DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, January 31, 2011

TAHNIAH CINA, MELAYU KEPARAT

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau bangga bahawa undi kaum Cina pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang telah beralih semula kepada Barisan Nasional (BN).Katanya kejayaan BN itu juga telah menafikan dakwaan parti PKR-DAP-PAS bahawa Pakatan Rakyat telah menembusi kubu kuat BN di Johor selain penolakan jelas idea PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam.


Tetapi Penasihat DAP juga AP Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyangkal dakwaan Chua. Beliau berkata “Adakah Chua mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?"Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam? soal Lim.


Analisis yang dibuat oleh Lim Hong Siang dari
MerdekaReviews cukup hebat. Beliau mendakwa MCA semestinya tidak merasai kemanisan di sebalik kemenangan Barisan Nasional dalam PRK Tenang, semalam. Meskipun Timbalan Pengerusi, Muhyiddin Yassin mendakwa BN "menang dua daripada tiga peti undi majoriti Cina", namun ia gagal menutup realiti bahawa Chua Soi Lek gagal mengembalikan sokongan pengundi Cina di kubunya sendiri.


Dalam PRU ke-12 memberi gambaran sebenarnya. PAS berjaya menewaskan UMNO-BN di tiga peti undi majoriti Cina, iaitu Labis (421vs411 undi), Labis Timur (740vs669 undi) dan Labis Tengah (1013vs504 undi) pada tahun 2008. Dalam PRK semalam, BN menang tipis di peti undi Labis (majoriti 64 undi) dan Labis Timur (37 undi), tetapi tewas dengan majoriti 486 undi di Labis Tengah. Perlu diingatkan bahawa nisbah pengundi Cina di Labis dan Labis Timur adalah sekitar 60%, namun Labis Tengah mencatat 95.7% pengundi Cina. Justeru itu, DAP mengambil keputusan di Labis Tengah sebagai kayu ukur untuk menyukat sokongan pengundi.


Kecenderungan ini telahpun diperlihatkan dalam beberapa PRK yang lalu. Dalam PRK Hulu Selangor, janji peruntukan RM3 juta untuk SRJK (c) Rasa gagal merasuah pengundi Cina; malah, ungkapan "You help me, I help you" yang terkenal dari bibir seorang Perdana Menteri bersama tawaran RM5 juta (untuk menyelesaikan masalah banjir) gagal memancing undi Cina di Rejang Park, PRK Sibu yang lalu.


Tambah penulis ini, pengundi hanya takut apabila berdepan dengan sesuatu yang tidak diketahuinya, atau sesuatu yang tidak menentu. Chua Soi Lek mungkin tidak sedar, Pakatan Rakyat mempunyai lebih masa dan ruang untuk menyebarkan maklumat dalam PRK kerana lebih tertumpu. Lebih-lebih lagi, senario selepas tsunami 8 Mac 2008 menyediakan model negeri PR yang nyata untuk pengundi - bagaimana PR akan mentadbir jikalau mengambil-alih kuasa.
Apabila fakta digunakan sebagai senjata, maka ketakutan akan hilang sendirinya.


Chua Soi Lek tersasar apabila hanya menumpukan kepada isu Negara Islam sepanjang tempoh kempen. Persoalan dasar tidak dibangkitkan, kepincangan kerajaan BN sendiri tidak terjawab, tetapi asyik dengan tangan Normala Sudirman yang bersarung. Laporan Malaysiakini yang membuat tinjauan di situ selepas hari penamaan calon telah menunjukkan bahawa pengundi tidak ambil peduli isu salam, namun jelas Chua Soi Lek juga tidak ambil peduli laporan media.


Apabila rakyat semakin celik untuk membezakan antara "gula" dengan "dasar", apabila "ketakutan" diyakini dengan "fakta", apabila "politik baru yang mahukan harmoni" menggantikan "politik untuk mencetus permusuhan", maka MCA gagal melakukan apa-apa untuk mengembalikan sokongan komuniti Cina.


Model BN yang mempertanggungjawabkan UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India semakin ditolak. Ramai orang yang agak tidak senang, termasuk komuniti Cina apabila MCA cuba menakutkan pengundi Cina dengan nilai Islam. Malah, apa yang terharu buat semua adalah apabila perbidaan baju merah "TUKAR" dalam majlis PR menyaksikan seorang Cina yang mendapat baju itu dengan RM1000 menghadiahkannya kepada seorang Melayu yang gagal membida kerana menawarkan harga RM400.


Tidak lupa juga pengundi Melayu di Tenang. Tahniah kerana Harga petrol RON97 telah dinaikkan 10 sen. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter.






Harap-harap banjir yang mula menyerang Johor ini akan membasuh-mencucikan segala dosa-dosa yang diperbuat sepanjang tempoh kempen di Tenang.Mereka mencerca, memperlekehkan dan menghina Islam. Inilah bala Allah untuk orang-orang yang lawan Islam.


Taniah Melayu keparat, karat dengan pemikiran JAHILLIAH terimalah balanya sekarang.


“HANCUR MELAYU JAHILLIAH, RAKYAT SELAMAT”

Saturday, January 29, 2011

MENANG-KALAH BUKAN MATLAMAT SEBENAR KITA

Boleh dikatakan semua orang bercakap UMNO akan menang besar di Tenang esuk. Sebuah badan penyelidikan bebas ILHAM Centre menyebut UMNO dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi. Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus).


Kita tidak kisah UMNO menang. Itu kubu kuatnya. Sebab, pertamanya, sepatutnya dari segi logic akal PAS yang mewakili Pakatan Rakyat tidak sepatutnya menyertai pilihan raya tersebut kerana dari awal lagi PAS dan rakannya PKR dan DAP merasakan bukan mudah untuk merampas kerusi DUN Terang sejak turun menurun menjadi milik UMNO. Kedua, ia membazir masa, keringat dan wang-ringgit kerana sesiapa yang dipilih menjadi wakil rakyat DUN Tenang, title YB yang disandangnya dalam tempoh paling singkat kerana PRU ke-13 pasti akan dalam tahun ini. Oleh itu lebih baik Pakatan menumpukan perhatian menyebarluaskan program 100 harinya kepada rakyat dari menanggung malu yang dimalukan oleh UMNO dan media yang dikawalnya nanti.


Tetapi, dari segi pendekatan politik, PAS bersama-sama rakannya dalam Pakatan membuat keputusan yang betul dan tepat. Semua pakar-pakar strategis Pakatan tidak merasakan kalah-menang menjadi matlamat utamanya, tetapi lebih penting daripada itu ialah mesej dari Pakatan telah berjaya disampaikan kepada rakyat seluruh Negara khususnya di Tenang dn di Johor amnya. Bukan senang untuk berhimpun dalam Negara separuh masak dan bertaraf ‘jakun’ untuk memberi pandangan ke dua kepada rakyat kerana banyak kekangan dan halangannya.


Jadi, dengan adanya PRK DUN Tenang, maka dengan mudah pihak Pakatan dapat menyalurkan maklumat yang disembunyikan oleh UMNO dapat didedahkan kepda umum dalam bentuk kempen. Itu merupakan satu bentuk kejayaan yang amat besar dan paling berharga. Selepas ini kita akan bertemu lagi di Merlimau, Melaka. Proses menyebarluaskan maklumat, melondehkan kejahatan dan kezaliman UMNO di Negara ini dapat diteruskan sehingga ke PRU ke-13 nanti.Mudah-mudahan dengan kerjasama erat rakan-rakan dalam pakatan dan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dapat menyedarkan rakyat akan keburukan kepimpinan UMNO. Diharapkan rakyat dapat membuat penilaian yang tepat pada PRU ke-13 nanti. Insyaallah.


Sebagaimana yang saya tulis di blog ini sebelum ini, sebelum PRU ke-12 berlangsung, 6 pilihan raya kecil DUN juga diadakan dimana ke enam-enam kerusi tersebut dimenangi oleh UMNO ( DUN Kuala Berang, Ba’Kelalan, Pengkalan Pasir, Batu Talam, Machap dan Ijok), tetapi apabila tiba PRU ke-12, rakyat menunjukkan kemarahannya dengan menolak UMNO/BN sehingga Pak Lah dipaksa meletakkan jawatan dan member kesan terhadap masa depan politik Khairy Jamaluddin dan orang-orangnya.


Orang-orang dalam Pakatan jangan gundah-gulana, terus susun strategi. Ingat tidak ada parti di dunia ini yang boleh bertahan selama-lamanya. Segagah-gagah Suharto, Marcos, Shah Iran dan Saddam Hussein dapat dimusnakan (dan kini Hosni Mubarak di Mesir), apatah lagi UMNO yang menumpang kekuatan orang lain untuk berkuasa. UMNO tidak berupaya berdiri di atas kaki sendiri. UMNO perlu tongkat untuk terus berkuasa.


Senarai pengkhianatan UMNO terhadap orang-orang Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila. Kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan UMNO terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.


Oleh itu, tepatlah apa yang diperkatakan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa orang-orang Melayu yang menyokong UMNO, mereka masih lagi berfikiran ‘JAHILLIAH’, bodoh dan berotak mereng. Orang yang rasional dan berfiiran waras tidak akan memilih UMNO untuk dijadikan jambatan membina agama, bangsa dan Negara. Terlalu banyak pengkianatan yang UMNO lakukan terhadap agama, bangsa dan Negara.


Kita tidak memiliki kekuatan, apatah lagi wang ringgit untuk ditaburkan, tetapi kita ada iman dan Allah. Kita serahkan kepada Allah menentukannya, selepas kita kerja kuat. Marilah kita sama-sama
mengangkat kedua-dua belah tangan menadah ke langit memohon pertolonganNya sepertimana Rasullullah lakukan di medan perang Badar sehinggakan Abu Jahal dan pengikutnya yang amat keras menentang Baginda dihapuskan di muka bumi ini. Semoga Allah wst makbulkan segala doa kita dan memberkati usaha kita untuk memusnahkan UMNO dalam PRU ke-13. InsyaAllah. Amin.


“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

PERINGATAN UNTUK NAJIB





Semua rakyat yang hidup di bumi Malaysia ini tanpa mengira bangsa dan agama mahukan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama. Pemimpin yang diberi amanah hendaklah menguruskan negara ini dengan eluk. Pemimpin hendaklah menjauhi segala perbuatan yang boleh mensengsarakan rakyat.

Dalam Islam, pemimpin adalah hamba rakyat, bukan tuan kepada rakyat. Rakyatlah sebenarnya yang menjadi tuan. Islam juga mengajar para pemimpin patuh kepada ajaran Islam. Pemimpin pasti akan ditanya di hari akhirat, apa yang ia diperbuat terhadap kuasa yang dianugerahkan kepadanya. Pemimpin merupakan golongan yang paling akhir dihisab diakhirat kerana banyak soal-jawabnya.


Yang perlu diingat oleh Najib, sesebuah kerajaan dimusnahkan oleh Allah bukan disebabkan oleh kemiskinan dan kemalaratan kehidupan rakyat dan negaranya, tetapi anugerah Allah kekayaan yang melimpah ruah dan kuasa, tetapi ia tidak bersyukur kepada Allah.


Ingat kerajaan yang zalim sangat cepat Allah akan membalasnya berbagai cara. Satu daripadanya Allah menimbulkan keadaan negara yang tidak aman, kucar-kacir, masalah sosoial yang datang bertimpa-timpa dan kehidupan masyarakat menjadi songsang.Yang baik dikatakan jahat dan yang dikenalpasti ianya jahat, dikatakan baik. Bohong sana-bohong sini, fitnah sana-fitnah sini mainan harian. Disebarluas oleh media yang tidak kenal hukum.

Lihatlah keadaan di Mesir dan di Tunissia sebagai pedoman dan teladan.

MENANG-KALAH KETENTUAN ILAHI

Esuk, 30 Januari 2011, seramai 14, 735 orang pengundi di DUN Tenang akan memutuskan ‘siapa’ yang mereka akan pilih untuk menjadi wakil rakyat bagi menjaga kemaslahan kehidupan mereka pada hari-hari mendatang. Sama ada Cik gu Normala Sudirman atau Mohd Azahar Ibrahim akan dipilih terpulanglah kepada pengundi-pengundi untuk menentukannya. Dalam pilihan raya tidak ada keputusan seri seperti yang terjadi dalam permainan bola sepak.



Berdasarkan peratusan pengundi yang ada, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat masih ada harapan untuk menang kerana peratusan pengundi bukan Melayu adalah lebih besar iaitu mencapai tahap 51.15 peratus atau kira 7,546 orang dan tidak termasuk pengundi-pengundi yang lebih kecil peratusannya (tidak boleh ambil mudah oleh Pakatan terhadap golongan ini) berbanding dengan jumlah pengundi Melayu hanya seramai 7,014 orang (47.54 p
eratus). Sekiranya undi kaum Cina masih mengekalkan momentum PRU ke-12 lalu, maka Cik gu Mala ada harapan untuk menjadi ADUN Tenang.


Perlu diingat DUN Tenang, mempunyai tiga Felda, Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang didiami pengundi Melayu yang merupakan fix deposit untuk UMNO setakat ini. Felda Chempelak mempunyai 1,432 pengundi, Felda Chempelak Barat mempunyai 1,217 pengundi makala di Felda Tenang pula seramai 1,469. Kalau diambil kira pada PRU lalu, sokongan kepada UMNO di kawasan Felda kira-kira 98.5 peratus. Di Chemplak Barat PAS mendapat sokongan 18.6 peratus, manakala 18.7 peratus di Chemplak dan pengundi Melayu mewakili 90 peratus di Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Baru yang memberi undi kepada PAS kurang dari 32 p
eratus, hanya di Ladang Bukit Dato’ dan Ladang Labis Utara, kekuatan UMNO dan PAS agak seimbang di kalangan pengundi India (sekarang pengundi India mulai berubah kembali menyokong UMNO). Kedudukan ini memungkinan PAS mengalami kekalahan.


Sekiranya UMNO memenangi kerusi ini, saya tidak hairan langsung kerana kemenangan UMNO bukan kemenangan hakiki. UMNO tidak berupaya membawa kebenaran dan keadilan kepada seluruh rakyat. Kemenangan UMNO seperti kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, masih ada lagi manusia berfikiran ‘JAHILLIAH’ sepertimana yang berlaku di zaman Rasullullah di Mekah dulu. Bukan main hebat seruan dakwah Nabi bagi menentang pemikiran yang dipasakkan oleh Abu Jahal dan sekutunya ke dalam fikiran dan kehidupan masyarakat Mekah ketika itu. Kehebatan Baginda sebagai rasul pun tidak berupaya mengubah minda masyarakat Mekah yang sudah lama dikuasai dan dikongkong oleh Abu Jahal. Hal serupa berlaku di Negara ini, bagaimana UMNO menggunakan strategi dan taktik yang digunakan oleh Abu Jahal dulu. UMNO hanya mengulangi sejarah apa yang dilakukan oleh Abu Jahal ke atas masyarakat Mekah ketika itu dan disesuaikan dengan keadaan semasa ketika berhadapan dengan masyara
kat Malaysia (kini di DUN Tenang).


Kejayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekalahan adalah lumrah kehidupan yang pasti ditempuh setiap manusia apatah organisasi parti seperti parti PAS dan lain-lainnya. Namun, tidak semua orang dapat menerima berita kejayaan mahu pun hakikat kegagalan dengan hati terbuka. Begitulah cermin kehidupan yang dapat kita gambarkan melalui pengalaman hidup. Setiap daripada kita pasti merasai saat dan detik itu. Ada masanya kita mengecapi kejayaan dan berada di kemuncak kemenangan dan ada kala kita diuji dengan kegagalan serta kepahitan yang sukar untuk diterima.


Al-Quran memberikan isyarat jelas mengenai sunnah kehidupan yang mewarnai kehidupan ini di bawah ketentuan dan ketetapan Allah. Dalam surah Ali ‘Imran, Allah merakamkan peristiwa kekalahan yang memeritkan dialami tentera muslimin apabila mereka kalah teruk kepada tentera Quraisy dalam peperangan Uhud walaupun sebelum itu mereka merintis kejayaan penuh gemilang pada peperangan Badar al-Kubra.


Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan dan kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang tetap beriman (dan sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang yang mati syahid. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada orang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang yang beriman (darip
ada dosa mereka) dan membinasakan orang kafir.”(Surah Ali ‘Imran, ayat 140-141)


Meminjam kata Syed Qutub dalam kitab tafsirnya Fi Zilalil Quran (Di bawah bayangan al-Quran) ketika menafsirkan ayat itu, beliau menjelaskan bahawa kekalahan itu ada tersurat dan tersirat hikmahnya yang tersendiri.Antara hikmah itu ialah setiap Muslim sewajarnya menginsafi dan menyedari bahawa kemenangan sebenarnya adalah hasil atau natijah yang bertitik tolak daripada daya usaha serta perjuangan manusia sendiri. Justeru, mereka tidak boleh berpeluk tubuh dan mengharapkan kemenangan dengan hanya menanti faktor bantuan mukjizat Ilahi.


