Tuesday, June 5, 2007

MAYA KARIN EMPUNYA CERITA


Oleh : Tun Telanai


Dalam perjalanan nak pergi kerja
Maya Karin tersenyum manja
Sambil itu dia kata kat saya
Dengan Celcom anda berkuasa
Saya hairan terpinga-pinga
Apa yang buat saya berkuasa
Bolehkah saya memiliki dia

Apa yang dimaksudkan berkuasa
Saya cuma pekerja biasa
Kerja pula dekat kilang swasta
Gaji sikit tidaklah seberapa
Nak makan roti canai kawan belanja
Sebab mamak sudah naikkan harga

Dulu tujuh kupang sekarang seringgit dua
Itulah harga terbaru di Restoran Pelita
Habis kuasa apa yang dimiliki saya
Sampai ke hari masih jadi tandatanya
Bukan setakat berkuasa memiliki Maya
Malah kami belum pernah berjumpa
Tapi hari-hari dia senyum kat saya

Dengar kata dia sudah ada yang punya
Nama dia mula dengan huruf Ka
Tapi itu desas-desus internet punya cerita
Kita bukan boleh percaya
Tapi kadang-kadang ada logik juga
Sebab bini dia tak lah lawa

Tapi anak pembesar negara
Jadi Ka tersepit antara cinta dan cita-cita
Terlepaslah Maya Karin kat saya

Habis tu apa dia yang berkuasa
Berkuasa membuat panggilan rasanya
Berkuasa untuk berSMS di mana jua

Kalau macam tu tak yah suruh
Si MayaTermpampang wajah artis pujaan saya
Di simpang jalan dan dilebuhraya
Celcom buang karin aja!

Ini semua kena tanya Khairy Jamaluddin
Menantu Pak Lah
Laki Nori
Tengah dok nanti nak bersalin
Anak pertama dengan isteri pertama


Keris Silau31 Mei 2007
DiPetik Daripada : http://www.kerissilau.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment