DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, March 31, 2010

KAEDAH GOLONGAN ‘BABI’ MENGENDALI MESYUARAT DUN PERAK

"semua pembesar suara 28 orang ADUN Pakatan Rakyat Perak telah ditutup sepanjang masa, kita tidak boleh berucap, tidak dibenarkan tanya soalan tambahan, tidak boleh bahas titah Ucapan Tuanku, tidak boleh baca peraturan dan tidak boleh kemukakan usul, maka apa guna kita duduk dalam Dewan kuku besi sebegini?"


pentadbiran Barisan Nasional kerana mengkurung pihak media di galeri orang awam di tingkat tiga dan mengakibatkan pihak media tidak dapat membuat laporan liputan media dengan telus dan tepat. Beliau berkata, "kebanyakan media dikurung di bilik atas dengan pembesar suara ADUN Pakatan semua ditutup supaya pihak media tidak dapat dengar hujah ADUN Pakatan Rakyat. Sila tepuk dada, Tanya imam, adakah ini adil dan saksama?"


Seterusnya baca
disini


Sumber : MerdekaReview


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGERA DARI KEZALIMAN UMNO”

HAKIM TIDAK BERPRINSIP?

Matthias Chang bekas setiausaha politik kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipenjarakan satu bulan kerana enggan membayar denda RM20, 000.00 setelah didapati bersalah menghina mahkamah.


Apa yang menariknya ialah komen Matthias Chang
"Ini soal prinsip. Saya sanggup masuk penjara bagi membuktikan bahawa hakim tidak harus terlepas daripada sikap yang tidak beretika dan kelakuan yang tidak dapat diterima," katanya.


Baca kesnya
disini


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGERA DARI KEZALIMAN UMNO

PERJANJIAN UMNO DENGAN REGIM ISRAEL


















“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
" SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

GOLONGAN BABI GAGAL MEMBANTU UMNO

Semua orang sedar, golong ‘babi’ yang keluar dari PKR baru-baru ini adalah perancangan UMNO. UMNO berjaya membeli babi-babi ini dengan bersenjatakan wang bernilai jutaan ringgit setiap seekor.


Saya tertarik dengan tulisan Mohd Rashidi Hasan, wartawan Harakahdaily. Beliau menyebut : “Mereka mengatur wakil Bebas ini berucap sebaik sahaja pemimpin utama Pakatan Rakyat selesai berucap, walhal Bebas bukannya sebuah parti atau institusi yang penting dalam negara.Mereka mengatur Zahrain berucap selepas Anwar. Mengatur Ibrahim berucap selepas Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan mengatur Zulkifli berucap selepas Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang).Tindakan pihak tertentu di Parlimen menyusun atur perbahasan sedemikian rupa dibantah keras Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Untuk apa mereka mengutamakan wakil Bebas?



Tidak lain tidak bukan semata-mata untuk dipergunakan bagi melanyak Pakatan Rakyat.Umno-BN amat mengetahui, jika wakil
mereka yang berucap menghentam Pakatan Rakyat, nescaya mereka modal mereka tidak akan laku.”tambah Rashidi lagi.


Bacaan seterus
DISNI untuk melihat kebodohan ‘babi-babi’ ini berlakon tidak ikut skrip yang mengagalkan perancangan UMNO untuk memusnahkan Paktan.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

DASAR : 1M ONE ISRAEL

Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.


Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.


Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.

Modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies. Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.



Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.


Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO


Bacaan seterusnya
disini


KOMEN:


Marilah kita beramai-ramai humban para pemimpin UMNO ke laut Cina Selatan biar disambar ikan jerung.


Hidup mereka semakin lama, semakin banyak menyusahkan kehidupan rakyat.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
" SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

Tuesday, March 30, 2010

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT DI PERAK


Pada sidang hari ini [31 Mac 2010], semua adun Pakatan Rakyat berpakaian serba hitam sebagai tanda bantahan mereka bahawa demokrasi telah mati di negeri itu.


Semua 28 wakil pembangkang kemudiannya bertindak keluar Dewan selepas tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan itu sejak pagi ini.


Bacaan seterusnya DISINI


KOMEN :


Teruskan usaha memboikot dan jangan memberi sebarang kerjasama langsung terhadap kerajaan UMNO laknatullah di Perak. Biarkan golongan barua itu memerintah sebab mereka kemaruk dengan kuasa. Berikan mereka kuasa seperti yang mereka mahu. Tugas kita ialah meneruskan perjuangan untuk menghapuskan iblis-iblis dajal laknatullah dari terus berkuasa yang diperolehi secara haram [disokong oleh istana] dan menggunakan mahkamah bagi mengsahkan kerajaan BARUA di Perak.


Kalau kita memberi sokongan atau kerjasama dan berada dalam dewan dengan beradap sopan, bermakna kita menerima kaedah rampasan kuasa haram yang dilakukan oleh UMNO pada Februari tahun lalu dan secara tidak langsung kita merestui keputusan mahkamah yang menjadi kuda tunggangan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya.


Tindakan keluar dewan secara ramai-ramai amat terpuji.Teruskan urusan memboikot dewan dan persidangan yang diadakan.YB-YB diingatkan jangan mengambil sebarang peranan di dewan. Biarkan kepada mereka. Pilihan raya tidak lama lagi. Ia semakin dekat.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

ONE MALASIA : SAH MALAYSIA GUNAPAKAI DASAR ISRAEL

Sumber : MalaysiaKini.Com


Anwar Ibrahim telah membongkarkan kisah dibelakang tabir 1Malaysia Najib. Sah Najib Tun Razak aplikasikan dasar Israel ke dalam dasar pentadbiran dalam Negara ini. Pendedahan tersebut membuka ruang seluas-luasnya kepada Israel untuk mengembangkan pengaruhannya dalam pentadbiran Negara. Syabas Najib.
Malaysia bakal menjadi negara ala Negara-negara Arab yang tidak ada kestabilan dalam politik dan mengancam keselamatan Negara dan rakyat seperti mana yang berlaku di Timur Tengah.


Anwar mendedahkan: “Kerajaan telah melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa. Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco? "Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. "Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya.


Baca Seterusnya pendedahan ini amat menakutkan terhadap keselamatan negara disebabkan para pemimpinnya mabuk kuasa dan sanggup perjudikan survival rakyat.


KOMEN :


Seperti yang dijangkakan tidak ada sebarang laporan butir-butir pendedahan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim di parlimen pada hari Selasa lalu tidak disiarkan oleh mana-mana media massa yang menjadi tali barut UMNO, baik media bercetak atau media elektronik yang selama ini menjadi agen dan propaganda UMNO melenyapkan berita tersebut daripada pengetahuan rakyat.

Tidak ada kedengaran komen-komen daripada para pemimpin UMNO/BN. Teristimewa golongan celaka yang membuat usul untuk membawa Anwar ke Jawatankuasa Parlimen bagi memboleh Anwar dihukum gantung dalam tempoh yang panjang bagi menghalang beliau bercakap di parlimen kerana Anwar memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Pendedahkan oleh Anwar itu adalah sahih dan benar. Najib dan Muhyddin sendiri menyepi dan enggan menubuhkan suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat campur tangan Israel dalam pentadbiran Negara seperti yang disarankan oleh Anwar. Di Malaysia, apabila kerajaan dilanda penyakit sindrom membisu seribu bahasa bermakna pendedahan yang dibuat oleh Anwar di dewan rakyat kelmarin itu adalah benar, kerajaan Malaysia terlibat berkerjasama dengan Israel.


Cuma ahli parlimen Rembau,
Khairy Jamaluddin yang menjawab pendedahan Anwar itu sekadar melepas batuk di tangga. Dia juga menyalahkan Anwar juga mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh yang berada dalam Apco.


Ikut logic fikiran Khairy, kalau orang lain buang najis di tepi jalan, kenapa dipersoalkan kita juga boleh najis di tepi jalan. Sama macam Dr.Mahathit befikir.Kalau orang lain [Negara barat] membenarkan polis memukul orang awam [tunjuk perasaan atau demontrasi] kenapa kita tidak boleh?


Dasar iblis macam itulah suka ambil yang buruk untuk dilaksanakan dan dijadikan teladan.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

Monday, March 29, 2010

APCO: ANWAR GESA TUBUH S'JAYA SIASATAN DIRAJA

Sumber : MalaysiaKini.Com


Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel."Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara."Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.


Bacaan seterusnya
disini


KOMEN :


Apa komen para pemimpin UMNO apabila mendengar pendedahan Anwar Ibrahim itu?


Skripnya amat mudah dan ringkas .Iikut plot jalinan cerita yang telah diskripkan dulu, kini dan selama-lamanya. UMNO dan para pemimpinan akan menafikan. UMNO itu kan juara rakyat, tidak kan pula sangup jual Negara kepada Israel.


UMNO spesis binatang [kalau manusia kadang kala ia akan juga mengakui kelemahannya] yang mendasarkan sindrom penafian dalam semua sector pemerintahan Negara. Apa saja yang berlaku dituding jari ke arah orang lain. Dia yang baik dan terbaik di kalangan manusia yang di bumi ini.


Jadi, semua mendedahan Anwar itu akan diterbalikkan mengatakan Anwar membuat fitnah. Anwar pembohong. Pendedahan Anwar itu adalah palsu dan tidak berasas. Anwar pengkianat.


Sehari dua ini, orang UMNO dan NGO-NGO yang menjadi tali barut UMNO akan kembali sibuk kerana mereka akan sibuk membuat laporan polis ke sana ke mari ke seluruh negara keran tuduhan itu mengatakan kerajaan diperalatkan oleh agen Israel tanpa bukti dan tuduhan palsu.


Perangai UMNO dan para pemimpinnya kita sudah tahu lama dah…….


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMAT NEGARA DARI UMNO CELAKA”

NIK AZIZ KEKAL MURSYIDUL AM LIMA TAHUN LAGI

Sumber: Malaysiakini.Com
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di ibu negara pagi ini.


Baca
seterusnya


KOMEN:


Alhamdulillah, Allah selamatkan umat Islam yang komited dengan perjuangan Islam yang tidak bercampur aduk perjuangan secular dasar perjuangan UMNO.


Ramai penyokong PAS terasa bimbang sekiranya Nik Aziz tidak dilantik semula ke jawatan Mushidul Am, maka hamper pasti PAS akan berkawan dengan ‘babi’ dan ‘iblis’


Nik Aziz adalah pemimpin PAS yang kuat menentang kerjasama dengan UMNO, ketiadakan beliau memudahkan golongan pro UMNO menjalin hubungan tersebut.
PAS terselamatkan lagi dengan izin Allah swt.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTER”
“SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

TAK LAYAK JADI PEMIMPIN, GERAKAN SELAR HUJAH MAHATHIR

Sumber : MalaysiaReview

PERKASA adalah satu pertubuhan yang berasaskan ekstremis perkauman dan fahaman agama yang radikal. Jelas, pertubuhan ini mengingkari konsep 1Malaysia yang menyarankan toleransi, mesra dan berbaik-baik antara satu sama lain.


"PERKASA adalah sebuah pertubuhan NGO, mereka berhak untuk menghambat visi dan matlamatnya. Malah, warga Malaysia yang bersetuju dengan ideal mereka, bebas untuk menyertai mereka."


Ibrahim Ali untuk menjulang dan menguncup keris, kerana ia mencerminkan pertubuhan ini adalah penggerak fahaman perkauman yang tidak bermakna.


Baca seterusnya
disini


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

Saturday, March 27, 2010

NIK AZIZ DIHINA OLEH ABU BAKAR CHIK YANG CINTAKAN UMNO

SUMBER : Laman Marhaein


"Nik Aziz dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan".


Woiii mangkuk !!! kot iye pun nak peluk UMNO jagalah adab bahasa tu. Kau bercakap dengan Mursyidul Am PAS.


"Kalau boleh MB pun rakyat tok say(tolak) mu(TG Nik Aziz) sekarang ni...," ABC menambah.


Kurang ajar. ABC kata Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman sudah bersedia menggantikan TG Nik Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.


"Menteri Besar...banyak lagi yang boleh keje kalau Tok Guru berhenti...,"


Pandai pulak ABC ni panggil TG Nik Aziz sebagai Tok Guru. Kira bahasa lembut dia lah ni nak mintak TG Nik Aziz berhenti. Walhal dia tengah menekan TG Nik Aziz. Dia sedang memaksa Tok Guru letak jawatan. Sabar je la den.


ABC terus sambung gesaan dia supaya Tok Guru berhenti. ABC tegaskan, Prof. Harun Din(Mastermind UG) sedia pangku jawatan Mursyidul Am PAS.


Mesyuarat khas malam itu dihadiri lebih 50 orang pemimpin PAS. Dan ABC sanggup mencerca dan menghina batang tubuh TG Nik Aziz dalam mesyuarat yang disaksikan oleh semua orang. Banyak lagi diolog yang mahu penulis coretkan di sini. Tapi tidak sampai hati. Cukuplah. Dah tiada bahasa carut yang sesuai untuk ABC ni. Ini khas untuk mu ABC. ISA SAMAD KAU !!!


Cercaan dan penghinaan ABC dalam mesyuarat khas itu menyebabkan TG Nik Aziz sebak, lemah dan mulai sesak nafas. Lantas TG Nik Aziz dikejarkan ke Institut Jantung Negara(IJN). Itu sebab TG Nik Aziz tidak muncul dalam Press Confrence. Ulang sekali lagi. TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar selepas mesyuarat khas kerana semasa itu TG Nik Aziz sudah berada di IJN.


Bacaan seterusnya
disini


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
" SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

IBRAHIM ALI JAWAB PPSMI, NAMA JALAN PUTRAJAYA

Sumber : MerdekaReview

Kedudukan Bahasa Melayu tergugat, antara keresahan yang sering "dilaungkan" oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Presidennya, Ibrahim Ali membangkitkan isu ini sekali lagi ketika berucap dalam mesyuarat agung PERKASA pertama, yang mengambil tempat di Dewan Tun Razak 1, PWTC pagi tadi.


Bagaimanapun, beliau terpaksa meleraikan kerunsingan yang bermain di otak orang ramai, apabila Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad diundang untuk merasmikan AGM PERKASA. Ini kerana dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang diperkenalkan oleh Mahathir, sering dipertikai sebagai dasar yang mengancam kedudukan bahasa Melayu sendiri.


Jadi, bagaimana ahli parlimen bebas Pasir Mas ini menjawab persoalan PPSMI, nama jalan di Putrajaya yang menggunakan bahasa Inggeris? Sila ikuti temuramah ringkas antara
MerdekaReview dengan Ibrahim Ali selepas majlis perasmian AGM PERKASA.


Seterusnya baca
disini


KOMEN :


Cara orang gila berpolitik.



“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
" SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

MAHATHIR JAWAB TUDUHAN "UMNO UNTUK ADIK, BINI DAN ANAK"

Sumber : MerdekaReview


Pemimpin UMNO hanya sibuk buncitkan perut diri, adik beradik, anak, menantu dan bini..." Demikianlah tuduhan yang sering dilontarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat terhadap UMNO-Barisan Nasional dalam ceramah politik. Persepsi ini diperkukuhkan apabila masyarakat Malaysia dipaparkan senarai 40 individu terkaya di Malaysia baru-baru ini.



