DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, June 10, 2013

[PERHATIAN] HIMPUNAN ‘BLACK 505’ DITUNDA KE 22 JUN 2013




Perhimpunan Aman #Blackout505 yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, ditunda kepada tarikh 22 Jun depan.

Pengumuman terkini himpunan itu dibuat Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Rafizi, penundaan tarikh ini diputuskan setelah mengambil kira rayuan pihak-pihak tertentu yang mempunyai perancangan di Padang Merbok pada 15 Jun nanti.

"Permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun telah pun dibuat pada hari Jumaat, 7 Jun lepas iaitu dua hari selepas permohonan pertama dibuat.

"DBKL yang sebelum ini telah mengesahkan bahawa semasa permohonan dibuat pada 7 Jun, tidak ada mana-mana pihak yang membuat permohonan acara di Padang Merbok pada 22 Jun nanti," jelasnya.

Tambahnya, atas alasan yang diberikan DBKL maka tidak ada sebab untuk mereka melengah-lengahkan permohonan yang telah dihantar bagi program himpunan pada 22 Jun nanti.

Rafizi yang turut mengingatkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa majoriti besar rakyat di Wilayah Persekutuan adalah bersama-sama Pakatan Rakyat dan atas dasar itu beliau mengharapkan Adnan perlu menghormati hasrat rakyat Wilayah Persekutuan yang mahu berhimpun secara aman di Padang Merbok.

Beliau juga memberitahu, notis kepada pihak polis akan dibuat esok di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, sepertimana yang dituntut iaitu sepuluh hari sebelum program dilakukan.

"Ini adalah ketetapan terakhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini tidak kira apa jua alasan yang diberikan oleh DBKL.

"Himpunan ini adalah kerana kita cintakan kebenaran dan menolak penipuan pilihanraya, jadi Pakatan harap rakyat akan turun beramai-ramai pada 22 Jun nanti," katanya. -HD

Sasaran 300,000 rakyat turun Himpunan Black 505


PETALING JAYA 10 JUN: Himpunan Black 505 akan diadakan pada Sabtu, 22 Jun 2013 di Padang Merbok, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari, umum Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, penganjur membuat keputusan menukar tarikh perhimpunan yang pada asalnya dijadual pada 15 Jun, setelah berbincang dengan pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.

Beliau mensasarkan 300,000 rakyat hadir dalam himpunan itu bagi menuntut tiga perkara iaitu seluruh ahli SPR meletak jawatan dan ahli SPR yang baru dilantik perlu persetujui oleh Pakatan Rakyat dan kumpulan masyarakat sivil.

Selain itu, Pakatan turut menuntut agar pilihan raya semula diadakan di kawasan Parlimen yang terdapat bukti penyelewengan.

“Rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan menolak penipuan pilihan raya diseru turun beramai-ramai,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Rafizi berkata, permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok dibuat pada 7 Jun 2013, dua hari selepas permohonan pertama dibuat.

“DBKL mengesahkan tidak ada mana-mana pihak yang membuat permohonan mengadakan acara di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

“Oleh itu, tidak ada alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan,” kata Rafizi menambah notis kepada IPD Dang Wangi dibuat pada 11 Jun dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut PDRM.

Tegasnya, Menteri Wilayah perlu menghormati hasrat rakyat yang mahu berhimpun secara aman di Padang Merbok yang merupakan padang milik rakyat.

“Ini adalah ketetapan akhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini, tidak kira apa alasan yang diberikan DBKL,” kata Rafizi sambil menggalakkan orang ramai berpakaian hitam dalam himpunan tersebut.
-KD

Himpunan ‘Black 505’ ditunda ke 22 Jun

PRU13, SPR, Kerajaan BN Menipu Rakyat?? - Haron Din

Di sebalik halangan DBKL, Pakatan kekal berhimpun di Padang Merbok, kata Rafizi

No comments: