,” soal Nuar.

Apa yang diperkatakan oleh Nuar Musa tidak terhenti di persidangan tiga peringkat sahaja. Ianya terseret hingga ke persidangan Umno bahagian yang dirasmikan oleh “Bapak Angkat” Umno Ketereh, Dato Seri Adnan Yaacob.

Semasa sesi perbahasan, perwakilan pemuda, wanita dan puteri mengambil kesempatan mempersoalkan kembali kepimpinan Nuar Musa. Walau bagaimanapun pada masa perbahasan, Nuar Musa sudah tiada.

Ucapan penangguhan dilakukan oleh Datuk Hj Mohd Alwi Che Ahmad, selaku Timbalan Ketua umno bahagian. Seperti biasa, Hj Alwi dengan “lakonannya” yang mantap, bersendiwara dengan menangis teresak-esak, sedih kerana kemiskinan melayu. Seorang perwakilan Wanita Umno dengan selamba berkata, “kalah Azean Irdawati tuu”, sambil senyum sinis.

Seorang kawan yang menjadi perwakilan pergerakan pemuda memberitahu saya, satu pasa dari tiga pasa lebuhraya Kuala Krai -Kota Bharu diperolehi oleh syarikat Hj Alwi iaitu Al-Hamra Construction Sdn Bhd yang mana ahli lembaga pengarahnya juga adalah IsteriNuar Musa, Datin Seri Rosniah Abdul Rahman dan anak saudara Nuar sendiri Wajdi. Sebab itulah Alwi menangis, bukan sedih tapi gembira dapat projek, tambahnya.

Apa yang menyedihkan lagi Nuar Musa ialah sambutan dan kehadiran wakil rakyat BN di majlis jamuan makan malam sempena kehadiran “bapak Angkat” Umno bahagian di sebuah hotel di Kota Bharu. Hanya beliau dan Datuk Ramzi Abdul Rahman yang juga setiausaha Umno negeri sahaja yang hadir. Jamuan yang terhebat dengan nilai RM500 satu pinggan nasi itu juga telah dikutip dari kontraktor-kontraktor yang mendapat projek di kawasan parlimen Ketereh.

Sekarang ini Nuar yang berdegar-degar marahkan Pemuda, Wnita dan Puteri sudah berlepas ke London. Alwi pula yang mudah tersentuh hatinya telah ke Morocco. Maka tinggallah orang-orang Umno yang kena marah dan yang sedih itu di Ketereh… biarkann…biarkaannnn

Moralnya :

i.Pemimpin UMNO sebahagian besarnya tidak boleh dipercayai-pembohong dan putar-alam.

ii.Pemimpin UMNO senantiasa memperalatkan ahli dan rakyat [disembunyikan sifat buruk oleh media yang dikawal] yang buta maklumat agar mempercayai mereka itu pemimpin yang suci dan bersih, tetapi sebaliknya merekalah IBLIS dan SYAITAN yang paling kotor dan dijijik di dunia dan diakhirat.

iii.Perjuangan mereka adalah untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kepentingan rakyat. Saya berani mencabar Ketua Perang Siber UMNO, Azalina Othman Said-Senaraikan pemimpin UMNO mana yang kehidupannya serba sederhana melambangkan ketinggian peribadi dan moralnya untuk membela rakyat dari segi harta yang dimilikinya, kekayaan yang ditayangkan seperti berbagai model kereta dan rumah mewah tersergam indah, berbanding kehidupan rakyat yang masih dibelenggu dengan kemiskinan.

iv.Pemimpin UMNO mana yang tidak pernah menggunakan kedudukannya mencari kekayaan peribadi semasa ia masih lagi menjadi pemimpin.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam.

No comments:

Post a Comment