DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, May 23, 2010

CHURCHILL, NAJIB DAN MUGABE

Josh Hong_MerdekaReview


Biarpun ditawarkan dengan RM 5 juta, pengundi Sibu tetap membalas dengan tamparan sengit kepada Perdana Menteri Najib Razak, apabila memberikan kemenangan kepada DAP-Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.
PRK Sibu telah melabuh tirai. Tetapi kes rasuah "You help me, I help you" baru sahaja dibuka tirainya. Ucapan ini bukan sahaja berbau rasuah, malah memperlihatkan keangkuhan pemimpin ini.


Dari ucapannya, jelas Najib (gambar kanan) langsung tidak berniat untuk menjejak Sibu. "Saya langsung tak perlu datang ke sini... Ini bukan tempatnya PM harus datang." Sekiranya kandungan ini bukan bermakna "memperlekehkan", maka kita perlu menyunting kamus yang baru.


Paling menjijikan, apabila Najib menarik undi dengan satu nada yang tidak serius, selaku seorang PM. Apabila beliau menyebut, "Let's make a deal", dan "you help me, I help you", ia seolah-olah nada ketika seorang bos bercakap dengan orang bawahannya.


Semasa menambahkan peruntukan dari RM3 juta hingga RM5 juta, Najib berlagak seakan-akan wang cukai rakyat boleh digunakan bagai wang kertas dalam permainan jutawan. Perutukan dana ditabur begitu sahaja, tanpa sedikit rasa hemah, malah tiada kajian terhadap angka ini, sama ada projek ini benar bernilai sedemikian.


Tindakan menyogok pengundi secara terbuka dengan RM 5 juta, membuktikan bahawa darah yang mengalir dalam tubuh badan Najib masih berbau feudalisme. Beliau sedikit pun tidak menganggap bahawa rakyatnya bermaruah. Untuk Najib, undi hanyalah pulangan amalan politik patronage, dan beliau melihat pengundi sebagai modalnya.


Tetapi ada benarnya apabila Najib berkata kempen BN kurang kreatif berbanding Pakatan Rakyat. Undi Cina agak sukar dipikat, maka berjuta dan berpuluh juta wang ringgit disogokkan. Sebaliknya, undi bumiputera yang dilihat sebagai "undi besi", disogok dengan harga yang lebih rendah. Setiap orang hanya mendapat RM600, malah RM10 ribu atau RM20 ribu diberikan kepada tuai rumah untuk membereskan puak kaumnya.


Malah, sesetengah orang tempatan diperalatkan untuk menghalang pembangkang daripada memasuki kawasannya. Inilah strategi BN dari dulu hingga sekarang. Satu-satu bezanya, pengundi Cina tidak termakan umpan kali ini.


Baca seterusnya
rencana ini amat menarik untuk menunjukan betapa jijiknya perangai UMNO khususnya Najib Tun Razak menabur rasuah (money politik) secara terang-terangan.


KOMEN :


Laporan polis dan kepada SPRM sudah dibuat, tetapi dua agensi ini mendiamkan diri. SPR (Suruhanjaya Penipu Rakyat) lagi teruk. SPR kata itu bukan rasuah kerana ia janji-janji pilihan raya. Lagi tambah SPR, Najib bukan calon, Jadi, Najib tidak bersalah,.Beliau hanya tukang kempen sahaja.


Sekarang ada usaha dari media milik UMNO dan orang-orang tertentu cuba menegakkan benang basah bahawa perbuatan Najib itu sah dan dibenarkan oleh undang-undang Negara dan perlembagaan serta tidak sedikit pun melanggar mana-mana akta kesalahan pilihan raya.


Apa boleh buat. UMNO berkuasa dan mampu menguasai seluruh badan berkuasa di Negara ini. Dia boleh buat apa dia suka, tetapi ingat kuasa rakyat, kuasa keramat. Ramai rakyat khususnya golongan muda 40an ke bawah telah sedar akan kebejatan moral para pemimpin UMNO serta penciptaan pembohongan demi pembohongan, kecuali orang Melayu berusia 50 tahun ke atas yang buta mata hati.


Kita harap generasi muda akan berbuat sesuatu pada satu hari nanti. Tentanglah UMNO sampai akhir hayat kerana UMNO membawa ajaran amat sesat, menyesatkan rakyat seluruhnya.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
”SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARIPADA UMNO CELAKA”

MUNGKINKAH UMNO MENGHALALKAN PELACURAN SELEPAS INI?

Oleh : Tun Telanai

Dalam konteks politik di Malaysia, persepsi saya mendapati UMNO adalah sebuah parti yang paling jahat,zalim dan kejam lebih daripada bangsa Yahudi yang disebut di dalam al-Quran. Bangsa Yahudi yang dilaknat Allah swt sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.


Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu sembahyang atau tidak, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah orang-orang Islam. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka. Oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.


Sifat dan ciri-ciri yang ada pada bangsa Yahudi itu ada di dalam jiwa ahli-ahli, penyokong dan para pemimpin UMNO. Saya percaya, sekiranya UMNO itu wujud di zaman jahilliah, maka sudah tentu UMNO juga akan turut dibicarakan dan dibincangkan seperti mana Abu Jahal bersama kaum quarish sehingga hari kiamat. Alasan saya mudah sahaja kerana UMNO terus berkempen siang-malam, masuk kampung keluar kampung membawa dakyah palsu memutar-belitkan fakta menyalahkan orang lain, berperanan baling batu sembunyi tangan dan sindrom penafian menjadi amalan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya.


UMNO menggunakan seluruh saluran media kononnya merekalah yang terbaik untuk membawa agama, bangsa dan Negara ke arah kebahagian sejati, tetapi hakikatnya UMNO membawa agama, bangsa dan Negara ke lembah kehancuran. Lihat saja apa yang UMNO telah buat sesudah memerintah selama 52 tahun dan kini UMNO menjangkau usia ke-64 tahun. Apa terjadi kepada agama, bangsa dan Negara dalam tempoh tersebut? Tepuk dada, Tanya iman masing-masing.


Tindakan UMNO paling jahat ialah menyalah golongan, puak atau kumpulan yang tidak sebulu atau tidak sealiran dengannya. Mengikut pendapat mereka, mereka sahaja yang betul dan benar. Bertindak berpandukan perlembagaan dan undang-undang, malah lebih dashat dari itu mereka mengaku yang mereka mengikut ajaran Islam sebenar. Mereka banyak melakukan kerosakan di bumi Malaysia.


Sistem pentadbiran Negara menjadi hancur dan tunggang terbalik. UMNO menguasai semua saluran pentadbiran sehinggakan tidak muncul lagi system check and balance dalam kerajaan yang memerintah. Gejala rasuah yang keji telah diangkat menjadi satu budaya baru dalam masyarakat. Ianya berlaku dalam semua sector, lebih-lebih lagi dalam sector politik UMNO sendiri dan dalam bidang perniagaan. Penaraju utama tanpa malu dan segan boleh melibatkan diri dalam aktiviti rasuah dan melanggar undang-undang yang digubalnya sendiri seperti yang berlaku dalam PRK Hulu Selangor dan Sibu.


Malang bagi umat manusia dalam Negara ini, gejala rasuah telah mulai diterima oelh masyarakat khususnya orang Melayu yang buta mata hati yang tidak mampu berfikir. Mereka telah berjaya dibinatangkan oleh UMNO. Semua unsur-unsur negative yang disebutkan itu dihumban dan dihempap ke atas kepala orang lain. Sedangkan imej UMNO diusahakan, digilap dan dimanipulasikan oleh media mengangkat dirinya sebagai yang suci bersih bagaikan diturun dari kayangan. Tidak ada setitik dosa dan noda.


Berbalik terhadap isu yang paling kontroversi yang hangat diperkatakan di sana-sini iaitu soal Judi. Sebahagian besar rakyat yang beramalkan ajaran Islam sejati yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan yang bukan Islam yang prihatin terhadap kaumnya, kecuali UMNO [ada sebahagian kecilnya menentang] menolak sepenuh perjudian yang dihalalkan oleh kerajaan. Tetapi, Najib Tun Razak yang memimpin Negara pada masa kini memekakkan telinga dan membutakan mata, tidak memperdulikan bantahan yang dibuat oleh rakyat.


Dalam soal judi, UMNO adalah pengkianat kepada kemuliaan Islam. UMNO menghina agama Islam secara terang-terangan kerana agama Islam adalah agama rasmi Negara ini dan melanggari perkara 3 Perlembagaan Persekutuan serta menghina Yang Dipertuan Agung selaku ketua agama. Malaysia tidak boleh sama sekali disamakan dengan negara Israel yang bebas melakukan apa sahaja termasuk perjudian dan segala kemaksiatan. Perjudian adalah haram bagi semua agama di negara ini. Tidak ada agama yang menghalalkan tabiat judi yang jelas merugikan kewangan rakyat.


