DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, June 17, 2013

KULI BUAT NAJIB TEMU ANWAR DI INDONESIA



Najib, Anwar di Jakarta, terdapat spekulasi akan bertemu

KUALA LUMPUR, Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013. 

The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

PERDAMAIAN NASIONAL: NAJIB GAGAL, UMNO BN KALAH



Perdamaian nasional’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan gagal dan Umno BN akan benar-benar kalah dalam PRU14 jika beliau terus menganggap bahawa Barisan Nasional memenangi PRU13 tetapi kalah dalam ‘perang persepsi’ sepertimana yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kelmarin.

Sunday, June 16, 2013

JENTERA PERANG SIBER/BLOGGERS BN MENGAMUK LAGI. PADAN MUKA KAU !



Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang.

Friday, June 14, 2013

ZAHID DISARAN CUTI HINGGA 2 KES MEMALUKAN BN SELESAI

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada PRU13 lalu.


 SALAH LAKU ZAHID BERLAGAK SAMSENG BOLEH PUKUL ORANG SESUKA HATI DAN PIHAK TIDAK AMBIL APA-APA TINDAKAN

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

SPR CABAR KUASA RAKYAT, MAKA RAKYAT TURUN BERAKSI 22 JUN HINGGA SPR LETAK JAWATAN



 Kenyataan Media
Suara Rakyat 505
14 Jun 2013


SPR CABAR KUASA RAKYAT, MAKA RAKYAT TURUN BERAKSI 22 JUN HINGGA SPR LETAK JAWATAN

Minggu lepas, Suara Rakyat 505 telahpun menyeru kepada SPR supaya letak jawatan dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Gabungan ini berpandangan bahawa jawatankuasa khas bagi memantau Suruhananjaya Pilihan Raya tidak akan membawa apa-apa perubahan signifikan dan kata-kata kami terbukti apabila Pengerusi SPR berkata bahawa dia tidak mungkin akan meletakkan jawatan.

ANWAR KINI D JAKARTA



ANWAR JUMPA SBY HARI INI

Twitter Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Bali untuk bertemu Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).


"Saya di Bali bersama Presiden SBY," katanya ringkas melalui media sosial Twitternya, pagi tadi.

Wednesday, June 12, 2013

PKR DEDAH VIDEO ZAHID HAMIDI LANGGAR AKTA PILIHAN RAYA




PETALING JAYA 12 JUN : PKR hari ini mendedahkan video yang menunjukkan Ahli Parlimen Bagan Datok, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di sini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata daripada video itu, dua petisyen difailkan secara berasingan untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi  kerusi itu sebagai tidak sah.

Petisyen berasingan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh pagi tadi oleh bekas calon parlimen Bagan Datok, Madhi Hasan dan pengundi, Azmi Sulaiman.

Hadir sama Mahdi dan peguam bela , Edmund Bon Tai Soon.

Mereka turut menyiarkan tiga video yang berkaitan  Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam video terbabit, pada 19 April menunjukkan bukti bahawa responden secara tidak langsung melalui seseorang, S.Ramalingam memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras satu kilogram (KG) dengan logo cetakan Barisan Nasional kepada 1,000 orang yang hadir di Dewan Sanmarka, Hutan Melintang.

Manakala dua video lain Zahid mengakui melantik dan mengambil 24,000 orang jentera dengan bayaran wang tunai dan pemberian beras.

Rafizi mendakwa bagi kesalahan-kesalahan itu, responden (Zahid) dikatakan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 21 (1), Seksyen 21 (2) Bahagian IV atas pengambilan kerja dan Seksyen 10 (a) bahagian III serta Seksyen 32 (c) atas kesalahan menyogok dan rasuah.

” Video yang ditunjukkan itu jelas membuktikan bahawa responden melanggar kesalahan pilihan raya.

“Zahid merasakan beliau pandai kononnya mengatakan memberikan duit kepada jentera, walhal undi yang beliau dapat hanya 17,000, maknanya 7,000 undi lagi menunjukkan jenteranya tidak mengundi beliau,” sindir Rafizi.

