Assalamu'alaikum wm.wrt,
UMNO atau nama popularnya UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION bukan ada sesuatu kekuatan organisasinya untuk menentang pembangkang. UMNO 100% mempergunakan kuasa yang ada dalam gengamannya untuk mempengaruhi media massa yang dibawah kawalanya [pembangkang dinafikan hak ini, termasuk menghalang penerbitan akhbar parti-parti pembangkang sendiri-contohnya PKR tidak dibenarkan menerbitkan akhbar Suara Keadilan] SPR, JPN dan pasukan polis supaya badan-badan ini mempergunakan kuasa yang padanya untuk mecipta beberapa kaedah bagi mengalahkan pembangkang dalam setiap kali adanya pilihanraya. Disamping itu UMNO juga mempunyai sumber kewangan yang besar untuk merasuahkan pengundi-pengundi
\Menjelang PRU ke-12, nampaknya kini SPR dan JPN mulai menjalankan gerakan secara terancang dengan penuh kebijaksanaan kaedah menipu sehinggakan rakyat [termasuk parti-parti pembangkang sendiri-gilakan kuasa enggan melakukan boikot seperti di Batu Talam] tidak perasan yang UMNO menang itu kerana amalan menabor jutaan wang ringgit, mencurahkan projek-projek pembangunan yang bernilai berbillion ringgit dan mengenakan berbagai tekanan terhadap rakyat yang ingin menyokong pembangkang [seperti situasi yang berlaku di IPTA-IPTA seluruh Negara] terutamanya terhadap rakyat miskin.
Kini, SPR dan JPN telah mulai menjalankan perananya. Ikuti dengan teliti laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini.com :
1. 68,671 nama dibuang dari senarai pemilih
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengeluarkan 68,671 nama pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab seperti bertukar alamat, meninggal dunia dan dilucut hak kewarganergaraan.Manakala 29,450 permohonan baru dan bertukar alamat yang diterima dalam suku tahun pertama 2007, tidak dapat diselesaikan kerana SPR terlibat dengan urusan tuntutan serta bantahan dan terpaksa dibawa ke suku tahun kedua 2007.
Pada masa yang SPR telah memperakui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku tahun pertama tahun ini pada 29 Mei lalu. Menurut laporan Bernama, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata perakuan itu dibuat sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan 22(1) Peraturan-peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menetapkan Daftar Pemilih Tambahan diperakukan sebelum ia dapat digunakan untuk sesuatu urusan pilihanraya."RDPT Suku Tahun Pertama 2007 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac mengandungi 172,127 pemilih yang terdiri daripada 141,553 permohonan pemilih baru dan 30,574 permohonan tukar alamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengenai urusan tuntutan dan bantahan, beliau berkata, kawasan Parlimen terlibat ialah P.19 Tumpat, P.22 Pasir Mas, P.23 Rantau Panjang, P.26 Ketereh, P.30 Jeli dan P.31 Kuala Krai yang kesemuanya terletak di Kelantan.
"Kawasan Parlimen yang terlibat dengan dengan bantahan pula ialah P.87 Kuala Krau di Pahang; P.19 Tumpat, P.21 Kota Baharu, P.22 Pasir Mas, P.23 Rantau Panjang, P.24 Kubang Kerian, P.25 Bachok, P.26 Ketereh, P.27 Tanah Merah, P.28 Pasir Putih, P.29 Machang, P.30 Jeli, P.31 Kuala krai, P.36 Kuala Terengganu, P.38 Hulu Terengganu, P.39 Dungun dan P.40 Kemaman," katanya.[Rakyat sudah tahu strategi ini yang berjaya menumbangkan PAS di Terangganu]
Kerjasama waris
Kamaruzaman berkata RDPT Suku Tahun Pertama itu akan diwartakan pada 7 Jun."Dengan pengesahan RDPT Suku Tahun Pertama 2007 itu, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk 2006 adalah sebanyak 10,322,956 pemilih," katanya.