Selain itu, peristiwa berkenaan mengungkapkan satu pengajaran bahawa kejayaan dan kemenangan sebenarnya tidak boleh datang dengan sendirinya, sebaliknya ia banyak dipengaruhi pelbagai faktor dan sebab yang memudahkan peluang ke arah meraih sesuatu kejayaan diimpikan seperti kekuatan ekonomi, keutuhan sosial, kemantapan akidah, keadilan politik dan juga keluhuran budi pekerti.

Malaysia di bawah tadbiran Najib, selepas PRU ke-12 lalu, sepatutnya kita akan menyaksikan 20 pilihan raya kecil. 6 parlimen dan 14 DUN, tetapi hanya 9 kerusi DUN sahaja dipertandingkan. DUN Changkat Jering, Behrang, Jelapang (Perak), Kota Seputeh (Kedah) dan Pelabuhan Klang (kemungkinan besar) tidak dipertandingkan kerana SPR adalah alat UMNO. Dari 6 kerusi parlimen yang dipertandingkan, Pakatan Rakyat menang 4 kerusi (Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Bukit Gantang dan Sibu) dan UMNO/BN menang 2 kerusi (Hulu Selangor dan Batu Sapi).

Manakala kerusi DUN pula, dari 9 kerusi, Pakatan menang 4 kerusi (Bukit Selambau, Penanti, Manik Urai dan Permatang Pasir) dan UMNO/BN menangi 3 kerusi (Batang Ai, Bagan Pinang dan Galas), manakala kerusi DUN Tenang dan Merlimau belum tahu lagi milik siapa lagi. Apa pun (jika Tenang dan Merlimau dimenangi oleh UMNO) ia bukan petunjuk sebenar yang menunjukkan UMNO kembali disokong oleh rakyat. UMNO menang, bukan kemenangan hakiki kerana ia disokong oleh orang-orang berfikiran ‘JAHILLIAH’ masih ramai yang mahukan system pentadbiran diuruskan secara songsang. Masih ramai mahukan rakyat terus berada dalam kemiskinan, asalkan pemimpin terus kekal kaya-raya, boros dan membazir menggunakan duit/harta rakyat dan bebas melakukan amalan rasuah semahu-mahunya supaya Negara cepat bangkrap.

Perkara ini dapat dibuktikan pada PRU ke-12 lalu, UMNO/BN mengalami kekalahan paling memalukan dan paling buruk dalam sejarah sejak merdeka. Kuasa 2/3 UMNO di parlimen dapat dihapuskan dan UMNO hilang 5 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan KL) jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sungguh pun, sebelum itu selepas PRU ke-11 tahun 2004 (pilihan raya kecil turut diadakan), 6 pilihan raya kecil DUN (kerusi parlimen tiada yang kosong) terpaksa diadakan iaitu di DUN Kuala Berang, Ba’Kelalan, Pengkalan Pasir, Batu Talam, Machap dan Ijok. Dari 6 kerusi, Pakatan (ketika itu dikenali sebagai Barisan Alternatif) tidak memenangi sebarang kerusi, semuanya disapu bersih oleh UMNO/BN. Tetapi apa terjadi pada PRU ke-12, 8 Mac 2008. Stunami politik berlaku menyebabkan ia meruntuhkan kekuasan politik Abdullah Ahmad Badawi.


"NYAHKAN UMNO, RAKYAT AKAN SEJAHTERA"

Friday, January 28, 2011

PAS ZAMAN DULU


Pencalonan Normala Sudirman sebagai calon PAS merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang di Labis, Segamat, Johor mengingatkan kembali kepada suasana PAS satu ketika dulu, sebelum memperoleh kemenangan besar di Kelantan pada 1990 dan sebelum memenangi beberapa negeri dan menjadi "kerajaan menanti."

Normala telah meletakkan jawatan sebagai guru sekolah untuk menjadi calon PAS, membuat satu pengorbanan besar yang semakin asing dalam PAS pada era kemenangan dan menuju Putrajaya hari ini.

Nasib Normala, sama ada menang atau kalah, terutama kalah, akan menjadi sukar sekiranya tidak ada persediaan dan tidak memperolehi sumber pendapatan yang secukupnya nanti.

Inilah yang mengimbau kembali satu suasana PAS dahulu, ketika pengorbanan menjadi sesuatu yang norma, dan cerita ditukar dan diganggu pihak berkuasa menjadi cerita yang biasa.

Bertanding dalam pilihan raya dan berjuang dalam PAS dilakukan bukan semata-mata untuk kemenangan - yang jelas sekali amat jauh ketika itu - tetapi sebagai satu cara berdakwah dan menunjukkan penentangan kepada Umno.

Di Tenang, sudah timbul cerita-cerita bahawa tidak ada calon heavy weight berminat kerana peluang menang tipis, malah ada yang mendakwa ramai yang tidak memandang kempen di sini kerana Johor bukan negeri sasaran PAS lalu dilihat tidak berapa penting.

Pertandingan di Tenang ini elok sekali direnung dan diambil iktibar oleh semua ahli PAS, untuk melihat keadaan satu ketika dulu, di mana PAS berdepan lawan yang sangat kuat dan parti tidak mempunyai banyak sumber untuk dimanfaatkan.

Di Johor, dan mungkin juga beberapa negeri kuat Umno lain, suasana masih jauh berbeza, sehingga ada ahli dan pemmimpin PAS yang melihat suasana PAS di negeri ini teringat kepada PAS pada zaman lalu.

“NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

Saya petik satu tulisan dalam Milosuam.blogspot.com yang menyebut MiLo SuaM ada menyiarkan sebuah laporan portal berita terkenal antarabangsa, CNN yang mendedahkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak yang sebelum ini mendakwa Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi, membuat satu pusingan U (U Turn) apabila menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai agen Arab Saudi pula.


Najib membuat aduan tidak puas hati kepada Arab Saudi kerana kerabat diraja berkenaan memberikan dana kepada Anwar Ibrahimm untuk Pilihanraya Umum akan datang rujuk link ini [
Najib gambarkan Anwar agen Arab Saudi].


Menteri Dalam Negeri Hishammuddin walaupun mengaku belum lagi membaca laporan itu, dengan pantas menafikan bahawa Najib terlibat membuat aduan tersebut! Sebaliknya telah mengeluarkan arahan kepada pihak Polis agar menyiasat sejauh mana Anwar terlibat dengan rangkaian pengganas. [
Malaysiakini] Berikut laporan dari Malaysiakini, sila klik untuk membesarkan imej.




Inilah yang dikatakan Menteri yang "bercakap asalkan mulut berbunyi", dia sendiri mengaku tak baca lagi laporan, siasat pun tidak tapi dah keluarkan kenyataan Najib tak terlibat! Kalau portal berita terkenal CNN memfitnah Najib, apa lagi samanlah!


Buktikan kepada rakyat bahawa Najib benar-benar tidak mengadu kepada Arab Saudi dengan mendakwa putera raja negara tersebut ada memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membantu Anwar Ibrahim pada pilihanraya akan datang! Lakukan siasatan dan saman portal CNN yang memfitnah Najib! Ini belum apa-apa lagi, penulis CNN tak sempat bangun dari tempat duduknya Hishammuddin dah menafikannya.


Tapi tambah melucukan, dia sendiri tak baca lagi laporan, terus suruh pihak polis siasat apabila terdengarkan nama Anwar Ibrahim. Pantang dengar nama Anwar Ibrahim, terus suruh Polis siasat! Mahu tak mahu terpaksa ReJaM panggil menteri dalam negeri ini sebagai bodoh.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

INI KERJA-KERJA IBLIS, BUKAN KERJA MANUSIA

Tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas muka Anwar Ibrahim ialah beliau terlibat dengan penganas seperti yang dilaporkan oleh CNN. Dalam tempoh kempen yang berbaki dua hari lagi di DUN Tenang, dipercayai isu ini akan dimanipulasi sepenuh oleh media saluran iblis untuk bercakap akan menuduh dan mengheboh bukan sahaja di Tenang malah ke seluruh Negara sepertimana puak-puak iblis ini mempromosikan isu liwat Anwar yang dibocorkan oleh WikiLeak, yang dikatakannya benar, tidak yang benar, melainkan benar-benar belaka.