Antaranya, Mokhzani Mahathir, 48, anak kedua bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menduduki tempat ke-20, dengan nilai harta lebih daripada RM1 bilion. Nazir Razak dari CIMB pula, iaitu adik PM Najib Razak, berada di kedudukan ke-40 terkaya, dengan nilai harta RM345 juta, berdasarkan kajian satu majalah baru-baru ini.


Baca seterusnya disini


KOMEN:


Itulah perjuangan memertabtakan bangsa, agama dan negara. Jadikan, harta rakyat adalah harta keluarga. Biarkan rakyat mampus, kita peduli apa. Sampai pilihan raya suaplah dua tiga kupang, secawan kopi dan sebatang rokok dunhill atau benson, orang Melayu yang tidak pernah sedarkan diri akan sokong UMNO.

Tetap orang Melayu yang waras, otak tidak siwel dan tidak gila babi bersama-sama dengan rakyat celik mata hati akan bangkit menentang UMNO sehingga kiamat.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
" SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

Tuesday, March 23, 2010

MENGENANG ALI SHARIATI

Oleh : Tun Telanai

Dr Ali Shariati dilahirkan di Mazinan, pinggir kota berhampiran Mashhad, Iran. Beliau menamat pendidikan rendah dan menengah di Mashhad. Ketika di Kolej Latihan Guru, beliau bercampur gaul dengan belia dari golongan berpendapatan rendah dan merasai kemiskinan dan kesukaran yang wujud. Berlainan sekali dengan kepimpinan Negara kita yang hidup mewah dan kaya raya hasil warisan makbapak mereka yang terlibat dalam politik UMNO. UMNO adalah platform untuk mencipta kekayaan peribadi khususnya selepas Negara mencapai kemerdekaan dan membentuk pemerintahan sendiri.


Oleh itu, legacy kepimpinan sekarang kurang kesedaran terhadap orang-orang miskin. Mereka tidak faham dan tidak pernah merasai penderitaan kemiskinan seperti Najib Tun Razak dan sepupunya Hishamuddin Tun Hussein dan ramai lagi pemimpin dari generasi kedua yang hidup dalam keluarga yang mewah dan kaya raya. Akibatnya pembentukan dasar Negara sekarang ini tidak lagi mengambilkira golongan miskin. Apa yang mereka pentingkan ialah golongan korperat, usahawan dan peluang-peluang yang mereka cipta sendiri untuk menjadi kaya raya melalui proksi orang-orang tertentu.


Mengenang Dr Ali Shariati mengingatkan kita akan kezaliman pemerintah Shah Iran dan mengingatkan kita juga akan kezaliman UMNO terhadap pejuang-pejuang bangsa yang tidak sehaluan dengan UMNO yang pro penjajah. UMNO adalah anak didik kepada penjajah Inggeris. Dr Ali dalam usia 18 tahun sudah menjadi guru. Selepas menamatkan pengajian kolej pada tahun 1960, beliau melanjutkan pelajaran ke Perancis dan beliau lulus dengan kepujian menerima ijazah kedoktoran dalam bidang sosiologi pada tahun 1964 dari Universiti Sorbonne.


Beliau pulang ke Iran dan ditahan di sempadan. Beliau ditahan dipenjara atas alasan beliau menyertai aktiviti-akitviti politik ketika belajar di Perancis. Dibebaskan pada tahun 1965 dan mengajar semula di Universiti Mashhad. Sebagai ahli sosiologi Islam, beliau cuba menerangkan permasalahan masyarakat Islam berdasarkan prinsip Islam. Beliau menerangkan dan membincangkan dengan para pelajar dan dengan rakyat Iran. Beliau menjadi popular di kalangan pelajar dan dengan masyarakat Iran dari berbagai kelas social. Disebabkan popularitinya, regim Shah Iran menamatkan perkhidmatannya di Universiti tersebut.


Kemudian beliau berpindah ke Taheran dan meneruskan kareernya dengan aktif dan cemerlang menyebabkan Shah Iran merasakan kedudukannya terancam kerana kuliah-kuliahnya di Institut Agama Houssein e-Ershad menarik perhatian masyarakat Iran. Buku-buku yang ditulis oleh beliau mendapat sambutan yang hangat, walaupun regim Shah Iran melakukan berbagai tindakan untuk menghalang aktiviti beliau, tetapi tidak berjaya.


Tindakan terdesak regim Shah Iran terpaksa mengarahkan pasukan polis mengepung Institut Houssein e-Ershad dan beliau ditangkap bersama-sama dengan beribu pengikutnya. Dr Ali dipenjarakan selama 18 bulan. Dalam penjara beliau diseksa begitu teruk sekali sehingga menyebabkan masyarakat antarabangsa menekan regim Shah Iran supaya beliau dibebaskan. Akhirnya beliau dibebaskan pada 20 Mac 1975.


Kebebasannya tidak membawa makna kerana beliau diawasi oleh agen-agen keselamatan Iran setiap waktu dan setiap detik. Keadaan ini menyebabkan beliau merasakan kebebasan beliau dirampas, beliau dihalang menerbitkan sebarang karya, menghubungi para pelajar dan mengadakan kuliah-kuliah untuk masyarakat Iran berdasarkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad swt sehingga beliau membuat keputusan berhijrah ke England untuk mencari kebebasan diri dan keluarganya.


