Monday, May 14, 2007

Tulisan : KAMAL AMIR
[http://malaysia-today.net/blog2006/guests.php ?itemid=4555]
Dipetik Oleh : Tun Telanai

Apa sudah jadi.......Bila menteri belia dan sukan (masih anak dara trang tang tang) tiba-tiba muncul di rumah kecil bernama Akademi Fantasia. Kehadirannya tentulah mengundang seribu satu persoalan yang sukar untuk diungkap dan dijawab tetapi tidak salah rasanya kalau saya melontarkan persoalan ini kerana walaupun dihimpit seribu kemelut ekonomi zaman kerajaan Abdullah Ahmad Badawi, tetapi kita masih pembayar cukai setia seperti bagi membiayai gaji dan elaun mereka bernama menteri.

Beli rokok kena cukai, minum kopi tarik di Starbugs tetap ada cukai mesti dijelaskan.(Sama ada mereka bayar pada jabatan kastam dan jabatan cukai, itu kena tanya ketua pengarah jabatan tersebut), begitu juga bila naik kereta, tetap ada cukai perlu dilunaskan. Ada cukai jalan, ada tol dan macam-macam cukai. Setiap hari kita dengan rela dalam keterpaksaan tetap membayar cukai. Nasib baik tidak kena cukai kepala seperti di New York pasca Don Corliano menjadi ketua Mafia.

Berbalik cerita menteri belia Azalina bertandang ke rumah kecil Akademi Fantasia maka kita pun tertanya-tanya, penting sangatkah seorang menteri menghabiskan masa bersama anak-anak muda yang melakari impian untuk menjadi “superstar” atau artis tersohor ala Mawi dan Siti Nurhaliza (sekadar mengambil contoh...)? Apakah kehadirannya di rumah kecil Akademi Fantasia itu atas jemputan syarikat Astro yang mengaut ratusan juta ringgit melalui cukai perkhidmatan yang di kenakan kepada setiap pelangannya setelah kerajaan menghapuskan cukai lesen radio dan TV. Atau suka-suka dia sengaja nak datang.

Untuk bertandang ke rumah akademi fantasia tentulah Azalina kena naik kereta rasmi, ada pengawal peribadi, pemandu serta orang keliling dan suku-sakat yang gajinya dibayar oleh kerajaan. Apa manafaat diperolehi oleh rakyat yang tekun membayar gaji menteri melalui pendapatan cukai hasil kunjungan menteri belia anak dara trang tang-tang ke akademi fantasia?

Atau mungkin memang Azalina terpanggil untuk bertandang ke akademi fantasia kerana ramai cek mek molek dan anak muda menawan kalbu terhimpun di situ? Apakah mereka yang berada di akademi fantasia sahaja merupakan sasaran Azalina untuk kempen daftar pengundi atau sekadar suka-suka mengisi masa terluangnya.Atau mungkin juga nak tumpang cari “glamour” kalau-kalau ada hasrat kerajaan menukar sistem pengundian memilih wakil rakyat menggunakan sistem SMS atau internet? Seharusnya waktu begitu lebih baik digunakan untuk mencari ilham dan idea baru bagaimana menyelesaikan persoalan mat rempit, gadis bohsia, imej sukan negara yang semakin merudum kemampanannya dan lain-lain kerja penting.

Kalau inilah mentaliti atau petak fikiran jemaah menteri sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi tidak hairanlah kalau rakyat semakin kuat bersungut membebel setiap hari bila merasakan wang cukai yang digunakan untuk membayar gaji menteri tidak kena pada tempatnya.

Menteri Penerangan Zainuddin Maidin tak perlulah naik angin terhadap teman-teman bloggers lantas mahu meminda seribu satu macam undang-undang untuk mengongkong laman web seperti yang dilakukan terhadap akta media serta akta mesin cetak.

Zam (panggilan mesra dikalangan teman wartawan satu ketika dahulu... itu dulu....! sekarang sudah tidak mesra lagi) perlu lihat sendiri apakah perlu potret wajah menteri digunakan dalam poster besar di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur sebagai poster menarik minat pelancong datang ke Malaysia.