Tetapi atas sifatnya sebagai ‘syaitan’ dan ‘dajal’ bermata satu, maka isu Najib yang turut didedahkan oleh WikiLeaks yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shariibuu, seorang pemimpin yang lemah yang tidak layak mentadbir,dan menyifatkan Najib sebagai pemimpin oportunis tidak didedahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.


Berikutan tuduhan terbaru itu,Menteri Dalam Negeri,
Hishammuddin Hussein mengarahkan pasukan polis melakukan siasatan segera tehadap Anwar. Dengan kuasa yang ada ditangan, Hishammuddin membersihkan sepupunya dengan menyatakan ia tidak kena mengena dengan Najib. Ia hanya laporan CNN yang mengaitkan Anwar dengan sebuah pertubuhan pengganas.


Dijangkakan pihak polis akan melakukan siasatan segera ke atas Anwar. Bersiap sedialah engkau Anwar. Pada pandangan saya, Anwar Ibrahim bukan seorang penakut. Beliau adalah seorang pahlawan dan wira rakyat di abad ini. Kalau beliau seorang penakut dan dayus, sebaik sahaja beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 2004 dulu, beliau akan menyokong puak-puak iblis dan dajal ini, buat apa beliau mencari susah seperti yang beliau hadapi sekarang ini. Anwar akan menjadi kaya-raya dan hidup senang, tetapi beliau memilih jalan yang berliku-liku dan penuh dengan duri.


Ikut ceritanya, tahun lalu,
Najib Razak memohon Arab Saudi menjalankan penyiasatan berhubung dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk itu untuk kempen pada PRU ke-13 yang akan datang. Kemudian, menurut stesen berita antarabangsa, CNN yang telah pun melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.


Sebelum itu pun, Anwar telah dituduh dan dilebel macam-macam. Anwar pernah dituduh sebagai pengkianat bangsa,
Anwar merupakan "alat" CIA dan macam-macam tuduhan dilakukan oleh puak-puak ini, yang mereka tidak perlakukan ialah menghala muncung pistol ke atas kepala Anwar. Jadi, Hishammuddin menggunakan isu pengganas bagi mengacau Anwar dari terus berkempen (selepas di Tenang, di Merlimau, Melaka pula) mendedahkan kerja-kerja jahat puak-puak syaitan dan dajal ini lakukan selama ini yang menjahanamkan system pentadbiran ini.


Berbillion duit Negara ini dibawa keluar negeri tidak gila untuk menyiasat, asyik-asyik mencari kesalahan orang, kesalahan diri sendiri salah mengurus tadbir kehidupan rakyat dan Negara tidak dipedulikan. Sombong dan angkoh. Sedikit teguran dibuat, guna polis untuk menakut-nakutkan rakyat. Pihak polis pun saya rasa mulai meluat melihat perangai puak-puak ini,tetapi apa buat, mereka kerja makan gaji, kena ikut perintahlah.


Mari kita tenguk pula kes ini. Pada 20 Januari lalu,
Malaysiakini melaporkan bahawa Malaysia tersenarai antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu, menurut laporan sebuah pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI).Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.Laporan itu turut menyatakan amaran bahawa peningkatan pelarian modal mendadak ini berlaku pada tahap yang jarang diperhatikan di negara Asia. Aliran wang haram dianggarkan berjumlah RM889 bilion dalam tempoh antara 2000 hingga 2008.


Oh, dengan sepintas kilat
Mukhriz Mahathir bertindak menjadi hakim, pendakwaraya dan peguambela kerajaan tidak akan menyiasat dakwaan kerana Bank Negara dapat mengurusnya dengan baik dan bijaksana. Dengan angkoh dan sombong beliau berkata melalui Bank Negara kita tahu berapa jumlah aliran sebenarnya, jadi sukar mempertimbangkan angka (dari GFI) sebagai fakta. Tetapi, kalau orang lain yang melakukannya akan terjadi sebaliknya. Keluarlah hujah kita mesti siasat, ini hak rakyat, rakyat mesti dibela dan sebagainya ayat-ayat yang menyedapkan telinga yang mendengar, tetapi dalam hati mendidih. Kita tidak rasuah, kita tidak makan komisyen dan kita tidak,kita tidak dan selalunya “tidak”.


Lihat kes sahabat baik Mansor Mohamad, Mohd Nasir Ahmad membuat
laporan polis supaya pihak polis menyiasat Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah Mansor sewaktu Azahar menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Adakah polis bertindak? Sampai sekarang polis mendiamkan diri. Apa fasal sebab ia melibatkan kepentingan UMNO.


Oleh itu, padanlah apabila Mursyidul Am PAS Tok Guru Haji Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah . Bukan setakat ‘jahiliah’, jahiliah itu masih lagi merupakan bentuk sebagai seorang manusia, tetapi bagi saya mereka adalah ‘lembu’ pawahan, yang tahu makan, berak dan buat anak sahaja. Tidak otak. Otak yang dianugerah Allah tidak digunakan, sebaliknya menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Oleh sebab itu, UMNO bermaharalela memerintah. Bersultan di mata, beraja di hati. Rakyat bertambah susah, pemimpin bertambah kaya raya sehinggakan isteri boleh melancung ke luar Negara ambil alih tugas menteri berbelanja sakan. Dia ingat harta rakyat, harta makbapak dia. Dia boleh boleh ikut suka hati dia.


Orang-orang macam ini, kalau buka kitab lama tidaklah tahulah apa hukumnya………Allah yang maha mengetahui.


“NYALAH UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Thursday, January 27, 2011

WAJAH-WAJAH SAMSENG UMNO






APA JADI SEANDAINYA AZAHAR ITU CIK GU MALA

Hari ini seorang sahabat baik Mansor Mohamad membuat laporan polis terhadap calon UMNO Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah milik Mansor ketika Azahar menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.


Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 11.50 pagi tadi.


Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong pada 1 Disember 2003 lalu.


Katanya, punca tanah rakannya itu dilelong adalah kerana tunggakan bayaran ansuran kepada CIMB Bank tetapi dia tidak dimaklumkan secara rasmi tanahnya akan dilelong.


Tambahnya, pegawai bertanggungjawab mengendalikan kes itu bagi pihak Pejabat Tanah Daerah Segamat adalah Mo
hd Azahar Ibrahim, iaitu Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat yang sekarang menjadi calon UMNO bagi pilihan raya kecil Dun Tenang.


“Beliau telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada Encik Mansor. Ini menyebabkan Mansor tidak berpeluang menebus tanahnya kembali secara rasmi.


Menurutnya lagi, apabila saat-saat akhir Mansor mengetahui secara tidak rasmi berkenaan lelongan tanah tersebut, maka bayaran sebanyak RM10,000 telah dibuat kepada CIMB Bank bagi tujuan menebus tanahnya kembali.


Mansor juga, katanya memiliki wang tunai sebanyak RM12,000 bagi tujuan tersebut dan telah merayu kepada Mohd Azahar supaya membatalkan lelongan, malangnya rayuan itu tidak dilayan.


Beliau berkata, sebagai pegawai bertanggungjawab yang bertindak di atas kapasiti sebagai ‘majistret’, Mohd Azahar berhak membatalkan proses lelongan tersebut memandangkan Mansor telah bersedia menebusnya tetapi beliau gagal bertindak secara bijaksana.


“Saya mengesyaki terdapat perundingan sulit di antara Mohd Azahar dengan pihak-pihak terbabit. Saya bimbang rakan saya, Mansor telah menjadi mangsa salah guna kuasa seorang penjawat awam,” ujarnya.


Sehubungan itu, beliau menggesa polis menyiasat adakah terdapat salah laku Mohd Azahar di samping untuk membersihkan nama calon BN itu.


Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang turut mengiringnya berkata, pihaknya menyokong laporan polis itu dibuat dan bersedia memberi kerjasama untuk dibawa kepada pihak yang lebih tinggi.


Sumber :
Harakahdaily


KOMEN :
Cuba anda semua bayangkan : Laporan polis itu datangnya dari UMNO. Cik gu Mala mengambil tempat Azahar dan Azahar mengambil tempat Cik gu Mala. Jadi, Cik gu Mala pernah satu ketika dulu menjadi ADO menjawat Penolong Pentadbir Tanah di Daerah Segamat.


Ketiga Cik gu Mala bertugas sebagai ADO itulah, beliau terlibat secara langsung melelong tanah Mansor tanpa mengikut prosedur tertentu. Tambah lagi Cik gu Mala pada 7 Februari ini bersama-sama dengan 3 yang lain akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Muar atas tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah itu.