Tiga minggu selepas ia sampai di London, pada 19 Jun 1977, beliau dibunuh oleh polis Shah Iran yang dikenali sebagai SAVAK yang senantiasa mengekuri beliau ke mana beliau pergi.


Saya angkat kisah Dr Ali Shahriati ini untuk menunjukan kepada para pembaca bahawa format yang sama digunakan oleh regim UMNO untuk mematikan gerakan anti UMNO dikalangan golongan ilmuan, agamawan dan politikus yang berteraskan Islam bagi membolehkan UMNO yang memegang prinsip kebangsaan dan secular terus berkuasa sampai bila-bila, tetapi UMNO terlupa bahawa sebesar mana pun kuasa yang dimiliki oleh Shah Iran ketika itu, akhirnya beliau digulingkan oleh arus kebangkitan rakyat Iran yang bencikan pemerintahan yang dipenuhi dengan rasuah dan menyalahgunaan kuasa.


UMNO juga akan menempuh jalan yang dilalui oleh Shah Iran. Kezaliman UMNO juga serupa apa yang dilakukan oleh Shah Iran. Untuk terus berkuasa, Shah Iran melakukan berbagai kezaliman terhadap rakyatnya. UMNO pun mengambil pendekatan yang serupa. Rakyat marah dan bangkit menentangnya. Akhirnya Ayotollah Khomeni yang dibuang keluar negeri [ke Perancis] kembali ke Iran dan dengan bantuan rakyat dan pelajar-pelajar telah mengulingkan pemerintahan Shah Iran. Kemudian beliau mati dalam kehinaan.


Marilah sama-sama kita berdoa ramai-ramai agar UMNO juga dapat digulingkan sepertimana rakyat Iran bangkit mengulingkan pemerintahan Shah Iran dan kemudian beliau mati dalam kehinaan.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
" SELAMATKAN NEGARA DARI CENGKAMAN UMNO”

Monday, March 22, 2010

KEZALIMAN UMNO BERTERUSAN

Sumber : Malaysia Waves


Penangkapan Mazlan Aliman telah saya jangkakan. Malahan, Mazlan Aliman bukan yang pertama digunakan kekerasan terhadapnya. Semenjak 1988 lagi, sewaktu itu Haji Suhaimi Said telah mencuba untuk mengadakan Seminar Felda peringkat Antarabangsa. Tidak sampai 2 minggu sebelum program tersebut bermula, Haji Suhaimi Said ditangkap di bawah ISA di bawah Operasi Lalang.FELDA adalah “Bank Undi” untuk UMNO.

Kalau tidak kerana Felda, UMNO sudah mati lama dah di Terengganu. Kawasan-kawasan di Terengganu dipecahkan supaya kawasan-kawasan Felda wujud dalam majoriti DUN. Kawasan Felda memberi “Bank Undi” yang cukup besar untuk UMNO setiap kali pilihanraya.Pada 2008, kalau tidak kerana undi Felda, nescaya Negeri Sembilan sudah jatuh berderai untuk UMNO. Begitu juga di Utara Selangor dan di Perak, Kedah dan seluruh Johor dan Pahang.Mazlan Aliman sedang mengusik sarang tebuan.

Kalau Felda bubar, maka UMNO akan bubar sepenuhnya. Felda adalah KUBU TERAKHIR UMNO bagi menjamin UMNO mampu bersaing dalam pilihanraya seterusnya.Tindakan Mazlan Aliman WAJIB disokong dan dipertahankan. Saya menyeru pihak PAS menubuhkan tabung guaman untuk Mazlan Aliman bagi menampung kos guaman serta kos ditahan oleh polis.FELDA wajib disedarkan bahwa mereka dipergunakan oleh UMNO untuk memenangkan kroni dan UMNOPUTRA. Mereka sendiri hidup dikongkong hutang keliling pinggang dan sentiasa dipaksa mengikut kehendak UMNO dan Barisan Nasional.


Bacaan seterusnya di
sini


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
" SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

UMNO : ITULAH PERANGAINYA

Pemuda Gerakan mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberi surat amaran kepada China Press, malah mendakwa tindakan ini telah mencungkil pertikaian terhadap KDN bahawa ia telah mengambil pendirian double standard dalam isu "kebertanggungjawaban media".


Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai menekankan bahawa KDN seharusnya melayan semua media dalam negara ini secara adil. Seandainya kandungan media didapati tidak menepati kebenaran, maka media tersebut perlu diambil tindakan yang sama, tanpa mengira bahasa pengantar atau latar belakang orang perseorangan, termasuklah Utusan Malaysia.


Sumber:
MerdekaReview baca seterus lihatlah UMNO punya keadilan yang diamalkannya.

KOMEN :

Tidak perlu komen banyak-banyak kerana rakyat yang waras, tidak gila, tidak buta mata hati, guna otak yang dianugerah Allah, bukan guna kepala lutut sudah boleh menilai kerja buat UMNO selama ini. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan perangai UMNO begitu. Kalau UMNO itu adil dan saksama, maka ia bukan UMNO namanya.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
" SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

Saturday, March 20, 2010

KEZALIMAN KERAJAAN UMNO MENYAMAI KERAJAAN FIRAUN

Oleh : Tun Telanai


Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang ketika menyambut perayaan dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang.


Haji Hadi menambah : “ Kerajaan BN [juga maksud : UMNO] tidak akan mampu bertahan lebih lama lagi berikutan pelbagai kegagalan yang dibalas oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan oleh mereka selama ini, tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan”[rujuk : Suara Keadilian,16-23 Mac 2010]


Saya amat bersetuju apa yang dikatan oleh Haji Hadi itu. Kezaliman UMNO lakukan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam tersangat banyak sehingga rakyat biasa tidak mampu untuk menghitung satu persatu.


Jadi, dipendikkan cerita, marilah kita pandang kiri-kanan, atas-bawah, perhatikan dan berfikir secara matang dan secara jujur dan tanya diri sendiri: Apakah yang UMNO telah lakukan sejak negera ini mencapai kemerdekaan dan diberi kuasa memerintah lebih 52 tahun?


i.Bagaimana kedudukan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pelajaran dan status sosialnya, berbanding bangsa-bangsa lain? Bangsa Melayu masih berniaga di tepi-tepi jalan tercemar, di celah-celah bangunan dan dilorong-lorong yang kotor dikelilingi oleh bangunan tinggi tersergam indah dimiliki oleh bangsa bukan Melayu seperti di zaman belum merdeka.


ii.Siapakah penyebab yang menjadikan kuasa politik orang Melayu semakin terhakis, siapa penyebabnya?


iii.Pembahagian kekayaan dalam Negara ini, bangsa mana yang memperolehi faedah yang lebih besar dan menguasai kekayaan negara dan siapa yang perlu dipertangungjawapkan?


iv.Bangsa mana yang menguasai dan pemilikan hartanah yang berskel besar di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia?


v.Kenapa agama Islam sering dihina dan diperlecehkan di dalam Negara ini?


vi.Kenapa umat Islam di dalam negara ini sekarang semakin menjauhi dari Islam. Umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad saw?

Enam persoalan yang dikemukakan kepada pembaca. Jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan itu adalah akibat kezaliman UMNO yang memerintah, parti lain tidak pernah memerintah negara ini melainkan UMNO.Jadi, orang lain tidak boleh dipersalahkan. UMNO wajib dipersalahkan kerana bangsa Melayu semakin mundur berbanding bangsa-bangsa lain dan perkembangan agama Islam di kalangan umat Islam semakin malap. Majlis-majlis ilmu kosong, tetapi tempat-tempat maksiat semakin bertambah dan majlis-majlis hiburan penuh sesak mendapat tempat istemewa di kalangan rakyat jelata.


Apabila Haji Abdul Hadi berkata kezaliman UMNO menyamai kezaliman Firaun, ia bukan sekadar ucapan politik semata-mata, tetapi ia menjangkau lebih jauh daripada itu. Disebabkan kezaliman UMNOlah majority rakyat menderita dalam keperitan hidup seharian.


Firaun pernah berkata sepertmana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:


“Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).


Apa kurangnya UMNO, UMNO juga turut berkata sedemikian, tetapi tidak secara langsung seperti Firaun. UMNO lakukan secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan yang membawa kepada kezaliman. Contoh : UMNO menafikan hak rakyat yang bukan UMNO untuk mendapakan kontrak, lesen, permit, peluang-peluang perniagaan disekat, disekat bantuan, pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan [baca: rakyat] seperti TEKUN, MARA, Amanah Ikhtiar dan berbagai tabung atau dana yang ditubuhkan untuk membantu peniaga-peniaga UMNO, peniaga-peniaga bukan UMNO dinafikan hak ini. Cara UMNO mengurus Negara macam harta pesaka makbapak dia bertambah dengan dasar 1Malaysia yang mengelirukan rakyat. Jadi, kerajaan yang ada ini, adalah kerajaan UMNO untuk UMNO, bukan untuk seluruh rakyat yang hidup di dalam negara ini.


Firaun mengubal dan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh dan mengubal dan menguatkuasaan yang menghalang kebangkitan rakyat Mesir menentangnya. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang menafsirkan mimpinya. Firaun bermimpi Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan kaum Israel, sedangkan ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki kaum Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika mendapati bayi lelaki perlu dibunuh.


UMNO pun macam Firaun juga. Dua kali lima, lima kali dua juga. Contoh : ISA merupakan undang-undang yang bertentangan dengan keadilan Islam kerana ia boleh menghukum seseorang sekadar syak wasangka sahaja. UMNO mempertahankannya dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal. Mengurung, menahan dan memenjarakan seorang tanpa dibuktikan apa kesalahan yang ia telah lakukan dan menafikan hak OKT untuk membela diri, memisahkan dengan anak-isteri dan keluarga dalam satu tempoh yang panjang adalah merupakan satu perbuatan yang paling zalim dan tidak bertamadun. Tindakan ini dilihat lebih daripada Firaun. Ia adalah sama dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dengan apa yang pernah lakukan oleh Firaun ke atas rakyat Mesir yang menentangnya.


Firaun mahu terus berkuasa dan UMNO juga mahu terus mengekalkan kuasa memerintah. Firaun guna undang-undang untuk membunuh rakyat yang bengkit menentangnya. UMNO juga gunakan berbagai undang-undang bagi menghalang kebangkitan rakyat. UMNO gunakan ISA sebagai senjata untuk membunuh musuh-musuh politiknya bagi terus berkuasa. UMNO juga banyak mengubal, meminda dan menguatkuasa undang-undang yang kebanyakannya tidak membawa keuntungkan kepada rakyat, tetapi ia memberi advantage yang luas kepada UMNO kerana UMNO yang membawa, membentang dan meluluskannya di parlimen. Parlimen Malaysia adalah parlimen ‘rubber stam’.


Contoh : Pindaan undang-undang SPR 2003, pindaan paling ganjil tidak mengikut perlembagaan dan ramai rakyat sedar bahawa semua pindaan itu bertujuan untuk membolehkan UMNO terus mengekalkan kuasa. Nyata pada PRU ke-11 2004, UMNO mencapai kemenangan 90 peratus lebih, yang tidak pernah terjadi di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, kecuali di Indonesia ketika Suharto memerintah dan di Filipina ketika Ferdinan Marcos berkuasa dulu. Sekarang SPR berura-ura lagi untuk meminda semula kawasan pilihan raya dengan membawa kembali lebih ramai pengundi Melayu ke kawasan Melayu [2003 dulu dikeluarkan pengundi Melayu dan dibawa/diramaikan pengundi bukan Melayu ke kawasan Melayu kerana PRU ke-10 1999, ramai pengundi Melayu memberi undi kepada pembangkang dan menolak UMNO] kerana dikatakan orang Melayu sudah kembali menyokong UMNO dan termakan dengan gertakan, ugutan dan ancaman serta putar-belit UMNO tentang bahayanya ketuanan Melayu dan Islam [kita pun tidak faham, bila pula masanya UMNO meletakkan Islam di hadapan]


UMNO menggunakan duit haram untuk pembangunan dalam negera ini kerana pembangunan yang dilakukannya secara terpilih mengikut negeri, daerah, mukim, kawasan dan kampung. Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk projek-projek pembangunan sehinggalah membawa ke kampung-kampung juga turut merasai diskriminasi UMNO. UMNO yang membentuk kerajaan pusat mengisap darah kerajaan negeri dan darah seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik dengan dikenakan berbagai caj dan berbagai jenis cukai. Duit yang dikutip daripada rakyat bukan UMNO tidak dihalalkan oleh rakyat bukan UMNO hatta satu satu sen pun untuk UMNO berbelanja. UMNO kutip hasil negeri 100 peratus, tetapi dipulangkan kepada negeri tidak sampai 10 peratus.


Disamping itu, UMNO dengan angkoh dan sombong merampas duit hasil royalty minyak rakyat negeri
Terangganu dan Kelantan secara haram untuk kepentingan politik Firaunnya. UMNO adalah sebuah kerajan barua lagi Firaun lebih daripada Firaun yang memperalatkan dan memaksa seluruh institusi Negara untuk menyokongnya mempertahankan kuasa. Dengan kuasanya itulah ia dengan mudah dapat mencabuli hak asasi rakyat dan dilindungi oleh agansi kerajaan seperti PDRM, tentera [undi pos], SPRM, SPR, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.


Inilah watak yang ada pada UMNO dan yang ada pada Firaun. Firaun sangat marah kepada golongan yang mengajak manusia membuat kebaikan terutama mengajak manusia kembali menyembah Allah. UMNO juga begitu. Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, bekas Mufti Selangor, Allahyarham Ishak Baharom dan lain-lain para ilmuan dan agamawan ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mengajak orang ramai berbuat baik dan mengajak manusia taatkan Allah dan taatkan Rasul. Firaun memaksa seluruh rakyat Mesir menyembahnya yang maha berkuasa, begitu juga UMNO. Memaksa rakyat menyembah UMNO [menyokong dan memberi undi]. Rakyat yang ingkar didera dalam berbagai bentuk sepertimana kita mendengar, membaca dan melihat yang berlaku di kalangan rakyat bukan UMNO khususnya rakyat berbangsa Melayu yang statusnya seolah-olah rakyat kelas tiga. Nasib orang bukan Melayu lebih baik daripada nasib orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama ini.


Sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud :


Firaun begitu marah dengan Musa. Firaun mengumpulkan tukang sihirnya untuk bertanding dengan Nabi Musa as yang didakwanya turut mempunyai ilmu sihir. Selepas menetapkan waktu dan tempat,berangkatlah Firaun beserta tipu helahnya. Musa berkata: "Amat celaka kamu,janganlah kamu mengadakan dusta atas Allah. Mati dibinasakan kamu dengan seksa-Nya. Sungguh rugi orang yang mengadakan dusta itu."


Tukang sihir Firaun pun melemparkan tongkat dan tali mereka terlebih dahulu dan tiba-tiba ia seolah-olah bertukar ebjadi seperti ular menjalar akibat disihir. Musa merasa ketakutan melihatkan sihir itu.