Fikir-fikirkanlah sendiri apa manafaat dan faedahnya potret menteri pelancongan sebegitu besar terpampang sebagai upaya kerajaan menjayakan kempen tahun melawat Malaysia? Seharusnya poster tersebut menggambarkan keindahan dan uniknya Malaysia punya bangunan hebat seni rekabentuk, keindahan pantai dan pulau-pulau menarik, buah-buahan tropika pelbagai jenis, flora bunga-bungaan atau kalau sudah tiada idea sangat ambil saja gambar berok dan monyet dari pelbagai spesis termasuk, lotong, orang utan, cikah dan banyak lagi unggas yang terdapat di negara ini daripada wajah menteri yang tersengih tidak menentu. Nasib baik menteri pelancongan tidak lagi disandang oleh Datuk Kadir Sheikh Fadzir....Kalau tidak mungkin biul pelancong jadinya memikirkan benarkah mereka berada di Malaysia atau di India.

Sudah ditapiskah sehalus-halusnya kesan serta manafaat poster yang menelan belanja ratusan ribu ringgit diambil dari tabung kantung wang rakyat? Lembaga penapis filem rasanya boleh bagi pandangan kerana mereka pakar menyaring juga menapis pelbagai elemen dianggap boleh memudaratkan keadaan seperti terpotong dan terbekunya beberapa buah filem Melayu atas alasan melanggar perundangan negara.

Semasa “membelek” lipatan surat khabar lama tiba-tiba terbaca al-kisah musim awal Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri dalam usaha membuktikan “Pak Lah berjiwa rakyat” telah turun padang melawat kambing dan lembu sebagai satu acara rasmi Perdana Menteri... lebih menarik lagi gambarnya bersama kambing dan beberapa orang kampong terpampang dalam akhbar tersebut.

“Hadhari” sungguh kepimpinan Abdullah, sanggup turun padang bersama rakyat melawat kambing dan lembu mencanai minda mencari iltizam baru dalam usaha memertabatkan industri pertanian moden. Hebat... cukup hebat.
Lebih “hadhari” lagi bila tersiar pula wajah senyum kambing Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis kesyukuran berjayanya pesta Monsoon Cup di Kuala Trengganu sambil tangan mongelnya mesra menyapa bahu model tersohor Michelle Yeoh. Sungguh mesra dan cukup mengasyikkan.

Lagi terperanjat bila tiba-tiba terbaca pula berita dalam surat khabar lama Timbalan Perdana Menteri merasmikan tandas awam.... Seorang Timbalan Perdana Menteri turun padang hanya untuk merasmikan “Toilet” (Jamban) di Bukit Bintang yang nilai ratusan ribu ringgit! Hebat cukup hebat, Malaysia boleh punya “Toilet” berhawa dingin untuk keperluan para pelancong dari luar negara.
Perdana Menteri melawat kambing dan lembu sebenarnya untuk kepentingan rakyat, Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa sebegitu lama di Bukit Bintang adalah bagi memastikan tahap kesihatan negara benar-benar berada di kedudukan paling “glokal”. Rakyat seharusnya tidak boleh mempertikaikannya kerana inilah cara sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi memimpin negara.

Oleh itu tidak hairanlah kalau menteri sains dan teknologi Jamaluddin Jarjis boleh menghiris hati pelajar Malaysia di Amerika [amalan dasar aparteid-UMNO boleh jumpa pelajar, parti lain tidak boleh-itupun berangan-angan hendakkan minda kelas dunia-pi...pi..rah..]seperti yang tersiar di Malaysia Today hingga kesan psikologi yang dialami oleh pelajar tersebut sampai hari ini masih belum dapat disembuhkan serta merasa cukup terhina [perangai macam syaitan dikatakan turut terlibat bersama Shahidan Kassim dengan Norita Shamsudin pelacur kelas atasan yang mati dibunuh-pembunuhnya terlepas dari tali gantung. Siapakah pembunuhnya sampai sekarang pasukan polis kita yang kononnya cekap [cekap untuk menghalang aktiviti pembangkang dalam negara yang dikatakan negara demokrasi @ dady kasi] yang lain-lain bergantung arahan demi kepentingan UMNO tidak terjejas]

Bagaimana Jamaluddin Jarjis boleh terlepas cakap sebegitu rupa? Tidak sedarkah dirinya seorang menteri? [biasalah kebanyakan menteri dan wakil rakyat UMNO bukan ada otak-cakap guna kepala lutut seperti Bung Mokhtar Radin (BN – Kinabatangan) dan bapa rasuah Mohd Said Yusof (BN – Jasin) boleh cakap lucah dalam Parlimen kerana otak selut, kalau otak udang boleh juga buat sambal]