Pada 7 Februari akan datang, katakan Cik gu Mala menang di DUN Tenang, beliau akan hadir di mahkamah seperti yang dijadualkan. Apa gambaran yang ada dikepala tuan-tuan yang akan ditulis oleh ‘babi-babi dan anjing-anjing’ yang ada dalam UM, RTM, TV3 dan sebagainya. Yang pastinya kata-kata nista, cacian, hinaan dan lain bentuk menghina terhadap Cik gu Mala akan dikeluarkan.


Kita berbalik laporan yang dbuat oleh UMNO kepada Cik gu Mala hari ini (analogi sahaja). Apa respon para pemimpin UMNO manusia jelmaan syaitan ini. Seluruh media yang menjadi saluran suara iblis akan mengaum seluruh pelusuk tanah air mendendangkan keburukan Cik gu Mala. Macam-macamlah akan diperkatakan. Tunggu dan lihat nanti.


Bagaimana pula respon
pasukan polis dan SPRM?


Ah…, lagi dashatlah golongan ini. Golongan ini akan bertindak mengikut rentak tari UMNO laknatullah itu.


Di sini saya hendak ceritakan kembali satu kisah yang melucukan yang terjadi kepada Tok Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika beliau menjadi MB Terangganu pada tahun 2003. Perang rasuah di Malaysia ketika itu bagaikan perang dua darjat. Rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang dilaporkan kepada polis dan BPR (ketika itu dan kini dikenali sebagai SPRM, samalah juga), walaupun laporan dibuat dan mempunyai asas untuk menjalankan siasatan lanjut, tetapi ia tidak dijalankan kerana UMNO tidak mahu ia disiasat.


Kita ambil contoh klasik, kes rasuah Khir Toyo (kini barulah dihadap ke mahkamah atas tuduhan memalsukan dua lot tanah dan ada kepentingan sebuah banglo besar di Shah Alam) yang
lain-lainnya hilang lenyap entah ke mana. Pada persepsi sebahagian besar rakyat, mereka kira perbicaraan terhadap Khir Toyo merupakan satu lakonan, begitu juga dakwaan terhadap Ling Leong Sik juga merupakan sebuah drama yang sebelum ini sudah dipentaskan, cuma yang berbeza hanya para pelakon dan pengarahnya yang bertukar, tetapi masih menggunakan skrip yang sama. Mereka berdua akhirnya akan dibebaskan dengan alasan-alasan yang biasa digunakan oleh mahkamah atau AG sendiri yang akan mengumumkannya. Berapa banyak pemimpin UMNO dan BN diselamatkan dan dibersihkan melalui kaedah penggunaan mahkamah (perundangan) yang boleh ditentukan apa kehendak UMNO.


Kedua-dua agensi terbabit (BPR dan polis) mendiamkan diri seribu bahasa tanpa mengambil sebarang tindakan. Tetapi apabila timbul dakwaan mengenai rasuah atau menyalahgunakan kuasa yang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan PAS sama ada Kelantan dan Terengganu (1999-2004), kedua-dua agensi terbabit dengan pantas bertindak tanpa menunggu laporan rasmi dibuat sebagaimana laporan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Format yang serupa digunakan di Perak (sebelum ia digulingkan secara haram oleh Najib) dan kini di Selanggor.


Contoh lagi, kita lihat apa yang berlaku di Terengganu di ambang pilihan raya umum (PRU) ke-11 lalu. Pada 2 – 5 Disember 2003 Dewan Undangan Negeri Terengganu mula bersidang untuk membahaskan Bajet 2004. Dalam tempoh tersebut sehingga ke tarikh 12.12.2003, isu rasuah dan peranan BPR menjadi tajuk utama di media-media di Malaysia dan menjadi perbualan hangat rakyat daripada pelbagai golongan. Begitu juga apa yang terjadi ke atas Kerajaan Kelantan, ketika di ambang PRU ke-12, media massa yang sama menjadi dajal dan iblis laknatullah bagi pihak UMNO memainkan isu AKSB sepanjang minggu dari 20 hingga 24 Ogos 2007 bagi menghuduhkan Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sama seperti mana yang mereka lakukan terhadap Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Haji Hadi. Motifnya sama. Motif politik. Bukan untuk mencari keadilan.


Pertama, isu rasuah ini mula-mula dibangkitkan oleh wakil BN ADUN Ajil, Rosol Wahid di DUN Terengganu dalam perbahasan Bajet 2004 mendakwa Yayasan Terengganu (YT)telah tidak mengikut procedure memberi tender kontrak balak bernilai RM1.5 juta di Merang, Setiu seluas 2,600 hektar kepada seorang gadis Cina berusia 26 tahun yang bekerja sebagai kerani proksi kepada seorang tauke Cina bekas pemimpin DAP peringkat negeri.


Hari Rabu 3.12.2003 dibangkitkan di DUN, besoknya hari Khamis, 4.12.2003 disiarkan di semua akhbar-akhbar dan BPR terus membuat siasatan di Pejabat Yayasan Terengganu dan Pengarahnya menyerahkan fail-fail yang terlibat untuk siasatan. Sekali lagi BPR menjalankan siasatan susulan pada 5.12.2003 di waktu malam. Dan pada hari Isnin, 8.12.2003, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Din Adim atas arahan dan strategi Idris Jusuh membuat laporan kepada BPR. Semasa Pengarahnya bercakap (selepas laporan dibuat) kepada wartawan-wartawan akhbar yang beliau akan membuat siasatan segera di bawah Akta Anti Rasuah 1997.


Lihat begitu cepat BPR bertindak terhadap kerajaan pimpinan PAS di Terengganu (begitu juga apa yang BPR buat di Kelantan). Tanpa berlengah-lengah berlari dengan pantas menyiasat, tetapi kalau laporan yang dibuat oleh PAS dan Pakatan yang melibatkan kepentingan UMNO dan Pemimpin UMNO, BPR dajal ini akan sunyi sepi menikus. Mengikut Menteri Besar, Haji Abdul ketika itu (bercakap kepada media selepas mesyuarat Exco pada hari Rabu 10.12.2003) BPR bertindak tanpa menerima laporan rasmi (sebab tidak sabar-sabar untuk menunjukkan taring yang mereka bekerja kepada kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi (PM Malaysia ketika itu) yang bersih dan menentang segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Oleh itu, mereka perlu bertindak segera kerana bagi mereka kerajaan pimpinan UMNO tidak pernah dan tidak akan melakukan pelbagai bentuk rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Mereka adalah wali-wali Allah di muka bumi Malaysia ini untuk memimpin rakyat Malaysia. Selagi ada matahari dan bulan, pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan melakukan kesalahan yang bersalah ialah pemimpin-pemimpin bukan daripada kalangan pemimpin-pemimpin UMNO tanpa perlu maklumat lanjut seperti kata Haji Hadi dalam sindiran yang tajam, berkata “ BPR terjun tanpa tangga “ setelah menerima arahan daripada Kuala Lumpur. Begitu bangsatnya perangai para pemimpin UMNO.


Jadi, kalaulah Cik gu Mala duduk di tempat Azahar sekarang, Cik gu Mala akan berada dilokap polis sekarang atau dibilik siasatan SPRM. Strategi ini amat penting bagi UMNO bagi memberi tahu seluruh pengundi DUN Tenang bahawa Cik gu Mala tidak ada intregriti, lalai dan tidak bertanggungjawab.


Kalau macam itu, Cik gu Mala tidak layak diangkat sebagai pemimpin.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

Wednesday, January 26, 2011

APA KATA KAUM CINA MENGENAI ISU JABAT TANGAN







Sumber : Malaysiakini


Pemimpin dan jentera pilihan raya kecil MCA di Tenang meningkatkan serangan terhadap PAS berhubung isu negara Islam dan keengganan calonnya, Normala Sudirman (bawah) bersalam dengan orang lelaki. Persoalannya ialah sama ada strategi itu akan berjaya mengalih sokongan 5,766 pengundi Cina kepada BN.Tinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi Cina di kawasan pilihan raya Tenang menunjukkan bahawa dua isu tersebut memberi kesan minimum terhadap mereka.Sebaliknya, apa yang lebih penting pada mereka ialah prestasi kedua-dua calon berkenaan.


Mereka yang ditemui Malaysiakini menegaskan bahawa undi untuk PAS tidak bermakna menyokong parti Islam itu, mahupun menyokong agendanya mengenai negara Islam.