UMNO menghalalkan judi bukan perkara baru yang boleh mengejutkan rakyat seluruh Negara. Walau pun judi dinaskan sebagai salah satu perbuatan berdosa besar, namun ia tetap berkembang biak semenjak Negara mencapai kemerdekaan lagi. Judi memberi pulangan yang besar kepada kerajaan. Tahun 2008 sahaja, kerajaan mendapat pulangan sebanyak RM2.37 billion. Oleh sebab itu ia mendapat sokongan sebahagian besar masyarakat Melayu UMNO, termasuk para alim ulama [sebahagian mufti] yang bermazhabkan UMNO.


Najib Tun Razak sukakan sangat kepada aktiviti perjudian kerana beliau adalah keturunan Noah Omar, bekas bendahari UMNO dan pengasas penubuhan Genting Berhad pada 30 Julai 1968. Genting Berhad mempunyai dua buah syarikat yang mana Noah Oamar mempunyai nilai saham yang besar iaitu Resort World Berhad yang mengendali perniagaan judi dalam dan luar negera termasuk di atas kapal peranginan dan Genting Berhad yang merupakan syarikat perjudian dan kasino. Beliau dan Hishamuddin Hussein [Menteri Dalam Negeri] adalah cucu kepada Noah Omar. Mereka berdua adalah pewaris industri judi di Malaysia.


Berlatarbelakangkan keturunan itulah dengan senang hati Najib meluluskan lesen judi bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang mendapat tentangan berbagai pihak, kecuali golong CELAKA berwajah iblis yang menjadi barua kepada UMNO, iaitu NGO-NGO Islam yang kononnya memperjuangkan kesucian Islam di Malaysia seperti dalam isu kalimah ‘Allah’ dahulu. Sebelum itu, pada Oktober 2008, Najib ketika itu Timbalan PM, sebulan selepas beliau mengambilalih jawatan Menteri Kewangan dari Abdullah Ahmad Badawi, Najib telah meluluskan permohonan 10 cabutan bertuah berbentuk judi kepada syarikat Magnum, Tanjong dan Berjaya Sport Toto. Golongan celaka ini juga mendiamkan diri kerana menjaga kepntingan diri dan kepentingan UMNO, bukan untuk kepentingan Islam.


Malangnya umat Islam di Malaysia, golongan celaka yang paling ke depan dalam isu kalimah Allah meriuh-rendahkan seluruh Negara dengan demontrasi demi demontrasi kerana hendak menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang banyak memperjuangkan kepentingan dan kesucian Islam, manakala golongan-golongan lain itu adalah pengkianat terhadap Islam. Golongan celaka ini ialah :


Majlis Gabungan Sukarela Selangor
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM)
Gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Badan Anti Majlis Antara Agama (Badai)
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA)
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)
Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS)
Anak Muda Islam Selangor (AMIS)


Tetapi, apabila kerajaan UMNO pimpinan Najib telah meluluskan judi bola sepak piala dunia 2010 kepada Berjaya Group kepunyaan Vincent Tan Chee Yioun pada 13 Januari lalu melalui syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, golongan celaka yang saya sebutkan di atas berdiam diri dan sunyi sepi dari siri demontrasi yang sering mereka lakukan kerana ia melibatkan kepentingan UMNO dan golongan ini juga diam membisu apabila Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) membenarkan konsert panjang 12 jam tanpa henti-henti [7.00 malam hingga 7.00 pagi] yang disertai artis R&B popular Pitbull yang mengalakkan hubungan seks bebas dalam senikata lagu-lagu yang mereka sampaikan.


Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussein di lobi Dewan Rakyat pada 7 Mei lalu menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meluluskan lesen judi bola sepak, tetapi hakikatnya kerajaan sudah pun meluluskan lesen tersebut pada bulan Januari lagi. Ini bermakna Awang telah membohongi rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Alasan yang diberi oleh Awang untuk meluluskan judi bola sepak ialah pertama untuk menambah hasil kerajaan [tidak kiralah halal atau haram] asalkan pendapatan Negara bertambah. Kedua untuk memudahkan kerajaan membuat pemantauan dan ketiga katanya kalau tidak diberi lesen atau kebenaran pun pertaruhan atau perjudian bola sepak akan berlaku juga secara haram. Dalam membuat pertimbangan ini soal hukum tidak boleh diambil kira.


Jadi,yang mana lebih menghina kemurnian Islam di antara judi dengan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam? Kalimah Allah tidak ada nas yang sahih menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah tersebut, malah ada setengah pandangan di kalangan ulama ia boleh digunakan, berbanding judi. Ia ada nas yang jelas.


Sejujur iman dan seikhlas taqwa, umat Islam hendaklah menjauhi sama sekali daripada aktiviti berjudi. Taatlah perintah Allah swt seperti mana firman Allah swt.yang bermaksud :”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (al-Quran al-Maidah 5:90).


