Thursday, May 24, 2007

UMNO: KAUM JAHILLIYYAH QURAISH MODEN

Oleh Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt.,

Kedatangan Ramadhan al-Mubarak pada setiap tahun bukan sekadar untuk menjadi kaffarah ke atas dosa dan ketelanjuran manusia serta janji keampunan dosa-dosa yang terdahulu bagi mereka yang menunaikannya dengan iman dan muhasabah, bahkan mengajar manusia yang akalnya terletak di otaknya, bukan di perutnya. Ramadhan juga mengajar kita untuk memikirkan dengan insaf dan tawadduk tentang apa yang berlaku di dalam peristiwa-peristiwa besar Islam yang telah ditentukan oleh Pencipta Alam Semesta ini, iaitu ALLAHU SUBHANAHU WA TA`ALA.

Justeru itu, bagi pendokong Harakah Islamiyyah, sepatutnya menjadi manusia-manusia yang mendahului dalam usaha memahami dan menghayati peristiwa-peristiwa tersebut. Antara peristiwa-peristiwa tersebut ialah Peperangan Badar al-Kubra.

Peperangan Badar al-Kubra.

Pada tahun kedua hijrah, semasa Rasulullah s.a.w. di bumi al-Madinah al-Munawwarah, baginda s.a.w. mendapat berita tentang rombongan dagangan Quraish yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb dalam perjalanan pulang dari Syam membawa barangan dagangan yang banyak. Lalu Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabat keluar dari Madinah untuk memintas rombongan dagangan tersebut sebagai balasan terhadap harta benda orang-orang Islam yang dirampas di Mekah. Ini akan membawa kepada perolehan rampasan yang besar serta mendapat kemenangan yang besar daripada segi ketenteraan, politik dan ekonomi, serta menjadi satu tamparan hebat kepada masyarakat Quraish.

Apabila Abu Sufyan mendapat berita kemaraan bala-tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w., beliau telah mengambil tindakan segera dengan mengubah haluan rombongan dagangannya dan menghantar berita kepada pembesar-pembesar Quraish untuk mempertahankan mereka. Perkara tersebut akhirnya membawa kepada suatu peperangan yang tidak dijangka-jangka oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang berjumlah hanya lebih kurang 300 orang sahaja, serta serba serbi kekurangan dari segi kelengkapan persenjataan dan kenderaan untuk berhadapan dengan bala tentera jahiliyyah, yang jumlahnya hampir 1000 orang serta dengan kelengkapan yang hebat pada pagi hari Jumaat 17 Ramadhan tahun Kedua Hijrah.

Pada saat-saat yang genting itu, para sahabat beramai-ramai menyatakan taat setia kepada Rasulullah s.a.w. untuk berhadapan dengan bala tentera Quraish, walaupun terpaksa bermandikan air mata dan darah demi mempertahankan agama ALLAH.

Di Antaranya ialah ucapan pemimpin Ansar, iaitu Saad bin Muaz yang berbunyi seperti berikut:

"Demi sesungguhnya kami telah beriman kepadamu , percaya kepadamu, kami bersaksi bahawa apa-apa yang kamu datangkan kepada kami itulah yang benar, dan kami berikan atas dasar itu janji-janji dan ikatan kesetiaan. Kami bersedia mendengar dan taat kepadamu. Maka teruskanlah wahai Rasulullah kepada apa sahaja yang engkau kehendaki. Maka demi Tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran, kalau sekiranya kamu bentangkan kepada kami laut yang luas lalu engkau mengharunginya, nescaya kami akan mengharunginya bersama-mu, tiada seorang pun antara kami yang akan mundur ke belakang dan tidaklah kami merasa benci apabila engkau bertemu musuh dan kami akan bersama-mu besok.
Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sabar di medan perang, benar mengotakan apa yang kami katakan sekiranya bertempur dengan musuh dan mudah-mudahan ALLAH membuktikan kepadamu daripada kami, apa yang memuaskan hati kamu dengan melihat sendiri apa yang kami lakukan.Marilah kita teruskan perjalanan, mudah-mudahan ALLAH memberkati kita."
Ketika bala tentera ALLAH berhadapan dengan bala-tentera jahiliyyah, Rasulullah s.a.w. menadah tangan ke langit sehingga jatuh kain selindangnya bermunajat dan berdoa memohon pertolongan ALLAH bagi kemenangan Islam dalam peperangan yang tidak seimbang antara kedua belah pihak itu. Baginda berdoa :"Ya ALLAH, Ya Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku. Ya ALLAH, Ya Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya ALLAH,Ya Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan yang kecil ini, nescaya Engkau tidak akan lagi disembah di bumi ini selepas ini."?

