ROBERT KUOK BELI TANAH ISKANDAR MALAYSIA CUMA RM182 JUTA-HIDUP MELAYU
Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di
Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok
sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta
(SGD74 juta).
Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum
pilihanraya umum 5 Mei ini menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan
kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah).
Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli
dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya
oleh Khazanah.
Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan
sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan
manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat
pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai.
Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia
dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion).
Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah
dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern
Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri
Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM).
Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di
ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman
termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah
terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2
bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut.
Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan
monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat
dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010.
Dijangka lebih banyak tanah Melayu akan tergadai
sekiranya Johor kekal dikuasai Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum 5
Mei ini.
Nusajaya terletak dalam parlimen Gelang Patah yang
menyaksikan pertembungan dua gergasi antara Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit
Siang dengan BEKAS menteri besar Johor yang disingkirkan, Abdul Ghani Othman
Tanpa menunggu keputusan pilihanraya umum, Kuok
dengan berani melabur sejumlah besar hartanya kerana disokong oleh kepimpinan
Ghani sejurus sebelum parlimen dibubarkan 3 April lalu.
Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah
bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan
Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya
sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi?
Apakah ini satu lagi kaedah digunakan Ghani untuk
memperoleh wang berkempen menerusi penjualan tanah pada harga yang sangat
murah?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
seharusnya menyiasat urusniaga penjualan tanah ini kerana disyaki mengandungi
unsur rasuah dan salah guna kuasa semasa Ghani menjadi menteri besar dulu
No comments:
Post a Comment