UMNO secara sedar menentang peringatan Allah melalui ayat ini. Penentang ayat Allah ini bererti menentang Allah swt sendiri. Adakah bangsa dan Negara ini akan selamat, apabila para pemimpinnya menjauhi kepimpinannya dari naungan Allah swt? Jawapannya tentu tidak.


Kelulusan lesen judi ini akan memberi ilham atau teladan yang baik kepada golongan yang melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran. Mereka juga ada hak untuk memohon lesen pelacuran supaya ia dapat beroperasi secara sah dari segi undang-undang Negara. Mereka juga mahukan kerjaya mereka dipandang mulia oleh masyarakat, sungguh pun mereka sedar aktiviti mereka bercanggah dengan hukum syarak, tetapi kenapa indusrti judi boleh, tetapi industri pelacuran tidak boleh. Ini tentulah tidak adil. UMNO mengamalkan diskriminasi.


Berasaskan alasan yang diberikan oleh Awang Adek, adalah munasabah aktiviti pelacuran juga perlu diberikan lesen yang sah kerana ia boleh dinaikkan taraf sebagai satu industri yang boleh menyumbangkan terhadap pendapatan Negara melalui kutipan cukai yang sekarang ini hilang begitu sahaja kerana ia dijalankan secara haram. Kerajaan beri atau tidak, aktiviti pelacuran akan terus berkembang kerana ia merupakan kerjaya tertua di dunia, lebih baik aktiviti ini diberi lesen kerana menurut fatwa Mashitah Ibrahim pelacuran dibolehkan dalam Islam.


Disamping itu. Kerajaan boleh membuat pemantauan agar semua yang terlibat dalam industri ini dibuat pemantauan berterusan, diberi rawatan perubatan dan perlindungan sewajarnya dan negara ini bebas gejala HIV aids dan sebagainya. Lebih pentingkan dari itu, golongan yang terlibat dalam aktiviti ini terbela nasibnya. Mereka juga adalah pekerja, tetapi kerja mereka ialah memberi perkhidmatan seks kepada orang yang memerlukannya terutama kepada beberapa tokoh politik UMNO yang memang kaki perempuan.


Dari perhatian saya, demi kepentingan politik UMNO, UMNO sanggup berbuat apa sahaja asalkan ia dapat mengekalkan kuasa memerintah. UMNO tidak akan memperdulikan hukum Islam-halal-haram dan nilai-nilai moral, asalkan faedah yang bakal dinikmatinya lebih besar nilainya bagi meneruskan kekuasaannya di Negara ini. Persetenkan segala bantahan kerana UMNO mampu membeli setiap rakyat khususnya umat Melayu yang buta mata hati apabila tibanya pilihan raya nanti.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

Friday, May 7, 2010

DI MANA PERKASA DAN DI MANA UMNO


Sultan Kelantan masih waras dan sedar. Namun, UMNO dengan jelas menghalang Sultan Kelantan terbang ke Singapura untuk mendapat rawatan lanjutan terhadap penyakit beliau.


Kalau Sultan Kelantan bukan Sultan pun, UMNO tiada hak menghalang Baginda mendapat rawatan yang dikehendaki. Kehendak Sultan Kelantan untuk terbang ke Singapura adalah kehendak Tuanku.


Mengapa UMNO derhaka pada titah Tuanku?

Jelas, ini suatu tindakan "Mengata Dulang Paku Serpih".

Konon berdemo menentang Zaid, tapi pada waktu yang sama melakukan derhaka terang-terang kepada kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan.Lagi satu yang saya hairan adalah di mana PERKASA?

Mengapa PERKASA diam apabila Raja Melayu terang-terang diperlakukan seperti sampah. Ku Anis terpaksa melarikan diri kerana dikasari pihak berkuasa milik UMNO.Inikah dia sikap parti yang mengaku memperjuangkan Melayu dan Hak Melayu?

Memperlakukan Raja Melayu seperti sampah.


Kedua-dua PERKASA dan UMNO adalah munafik. Konon kata berjuang Melayu, tapi boleh layan Raja Melayu seperti sampah.Kalau Sultan Kelantan UMNO boleh layan seperti sampah, apatah lagi Raja-Raja Melayu yang lain.Ada kawan saya kata UMNO seperti mahu menghalang Sultan Kelantan dari sembuh.

UMNO seperti mahu Tuanku Sultan Kelantan mangkat kerana tidak mendapat rawatan yang diperlukan Baginda. Saya rasa ada kemungkinan juga kerana beberapa cerita yang saya tak boleh dedahkan.