Orang ramai yang berminat untuk membeli DPT Suku Tahun Pertama 2007 oleh mendapatkannya di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya yang berharga RM1,399.60.Selain itu, beliau turut mengingatkan kerjasama waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur kepada SPR dalam usaha untuk membersihkan daftar pemilih. Katanya pemilih berdaftar adalah digalakkan untuk menyemak sebarang maklumat pendataan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, kaum dan nombor rumah pemilih dan menghantar pembetulannya ke SPR atau menghantar e-mel ke spr@spr.gov.my.
Sementara itu di Seremban, seramai 157,547 orang atau 26.8 peratus daripada mereka yang berumur 21 tahun ke atas di Negeri Sembilan masih belum mendafar sebagai pemilih hingga Mac lalu. Pengarah Pejabat Pilihanraya Negeri Sembilan, Abd Latif Baba berkata bagi menggalakkan pendaftaran, program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih akan diadakan di pasaraya Jaya Jusco, Seremban 2 Sabtu ini.
http://www.malaysiakini.com/news/68248[06062007]
http://www.malaysiakini.com/news/68248[06062007]
2. Penipuan Daftar Pemilih oleh SPR Didedah
Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS dimulakan dengan perbahasan dari perwakilan Negeri Kelantan, YB Ust Nasaruddin Daud, ADUN Meranti yang mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terhadap Daftar Pemilih.Di dalam PRU yang lalu, Ust. Nasaruddin mendedahkan di Dewan Undangan Negeri Bukit Panau Kelantan, petugas-petupas pilihanraya PAS telah mengesani dan membantah sejumlah 1800 nama pengundi luar yang dimasukkan ke dalam Semakan Daftar Pemilih oleh pihak SPR.
Dan meskipun tempoh jangkawaktu bantahan diberikan adalah singkat (seminggu), pihak PAS berjaya mengeluarkan semula nama-mnama itu.Namun apa yang perlu diberikan perhatian ialah PAS terpaksa membayar RM18,000 kepada SPR kerana satu nama yang dibantah, pihak SPR telah mengenakan RM10.
Penipuan ini sengaja dilakukan oleh SPR dengan tujuan untuk memungut duit dari pihak yang membantah dan jika tidak dibantah pula akan memberikan kemenangan kepada pihak BN. Perwakilan Negeri Kelantan tersebut meminta pihak PAS Pusat melakukan perundingan dengan pihak SPR mengenai masalah ini.
Dan anehnya di dalam Daftar Pemilih yang baru, pihak SPR dikesani telah memasukkan seramai 299 orang yang sama dari 1800 yang telah dikeluarkan dahulu dari DUN Bukit Panau. Pendedahan perwakilan Kelantan ini memeranjatkan pelbagai pihak kerana jelas sekali SPR sebenarnya telah menjadi kuda tunggangan BN untuk melakukan penipuan.
Partai Keadilan Rakyat di dalam Perhimpunannya juga pernah turut mendesak Rashid, Pengerusi SPR untuk meletakkan jawatannya kerana telah gagal menjalankan tanggungjwab dan amanah sebagai Pengerusi SPR supaya SPR bertindak adil dan telus kepada semua parti politik di negara ini.
Rashid dengan angkuh dan sombong menolak permintaan perletakan jawatan itu dengan menyatakan bahawa tidak perlu orang lain mendesak beliau meletakkan jawatan kerana menurutnya beliau akan meletakkan jawatan apabila sampai masanya tanpa perlu didesak oleh sesiapa.
Justeru itu, perwakilan negeri Kelantan tersebut menyeru petugas-petugas pilihanraya PAS supaya mengambil berat dan perkemaskan Semakan Daftar Pemilih di kawasan masing-masing.
"Walaupun semangat kita kuat berkobar-kobar, rajin menganjurkan majlis ceramah dan penerangan, tetapi sekiranya kita tidak memberikan persiapan soal daftar pemilih, maka akhirnya kita akan dikecewakan," ujar Nasaruddin lagi.

"Sekali lagi, saya amat mengharapkan pimpinan PAS Pusat memberikan perhatian istimewa kepada persoalan daftar pemilih ini sebelum terlewat. Banyak kerusi yang kita menang, termasuk di Kelantan ini, dengan majoriti tipis dan jika Umno-BN berjaya mendaftarkan lebih ramai pengundi baru, maka kedudukan kita mudah digugat," tambahnya.
