Thursday, March 29, 2012

TU DIA UMNO-APCO

Tuan rumah sidang gas dunia, M’sia rayu Israel

Harakahdaily

UALA LUMPUR, 29 Mac: PKR mendedahkan bahawa Umno BN memohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Jun depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra.

"Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.

Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara.

Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Tun Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin.

"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat menentik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

ITULAH KERJA MEREKA

Perkauman: Guan Eng akan ambil tindakan mahkamah

Oleh : Lim Guan Eng

Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda Umno Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah Umno, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang.

Saya telah cuba untuk sabar apabila Umno menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.


Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama Umno membuat dakwaan fitnah terhadap saya.

Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin Umno lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.

Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid.

Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.

Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan.

Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana Umno boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? Umno mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.

Umno hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.

Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, Umno ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR.

Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

ADA RAKYAT BUTA MATA HATI TIDAK DAPAT MENILAI

Kalau sudah 55 tahun memperjuangkan Melayu gagal, UMNO akan terus gagal

Oleh : Aspan Alias

Sejak saya mengambil keputusan menyertai pihak alternatif melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) ramai rakan-rakan yang datang menemui saya untuk bertanya berbagai-bagai persoalan tentang tindakan saya itu. Rata-rata yang datang bertanya itu adalah dikalangan mereka yang telah berkawan dan bersahabat dengan saya sejak puluhan tahun dahulu. Rakan-rakan yang jauh bertanya kepada saya melalui email dan talipon dan memahami saya setelah saya memberikan kefahaman yang sebetulnya.

Apa yang saya nampak mereka lebih bertanya kenapa saya memilih untuk tidak lagi bersama UMNO. Jarang-jarang mereka bertanya kenapa pilih DAP kerana mereka juga memahami yang DAP itu adalah sebuah parti yang berpengalaman dan telah berusia hampir 5 dekad lamanya. Mereka memahami yang DAP telah melalui semua ujian dan dugaan untuk ‘survival’ nya kerana tekanan dan momokan oleh pihak pemerintah terhadap parti itu tidak henti-henti dilakukan oleh pihak yang takut dengan perkembangan pengaruhnya, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini.

Ramai mahukan saya memberikan mereka sebab kenapa tidak lagi mahu bersama UMNO. Ada setengahnya saya jawab sambil berjenaka dan ada kalanya saya menjawab dengan serius dan memberikan dalil-dalil yang UMNO akan berada dalan persada politik negara hanya sebentar sahaja lagi. Ramai diantara mereka telah pun memberikan sokongan moral kepada saya dan mereka tidak lagi menyimpan sebarang prejudis terhadap DAP lagi.

Tidak ada siapa yang melonggarkan sokongan ramai terhadap UMNO itu, sebaliknya semuanya disebabkan oleh ‘conduct’ UMNO itu sendiri. UMNO itu kian lemah bukan kerana pihak lain. Sebenarnya UMNO itu sendiri seolah-olah terminta-minta parti itu ditinggalkan oleh ahlinya, setidak-tidaknya kepada mereka yang berfikir secara mendalam.

Kenapa saya berkata UMNO itu sendiri terminta-minta untuk ditinggalkan?

Pertamanya UMNO telah menyalahgunakan mandat yang diberikan oleh rakyat sebegitu lama sehinggakan apa sahaja yang dilakukan UMNO sekarang menjadi persoalan kepada rakyat ramai. Oleh kerana terlalu lama memegang kuasa, UMNO sudah mengambil kelembutan orang Melayu dan rakyat ‘for granted’ kerana mereka berfikiran yang orang Melayu tidak akan pergi kemana dan akan terus menyokong UMNO walaupun UMNO telah membinasakan peluang orang Melayu untuk maju dalam dunia yang serba berubah dan moden ini

UMNO memandang rendah kepada ahli-ahlinya serta rakyat jelata yang mereka akan tetap berkuasa, waimma setelah memperkosa harta rakyat melalui budaya kronism yang telah begitu kental terbentuk dalam negara ini. Pendeknya UMNO telah mengambil kelembutan hati orang Melayu sebagai kelemahan yang boleh diperkosa dan dinoda tanpa reaksi negatif dari mereka.

Dimana letaknya kemunasabahan yang orang Melayu masih tercicir sedangkan negara ini diperintah oleh UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun yang lalu? Kenapa UMNO gagal untuk melaksanakan dasar-dasar yang terbentuk pre Dr Mahathir yang begitu kukuh dengan sokong setiap kaum dinegara ini? Kenapa UMNO tidak melakukan pelaksanaan kepada dasar memperkukuhkan orang Melayu dengan sempurna.