Mereka juga berkata, mereka telah diabaikan oleh bekas ADUN dari Umno, Datuk Sulaiman Taha.


Tinjauan itu dijalankan semalam di bandar Labis Tengah dan Tenang Station - yang merupakan dua daripada lima kawasan majoriti pengundi Cina di Tenang - mendapati hampir semua yang ditemui berpendapat MCA tidak seharusnya memainkan isu berjabat tangan itu kerana ia melibatkan agama calon.

Ditanyakan mengenai rancangan PAS untuk mengisyatiharkan Malaysia sebagai negara Islam, sesetengah daripada mereka mengakui merasa takut ketika isu itu pertama kali dibangkitkan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi selepas bertahun berlalu, kini perasaan itu tidak seperti dahulu lagi.

Sebahagiannya menceritakan mengenai pengumuman mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 21 September 2001 mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, yang menurut mereka, tidak membawa banyak perubahan terhadap negara ini.Yang lainnya pula berpendapat jika dan bila benar-benar diisytiharkan sebagai 'negara Islam', mereka tidak ada masalah selagi ia tidak menjejaskan sistem pendidikan Cina, hak untuk makan, alkohol dan berjudi, dan selagi kerajaan terus melayan masyarakat Cina dengan baik.


Isu negara Islam yang dimainkan oleh MCA mungkin boleh menarik sokongan pengundi yang berumur tetapi generasi muda pula mempunyai pandangan yang berbeza.


Tinjauan itu juga memberi gambaran mengenai sikap sebahagian pengundi di situ."Pengundi di Tenang selama ini menyokong MCA di peringkat parlimen (kerusi Labis), tetapi menyokong pembangkang di peringkat DUN (Bekok dan Tenang), bagi mewujudkan semak dan imbang," kata salah seorang pengundi yang ditemui.Pengundi Cina merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis.


"NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

MARILAH SAMA-SAMA KITA MELAKUKAN PERUBAHAN

Rencana yang ditulis oleh Pak Subky Latif dan disiarkan oleh Harakahdaily sangat menarik untuk difikir oleh seluruh rakyat Malaysia yang akan berhadapan dengan PRU ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Buat permulaan kita merayu seluruh pengundi di DUN Tenang memulakan langkah melakukan perubahan dengan tidak mengundi UMNO pada 30 hb nanti.
Yang menarik dalam tulisnan ini, Pak Subky melontar satu pertanyaan apa lagi yang dimahukan oleh rakyat (pengundi-pengundai di DUN Tenang)?


Katanya dari laporan media arus perdana (terutama UM) mengambarkan semua telah ada di Tenang. Segala yang dinamakan pembangunan telah memenuhi semua penjuru DUN Tenang dan Parlimen Labis. Tidak lagi yang tidak maju di kawasan-kawasan Felda di situ. Apabila semua telah ada, apa lagi yang pengundi Tenang mahu? Jika Cikgu Mala menang tidak banyak lagi kekurangan hingga PRU 13 nanti. Jika Azhar bekas ADO kaki kelentong dan pembohong menang, tidak banyak lagi yang hendak ditambah menjelang PRU 13 nanti kerana semuanya telah ada.


Kita ada semua tetapi kita mahukan perubahan supaya kita ada maruah dan kedaulatan. Perubahan itu perlu dituntut oleh semua seperti menuntut kemerdekaan dulu. Ia bukan dituntut oleh orang Melayu saja. Ia ikut dituntut bersama oleh Cina dan India. Perubahan tidak berlaku kalau sekadar dituntut oleh Cina dan Melayu. Penyertaan India perlu seperti yang ditunjukkan tahun 2008 dulu.


Perubahan ynag kita perlukan ialah mendapatkan kehidupan yang lebih baik melalui pemerintahan yang adil, memecahkan kebuntuan perkauman yang membelenggu penduduk, memerangi rasuah dan membasmikan penyelewengan, menyekat amalan boros dan pembaziran; meletakkan polis, SPR, kehakiman termasuk Jabatan Peguam Negara di landasan yang betul. Dalam PRU 12, Mac 8, 2008 dulu hampir separuh pengundi yang mengundi mahukan perubahan. Kebanyakan yang tidak mengundi dipercayai mahukan perubahan. Pengundi Cina amat positif dengan perubahan. Yang tidak jadi pengundi tentu berkongsi pendirian dengan pengundi Cina itu.


Yang tidak mahu perubahan ialah Melayu dalam UMNO dan Melayu yang hidup ‘buta mata hati’ yang tidak tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Melayu jenis ini sepatutnya dibuang ke dalam laut Cina Selatan agar ‘bangkai’nya disambar oleh jerung. Hidup Melayu jenis ini memusnahkan bangsa, agama dan Negara.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

PEMIMPIN UMNO KAKI PUTAR ALAM




Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.


Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.


Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.


Baca seterusnya di
sini


KOMEN :


Api neraka itu dinyalakan 3 ribu tahun tanpa henti.Seribu tahun pertama api neraka berwarna merah. Seribu tahun kedua berwarna putih dan seribu tahun ketiga berwarna hitam yang gelap gelita.


UMNO banyak buat projek bohong rakyat daripada projek tolong rakyat. Rakyat dibodohkan dengan slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. Bila naik harga barang kesannya rakyat kena dulu bukan pemimpin yang kena. Kerja-kerja jahat senonim denan UMNO. Kaki putar alam, bohong, tipu sana-tipu sini, kaki arak, kaki perempuan, rasuah, merompak harta rakyat adalah kerja asasi UMNO.
Kalau UMNO tidak melakukan perkara-pekara yang disebutkan itu, bukan UMNO namanya.

"NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

Tuesday, January 25, 2011

LUBANG KUBUR PUN KENA TEMPAH

Sejumlah kira-kira RM70 juta akan diperuntukkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan sebuah projek yang diberi nama Pusara Negara. Projek ini bertujuan untuk menyediakan Lubang Kubur khas untuk para pembesar VIP Muslim dan bukan Muslim.

Untuk umat Islam, 500 lubang kubur akan disediakan. Manakala untuk bukan Islam, 250 lubang kubur akan disediakan. Anwar Ibrahim yang mendedahkan perkara ini mendakwa, projek ini bakal dilaksanakan bersebelahan Tugu Negara."Dia (pemimpin UMNO) hidup pun dia ambil wang rakyat, dia mati pun dia hendak ambil wang kita lagi," jelas Anwar Ibrahim.

Beliau mendedahkan maklumat tersebut ketika berucap dalam Ceramah Perdana Sempena 20 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam bertempat di Masjid Tengku Faiz Petra, Gua Musang.Tambah Anwar, sebanyak kira-kira RM140,000 akan diperuntukkan kepada setiap VIP yang akan mati itu. Ini bermakna, kira-kira 500 VIP bakal mendapat lubang kubur tersebut.

Pada ceramah yang sama, Anwar Ibrahim turut mempersoalkan jumlah kos yang terlalu tinggi untuk membaik pulih kediaman PM di Putrajaya. Menurutnya, ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, RM17 juta diperuntukkan untuk membaik pulih kediaman PM. Pada zaman Najib pula, jumlahnya meningkat menjadi RM65 juta.Jumlah membaik pulih itu jauh lebih tinggi berbanding jumlah peruntukkan untuk membangunkan masjid dan surau di seluruh negara iaitu RM14.3 juta.

UMNO SUDAH GILA. NAK UNDI LAGI?

JANGAN BAGI UNDI KEPADA UMNO

Pada 30 hb nanti pengundi-pengundi di DUN Tenang yang mempunyai seramai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos akan membuat pemilihan parti mana yang menjadi pilihan rakyat kawasan ini sama ada PAS atau UMNO. Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus). Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.


Berdasarkan peratusan pengundi tersebut, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tidaklah terlalu merisaukan kerana peratusan pengundi bukan Melayu adalah lebih besar iaitu mencapai tahap 51.15 peratus atau kira 7,546 orang dan tidak termasuk pengundi-pengundi yang lebih kecil peratusannya (tidak boleh ambil mudah oleh Pakatan terhadap golongan ini). Berdasarkan kajian semasa menunjukkan bahawa kaum Cina masih lagi kriktikal untuk menyokong UMNO buat masa ini. Walau bagaimana pun Pakatan perlu berkerja lebih kuat lagi dan bertawakal kepada Allah swt.