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2021&mode=&order=0&thold=0
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2021&mode=&order=0&thold=0
3. DAP [dan lain-lain parti pembangkang] mendakwa berlaku manipulasi senarai pemilih
DAP khususnya menasihatkan semua pengundi supaya menyemak sama ada nama mereka masih ada dalam senarai pemilih bagi mengelak mereka menjadi mangsa manipulasi senarai tersebut. Gesaan tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa berlaku manipulasi dalam senarai pemilih bagi kerusi Parlimen Kota Melaka.
Berikutan itu, dakwanya, jumlah pengundi dalam kawasan Parlimen berkenaan kurang 521 orang kepada 82,260 orang pada 2006 berbanding 82,781 sewaktu pilihanraya umum 2004. Dalam satu kenyataan hari ini, Lim mendakwa, hanya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi DAP dalam kawasan Parlimen Kota Melaka berlaku pengurangan jumlah pengundi.
Menurutnya, DUN Kota Laksamana kehilangan 298 pengundi dan DUN Bandar Hilir kehilangan 900 pengundi manakala jumlah pengundi di DUN yang diwakili Barisan Nasional (BN) semakin bertambah. Berikutan itu, Lim menggesa Suruhanya Pilihanraya (SPR) mereformasikan 10 bidang bagi memastikan pilihanraya yang dijalankan adalah adil, bebas dan bersih.
Elak penyelewengan
1. Menggunakan dakwat tidak boleh padam dan pengiraan undi pos diawasi oleh ejen semua calon yang bertanding bagi mengelak berlaku penyelewengan.
2. Tidak lagi menerima senarai pemilih yang tidak bersih. Menurut Lim, kewibawaan dan integriti senarai pemilih adalah faktor terpenting dalam memastikan pilihanraya yang adil, bebas dan bersih.
Menurut Lim lagi, HakimDatuk Muhammad Kamil Awang telah membatalkan keputusan pilihanraya Likas di Sabah sebelum ini atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kerusi tersebut tidak sah kerana wujud pengundi hantu dan rakyat asing turut mengundi. Selepas penghakiman tersebut, katanya, Akta Pilihanraya 1958 dipinda pada 30 Mei 2002 di mana Seksyen 9A dengan jelas menyatakan, apabila senarai pemilih disah dan diwartakan, ia adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diketepikan oleh mana-mana mahkamah.
Dalam lain perkataan, katanya, walaupun senarai pemilih tidak sempurna dan mempengaruhi keputusan pilihanraya, keputusannya adalah sah dan pindaan tersebut menutup sebarang ruang perundangan untuk mencabar kredibiliti senarai pemilih berkenaan.
3. Menghapuskan Seksyen 9A, Akta Pilihanraya.
Lim menggesa SPR mencadangkan kepada kerajaan supaya memulihkan hak rakyat untuk mencabar senarai pemilih yang membabit penipuan sebagai mencukupi untuk membatalkan sesuatu pilihanraya dengan menghapuskan Seksyen 9A.
Manakala SPR, katanya, bertanggungjawab sepenuhnya untuk melakukan pembersihan terhadap senarai pemilih bagi memastikan kredibilitinya. “Dalam pilihanraya umum yang lalu, terdapat sekurang-kurangnya tiga versi senarai pemilih yang diedarkan dan banyak nama pengundi yang sah, telah dipotong dari senarai pemilih di Selangor. Insiden seumpama itu tidak patut dibiarkan berulang,” katanya. Lim juga menggesa SPR supaya mengurangkan harga jualan versi elektronik senarai pemilih. Sebaliknya, kata beliau, senarai pemilih seharusnya dilihat sebagai maklumat awam yang boleh diperolehi semua pilih secara yang paling mudah.