Maka bertembunglah kedua-dua golongan ini di pagi Jumaat 17 Ramadhan di antara bala tentera ALLAH di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w. dengan bala tentera jahiliyyah dibawah kepimpinan Abu Jahal, yang membawa kepada kemenangan di pihak bala tentera ALLAH dengan berjaya menawan beberapa orang tawanan daripada pihak musuh dan mendapat ghanimah yang besar.

Perlu juga diingatkan bahawa sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan perjuangan Islam banyak dizahirkan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kemenangan dalam peperangan Badar, peperangan Tabuk, pembukaan Kota Mekah, penaklukan Andalusia dan kekalahan tentera Tartar kepada tentera Islam di Baghdad? adalah berlaku dalam bulan Ramadhan.

Saya mengambil scenario peperangan Badar al-Kubra ini untuk memperjelaskan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan yang menentang kezaliman dan golongan yang mahu menegakkan kebenaran yang di bawa oleh Islam bahawa UMNO yang kita tentang selama ini adalah merupakan ‘kaum Jahilliyyah Quarish Moden’ yang menjadi kewajipan setiap Muslim dan rakyat Malaysia amnya menentangnya dengan pelbagai cara yang dihalalkan oleh undang-undang Negara.

Melihatkan kepada perkembangan terkini terhadap pertembungan politik dalaman UMNO di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri, merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga merangkap Menteri Kewangan, telah mendedahkan kepada kita bahawa banyak penyelewengan, menyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan, pembohongan dengan memutar-belitkan fakta untuk mengelirukan rakyat dan yang dashatnya para pemimpin UMNO tergamak melakukan pecah amanah yang rakyat berikan dalam setiap kali pilihan raya yang diadakan.

Krisis tersebut menunjukkan kepada rakyat [yang mahu berfikir] bahawa Negara ini telah disalah urus dan ditadbirkan tidak mengikut Perlembagaan dan lebih kepada memenuhi impian gila pemimpin[kehendak PM yang menjadi Ketua Eksekutif]. Pembahagian kekayaan Negara di kalangan rakyat tidak sama rata dan tidak adil, membolot dan memfaraidkan harta Negara [harta rakyat] di kalangan suku-sakat para pemimpin UMNO sahaja dengan membiarkan sebahagian besar rakyat [berlainan parti dan fahaman serta yang tidak berparti] terkontang-kontang kekal dalam kemiskinan.

Pentadbiran Negara diuruskan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad yang mementingkan keuntungan dalam berbagai sector kehidupan rakyat. Kerajaan pimpinan UMNO mengabaikan tanggungjawab social menjaga kebajikan rakyat di bawah pemerintahannya. Sektor keperluan rakyat yang tidak patut diniagakan telah diperdagangkan oleh UMNO yang memerintah melebihi empat dekad. Sektor keperluan asas [makanan, pakaian, api dan air], perumahan, kesihatan, pendidikan dan telekumunikasi telah diperniagakan dan dirampas secara paksa daripada rakyat dalam berbagai bentuk [contohnya kutipan berbagai jenis cukai dan monopoli pasaran] untuk mencipta keuntungan berganda dengan membiarkan rakyat tercungap-cungkap ditekan dengan kadar inflasi yang tinggi dan kos belanja hidup yang mahal untuk meneruskan kehidupan seharian.

Dalam masa yang sama, kehidupan para pemimpin UMNO dan suku-sakatnya serta para kroni-kroninya hidup penuh dengan kemewahan, penuh glamour, tamak-haloba, membazir dan hidup berfoya-foya ke sana ke mari hasil kejayaan melakukan tipu-muslihat mengelirukan rakyat memilih mereka sebagai pemimpin. Lesen, permit [contohnya AP], kontrak [contohnya projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan dan negeri ] dan sehubungan dengannya dianugerahkan kepada orang-orang tertentu sahaja menyebabkan orang-orang tersebut menjadi kaya raya.