KOMEN :

Perkasa dan UMNO bolehlah diumpamakan atau diibaratkan seperti seekur 'babi' berwajahkan manusia. Sebab itu standard pemikiran, watak dan perangai mereka tidak ubah seperti babi juga. Haiwan babi ini yang anehnya bila ia berjalan, ia akan merempuh apa sahaja yang ada dihadapannya kerana ia tidak dapat melihat benda yang dekat dengan dengannya. Babi hanya dapat melihat benda yang jarak jauh daripadanya.

Serupalah dengan Perkasa dan UMNO. Mereka hanya menyalak yang apa yang ada di dalam hutan dan apa yang ada di atas di bukit atau di seberang lautan, mereka tidak nampak dan ambil pusing benda yang dekat atau hamir dengan mereka. Mereka sepatutnya sekali sekala selaklah apa yang ada dicelah kangkang mereka sendiri.Tenguklah benda itu........

Pepatah Melayu ada mengatakan : Kuman diseberang laut nampak, tetapi gajah di tepi hidung tidak nampak atau buat-buat tidak nampak.

Atau : Kera dihutan disusukan, anak didokongan mati kelaparan.

Begitulah sifat yang ada pada Perkasa dan UMNO

"UMNO MAMPUS, PASTI RAKYAT SEJAHTERA"
"SELAMATKAN RAKYAT DARIPADA KEZALIMAN UMNO"

UTUSAN MALAYSIA: SUARA DAJAL DAN SYAITAN

Utusan Malaysia [UM] merupakan sebuah akhbar cetak yang paling jahat, paling rasis dan paling celaka di dunia melebihi tahap apa yang telah dilakukan oleh pemerintah parti NAZI yang dipimpin oleh Adoft Hitler zaman peperangan dunia ke dua dulu.


UM juga lebih celaka, lebih bangsat dan lebih keji daripada akhbar yang diterbitkan oleh regim Israel-Yahudi bagi memecahbelahkan dan memusnahkan bangsa Palestin.


Kaedah yang sama digunakan oleh UM yang merupakan suara dajal dan iblis laknatullah bagi memusnahkan rakyat Malaysia yang tidak bernaung di bawah UMNO celaka.


Pegangan yang dilaksanakan oleh UM ialah berdasarkan amalan yang dilakukan oleh dajal dan iblis. Tidak satu berita pun yang dilapor secara betul dan tepat berasaskan fakta yang sahih dan benar daripada sumber yang ada kredilibiti. Semua berita yang dilaporkan adalah pembohongan, memutar belitkan isu, mengalakkan amalan nahi mungkar, anti kepada kebebasan, keadilan dan kebenaran.


Dajal dan syaitan suka kepada perkara-perkara yang buruk, persengketaan, perseteruan dan permusuhan sesama sendiri. Sembunyikan yang haq dan memberi imej yang baik dan publisiti yang meluas terhadap perkara-perkara yang bathil. Yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan. Yang betul, ia kata salah dan yang salah dikatakannya betul. Mengaku ia lebih bersih, lebih cuci, lebih mulia dan lebih dari pihak lain dalam semua aspek kehidupan.


Semua yang disebutkan itu adalah kerja-kerja dajal dan iblis yang diamalkan sepenuhnya oleh UM sebagai akhbar penyebar dakyah dajal-iblis ke dalam masyarakat Malaysia kini.


Sila lihat baca
artikel ini, betapa jahat dan celakanya UM dalam menyembunyikan fakta yang benar. UM bertindak menyahut seruan dajal dan iblis bagi menegakkan sebuah kerajaan yang zalim dan kejam terhadap rakyatnya. Jadi, dajal dan iblis berketawa riang seronok melihat gelagat UM menari mengitut rentak mereka.


Baca
artikel ini pula bagi menunjukkan betapa barua, babi dan dajalnya UM menyembunyikan fakta sebenar bagi menjaga kuasa sebuah kerajaan yang zalim dan perasuah dan sebagai penghasut lebih dashat apa yang dilakukan oleh Israel memelalui dengannya US. Saya percaya dan yakin orang-orang yang berkaitan dengan UM seperti wartawan, pengarang dan sebagainya adalah merupakan orang-orang yang tidak ada pendidikan agama yang sempurna. Yang ada di kalangan orang-orang ini ialah Islam bermazhabkan UMNO bukan yang dibawa oleh Nabi Mohamad saw. Sekiranya mereka berpegang dengan Islam yang dibawa oleh Nabi Mohamad saw sudah pasti mereka tidak akan membuat laporan-laporan dan berita-berita sepertimana mereka lakukan sekarang.


“HANCUR UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA DARIPADA PENGKIANTAN UMNO”