Sudah sekian lama UMNO dan BN bertakhta di puncak kuasa di Malaysia, hari ini hampir 54 tahun sejak Negara merdeka. Rakyat Malaysia semakin faham bahawa UMNO dan BN tak mampu lagi membendung kebangkitan rakyat. Islam mulai mengambil alih sisi gelap yang selama ini dihitamkan oleh UMNO dan BN. Iklim politik yang berubah landskapnya pada tsunami politik pada 2008 lalu menyebabkan UMNO sudah kehabisan tenaga dan idea untuk menghalang kebangkitan Islam.


Cahaya Islam cuba dibunuh oleh UMNO tetap menampakkan sinarnya. Sinar Islam yang sentiasa bersinar menerangi umat manusia cuba dipudarkan warna terang kian terasa bahawa UMNO dan BN suda tidak mampu lagi membendung kebangkitan Islam yang pernah gemilang di Malaysia. Cahaya indah diufuk timur mula menyinsingkan fajarnya.


Kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina sudah faham tentang Islam. Sudah ada pemimpin Cina yang bukan beragama Islam telah mula mengunakan tafsiran al-Quran untuk berhujah ketika berceramah. Ada wakil rakyat bukan Islam sudah pandai dan berjinak-jinak menggunakan kemudahan masjid dan surau menjadikan tempat untuk mendengar keluhan rasa rakyat dan membantu mereka yang susah angkara UMNO yang menjalankan dasar membelakangkan kehendak rakyat, mengutamakan bini.


Apatah lagi dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang cuba menerapkan prinsip-prinsip keadilan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz ke dalam system pentadibiran negerinya mendapat tentangan maha hebat dari UMNO kerana lupa, selama mereka memerintah, mereka lupa Islam dan lupa terhadap tokoh-tokoh sejarahwan Islam yang memerintah secara adil dan saksama. Mereka asyik berebut-rebut untuk membuncitkan perut masing-masing.
Semuanya ini amat menakutkan UMNO dan BN. Telah menjadi budaya sebahagian besar para pemimpin UMNO menjadikan restoran, rest-hause, lobi dan cofe-hause hotel sebagai tempat menghiburkan hati, sambil minum-minum sampai pening-pening lalat, raba punggung wanita, kadang-kadang sampai sanggup berzina, sembang-sembang bab politik dan perniagaan, lupakan masjid dan surau. Bagi mereka, masjid dan surau ada hari-hari tertentu mereka perlu datang untuk meraih keuntungan politik sambil berlakon menunjukan muka mereka alim lebih daripada golongan lain.


Rakyat bukan Islam yang sering ditakutkan dengan hukum hudud, ditakutkan dengan Negara Islam dan pelbagai kisah ngeri tentang agama Islam semakin dilupakan oleh rakyat. Gambaran betapa ganasnya hukum hudud dan betapa tidak adilnya hukum Islam kepada rakyat bukan Islam telah gagal diterjemahkan oleh UMNO. Apabila UMNO dengan secara tidak sengaja menampakkan bahawa UMNO yang tidak mahu kepada hukuman Islam. UMNO menyebarkan isu-isu orang bukan Islam dan pemimpin DAP masuk masjid dan surau menyebabkan rakyat terfikir kenapakah UMNO yang nampak menjuarai isu yang sepatutnya digalakkan oleh ajaran Islam, tetapi ditolak oleh UMNO.


Pemimpin DAP yang sering ditakutkan dengan Islam telah memecahkan tembok ini. Dalam bulan Ramadhan lalu, mereka menghadirkan diri untuk cuba menyesuaikan diri bersama-sama umat Islam berbuka puasa, manakala para pemimpin UMNO menghilangkan diri. Pemimpin DAP tidak lagi takut dengan umat Islam dan umat Islam tidak merasakan bahawa DAP sebuah parti yang menentang ajaran Islam. Umat Islam cuba memberikan kefahaman kepada DAP bahawa Islam itu adil untuk semua penganut. Boleh bertolenrasi antara satu sama lain.


UMNO melihat ini satu bahaya besar di hadapan jika pemimpin DAP tidak lagi takut kepada Islam. Ia akan menjadi ancaman besar kepada kekuasaan mereka. Dimainkan isu dengan menggunakan pelbagai medium dan penulis blog UMNO yang makan upah semakin bodoh dan bangang dalam menulis untuk menghangatkan isu-isu ini. Semakin penulis blog upahan UMNO menulis, secara tidak langsung menampakkan betapa jahilnya mereka dalam agama Islam. Sirah Nabi pun tidak tahu. Hanya belajar sejarah UMNO yang menjelekkan.


Oleh sebab itulah permulaan kempen UMNO di Tenang ia menyerang PAS dan Islam yang dibawanya. Di hadapan pengundi-pengundi Cina, UMNO menakut-menakutkan kaum Cina dengan mengatakan PAS akan menubuhkan Negara Islam jika PAS menang. Di hadapan pengundi-pengundi Melayu pula, UMNO kata PAS tolak Islam kerana berkawan dengan DAP dan PKR. Begitulah celakanya UMNO ini. Sanggup berbohong dan manipulasikan fakta yang sebenar, demi sebuah kuasa.


Mereka lebih pentingkan kuasa dan kemewahan dunia dan sanggup menggadai maruah Islam.Sebab itulah UMNO sokong segala tindak tanduk pelakon video lucah terkenal, Chua Soi Lek menghina Islam sampai isu berjabat tangan pun menjadi polimik. Hukum bersalam-salaman dengan bukan mahram pun boleh dipermain-mainkan oleh UMNO. Begitulah jahilnya UMNO dan para pemimpinnya. Bagi mereka semuanya boleh, asalkan membawa keuntungan, tidak kira adakah ia haram atau halal, dibaham sama sahaja.



Adakah pemimpin macam ini hendak membela Islam. Di mana kedudukan Islam setelah 54 tahun UMNO memerintah. Adakah Islam semakin didekati atau dijauhi oleh umat Islam sendiri? Kerabatnya sendiri dalam BN (yang bukan Islam) semakin jahil tentang Islam.


Oleh itu, pengundi-pengundi di DUN Tenang wajib menolak UMNO. Ganyang UMNO cukup-cukup di Tenang (selepasa ini di DUN Merlimau, Melaka pula).Nyahkan UMNO dari bumi Malaysia tercinta ini.


“NYAHKAN UMNO, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”

Monday, January 24, 2011

UMNO PARTI PEMBOHONG

Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat
Apr 14, 08 12:35pm


kemaskini 2:19pm Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno “di belakangnya”, kata seorang pemimpin MCA.



Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.



Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.


Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.


Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.


Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.


Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut “seperti tapak tangannya sendiri” kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.


Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch’ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang.


Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.


Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik.


Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut.


Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, risalah-risalah penerangan tentang isu tersebut - termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini - akan diedarkan kepada penduduk Selangor.


PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - yang membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas.


Sumber : http://malaysiakini.com/news/81312

MUHYIDIN MENGECEWAKAN BAPANYA

Sumber : hasbeimuda


Saya tidak pasti apa perasaan Allahyarham Tuan Guru Mohd Yassin Muhammad (gambar) jika beliau masih hidup dan mendengar ucapan anakandanya berkenaan negara Islam.


2. Kenyataan TS Muhyiddin Yassin semalam benar-benar mengejutkan. Sebelum ini saya masih punyai sedikit harapan pada beliau. Sekurang-kurangnya, Muhyiddin atas sifat sebagai anak seorang ulama’ tersohor tidak akan membuat kenyataan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh merugikan Islam.


3. Tetapi kenyataan beliau di PRK Tenang telah menghancurkan segala harapan yang masih bersisa. Dalam sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang, Muhyiddin berkata ” Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka… Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,”


4. Saya tidak pasti apa yang Muhyiddin faham tentang negara Islam.


5. Saya tidak pasti apa yang Muhyiddin faham tentang negara yang di dalamnya memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. (Fasal 5.1 Perlembagaan PAS)


6. Saya juga tidak pasti sejauh mana keadaan aqidah Muhyiddin selepas mengucapkan perkataan sedemikian.7. Al Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Mohd Yassin Muhammad.


"TOLAK UMNO, DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT"

RETRO : PEMIMPIN UMNO PERNAH MENGHINA KAUM CINA

Saya harap kaum Cina di Tenang ingat kembali pada satu ceramah di Permatang Pauh 25 Ogos 2008. Kaum Cina dihina oleh seorang pemimpin UMNO bernama Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bukit Bendera Pulau Pinang pernah meghina kaum Cina di Malaysia. Ahmad menyebutkan bahawa bangsa Cina di Malaysia adalah bangsa yang ‘menumpang’.Kenyataan balas-membalas antara para pemimpin Cina dan Ahmad Ismail telah diperbesar-perbesarkan oleh media terutama Utusan Malaysia yang marahkan kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan (DAP).