Cakap menteri bukan cakap kedai kopi [realitinya macam itu lebih teruk dari rakyat bawahan], bukan juga siri sembang-sembang dalam internet, bukan gebang tok-tok bilal sementara menanti waktu sembahyang di serambi masjid dan bukan juga labun Mat Skodeng sementara menunggu arahan Menteri Jabatan Agama Islam melakukan kerja-kerja merakam kisah pasangan khalwat.

Menteri mesti sedar diri negara ini rakyatnya berbilang kaum, budaya Melayu lembut dan berbudi bahasa, orang Melayu bukan “kurang ajar” seperti yang dihasratkan oleh Musa Hitam, pelajar kita di luar negara bukan tempat untuk menteri membalas dendam terhadap pembangkang dan pengkritik.

Mereka kena insaf pelajar-pelajar di luar negeri dan di universiti tempatan merupakan aset modal insan [UMNO bina modal syaitan], bukan tempat melampiaskan nafsu nafsi. Menteri Malaysia tidak boleh jadi bahalul wal kelam kabut.Jawatan menteri bukan tiket merampuk harta rakyat [itulah matlamat perjuangan pemimpin UMNO, bukan untuk kepentingan rakyat, tapi kebanyakan rakyat kita buta dalam celik], jawatan menteri bukan untuk cari glamor, jawatan menteri bukan untuk diampu dan disanjung.

Menteri mesti ada “kelas” [lebih teruk daripada perompak dan lanun, tetapi mereka ada lesen besar-iaitu kuasa boleh buat apa sahaja ikut rasa hati.Mereka berada di atas undang-undang] ada aura, bukan tersengih tidak keharuan. Bukan cakap tidak serupa bikin, bukan jenis putar belit jual temberang. Menteri mesti peka terhadap untung nasib rakyat, bukan untuk takut pada bini, bukan juga asyik mengisi tembolok anak isteri dan kroni, bukan...bukan.Apa sudah jadi dengan menteri Abdullah Ahmad Badawi?

Mungkin sudah banyak tertelan pil-pil khayal dari Pulau Temasik yang mahu “mengangkangkan” seluas-luasnya Wilayah Pembangunan Iskandar. Renung-renungkanlah situasi ini.
Hendak diharapkan Anwar Ibrahim mereformasikan minda Melayupun nampak gayanya sudah jadi macam sambal tempoyak kering, baru masuk gelanggang setelah terkurung di Sungai Buloh asyik berdangdut pula dengan Nallakarupan.Apa hendak jadi? Raja Petra pula semakin sesak nafas bila rakyat terus menuntut agar kebenaran diterjemahkan secara jelas bagaimana rumah mewah bernilai puluhan juta di Australia yang didakwa milik Perdana Menteri sebenarnya milik siapa [milik Patrik Lim proksi Abdullah]?

Rakyat mahu tahu bagaimana rumah tersebut dibeli, adakah ianya sebahagian dari hasil keuntungan menganjurkan pesta monsoon cup bernilai 450 juta ringgit anugerah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi setiap tahun kepada “al ustaz Patrick Lim”?

Apa akan terjadi kalau Zam diberi kuasa menutup laman web internet yang menjadi medan sembang-sembang bloggers serta mengklasifikasikan ada laman yang baik dilayari dan ada pula dianggap tidak baik dan boleh dihadapkan ke mahkamah melalui pelbagai akta seperti akta hasutan, akta percetakan dan akta itu ini yang dia seorang sahaja yang tahu...Aduhai.... kopi sudah dua cawan, rokok pula hampir satu bungkus habis.

Rasanya kita sembang dalam halaman akan datang tentang sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi. Yang sedang di“balun” dan di“tibai” oleh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamed.
Sekarang tersadai masuk wad di Langkawai. Harap-harap orang tua ini cepat pulih untuk terus bangun menghentam Abdullah anak-beranak yang menjadikan Malaysia sebuah Syaraikat AAB SDN.BHD


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES HINGGA TURUN”

Sekian. Wassalam

No comments:

Post a Comment