Hadapi karenah SPR
Hadapi karenah SPR
4. Pendaftaran pengundi.
Lim mendakwa, DAP menghadapi pelbagai karenah daripada pejabat SPR negeri untuk menjalankan pendaftaran pemilih. Sebagai contoh, katanyanya, SPR Selangor enggan mengadakan dua pendaftaran tersebut, atas alasan tidak selesa dengan idea menjalankan pendaftaran di pasar dan restoran orang Cina. Lim juga mendakwa, pegawai SPR Selangor tidak mahu menjalankan pendaftaran pengundi di tempat tiada hawa dingin, manakala SPR Wilayah Persekutuan pula tidak mahu menjalankan pendaftaran pengundi dalam kawasn gereja. Katanya, alasan yang diberikan itu berunsur diskriminasi kaum dan agama dan bercanggah dengan perlembagaan kerana menafikan hak pemilih untuk mendaftar dan mengundi.
Menurut Lim lagi, dalam suratnya kepada pengundi di DUN Kota Laksamana, yang bertarikh Mac 2007, Penolong Setiausaha Operasi SPR, Abdul Hamid Ali meminta mereka mengesahkan sama ada masih lagi tinggal di kawasan pilihanraya tersebut.
“Daripada 28 DUN di Melaka, hanya pengundi di kawasan Kota Laksamana sahaja yang dikehendak berbuat demikian. Mengapa DUN lain dikecualikan? “Sama ada secara kebetulan atau tidak, DUN Kota Laksamana diwakili oleh DAP dan ini menimbulkan syak wasangka bahawa tindakan itu bertujuan untuk melemahkan sokongan kepada pembangkang dan mencerahkan peluang BN menang di Kota Laksamana dan kerusi Parlimen Kota Melaka,” kata Lim.
Ambil tindakan
5. Kesalahan pilihanraya. Lim berkata, SPR tidak akan menjadi sebuah badan bebas selagi ia tidak menguatkuasakan undang-undang pilihanraya terhadap calon-calon BN yang membelanjakan lebih RM110 juta, jauh melebihi had RM88.3 juta dalam pilihanraya umum 2004.
6. Memanjangkan tempoh berkempen. Lim menggesa tempoh kempen diwajibkan selama lima minggu dan bukannya lapan hari seperti pilihanraya yang lalu, serta memastikan amalan demokrasi, kebebasan bersuara dan berhimpun serta perbelanjaan wang rakyat bagi menghapuskan amalan rasuah dan dibelanjakan untuk kepentingan peribadi.
7. Laporan media yang adil dan bebas mengenai pilihanraya. Sebagai badan yang mengendalikan pilihanraya, Lim berkata, adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk memastikan kedua belah pihak mendapat akses media yang sama, terutama media elektronik milik kerajaan, bagi membolehkan pengundi mendapat maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.
8. Polis dan ceramah. Menurut Lim, SPR harus memastikan pihak polis tidak bersikap berat sebelah terutama terhadap ceramah yang diadakan oleh semua parti yang bertanding.
9. Menghormati prinsip satu pemilih satu undi. Menurut Lim, prinsip ini harus dihormati bagi mengelak persempadanan kawasan pilihanraya yang tidak adil terhadap pembangkang, apabila mempunyai lebih ramai pengundi. “Sebagai contohnya, kawasan Parlimen Putrajaya hanya mempunyai 5,079 pengundi dalam pilihanraya umum 2004 sedangkan kawasan Seputih (kawasan ahli Parlimen DAP) mempunyai 74,702 pengundi,” katanya.
Menurut Lim lagi, peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan persempadanan yang tidak adil, dengan menghadkan perbezaan pengundi antara kawasan pilihanraya pada kadar 15 peratus, dikuatkuasakan semula. 10. Peranan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Lim menyarankan proses pendaftaran secara automatik melalui kerajama JPA-SPR bagi memastikan tiada seorangpun ketinggalan untuk mengundi memandangkan pada masa ini lebih lima juta rakyat Malaysia yang sudah layak, masih belum mengundi sebagai pemilih. Lim juga memberi dua contoh dua nama pemilih yang sudah berkali-kali mengundi dalam pilihanraya umum sebelum ini, tetapi nama mereka tidak ada dalam senarai pemilih dalam pilihanraya umum 2004.
Mereka ialah Tan Ah Kong @ Choo Tin Chee [GB2312]C 431211105043 (8024903) – yang telah mengundi dalam pilihanraya 1986,1990,1995,1999 tetapi namanya tidak ada dalam senarai pemilih 2004.
Seorang lagi ialah Chin Siew Fai – yang 710122055357 (A11791544) – telah mengundi dalam pilihanraya 1995 dan 1999 dan namanya tiada dalam senarai pemilih 2004) . http://www.malaysiakini.com/news/68269 [06062007]
4. Kejadian yang sama berlaku menjelang PRU ke-11 tahun 2004
Dalam menghadapi pilihan raya ke 11 lalu, bentuk penipuan yang sama digunakan. UMNO telah mempergunakan Jabatan Pendaftaran Negara untuk memindahkan nama-nama pengundi ke satu tempat khas supaya mereka ini boleh mengundi dan memenangkan calon berkenaan. Pemindahan ini sangat ketara di Terangganu dan Kelantan. Peningkatan pengundi secara mendadak ini [pembuangan undi melebihi 85%] menyebakan PAS kalah di Terangganu dan nyawa-nyawa ikan di Kelantan. Perkara ini didedahkan oleh Harakah cetak keluaran 1 – 15 Januari 2004 [sebelum PRU dilangsungkan pada 23 Mac 2004] di mana ribuan rakyat Kedah yang umurnya dalam lingkungan 50an hingga 60an dibawa ke Daerah Pekan [kawasan Parlimen Najib Tun Razak] dengan alasan untuk meneroka tanah baru dan bersawah.
Harakah cetak keluaran 15 – 31 Januari 2004 turut memuatkan berita beribu orang [ berumur di antara 21 hingga 30 tahun] telah menyertai projek memindahkan alamat tempat tinggal mereka ke negeri Kelantan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang. Kebanyakan mereka menukarkan alamat ke tiga kawasan parlimen di Kelantan, iaitu di Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas. Operasi ini berakhir menjelang 31.12.2003.
Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri [Menterinya-Abdullah Ahmad Badawi], Dato' Ramzi Abdul Rahman dikenalpasti antara mereka yang terbabit memindahkan daerah mengundi dari Kubang Batang, Wakaf Bharu ke Pergau di DUN Dabong. Sedangkan penama tersebut yang juga Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Krai dikesan bermestautin di DUN Wakaf Bharu. Selain itu, seramai 124 pemilih baru yang berasal dari luar Kelantan dimasukkan ke dalam daftar pemilih tambahan di Daerah Mengundi Batu Hitam, DUN Bukit Panau, Tanah Merah.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) Kelantan, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah [ketika itu] berkata, terdapat tindakan pihak tertentu yang mendaftar dan memindahkan pemilih secara salah iaitu berlawanan dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
"Ia juga tidak menepati kehendak Bahagian IV: Pendaftaran Pemilih Akta Pilihan Raya 1958 dan dengan nyata berlaku tindakan kesalahan-kesalahan pilihan raya mengikut Subseksyen 3(1)(a), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta tidak memenuhi peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002," katanya kepada media selepas membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut, di Balai Polis Daerah Kota Bharu, kira-kira jam 11.50 pagi tadi. Hadir sama Timbalan Pengarah JPN, Mohd Nasir Che Daud dan setiausaha JPN, Wan Nik Yusof Ngah, Setiausaha PAS Kota Bharu, Zainuddin Abdullah, wakil-wakil rakyat dan penyokong PAS. Wan Abdul Rahim kemudian menemui pegawai penyiasat DSP Razali Taib dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk diambil kenyataan.
Harakah keluaran 16 - 31 Januari 2004 telah mendedahkan beribu-ribu orang menyertai projek memindahkan alamat tempat tinggal ke Kelantan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang. Kerja-kerja tersebut dikatakan mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dilakukan di beberapa tempat di Selangor beberapa hari menjelang 31 Disember 2003.
Wan Abdul Rahim berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak keselamatan menyiasat secara menyeluruh bagi membuktikan ada pihak yang telah menipu JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Nama-nama pemilih tersebut dimasukkan ke dalam senarai pemilih terutamanya di kawasan DUN Bukit Panau, Gual Ipoh, Kuala Balah, Bukit Bunga dan Dabong.
"Laporan ini dibuat berasaskan keyakinan PAS berhubung taktik kotor politik Machiavelli pemimpin Umno dalam usaha menawan Kelantan secara tidak demokratik.
"Pada 1994 kegiatan memindah secara 'gonggong' pengundi dari bahagian Pengkalan Chepa ke Parlimen Peringat telah memberi kemenangan kepada Dato' Annuar Musa pada pilihan raya 1995," katanya.
PAS juga mendapati Dato' Alias Hussin pernah memindahkan pengundi dari daerah mengundi di Kandis (DUN Perupok) ke daerah mengundi Beris Lalang (DUN Jelawat) di Bachok pada 1998 sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya 1999. Bagaimanapun disebabkan percaturan politik di bahagian berkenaan, bekas Ketua Bahagian, Dato' Ahmad Shahibudin Mohd Noor pula yang bertanding di DUN tersebut sehingga mengecewakan Alias.
Wan Abdul Rahim yang juga Speaker DUN Kelantan berkata, jumlah pengundi baru yang mendaftar bagi tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu seramai 17,167 orang dan 6,637 pemilih tukar alamat.
"Sedangkan dalam tempoh pendaftaran tiga bulan sebelum itu, iaitu Julai hingga September hanya 10,510 pemilih baru yang mendaftar dan tukar alamat. Dalam tempoh tiga bulan terakhir ternyata beberapa DUN menjadi fokus melonggokkan pengundi baru dan tukar alamat. Misalnya DUN Bukit Panau seramai 1,902 pengundi baru dan tukar alamat, sedangkan dalam tempoh sama sebelumnya hanya 380 pemilih baru dan tukar alamat," katanya.
Begitu juga DUN Gual Ipoh seramai 612 pemilih baru dan 364 tukar alamat berbanding 299 pemilih baru dan tukar alamat bagi tempoh tiga bulan sebelum itu. Wan Abdul Rahim juga berkata, laporan polis yang serupa akan dibuat di Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah dalam beberapa hari lagi. Katanya, pegawai penyiasat yang mengambil kenyataannya memberitahu akan menghantar segala laporan ke ibu pejabat polis Kelantan untuk diambil tindakan lanjut.

Pengarah Pilihan rayanya, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ke Suhakam hari ini bagi membantah kemasukan pengundi luar ke Kelantan.Turut serta adalah beberapa anggota Parlimen dan Adun serta anggota Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN) PAS Kelantan. Laporan yang diserahkan kepada Pengerusi Suhakam sendiri, Tan Sri Abu Talib Othman itu menegaskan, tindakan ini melanggar hak asasi rakyat Kelantan untuk memilih pemimpin mereka sendiri.
Laporan ini adalah ekoran pendedahan hasil siasatan Harakah bahawa satu sindiket penukaran alamat dalam kad pengenalan berjalan di sekitar Selangor untuk membolehkan mereka mengundi di Kelantan dalam pilihan raya umum nanti.
Ekoran itu, PAS Kelantan telah membuat laporan polis di negeri itu selepas mendapati laporan pendedahan Harakah itu terbukti benar. Ia terbukti apabila JPN Kelantan mengesan beribu-ribu nama pengundi luar di masukkan ke dalam senarai pemilih yang terbaru di Kelantan. Wan Abdul Rahim menyifatkan, golongan yang menjalankan kerja sebegini sebagai orang yang kecewa. Menurut Wan Rahim, sekurang-kurangnya tiga bahagian parlimen menjadi tumpuan golongan 'kecewa berlesen' merealisasikan impian dan agenda mereka iaitu di Tanah Merah (Dun Bukit Panau dan Dun Gual Ipoh), Kuala Krai (Dun Dabong) dan Jeli (Dun Bukit Bunga dan Dun Kuala Balah). Sebagai contoh katanya, di Dun Bukit Panau hanya 35.12 peratus sahaja pemilih baru yang disenaraikan dalam DPT adalah berasal dari negeri Kelantan, sementara 68.88 peratus bukan anak kelahiran Kelantan.
Begitu juga dengan pemilih bertukar alamat dimana hanya melibatkan 25.51 peratus adalah dari kalangan anak Kelantan, sementara 74.49 peratus merupakan pemilih bertukar alamat yang mendafta. Pilihanraya dah berlalu dengan berbagai keanihannya, walaupun berat hati kita kena terima keputusannya. Jika terdapat bantahan yang ingin dikemukakan kumpulkan bukti yang secukupnya buat petisyen. Satu perkara yang ingin saya utarakan disini ialah dizaman IT ini ianya bukan saja memudahkan kita dalam urusan seharian tapi juga memudahkan orang yang mempunyai kepentingan untuk menggunakan IT bagi tujuan jahat.
Seperti yang banyak diperkatakan tentang kad pengenalan yang dikeluarkan oleh JPN memang dari segi logiknya semua pemohon yang memohon kad tersebut akan dimasukkan kedalam pangkalan data di JPN dan dengan maklumat ini kad pengenalan boleh dikeluarkan secara pukal bagi tujuan tertentu seperti untuk pilihanraya tanpa pengetahuan pemilik sebenar kad tersebut. Ini menunjukan tiada kejujuran dikalangan pekerja di JPN atau memang wujudnya tenaga kerja yang dilatih khas bagi kerja-kerja tersebut. Sebab itulah isu pendatang mempunyai kad pengenalan tidak selesai walaupun ciri-ciri keselamatannya berada ditahap yang tinggi kerana ianya didalangi oleh kakitangan JPN sendiri. Saya masih ingat dimana pernah warga Filipina ditahan kerana memiliki MyKad yang mempunyai kemudahan Touch N Go di Sabah sedangkan kemudahan tersebut baru dilancarkan di semenanjung. Yang kelakarnya di Sabah tiada satu tolpun apa perlunya Touch N go.
Ini adalah kerana lagi canggih kad itu lagi tinggi permintaannya dan pendatang sanggup bayar dengan harga yang mahal. Ini menjadi pendapatan sampingan kpd staf JPN. Bagi mengelakkan kejadian pengundi mengundi 2 kali ditempat yg berlainan gabungan perti pembangkang hendaklah membuat memorandum dan mendesak supaya dilaksanakan sistem dakwat tanda kepada pengundi yang telah mengundi. Walaupun cadangan ini pernah ditolak oleh SPR kita kena bertegas supaya ianya dilaksanakan. Sekiranya masih tidak diterima oleh SPR maka baik diboikot saja PRU yg ke 12, buang masa tenaga dan duit saja kerana pengalaman PRU 11 telah membuktikan bagaimana penipuan secara terancang dgn kerjasama JPN telah berjaya mencapai matlamat.
Dizaman IT ini kadangkala cara tradisional boleh mengatasi kecanggihan. Tandaan secara elektronik seperti pembaca kad MyKad masih boleh diprogramkan untuk menipu tapi dgn menggunakan dakwat perkara ini dapat diatasi. Sekumpulan pemuda yang sedang berjalan keluar dari Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara didengar bertengkar mengatakan walaupun beliau dijanjikan upah RM500 tetapi beliau tidak akan diperbodohkan untuk mematuhi apa saja yang disuruh tanpa pertimbangan. Menurut seorang daripadanya, "Ini negara demokrasi. Mereka tak boleh paksa kita." Apabila ditanya, tatkala mereka singgah di kedai mamak berdekatan, mereka menceritakan bahawa mereka baru saja membuat Kad Pengenalan baru di kaunter VIP JPN. Mereka dikehendaki oleh "penganjur" supaya datang ke ibu pejabat JPN selepas waktu pejabat untuk membuat Kad Pengenalan baru di kaunter VIP yang dikhaskan untuk mereka.