Rafizi menambah bukti-bukti itu sebenarnya menunjukkan bahawa Zahid membelanjakan lebih RM2 juta untuk memberi ‘gula-gula’ itu.

“Setakat hari ini, PKR memfailkan 19 petisyen, kita akan berkongsi maklumat berkenaan petisyen dari masa ke semasa. Bukti-bukti ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya.

Dalam PRU 13 lalu, Zahid memenangi kerusi parlimen itu dengan undian sebanyak 17,176 sekaligus  menewaskan Madhi dengan majoriti 2,108.

Difahamkan petisyen itu akan juga akan dihantar kepada Zahid pada masa yang akan ditentukan kelak.

MSO : WAJARKAH PENJENAYAH YANG DITEMBAK DIBIARKAN... (VIDEO DI DALAM)



Sejak semalam telah tersebar secara meluas rakaman video di facebook dan blog bagaimana seorang penjenayah yang ditembak polis menggelepar kesakitan di atas aspa. Penjenayah itu dipercayai cuba merompak sebuah kedia emas di Kota Bharu Kelantan. Dari video berkenaan nampaknya lelaki itu ditembak dipaha sebelah kanan.




Penjenayah yang ditembak diambil dari sebuah blog.

APAKAH BENAR PEGAWAI SPRM KES BENG HOCK KINI DI EAIC?



KUALA LUMPUR: Apakah benar satu-satu pegawai penyiasat yang dimiliki oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) adalah Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai SPRM yang menebual Teoh Beng Hock sebelum kematiannya?

(Apakah benar satu-satunya pegawai penyiasat EAIC adalah pegawai SPRM yang menyiasat Beng Hock sebelum dia mati kini menjadi tandatanya)

Inilah isu yang sangat panas sekarang perhatian ditumpukan kepada EAIC yang telah menubuhkan pasukan petugas (task force) untuk menjalankan kajian semula mengenai Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) agensi-agensi penguatkuasaan yang telah mengakibatkan kadar kematian dalam tahanan yang semakin meningkat.

YANG MANA LEBIH 'BERDOSA' KEPADA RAKYAT



Oleh kerana aku bukan peguam atau yang terlatih dalam bidang undang-undang, maka aku tak tahu nak buat keputusan mengenai ahli Parlimen yang tak mahu angkat sumaph di parlimen pada 24 Jun yang akan datang. Tidak dapat aku nak mengatakan yang mana salah dan yang mana tidak. Mengikut kata bekas Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia. "According to Article 59(1) of the federal constitution, any elected representative who fails to take the oath within six months will be disqualified (automatically),"

Itu kata Pandikar Amin Mulia. Apa kata N.Surendran pula. Belia ialah pengamal undang-undang dan seorang peguam dan juga sebagai Naib Presiden PKR. Dia kata, “ This is clear from Standing Order 5(2), which states that ‘a member who has not previously taken the oath may present himself at the table’ and the ‘oath shall be administered to him……
Under the Standing Orders, the secretary of the Dewan Rakyat is bound to administer the oath to any MP who has not yet taken the oath. The speaker and the BN have no powers whatsoever to refuse to swear in Pakatan MPs.”

KETUA PEMBANGKANG - UMNO MULA MEROYAN




KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberikan peluang untuk mengetuai pembangkang di negara ini kerana telah menunjukkan sikap biadap terhadap Parlimen apabila "memulaukan" Majlis Taklimat ahli Dewan Rakyat, semalam.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan, jawatan ketua pembangkang harus diisi oleh individu yang bertanggungjawab, bukannya seperti Anwar.

KERAJAAN BARU TERBENTUK 16 SEPTEMBER? CEPAT UMNO BAWAK LARI MP SABAH, SARAWAK PI TAIWAN



Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.

NAJIB MAHU SINGKIR "5 JAHANAM" BILIK PERANG YANG KALAH PRU



Atas dari kiri: Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah. Bawah dari kiri: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang

Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.

