DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, September 4, 2007

TUN HANIF OMAR V PDRM

Oleh : Tun Telanai

Assalamu'alaikum wm.wrt,

Lama saya tidak menulis dan mengUp-dateKan blog saya kerana streamyx internet saya down mulai 27-8-2007 sehingga 4-9-2007, selama 9 hari tidak dapat beroperasi. Dalam tempoh tersebut, bertubi-tubi setiap hari saya menalifon 1-300-88-9515 memohon bantuan teknikal daripada TM.Net streamyx. Namun, saya dapati pihak TM tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya secara pantas, cekap dan berkesan. Pihak TM bila saya hubungi sering mengatakan ianya berada dalam OK, line OK dan sebagainya. TM tidak menghantar jurutekniknya untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku, sebaliknya TM menyuruh saya melakukannya sendiri berpandukan arahan daripada pegawai khidmat pelanggannya.


Saya telah menyatakan kepada pihak TM bahawa keadaan setting dan modem di komputer saya berada dalam keadaan baik, yang jadi masalahnya ialah di pot server TM sendiri. Telahan saya itu benar, apabila pada 4.9.2007, jam 11.15 malam saya telah dapat access semula internet. Saya hubungi semula untuk memaklumkan kepada pihak TM bahawa internet saya kembali pulih seperti biasa dan bertanyakan kenapa ianya berlaku sedemikian. Jawapan yang saya terima ialah sebelum itu [dalam keadaan yang belum dapat diaccess] mereka hanya memperbaiki pot yang lama. Apabila, laporan demi laporan saya buat, maka mereka menukar pot server yang baru, maka saya baharu boleh mengaccess internet semula. Dalam bulan Ogos ini tiga kali internet saya down dan makan masa yang lama untuk dipulihkan.

*****************************************************************************************************************

Sebaik sahaja internet saya kembali pulih seperti sediakala, maka saya terus melayari Malaysia Today untuk mengetahui apa isu penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin yang dibawa oleh laman ini kerana banyak hari saya tidak dapat melayarinya.


Terkejut saya apabila membaca kenyataan Tun Hanif Omar yang mempertahankan dakwaannya baru-baru ini dalam The Sunday Star [12.8.2007] dalam kolumnya 'Point of View', beliau menulis artikel bertajuk 'The fence that eats the rice' mendakwa bahawa [http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/8/12/focus/18562367&sec=focus] dua institusi [PDRM dan BPR] dalam sistem pemerintahan dalam negara ini berada pada peringkat yang paling teruk kerana terlibat dengan amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi. Katanya 40% pegawai kanan PDRM hari ini boleh ditahan tanpa perlu banyak penyiasatan jika dilihatkan pada gaya hidup masing-masing. Seorang Ketua Polis Negeri dikatakan memiliki harta berjumlah RM18 juta. Walau bagaimana pun ketua kedua-dua instistusi ini telah diisytiharkan bebas daripada tuduhan rasuah. Baca link ini :

dan link ini :


Mengikut perjawatan pegawai kanan polis yang mengandungi seramai 3,502 dari jawatan Ketua Polis Negara sehinggalah ke jawatan Penolong Superintendent, jika 40% daripadanya terlibat dalam skandal ini, maka sejumlah 1,400 orang terlibat. Baca kenyataan media yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Malaysia, Lim Kit Siang :



Bagi mempertahankan maruah PDRM, seorang – BAHARUDDIN IDRIS, Kelana Jaya, Selangor bangun mempertahan kredibility PDRM. Yang menariknya penulis ini menuduh Hanif sebagai : Baik atau buruk budi bahasa dan budi pekerti anak-anak adalah cermin kepada didikan dan asuhan yang telah mereka (anak-anak) peroleh semasa membesar. Ia adalah cermin kepada budi bahasa dan budi pekerti ibu bapa yang telah membesarkan mereka.

Tun Haniff adalah bapa kepada PDRM selama tempoh 20 tahun. Apakah yang telah beliau lakukan sebagai seorang bapa untuk setidak-tidaknya mengurangkan jika tidak menghapuskan langsung budaya rasuah, salah laku dan salah guna kuasa dalam pasukan?

Apakah langkah-langkah yang telah beliau ambil untuk menjamin bahawa kepimpinan dan pengurusan PDRM hari ini terletak dalam tangan pegawai-pegawai kanan polis yang berdedikasi, bersih, cekap dan amanah, bukan mereka yang menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Baca link ini seterusnya :


Yang seronoknya, jawapan balas yang dibuat oleh Hanif terdapat Baharuddin Idris. Kata Hanif :

‘‘Power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely’’. Tidak semestinya kuasa mengkorupkan tetapi kuasa di tangan boleh mendorong seseorang petugas menyalahgunakannya. Justeru, dia mesti sentiasa berwaspada dan berpegang. Baca link ini seterusnya :



“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih.

2 comments:

Unknown said...

beb jika lu guna unlimitaed line strymix tu 1st bila aja line lu problem lu call 300 tu dan report line lu rosak then bla bla cabut itu ini dan rosak lagi lu reg. ambil nombor repot...

lepas tu lu bantai la apa yg patut sampai line lu clear bukan apa tujuan aku suruh ambil no repot tu..nanti bila line lu elok balik lu boleh tuntut rebat pada telekom....

jika mau seminggu line lu down mau tak rugi....

yanmaneee said...

golden goose
christian louboutin outlet
converse shoes
ultra boost
balenciaga sneakers
hermes online
goyard handbags
yeezy boost 350 v2
kyrie irving shoes
supreme clothing