Mohd Said Yusuf [MP Jasin Melaka] boleh mengarahkan pihak kastam tutup sebelah mata terhadap syarikat miliknya Binyu Sof Enterprise yang merupakan ejen perkapalan dan penghantaran bagi import kayu bergergaji dan Said marahkan pihak kastam yang menawar kereta mercedes yang jenamanya sudah dimiliki oleh isterinya. Said mahukan Mercedes berjenama lain yang lebih mahal, pembelian melalui pihak kastam lebih murah harganya berbanding yang ada di pasaran. Kadir Shaikh Fadzir yang digugurkan daripada menjadi Menteri Penerangan memiliki harta dan rumah mewah di Kulim, Kedah. Mohamad Mohd.Taib boleh membawa wang tunai bernilai jutaan ringgit untuk membeli hartanah di Australia. Ini adalah sebagaian kecil contoh bagi menunjukkan betapa mewahnya para pemimpin UMNO.

Sifat bakhil adalah sifat iblis [membazir dan ego, tamak dan bakhil] mulai bersarang di dada-dada umat Islam dari pemimpin tertinggi hinggalah kepelbagaian peringkat kepimpinan. Contoh teragung ialah sifat yang ada pada diri Khalid Mohd.Jiwa [sebagai contoh muslim berjaya] pentingkan diri dan membazir [biarkan rakyat khususnya orang Melayu tinggal dalam kemiskinan, kekayaan dan kemewahan yang diperoleh dalah hasil daripada naungan dan menjadi proksi tokok-tokoh politik UMNO yang rakus dan tamak bukan berdiri di atas kebolehan diri] sanggop berbelanja jutaan ringgit [bermegah dan ego menunjukkan ketamakan serta tidak ada ketakwaan kepada Allah s.w.t] sempena perkahwinannya, menjadikan perkahwinannya dengan penyanyi Siti Norhaliza sebagai majlis rasmi Negara, sedangkan hakikat sebenarnya mereka berdua ini tidak memberi apa-apa sumbangan untuk pembangunan bangsa, agama dan Negara, sebaliknya mereka menjual saham untuk menghancurkan pegangan iman di kalangan orang dan remaja Islam. Bakhil untuk membantu golongan yang amat memerlukannya.
Khalid memulakan kerjayanya sebagai staf biasa dari seorang bekas pegawai Bank Bumiputra yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan boleh menjadi seorang jutawan hasil hubungan rapat dengan pemimpin UMNO yang berkuasa yang boleh memberinya tender dan kontrak dengan mudah dan selesa. Golongan seperti Khalid ini ramai dalam kabilah UMNO yang memuja kemewahan dunia dan melupakan akhirat.

Osu Sukam, bekas menteri dan bekas Ketua Menteri Sabah boleh menghabiskan jutaan ringgit untuk berjudi. Ramai lagi para pemimpin UMNO bertaraf menteri dan pemimpin-pemimpin yang ada dalam barisan karbinet Malaysia hari ini, Menteri Besar,Ketua Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN yang songlap duit rakyat dalam berbagai bentuk. Ada melalui cara sah [melalui undang-undang yang diciptanya sendiri seperti pembahagian saham, lessen, kontrak dll] dan melalui cara haram seperti melakukan rasuah dan mengutip komisen [ten percent].

Nama-nama seperti Khalil Yaakob [YDP Melaka], Mohd. Ali ?Rustam [KM Melaka], Rafidah Aziz [MITI], Mohamad Mohd.Taib [Ketua Penerangan UMNO dan bekas MB Selangor], Dr.Khir Toyo [MB Selangor], Abdul Rahim Tamby Chik [MKT UMNO dan bekas KM Melaka], Azalina Othman Said [Menteri Belia dan Sukan], Nazri Aziz [Menteri di JPM] dan ramai lagi di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak terlepas terpalit dakwaan mengamalkan rasuah, mengutip persen, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi.

Lebih mendukacitakan, apabila dana atau peruntukan untuk orang miskin disalahgunakan untuk kepentingan orang kaya bertaraf Menteri, KM dan MB yang mempunyai link dengan tokoh-tokoh perniagaan tertentu seperti apa yang berlaku terhadap peruntukan PPRT telah disalahgunakan oleh Anuar Musa yang ketika itu sebagai Menteri Pembanguan Luar Bandar yang menggunakan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk membuat pelaburan berkongsi dengan seorang usahawan Cina di Kelantan dan di Terangganu dan juga digunakan untuk kempen politik pada pilihan raya tahun 1999. Akhirnya Datuk Dr. Abd Aziz Muhamad bekas KSU dihukum oleh mahkamah, tetapi Anuar yang bertanggongjawab terhadap apa berlaku terlepas- bebas kerana Anuar tokoh politik. Orang politik [baca pemimpin UMNO] adalah? kebal dari segi undang-undang di Malaysia. Mana hilangnya kes rasuah Eric Chia dan Kasitah Gadam?

