- Tun Telanai
14.05.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com) Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai88.html
Assalamu'alaikum wm.wrt,
Berita Abdullah Ahmad Badawi hendak menikah pada hari Sabtu ini, 9 Jun 2007 tidak sesiapa yang terkejut, malah ramai orang terutama penghuni di Putrajya sudah lama mereka mengetahuinya dan mereka berdoa kepada Allah supaya Imam Islam Hadhari ini cepat-cepat kahwin untuk mengelak daripada maksiat terus berlaku yang mengakibatkan Allah s.w.t menurun balanya [mungkin apa yang rakyat rasai pada hari ini adalah angkara perbuatan beliau]. Gosip ini sudah berjalan lama dah.
Maksudnya: Abdullah menyimpan Jeanne Abdullah, 53 (gambar kiri) di kediaman rasmi Perdana Menteri sudah lama, tidak beberapa lama selepas Endon Mahmood meninggal dunia. Perkara ini telah menjadi buah mulut orang ramai terutama dikalangan para wartawan media arus perdana. Akibat perjalanan media massa ini dikawal seperti di zaman diktator Adolf Hitler, maka berita ini disembunyikan daripada pengetahuan rakyat sehinggalah ke hari ini selepas pengumuman rasmi dibuat oleh JPM.
Oleh yang sedemikian tidak hairanlah kita, sebaik sahaja Abdullah dilantik secara rasmi [ketika Endon masih hidup] ubah suai kediaman rasmi ini memakan belanja yang sangat besar jika diukur masa atau kesempatan [lebih kurang 4 tahun] yang diambil oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga untuk tinggal di sini, kerosakan yang mungkin dialami tidaklah seberapa, tetapi kos baik-pulihnya mencapai tahap RM20 juta dan mulalah ianya menjadi tempat larangan. Orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan keluar-masuk. Selepas Endon meninggal, sistem kawalan keselamatan telah dipertingkatkan memakan belanja sebanyak RM20 juta. Sangat menghairankan, dalam waktu yang sama, Abdullah menyeru rakyat supaya berhemah dalam perbelanjaan. Cakap tidak serupa bikin.
Adalah dipercayai Jean dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung [berketurunan Perancis] daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana. Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.
Amat menghairankan, orang yang mempunyai latar belakang macam ini menjadi pilihan Imam Islam Hadhari untuk dijadikan isterinya. Teruklah rakyat Malaysia yang hidup di bumi Malaysia ini yang bersandarkan pertolongan daripada Allah s.w.t. Keberkatan tidak akan dilimpah-ruahkan melainkan bala yang bakal mendatang, satu persatu. Bersedialah daripada sekarang.
Dengan sukacitanya saya akan memetik sebahagian bicara Sang Kelebai dalam bolgnya mengenai Abdullah dalam bab mencari jodoh ini [
Petikannya :
Hari ini isu perbincangan orang-orang politik khasnya orang UMNO hanya sekitar soal projek dan tender dan akhir - akhir ini topik bualan dari kaki lima sampailah ke Hotel tujuh bintang adalah al kisah Perdana Menteri Malaysia yang kelima ini mahu berkahwin lagi. Banyaklah cerita-cerita timbul yang tidak diketahui dari mana sumbernya.
Yang menarik mengenai lekaki tua yang berusia 67 tahun ini, yang telah memperlecehkan orang berusia 21 tahun yang bertanding bebas di PRU Batu Talam dan menuduhnya sebagai mentah dan berhingus tetapi dalam bab hajat batin beliau sama pula dengan budak yang berusia 21 tahun, yang baru merasa atau mencuba nikmatnya hubungan badan.
Ini mungkin ajaran Islam Hadhari atau yang ada had dan ada harinya. Khabarnya ada empat calon yang sudah menjadi perbualan. Calon pertama seorang pegawai kanan kerajaan yang bertugas sebagai KSU Kementerian, kebetulan adik ipar kepada rakan karib Imam Besar Islam Hadhari ini yang sekarang menjadi Yang Di Pertua Negeri. Seorang lagi juga adik ipar kepada seorang Menteri Besar tetapi khabarnya kerana dia seorang doktor, maka awal awal telah menolaknya kerana mungkin bimbang soal calon suaminya yang memerlukan pakai lampin (pampers) itu. Dan yang terakhirnya calon isteri Perdana Menteri Malaysia yang terkenal dengan sajak Mencari Damai Abadi, sebenarnya sudah berada di dalam komplek Seri Perdana di Putrajaya.
Khabar cerita dari mulut ke mulut bahawa wanita yang bertuah ini terpilih kerana ada wasiat dari bekas isteri Perdana Menteri ke lima ini yang terhebat dan terbesar jasanya kepada UMNO sehingga satu dewan di Ibu Pejabat UMNO dinamakan sempena namanya supaya berkahwin dengan wanita ini. Tambahan pula wanita pilihan pengganti isterinya ini adalah janda adik iparnya dan bagi Imam Besar ini dahulunya dipanggil biras.
Wanita ini lah sekarang yang masuk "final list" di samping kekasih lamanya yang bernama Hamidah. Seperti mana kita maklum, Imam Besar Islam Hadhari ini amat takut dengan isterinya dan setelah isterinya meninggal, dia lagi bertambah takut. Wanita ini khabarnya bertugas sebagai "Hometaker" di kediaman rasmi Perdana Menteri tetapi jika dia kerja di Hotel jawatan itu adalah jawatan " Housekeeper" dan masa dulu kerja-kerja rumah ini, kalau ada orang Melayu atau Cina berkerja di rumah orang putih untuk tugas membasuh baju, kemaskan bilik, siapkan makanan akan dipanggil "amah". Jika rumah orang Melayu pula banyak gelarannya, ada dipanggil "orang gaji" atau "babu" dan hari ini sudah di gred dengan panggilan sama ada "servant" atau "pembantu rumah".
Apa pun sekiranya Abdullah Ahmad ini bernikah bayangkanlah apa yang akan terjadi dengan Rosmah Mansor yang terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi Bakti kerana amalannya isteri Perdana Menteri akan menjadi Pengerusi, maka beramai-ramai isteri Menteri dan Timbalan Menteri yang ada sekarang ini berketuakan orang gaji.
Bagaimana pun eloklah Perdana Menteri kita ini berkahwin. Sebagai seorang yang kononnya tahu agama, pastilah dia tahu salah untuk membenarkan sesaorang yang tidak mempunyai hubungan keluarga dengannya tinggal serumah dan sebumbung kerana kesemua saudara sebelah isteri sudah meninggal dunia atau bercerai dan tidak ada lagi hubungan apa-apa kecuali keluarga disebelah lelaki sendiri.
Lagi pun akan berlakulah macam filem Nujum Pak Belalang dalam soalan yang mempertaruhkan negeri dan kerajaan ia itu... "banyak-banyak" memang banyak orang kematian isteri. Sikit-sikit, memang sikit orang yang akan berkahwin dengan adik bekas isterinya untuk kepentingannya dan akhirnya jarang-jarang, maka Imam Besar Islam Hadhari akan mencipta rekod Malaysia dalan Guinnes Book Rekod bila berkahwin dengan janda adik iparnya dan adik iparnya pula masih hidup.
Sama-samalah kita mendoakan semoga aman bahagia dan selamat berbulan madu sama ada di kapal layar yang mewah atau dengan jet eksekutif yang baru itu. Akhirnya cinta Mencari Damai Abadi tidak seperti Shah Jehan.
Sang Kelembai: Jika di kampong, jika terdapat salah laku masyarakat seperti bersekedudukan dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum syarak, jika tidak ditegur atau di ambil tindakan, akan tiba bencana atas kampong itu, tetapi bagi sebuah negara, jika pemimpin sudah menyimpang adakah negara terpaksa menanggung bala atas perbuatannnya seperti banjir baru-baru ini?
Sedikit petikan tulisan Raja Petra Kamaruddin :
Karenah isteri Najib campurtangan urusan Najib, apa lagi setelah si isteri menganggap bahawa beliau adalah Wanita Pertama negara selepas kematian Kak Endon.
Sebenarnya saya ada satu berita untuk pengetahuan Rosmah. Malaysia tidak mempunyai Wanita Pertama. Kalau ada pun, sudah tentu orang itu ialah Permaisuri Agong dan bukannya isteri Perdana Menteri. Selepas itu kita masih ada sembilan pemerintah (tujuh sultan, seorang raja Perlis dan Yam Tuan Negri Sembilan) dan empat undang (Negri Sembilan) . Jadi, isteri Perdana Menteri adalah Wanita Kelima Belas dan isteri Timbalan Perdana Menteri adalah Wanita Keenam Belas, kalaulah Perdana Menteri masih belum kahwin lagi.
Apapun, sambil kita menceritakan kisah isteri Perdana Menteri, ada orang mengatakan bahawa Paklah telah pun menikah dengan Jean Danker pada 22 Januari 2007, sedangkan ada pihak mengatakan beliau akan bernikah dengan beliau pada 22 Februari 2007. Mana satu yang betul adalah masih samar kepada kita tetapi Jean Danker sudah pun menyertai Paklah dalam lawatannya ke luar negara. Semasa beliau berada di Perth untuk merasmikan restoran nasi kandar adiknya, gamaknya anak beliau Nori, naik angin bila mendapati Jean berada di kamar Paklah. Hanya selepas Paklah menjelaskan bahawa perkara itu bukan pelik kerana mereka sudah pun bernikah, barulah Nori menjadi tenang dan suka ataupun tidak terpaksa menerima hakikat bahawa ayah beliau sudah pun berkahwin semula.