Menurut para belia ini, semenjak beberapa minggu lepas, JPN telah bekerja lebih masa dan kini sedang giat membuat Kad Pengenalan baru untuk kumpulan-kumpulan belia yang dipilih bagi tujuan menukar alamat mereka. Mereka telah diberitahu oleh penganjur bahawa semasa pilihan raya umum nanti mereka akan diberi RM500, tambang dan makan percuma dan dikehendaki/ akan dihantar untuk membuang undi di kawasan-kawasan yang akan ditentukan mengikut alamat yang ditetapkan di dalam Kad Pengenalan baru tersebut. Dan negeri-negeri yang menjadi tumpuan ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mereka menambah, bagi tujuan tersebut, JPN telah membuka kaunter-kaunter khas bermula dari waktu selepas pejabat hingga sebelum tengah malam.
Daripada sumber ini, jelaslah bahawa selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah digunakan oleh Puteri UMNO, JPN juga sedang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk kepentingan mereka memenangi pilihan raya dengan cara membuat Kad Pengenalan baru di kaunter VIP selepas waktu pejabat hingga larut malam. PAS Kelantan yakin bantahan terhadap pengundi luar pada perbicaraan awam yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mencapai kejayaan apabila mereka yang terlibat gagal hadir pada hari ditetapkan. Lebih 100 pembantah di kalangan penduduk tempatan hadir pada perbicaraan tersebut yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Kuala Krai, PTJ Jeli dan Pejabat Majlis Daerah Tanah Merah, baru-baru ini.
Perbicaraan pertama bermula di Kuala Krai diadakan pada awal Febuari lalu, Jeli (11 Febuari), DUN Bukit Panau pada 15, 18, 19, 23 dan 24 Febuari. DUN Gual Ipoh pada 25 dan 26 Febuari ini. DUN Bukit Panau dikenalipasti mempunyai paling ramai pengundi luar iaitu seramai 1,050 orang. Manakala DUN Gual Ipoh (672 orang), DUN Bukit Bunga (70 orang) dan DUN Dabong (100 orang). Bantahan awal dikemukakan penduduk selepas senarai nama pengundi dipamerkan SPR bermula 12 hingga 18 Januari lalu.
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, sebagai contohnya bantahan terhadap pengundi di Parlimen Kuala Krai seramai 153 orang, namun hanya 29 orang sahaja yang hadir. Daripada 153 pengundi, 100 di antaranya dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dabong, 22 DUN Guchil dan 31 DUN Mengkebang. Biarpun seramai 153 orang dibantah, namun hanya 29 pengundi sahaja yang hadir memberi keterangan di depan pegawai SPR. Namun, kita difahamkan mereka masih gagal untuk membuktikan kebenaran mereka bukan pengundi luar," katanya. Beliau berkata, apabila pembantah mengemukakan soalan seperti nama penghulu, siapa nama jiran, mereka tidak dapat memberikan jawapannya.
Wan Abdul Rahim yang juga Speaker DUN Kelantan berkata, setakat ini PAS telah mengemukakan bantahan terhadap pengundi yang diragui kesahihan permastautin mereka iaitu seramai 2,043 orang. Menurutnya hanya lima orang daripada seramai 938 pengundi yang dibantah di kawasan DUN Bukit Panau hadir pada perbicaraan ditetapkan. “Perkara ini berlaku mungkin penama berkenaan sukar ditemui, jadi kita berkeyakinanlah bantahan sebegini menepati sasaran yang kita hasratkan,” ujarnya.
Bagiamana pula pada PRU ke-12 nanti?
Sama-sama kita dan lihat apa akan terjadi seterusnya dalam PRU ke-12 nanti. Pada pandangan saya perkara seumpama ini akan terus terjadi, silap-silap haribulan Kelantan terlepas ke tangan UMNO laknatullah. Oleh itu, cepat-cepat gerakan rakyat 100 ribu dari seluruh negara [mewakili berbagai parti-parti politik, pertubuhan dan NGO] untuk berhimpun di Putrajaya bagi membantah hak demokrasi yang adil dan bebas dimatikan oleh SPR dengan arahan dan tekanan daripada PM Malaysia.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam.
Cuma orang yang tak yakin pada dirinya hendak main kotor.Kita perlukan suatu sistem yang bersih dan adil.Jika tidak ada perubahan, masadepan cukup gelap bagi negara ini.Saya berdoa semoga negara ini dapat diselamatkan oleh Tuhan!
ReplyDelete