Terbaru, Laporan Ketua Audit Negara 2005 menyebut negeri yang diperintah oleh UMNO telah menyalahgunaan wang Dana Khas. Dana ini disalurkan kepada kerajaan negeri untuk membiayai program untuk golongan misikin, tetapi sebahagiannya telah dibelanjakan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan program tersebut, seperti mengubahsuai kediaman rasmi MB [Negeri Sembilan, Perak dan Kedah] dan kerajaan negeri Kedah contohnya telah membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7 dan duit itu juga telah dibelanjakan untuk memasang papan iklan sempena lawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Kedah.

Menurut laporan itu lagi, program Dana Khas itu yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dapat dinikmati oleh rakyat, tetapi di peringkat negeri, peruntukan tersebut turut digunakan untuk membiayai projek dan aktiviti yang tidak berkaitan dengannya dan ini telah menjejaskan matlamat program membasmikan kemiskinan.

Begitu juga dengan duit sumbangan orang ramai yang dikutip berjumlah RM78.8 juta tidak dibelanjakan bagi tujuan membantu mangsa-mangsa tsunami. Terdapat pengaruh politik yang amat kuat dalam menguruskan tabung bencana tsunami sehinggakan sebanyak RM28 juta menjadi lebihan tidak dibelanjakan mengikut niat penyumbang, sebaliknya lebihan tersebut dikembalikan kepada Perbendaharaan Malaysia.

Demi menjaga imej kerajaan pimpinan UMNO yang dipenuhi dan disaluti dengan ‘shit’ dan mengelak dari bau busuk dan hanyirnya terlepas keluar, maka UMNO terpaksa menggunakan pelbagai cara dan tindakan untuk menyekatnya. Tindakan yang paling berkesan ialah menjadikan demokrasi dalam Negara ini sebagai demokrasi di zaman batu. Yang kuat menekan yang lemah. Mengawal seluruh saluran komunikasi supaya sebarang berita yang busuk tidak sampai ke tengah-tengah rakyat, sebaliknya berita yang indah-indah di ulang tayang dan pasakkan ke dalam fikiran rakyat. Bagi mencapai matlamat mengawalan saluran maklumat ini, maka institusi-institusi kerajaan terpaksa digunakan sebagai benteng pertahanan dan untuk survival UMNO untuk terus berkuasa.

Gerakan aktiviti pembangkang mesti disekat. Pembangkang tidak diberi tempat dan ruang untuk menjual ideologinya kepada rakyat. Rakyat diugut, diancam dan dibentuk budaya takut di kalangan rakyat supaya tidak menghampiri pembangkang serta mendengar pandangan kedua-pendekatan serta hujah-hujah daripada pihak pembangkang. Mereka hanya perlu mendengar penerangan dan hujah-hujah daripada pihak kerajaan UMNO sahaja. Fikiran rakyat diasak dan dipaksa melalui berbagai cara supaya rakyat menerima dan yakin bahawa kerajaan UMNO itu tidak pernah buat salah. UMNO diturunkan daripada langit untuk memerintah Malaysia.

Ramai pemimpin-pemimpin pembangkang ditengah bercakap [hanya dibenarkan buka mulut sahaja tanpa suara] dan bertemu dengan rakyat, ditahan, dipukul, disembur dengan asid dan dihalau seperti anjing kurap yang tidak ada harga diri dan perasaan sebagai seorang manusia. Ianya berlaku di seluruh Negara ketika mulut Abdullah masih berkata-kata yang ia mahukan sebuah kerajaan yang lebih terbuka dan lebih demokratik. Baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dihalang dan disekat bercakap dan bertemu dengan orang ramai di Kampung Benggali, Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang.

Mendekati hari-hari yang hampir dengan pilihan raya umum ke 12, tekanan seperti ini akan terus dikenakan lebih keras lagi ke atas semua aktiviti pembangkang kerana kedudukan UMNO sekarang ini ibarat sang harimau sedang mengerang kesakitan kerana terluka akibat serangan demi serangan yang dilakukan oleh bekas PM, Dr.Mahathir Mohamad ke atas keupayaan Abdullah mengurus Negara ini yang kelihatan lembab, kaku dan membosankan. Kerajaan pimpinan Abdullah lemah dari pelbagai sudut. Rakyat mulai faham situasi ini.

Jadi, kepada semua pejuang-pejuang kebenaran dan keadilan, bersiap sedialah saudara-saudara dari sekarang. Kurangkan konflik sesame rakan, banyakan kawan dan kurangkan musuh sesama rakan seperjuangan. Tindakan balas daripada kerajaan UMNO tidak sesiapa pun yang menjangkakan. Ianya boleh datang dan pergi dalam berbagai bentuk mengikut rentak tari situasi semasa itu. Perlu diingat lagi bahawa rasuah, politik wang, penipuan, penyelewengan, mengunakan kuasa di samping terus mengenakan kawalan dan sekatan adalah budaya dan strategi UMNO untuk mengekalkan kuasa.

Nabi Muhammad s.w.a bersama para sahabatnya tidak pernah gentar menghadapi lawan dari penguasa Arab Jahiliyah yang musyrik berketuakan Abu Jahal, Abu Lahab dan kroni-kroni mereka yang berkeras mahu menentang habis-habis perjuangan menegak kebenaran, keadilan, kebaikan dan membela nasib rakyat yang ditindas, diperhambakan dan dizalimi di bawah sistem yang digunapakai sekarang.

Musuh kepada kebenaran ialah kebatilan, kepalsuan dan juga fitnah. Lawan kepada keadilan ialah kezaliman dan lawan bagi kebaikan adalah kejahatan, keburukan atau kemungkaran. Justeru, perjuangan menegak kebenaran, keadilan, kebaikan dan membela mereka yang dizalimi, sejak dulu hingga kiamat dunia ini. Bukan merupakan sebuah perjuangan mudah, bukan dengan hamparan kemewahan, material dan kebendaan yang bersifat duniawi. Hakikat sebenarnya penuh dengan onak duri, kepayahan dan tribulasi. Inilah yang menghiasi kehidupan para pejuang kebenaran, menegak keadilan, menyebar kebaikan dan membela rakyat yang ditindas oleh pemerintah yang zalim lagi jahat.

Sejarah perjuangan para rasul dan nabi. Mereka tidak bersenang linang atau sambil relaks berjuang menyampai risalah kebenaran. Nabi Musa a.s hampir dibunuh dan dikejar, diburu oleh Fir'aun. Nabi Ibrahim a.s dicampak ke dalam api yang menyala-nyala. Nabi Isa a.s hampir dibunuh oleh pengikutnya dan Nabi Muhammad s.a.w selaku nabi akhir zaman juga tidak terkecuali menempuh ujian getir dari umat manusia yang ingin bertahan dalam kebatilan, kejahilan dan kezaliman.

Nabi s.a.w diburu, mahu dibunuh, dicerca, difitnah, diusir dan pernah dilempar dengan bangkai busuk binatang. Roda kehidupan para pewaris anbiya juga dilingkari oleh warni-warni yang serupa, perjuangan berasaskan kepada kebenaran, keadilan, kebaikan dan membela golongan tertindas yang dipelopori oleh ulama dan umarak' yang cintakan kebenaran, keadilan dan kebaikan juga tidak sunyi dari onak duri itu. Ada ulama ditangkap, dipenjarakan, difitnah, dihina dan dibunuh dalam zaman yang didominasi oleh golongan pemerintah yang zalim.

Hanya kerana mereka (para ulama) berkata yang benar. Misalnya, Imam Ahmad bin Hanbal seorang ulama besar dan terkenal hingga ke hari ini pun pernah dipenjarakan, Syed Qutb digantung dan dibunuh, Hasan al-Banna ditembak dan ramai lagi peribadi-peribadi mulia golongan ulama dan pencinta kebenaran, penegak keadilan dan pembela golongan tertindas diburu, dipenjara, difitnah dan dibunuh oleh penguasa yang rakus lagi zalim dari zaman ke zaman.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Tulisan awal disiarkan dalam Laman Marhean :
http://marhaen.kelatedaily.net/mar_b_tun_telanai53.html

No comments:

Post a Comment