Ada desas-desus yang sengaja dibisikkan laksana satu kempen senyap-senyap kononnya, sebelum Kak Endon menghembuskan nafas terakhir dia telah merestui kalau Paklah mengahwini Jean. Mengikut temberang itu, kononnya Kak Endon telah memberitahu Paklah seandainya dia merasa kesunyian selepas Endon mati dia harus mengambil Jean sebagai seorang isteri. Mengikut mereka yang rapat dengan Kak Endon inilah satu pembohongan untuk menghalalkan perkahwinan itu. Mereka telah menyanggah cerita itu dan menyatakan bahawa Paklah sudah pun menaruh hati terhadap Jean semasa Kak Endon masih bernyawa.
Jean merupakan janda kepada Osman Mahmud, yakni abang kepada Kak Endon dan sekali gus Jean merupakan kakak ipar Kak Endon. Malahan Kak Endon pernah merasa tertekan akan perkara itu dan itu sebabnya almarhumah berada di AS dan enggan pulang ke Malaysia. Untuk menjelaskan kenapa dia berada di Amerika dan tidak di Malaysia mereka sebarkan pembohongan lagi mengatakan bahawa Kak Endon menerima rawatan , sedangkan itu adalah satu pembohongan besar. Malah yang sebenarnya doktor yang merawat Kak Endon sudah pun mencadangkan agar beliau pulang sahaja ke Malaysia kerana tidak lagi yang boleh mereka lakukan untuk beliau terus hidup lebih lama.
Petikan : http://www.marhaen.ngepeng.com/mar_a_tag2304.html#karenah
Walau bagaiaman pun, kita sebagai rakyat patut mengucapkan ‘SELAMAT PENGATIN BARU’ untuk dua mempelai ini semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
- Tun Telanai
07.06.2007 (M@RHAEN - Emel: mailto:%20marhaen@gmail.com / mailto:%20reformasi@gmail.com) Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com/ / Kelatedaily.net.
http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai91.html
I dah baca all these statements..cuma terfikir..yang beriya-iya mengatakan seolah pilihan Pak Lah tak tepat sebab Jeanne pernah kerja hotel etc tu kenapa? salah ke kalau Pak Lah kawin dengan dia..sedangkan pak imam yang banyak azan dan bagi ceramah pun ada yang pernah mencabul kehormatan dan rasuah etc..jadi maknanya..jangan lah terlalu skeptikal sangat nak "judge" orang berdasarkan zahirnya...cuba positif sikit..kalau ye pun Jeanne tu kurang sesuai sebab pernah kerja hotel..salahke kalau Pak Lah kawin dengan dia.. mana tahu dengan izin Allah semua akan jadi lebih baik...dan saya yakin Pak Lah buat keputusan bukan membabi buta..marilah doakan yang terbaik..jangan dok kondem orang aje. Satu lagi..nampak ke dengan mata sendiri yang pak lah simpan Jeanne di kediaman nya. Jangan sembarangan buat tuduhan atau kesimpulan begitu. Kan menjatuhkan maruah orang apatah lagi dia tu Perdana Menteri kita. Kan lebih baik kita berbicara pasal pembanguna dan perkara yang boleh menyumbang arah kebaikkan daripada nak mempertikaikan tentang pilihan Pak Lah dan kaitkan dengan Konsep Islam Hadhari...saya yakin Konsep Islam Hadhari itu baik dan bukan bermakna nak menyesatkan..dan bukan bermakna Islam Hadhari membernarkan kejahatan atau maksiat..sebaliknya bertujuan untuk memastikan keseimbangan pencapaian dunia untuk kemajuan umat islam dan saham akhirat juga. Yang penting individu mestilah ada kepekaan untuk membezakan baik atau buruk serta batasan yang ditetapkan dalam melakukan sesuatu. Perlu berfikir secara holistik sebelum membuat sebarang kesimpulan terutama yang negative. MM sorry lah..saya tak bersetuju dengan cara artikel ini diolah dan dikupas. Terima kasih
ReplyDeletetak perlulah nak Islam hadhari ker apa ker, Islam tuh dah elok, org jer tak nak fhm agama sendiri, nak ubah ikut nafsu. Very ignorant lots. Patut contohi rakya tmuda Turkey, semua berjiwa nak ker Islam, not try to ubah Islam.
ReplyDelete