Wahai kaum Cina di Tenang, insaflah perbuatan Ahmad itu pastinya mengguris hati perasaan anda semua kerana kita (Melayu, India dan lain-lain bangsa) yang sama-sama bergelar insan ciptaan tuhan. Semua kita juga punya hak untuk hidup sejahtera dan terhormat di bumi Malaysia ini, bukan hanya UMNO sahaja.UMNO tidak berhak menjadikan bumi Malaysia ini sebagai harta pusaka makbapak mereka.
Memetik laporan Malaysiakini:


“Ahmad juga mendakwa bahawa beberapa pemimpin Gerakan sengaja mengambil kesempatan dan telah mengembar-gemburkan fakta menjadi isu-isu tersebut lebih nampak perkauman.


Beliau mendakwa, mereka berbuat demikian “untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri dan cuba menjadikan isu ini sebagai “kambing hitam” dan telah “cuba lari dari hakikat bahawa orang Cina sudah tidak lagi menyokong mereka”.


Dakwanya lagi, keadan menjadi gawat lagi bila pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin Gerakan serta pemimpin Cina sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang melambangkan perkauman.


Sidang akhbar tersebut, yang berlangsung di ibupejabat Umno Pulau Pinang petang tadi berakhir dengan laungan ‘Hidup Melayu’ oleh kira-kira 50 pemimpin Umno.


Sebaik sahaja sidang akhbar itu tamat, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.


Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai
gambar dan mengoyaknya.


Jumaat lalu, Ahmad telah mengadakan sidang akhbar di mana beliau menegaskan tidak akan memohon atas atas kenyataannya itu.


Pendirian beliau itu disokong oleh kesemua 13 ketua bahagian Umno Pulau Pinang.”


Tindakan mengoyak-ngoyakkan poster pemangku Presiden Gerakan atas dasar apa? Sekadar mahu kepuasan atau apa? Tiada apa yang diperolehi melainkan perasaan tidak puas hati terus menyala-nyala.


Mereka (pemimpin politik) harus faham bahawa politik teras perkauman sudah semakin tidak relevan pada masa kini.Semua pemimpin politik termasuk pemimpin Cina dan pemimpin lain-lain bangsa tidak boleh menjadikan keharmonian kaum di negara ini sebagai pertaruhan fahaman politik sempit yang mereka agung-agungkan selama ini.


Apapun, ternyata bahawa semua ini menunjukkan bahawa bangkai politik perkauman semakin membusuk yang dimainkan oleh UMNO.


Malaysiakini turut melaporkan (
http://www.malaysiakini.com/news/88892) :


Gerakan mahukan Ahmad dikenakan tindakan


Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mahu tindakan diambil ke atas Ketua Umno bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.


Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.


Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye berkata ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila mengulas mengenai kenyataan Ahmad Ismail.


“Mereka menjangka satu kecaman yang kuat, terutama pada 31 Ogos, hari di mana semua rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.


“Selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan, sebarang kesangsian mengenai kesetiaan mana-mana penduduk etnik Malaysia dan tindakan mempersoal kewarganegaraan adalah melampaui usaha menyemai persefahaman di kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, demikian menurut laporan Bernama.


Menjelang hari pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh minggu lalu, Ahmad didakwa membuat kenyataan itu dan semalam, ketika mengulas mengenai perkara itu Abdullah berkata beliau akan “memberitahu Ahmad jangan mengulangi lagi perkara itu.”


“Anda tahu semasa berkempen pelbagai perkara boleh timbul. Saya tidak fikir beliau bermaksud sedemikian. Saya akan pastikan untuk memberitahu dia jangan gunakan perkataan itu lagi,” kata Abdullah semalam.


Chia berkata kenyataan Ahmad sudah lapuk dan menimbulkan provokasi perkauman sambil menambah sebarang petanda bahawa BN bertolak ansur dengan mereka yang jelas bersikap perkauman dan mengeluarkan pendapat yang bersifat provokasi akan memberi isyarat yang salah kepada rakyat.


“Ahmad Ismail bukan sahaja patut menarik balik apa yang diucapkannya tetapi perlu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga dikenakan tindakan disiplin bagi mengelak perkara itu daripada berulang,” katanya.


Akhirnya Ahmad hanya dikenakan hukuman amat ringan, beliau digantung selama 3 tahun sebagai ketua bahagian. Beliau tidak didakwa di mahkamah. Ahmad menerima hukuman politik sahaja dan kini kembali bergiat aktif dalam parti.

Rayuan saya : Jangan percayakan UMNO.UMNO parti pembohong dan membawa amalan perkauman yang tebal.

Demi rakyat dan negara


"TOLAKLAH UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

Saturday, January 22, 2011

ZAMAN NAJIB ZAMAN KEPUANAN MELAYU

Dalam Facebook, disebarluaskan kata-kata seorang kawan. Menurut kawan itu, di zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, ketuanan Melayu sudah tak ada. Zaman Najib ialah zaman kepuanan Melayu.

Saya memohon maaf kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana sebelum ini saya underestimate kehebatannya. Saya tak pernah terfikir dia mampu mempergunakan kedudukannya sehebat yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin. Rupa-rupanya kehebatan Khairy mempergunakan kedudukan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri terlalu kerdil jika dibandingkan dengan kehebatan Rosmah menggunakan kedudukan suaminya, Najib.

Benarlah kata Mamak kawan saya itu, zaman Najib ialah zaman kepuanan Melayu. Ketuanan Melayu sudah tak ada di zaman Najib.

Hidup kepuanan Melayu! Hidup Rosmah!Tu fasal kepuanan Melayu. Kedua, oleh kerana hari ini adalah hari penamaan calon pilihan raya kecil Tenang, nak tulis sikit fasal pilihan raya kecil itu.

Antara perkara bersejarah yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin parti kepuanan Melayu dalam kempen pilihan raya kecil itu ialah menghina Islam.

Kita semua tahu, ketika bercakap kepada wartawan pada 20 April 1983, presiden parti kepuanan Melayu hari ini kata, "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".Kata-kata Najib itu menghina Islam.

Dalam kempen di Tenang, pemimpin parti kepuanan Melayu terus menghina Islam. Walaupun cakap-cakapnya ditujukan kepada PAS, tetapi yang sebenarnya menjadi sasaran ialah Islam.

Islamlah yang menetapkan hukuman potong tangan (lihat Surah al-Maidah, ayat 38).Dalam berita bertajuk "Johor MB: Extremism is why you shouldn't back PAS", Malaysiakini 21/1/11 memetik Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata:


"So what will happen when PAS comes to power? PAS has already come to the Felda areas, saying it wants to establish an Islamic state."They say they want laws that will get your hands chopped off for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang".


Setakat ini Abdul Ghani belum mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini kerana berita itu.Kepada orang Cina, parti kepuanan Melayu kata PAS hendak menegakkan negara Islam. Kepada orang Melayu pula, parti kepuanan Melayu kata PAS sudah tidak mahu menegakkan negara Islam kerana takut kepada DAP.

Katakanlah memang benar apa yang Umno kata bahawa PAS tak mahu lagi menegakkan negara Islam kerana takut kepada DAP. Katakanlah memang sungguh apa yang Umno kata itu.

Walau begitu sekalipun, sekurang-kurangnya saya tak pernah dengar mulut pemimpin PAS menghina atau mempersendakan hukum Islam, hukum Allah s.w.t.Kalau dari mulut pemimpin Umno, bukan berita lagi dah kalau depa menghina atau mempersendakan hukum Islam.

Saya pernah kata, memilih parti mana yang kita boleh undi di negara ini hakikatnya adalah usaha untuk memilih mudharat yang lebih ringan. Kerana kelaku masing-masing, kesemua parti yang ada di negara ini adalah mudharat kepada rakyat. Kalau dah terpaksa pilih antara dua mudharat, kaedah fiqh suruh kita pilih mudharat yang lebih ringan. Kalau nak boikot pilihan raya dan tak nak pilih, nanti menang pula mudharat yang paling berat.

Bagi saya, parti kepuanan Melayu atau Umno yang lancang sangat mulut mereka menghina hukum Islam adalah mudharat yang paling besar, paling berat. Tak mudharat terbesar apanya kalau dah ketagih sangat menghina Islam, menghina Allah sebegitu rupa!


Sumber :
Penaribeca.blogspot.com