Apa lagi yang UMNO mahukan kepada orang Melayu sedangkan orang Melayu telah memberikan segala sokongan kepada UMNO sejak merdeka sehingga tahun 2008 dahulu apabila orang Melayu sudah mula merasakan yang UMNO tidak mungkin berjaya membela bangsanya lagi? Sekarang ahli-ahli UMNO menyalahkan bangsa lain dan parti lain pula diatas segala kegagalan mereka.

Segala-galanya, kuasa, sokongan dan kesabaran Melayu dan rakyat keseluruhannya itu diambil kesempatan untuk membina budaya kronism untuk kepentingan perut dan nafsu-nafsi pimpinan sahaja. Sekarang mundar mandir kembali Perdana Menteri menabur janji dan mengingatkan orang Melayu supaya memberikan sokongan kepada parti Melayu UMNO ini demi masa depan orang Melayu.

Bukankah semuanya itu telah diberikan oleh orang Melayu tetapi kenapa UMNO masih tidak berjaya melakukan sesuatu yang berkesan untuk Melayu yang ramai ini? Sebaliknya parti itu hanya memberikan keuntungan kepada segelintir yang berada dikeliling pimpinan atasan sahaja. Kalau diberikan lagi mandat ini, kita sudah pasti keadaan akan masih sama malah orang Melayu akan ketinggalan dari segi pemikiran dan persepsi terhadap kehidupan secara negatif.

Setengah abad adalah terlalu lama untuk membiarkan UMNO memerintah dan waktu untuk UMNO duduk dipetak pembangkang sudah sampai supaya UMNO tahu dan merasakan betapa pedihnya perasaan rakyat khususnya orang Melayu selama ini. Orang Melayu sudah bersabar begitu lama dan tahap kesabaran mereka sudah sampai kepenghujungnya.

Apa yang ramai orang Melayu sekarang berfikir ialah selagi UMNO masih memerintah selagi itulah pemikiran orang Melayu akan jumud terus menerus dan memerhatikan sahaja bangsa-bangsa lain maju kehadapan. Ketinggalan kita itu pula dimainkan untuk memberikan harapan palsu untuk UMNO mendapatkan sokongan dari orang Melayu, tetapi orang Melayu sudah tidak boleh dikotak-katikkan seperti yang selalu mereka alami.

Ramai diantara orang Melayu sudah mula memahami keadaan yang mereka tidak akan pergi kemana jika masih memberikan dukungan kepada UMNO kali ini. Orang Melayu sudah menyedari mereka tidak boleh lagi menagih ehsan dari pimpinan UMNO seperti menerima RM500 semasa pilihanraya mendatang kerana jiwa Melayu sekarang sudah mula bertambah kaya dan tidak mahu lagi dalam jiwa yang fakir dan jumud.

Ramai orang Melayu sedar bahawa mereka perlu memecahkan tembok yang menghalang mereka untuk berfikir dan bertindak semata-mata untuk generasi mereka yang akan datang. Melayu tidak boleh lagi bergantung kepada perasaan sentimen terhadap UMNO kerana UMNO yang sebenarnya pun sudah tidak wujud lagi. Orang Melayu sudah merasakan nikmat bersatu padu ini semasa era sebelum Mahathir dahulu.

Maka orang Melayu kini mahu bersatu padu dengan jitu diluar UMNO kerana Melayu sekarang sudah berjumpa dengan pilihan yang secara relatifnya lebih baik diluar UMNO itu.

Orang Melayu mahu melepaskan diri mereka dari dikongkong oleh perasaan sentimen terhadap parti yang kononnya berjuang untuk Melayu. Orang Melayu sudah sedar setelah lebih dari lima dekad diperhambakan oleh pemimpin-pemimpin parti mereka yang tidak berkemampuan untuk memimpin bangsanya selain dari pandai memerah harta benda rakyat untuk kepentingan ahli-ahli keluarga mereka semata-mata.

Kepada setengah yang menyertai UMNO itu kerana hendak menjadikan modal perniagaan dan bukannya untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri. Oleh kerana itu biarlah mereka sahaja yang bergiat dengan UMNO itu. Bagi sesiapa seperti saya yang ‘having no business to be in business’ ini meninggalkan parti itu.

“Akhirnya saya bertindak keluar dan menukar wadah saya. Saya bukannya bertukar akidah” kata saya kepada mereka.

STRATEGI TERBAIK-SPR SEKUTU UMNO-BN

Anwar: Tak guna Pakatan ada pilihanraya serentak jika SPR terus membenarkan penipuan

Written by Melissa Lee, Malaysia Chronicle





Di tengah-tengah kebimbangan awam yang semakin meningkat pilihanraya umum ke-13 akan banyak menjurus kepada tipu helah dan penipuan secara terang-terangan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat beliau bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan kerajaan Perdana Menteri Najib Razak, jika Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang keras kepala gagal untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya yang bermakna.