AMARAN PANDIKAR MENYALAHI UNDANG-UNDANG DEWAN, KATA PKR.... RAKYAT KENA BANGKIT!!! HUMBANKAN KERAJAAN HARAM..



Surendran menegaskan Peraturan 5(2) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan 'mana-mana ahli Parlimen yang belum mengangkat sumpah boleh berjumpa sendrii di mejanya dan sumpah boleh dilakukan dihadapannya'. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 11 Jun—Amaran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa mana-mana ahli Parlimen yang memboikot upacara mengangkat sumpah pada 24 Jun depan akan terlucut jawatan adalah bertentangan dengan undang-undang dan Peraturan Dewan Rakyat, kata PKR.

Tuesday, June 11, 2013

DBKL KUDA TUNGGANGAN UMNO/BN UNTUK KUKUHKAN KUASA



Himpunan 22 Jun: PKR dakwa DBKL tunduk pada BN

MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa tunduk kepada tekanan Umno/BN kerana enggan memberi kebenaran kepada Pakatan Rakyat untuk menggunakan Padang Merbok bagi perhimpunan 'Black 505' pada 22 Jun.

HARUN TAIB TIDAK FAHAM POLITIK DAN MAHU BAWA PAS KELUAR DARI PR BERSATU DENGAN UMNO— MOHD SAYUTI OMAR



BARUA DAN TALI BARUT UMNO

Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas.

Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505.

Monday, June 10, 2013

PAKATAN RAKYAT FAIL 25 PETISYEN PRU13



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

[PERHATIAN] HIMPUNAN ‘BLACK 505’ DITUNDA KE 22 JUN 2013




Perhimpunan Aman #Blackout505 yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, ditunda kepada tarikh 22 Jun depan.

Pengumuman terkini himpunan itu dibuat Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Rafizi, penundaan tarikh ini diputuskan setelah mengambil kira rayuan pihak-pihak tertentu yang mempunyai perancangan di Padang Merbok pada 15 Jun nanti.

"Permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun telah pun dibuat pada hari Jumaat, 7 Jun lepas iaitu dua hari selepas permohonan pertama dibuat.

"DBKL yang sebelum ini telah mengesahkan bahawa semasa permohonan dibuat pada 7 Jun, tidak ada mana-mana pihak yang membuat permohonan acara di Padang Merbok pada 22 Jun nanti," jelasnya.

Friday, June 7, 2013

UNDANG-UNDANG NEGARA MACAM 'TAIK'?



Assalamualaikum wm muslimin/muslimat yang dihormati sekelian


Umum tahu ketelusan, keikhlasan dan kejujuran dalam semua bentuk sistem atau undang-undang negara Malaysia sudah jadi macam taik!

Pendakwaan seperti dipilih-pilih atau berpilih-pilih, ada jenayah atau kesalahan yang terbukti nyata, boleh dibakul-sampahkan, ada kes kecil tapi diberi perhatian yang meletop, juga ada kes amat besar tapi dibuta-tulikan mata kedua-dua belah! 

SAMM SAHUT HIMPUNAN 15 JUN DENGAN GERAKAN MOBILISASI BESAR





Sehingga kenyataan ini ditulis, jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum melepaskan jawatan masing-masing. Perkembangan ini pastinya mengundang perasaan tidak senang majoriti rakyat Malaysia yang mahukan SPR letak jawatan atau dipecat. Ia mencabar kesabaran rakyat.

Monday, June 3, 2013

KELANTAN SELEPAS TOK GURU NIK AZIZ



Oleh Dinsman


Ini sesuatu yang tidak dijangka. Mungkin Datuk Ahmad Yaakob dan kawan-kawannya dalam saf Exco lama sudah diberitahu oleh Tok Guru Nik Aziz akan hasratnya hendak berundur itu. 

PAKATAN SEBULAT SUARA DESAK PEMIMPIN SPR LETAK JAWATAN



(Anwar bersama pemimpin PAS dan DAP dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan hari ini.VIDEO ADA DI DALAM)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan ekoran catatan rekod paling tinggi petisyen pilihan untuk PRU 13 ini.

Sunday, June 2, 2013

SEMBAH DERHAKA KE ATAS TITAH AGONG



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

Sembah Derhaka Rakyat: Jika badan yang diamanahkan, dalam soal ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah sekian lama tidak lagi beramanah dan berjaya membohongi institusi Yang DiPertuan Agong, itulah sebenarnya perbuatan yang amat berbahaya dan menghina kedudukan Tuanku. 

PAS TIDAK AKAN TUNGGU SEHINGGA PRU-14 (VIDEO UCAPAN SALAHUDIN AYOB)



KUALA NERUS - PAS tidak akan menunggu sehingga pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 akan datang untuk melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi akan menggunakan segala ruang yang ada dalam demokrasi bagi menjatuhkan mereka bermula sekarang.

Menurut Naib Presiden PAS Solahuddin Ayob, Umno-BN telah melakukan pelbagai tipudaya bagi memastikan mereka menang pada PRU kali ke-13 lalu termasuk memadamkan lampu semasa pengiraan undi.

"mereka lakukan perkara-perkara (tipudaya) seperti yang saya katakan tadi........ini kita tidak boleh terima.......dengan itu kita tak tunggu (sehingga) PRU akan datang untuk melawan mereka,

"kita lawan sekarang............kita lawan dengan apa cara yang ada pada kita dan juga ruang yang diizinkan oleh demokrasi,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah sempena Majlis Kesyukuran PRU kali ke-13 PAS Kawasan Kuala Nerus.

PRU 13: TANDING KOTA DAMANSARA, PAS LANGGAR JANJI? -KHALID SAMAD



BEBERAPA hari yang lalu telah saya bahas dari sudut ijtihad atau keputusan strategi. Hari ini saya ingin bahas dari sudut yang lebih berat iaitu akhlak jamaah Islam.

Saturday, June 1, 2013

TAHNIAH: USTAZ AZIZAN TERIMA GELARAN TAN SRI DARI AGONG



Istana Negara hari ini menyaksikan berlangsungnya Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam suasana penuh adat istiadat dan gemilang.

Majlis dimulakan dengan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke upacara memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama dengan panji-panji diraja.

Sebanyak 21 das tembakan meriam kehormat turut dilepaskan pada acara pemeriksaan perbarisan yang diadakan di Dataran Istana, memecahkan kesunyian pagi Istana Negara yang mempunyai 22 kubah kuning itu.

Perkarangan Istana Negara mula dibanjiri kereta yang membawa penerima darjah-darjah kebesaran, pemimpin negara dan perwakilan negara asing seawal 7.30 pagi.

Balairong Seri Istana Negara yang terletak di Sayap Rasmi pula dipenuhi tetamu yang berpakaian istiadat, baju Melayu hitam atau bersuit manakala tetamu wanita pula berpakaian tradisional seperti baju kurung lengkap berselendang atau pakaian tradisional kaum masing-masing, mencerminkan semangat muhibah.

Antara tetamu yang menarik perhatian selain daripada pemimpin-pemimpin negara sudah pasti adalah pelakon tempatan yang pernah mejadi 'Wanita Bond' Datuk Michelle Yeoh yang dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Bernama juga melaporkan.. Istiadat pengurniaan seterusnya kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, yang menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ''Tan Sri''.

Seramai 45 individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM)yang turut membawa gelaran ''Tan Sri'' hari ini, antaranya bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim, bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Peter Chin Fah Kui, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Ab Aziz Kasim dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Datuk Michelle Yeoh Choo-Kheng turut dikurniakan PSM.

Langsung tak disebutnya nama YB Dato' Seri DiRaja Azizan bin Abdul Razak, Bekas Menteri Besar Kedah yang turut tersenarai dalam 45 individu yang menerima pingat Darjah Panglima Setia Mahkota itu..

Semakan dilaman web rasmi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa menunjukkan nama Ustaz Azizan turut tersenarai sebagai penerima Darjah Panglima Setia Mahkota yang menjadikannya kini bergelar Tan Sri Azizan bin Abdul Razak...