"Kami mempunyai bukti yang menarik dan fakta untuk menyokong hujah kami bahawa proses pilihanraya adalah satu penipuan. Jadi itulah isunya dan ia akan mempengaruhi keputusan kami," Anwar memberitahu satu sidang akhbar di Parlimen pada Rabu.

Usaha tinggi hasil tiada

Najib dijangka untuk membubarkan Parlimen persekutuan dan mengadakan pilihanraya di seluruh negara sebelum akhir tahun ini. Selain daripada kerajaan persekutuan, pakatan Barisan Nasional Najib menguasai 9 negeri, manakala Pakatan mengawal Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

Jika Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan BN seperti yang dikatakan, maka PU-13 Najib hanya akan melihat penyertaan daripada 9 negeri-negeri BN termasuk perebutan untuk 222 kerusi Parlimen persekutuan. Tempoh Pakatan dalam negeri yang ditadbirnya hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Setakat ini, usaha untuk merombak sistem terkenal rasuah pilihanraya di negara ini telah meningkat. Malah Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihanraya dimana Najib dengan tidak rela menubuhkannya selepas mercu tanda Julai 9, 2011 perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihanraya yang bebas dan adil telah dituduh berat sebelah dan enggan menerima cadangan pembangkang, ‘NGO’, kumpulan hak sivil serta badan-badan pemantau pilihan raya.

Hanya sehari yang lalu, SPA membuat kesimpulan mesyuarat akhir dengan kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN tidak dapat bersetuju mengenai terma cadangan yang dibua tkepada Parlimen. Malah, pengerusi Maximus Ongkili, yang merupakan seorang wakil BN, telah berkata SPA akan membentangkan usul pada hari Isnin walaupun terdapat "perbezaan pendapat".

Keputusan akhir di tangan kerajaan negeri

Aduan dari Bersih dan Pakatan bahawa majoriti saranan mereka telah ditolak, dan satu-satunya konsesi adalah penggunaan dakwat kekal.

Selain daripada itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menuduh SPR - yang disebabkan oleh pelaksanaan cadangan SPA – yang mengheret kakinya ke atas pembersihan daftar pemilih, yang diburukkan oleh nama-nama rekaan, duplikasi dan terdapat beribu-ribu contoh di mana umur pengundi berdaftar jauh melebihi 100.

"Kami masih harus menyatakan bantahan kami yang kukuh kerana sehingga kini, SPR tidak membersihkan daftar pemilih, terutamanya apabila pilihanraya adalah terlalu dekat," kata Anwar.

Ketua Pembangkang berusia 64-tahun itu juga berkata keputusan muktamad terletak pada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan para pemimpin masih mengkaji keberkesanan mengadakan pemilihan serentak. Takut pemanipulasian daftar pengundi boleh banyak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat, tekan Anwar.

"Saya fikir kita perlu duduk bersama mereka lagi. Tiada keputusan telah dicapai setakat ini. Kita mempunyai pilihan sama ada kita harus memegangnya semua bersama-sama tetapi ia masih terbuka," katanya.

Bermatlamat 2/3 dengan taktik kotor?

PU-13 Malaysia yang ditunggu-tunggu akan menjadi pilihanraya yang paling hangat dipertandingkan sejak kemerdekaan daripada pemerintahan British pada tahun 1957. Ia telah dianggap sebagai Ibu Segala Pilihanraya Kotor, dengan tiada sebrang tindakan diambil oleh pentadbiran Najib yang dijangka sepenuhnya menggunakan semua jentera kerajaan dan rasmi untuk menjamin kemenangan ke atas Pakatan Rakyat.

Najib baru-baru ini berkata dalam satu temu bual dengan agensi berita asing bahawa ia akan menjadi sukar bagi BN untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang ia kalah buat kali pertama dalam 5 dekad semasa pilihan raya umum 2008. Walaubagaimanapun, dalam bulatan politik, ia adalah diketahui bahawa beliau telah memberi jaminan kepada ketua-ketua partinya bahawa beliau akan menyampaikan dua pertiga dan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan semua cara dan kaedah yang ada.

"Ya, dia masih boleh merebut dua pertiga. Sistem pilihanraya sangat, sangat lemah dan mudah untuk dimanipulasi kerana dominasi politik BN lebih daripada 55 tahun yang lalu.Ini telah membenarkan mereka untuk berkelakuan sepertimana yang mereka mahu, meletakkan semua tanda henti dan cek untuk memastikan mereka menang. Inilah mengapa SPR melambatkan dan enggan untuk membuka gulung audit," beritahu naib presiden PKR Tian Chua, Ahli Parlimen Batu, kepada Malaysia Chronicle.

Sumber : Malaysia Chronicle