Firman Allah swt:"Janganlah engkau takut hai Musa!sesungguhnya engkaulah yang bakal unggul. lemparkanlah tongkat ditangan kananmu itu,nanti akan menelan segala apa buatan mereka itu.Sesungguhnya apa yang mereka kerjakan itu semata-mata tipu daya tukang sihir saja. Dengan cara apa pun,mereka takkan berhasil melakukannya."

Kemudian tukang sihir itu tunduk bersujud kepada Allah SWT sambil berkata:

"Telah percaya kami kepada Tuhan yang disembah Harun dan Musa,iaitu Allah swt."

Melihat tukang sihir sudah beriman kepada Nabi Musa as begitu juga isterinya Siti Asiah,maka Firaun bertambah marah dan mengganas hingga isterinya diseksa sampai mati dan orang beriman pun diseksa dengan kejam.


Nabi Musa as beserta orang yang beriman melarikan diri dari Kota Mesir tetapi tetap dikejar Firaun dan bala tenteranya hingga mereka sampai kepantai Laut Merah. keadaan begitu terdesak sekali bagi Nabi Musa kerana sudah dikepung musuh kiri dan kanan manakal laut pula terbentang dihadapan mereka. dalam kebingunan itu Allah SWT Mewahyukan kepadanya supaya memukulkan tongkatnya ke muka laut. laut itu tiba-tiba terbelah menjadi dua dengan satu jalan yang panjang merentang ke seberang.


Firman Allah bermaksud:


"Ingatlah ketika Kami belah laut merah untuk meneruskan perjalanan kamu,maka Kami lepaskan kamu dengan selamat dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun sedang kamu melihat (terjadinya peristiwa itu). " (Al-Baqarah 50)


Kesimpulannya, tidak ada kuasa yang ada di dunia yang boleh mengalahkan UMNO kerana UMNO seperti Firaun dikatakan adalah seorang lelaki yang cukup sempurna, tampan bergaya, gagah perkasa, kaya raya dan ada karisma. Dia mampu menakutkan musuhnya, dia mempunyai barisan ahli sihir yang handal. Dia mempunyai tubuh badan yang sihat, Dia tidak pernah demam malah tidak pernah bersin pun.Itulah nikmat yang Allah berikan kepadanya tetapi malangnya Firaun telah menjadi seorang yang Kufur, sombong dan zalim malah mengaku menjadi Tuhan pula. UMNO akan musnah hanya dengan kuasa Allah, bukan kuasa manusia.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
" SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

Wednesday, March 17, 2010

UMNO “THE GREAT OF DAJAL”-SIRI 3

Oleh : Tun Telanai


Dalam konteks pilihanraya umum dalam Negara ini, bukan sahaja media massa memainkan peranan penting malahan institusi lain yang berkaitan dengan kerajaan [baca:UMNO] turut serta membantu sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Apa jua peranan institusi di bawah kementerian tertentu seperti Kementerian Pelajaran merupakan Kementerian utama tukang kempen dan yang paling aktif berkempen untuk UMNO, selain Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kerja Raya dan lainnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang menubuhkan pelbagai agensi bertindak membantu UMNO dalam tempoh berkempen itu.


Dalam jangkamasa memerintah yang begitu lama [52 tahun], UMNO begitu dominan sehingga mereka menjadi penggerak utama di semua peringkat bukan sahaja di desa-desa terpencil, di kampung-kampung dan di kawasan rancangan pembangunan tanah malahan ia juga turut aktif di pekan, bandar dan kota. Orang-orang UMNO memainkan peranan penting dalam berbagai badan dan organisasi dan institusi yang wujud di semua peringkat. Semangat UMNO yang menguasai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [JKKK], pengerak kumpulan belia dan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan [WI]. Kumpulan UMNO ini sudah berakar umbi tidak termasuk agensi-agensi kerajaan yang sentiasa aktif sebagai aktiviti harian mahu pun `Spy’ tidak berbayar' seperti peranan KEMAS atau pun Jabatan Penerangan.


Selain itu, UMNO mendapat pelbagai kemudahan fisikal seperti dewan orang ramai, dewan sekolah, dewan tadika sehingga ke padang sekolah. Sedangkan pembangkang tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi melainkan baik sedikit di Dewan Perhimpunan China yang tentunya mengenakan kadar sewanya tinggi. Selebihnya mereka hanya berceramah di kediaman penyokong ataupun ahli parti atau di primis-primis sendiri yang dijadikan markas, itu pun tanah diwakaf oleh pendokong untuk perjuangan PAS menjadikan Islam sebagai cara hidup umat muslim.


Satu kes yang menarik mendalilkan ‘UMNO The Great Of Dajal’ semasa pilihan raya kecil Ampang Jaya pada 1989 apabila Menteri Besar Selangor ketika itu, Muhammad Muhd Taib [dajal besar UMNO] dibenarkan berucap di salah sebuah Dewan Sekolah Rendah di salah sebuah cawangan di bahagian Ampang Jaya sedangkan pada waktu yang sama seorang pemimpin PAS pusat hanya dibenarkan berucap di salah sebuah rumah penyokongnya yang mempunyai ruang sempit dan kurang selesa. Ketika berucap Muhammad diberikan `sound system' yang canggih dan jelas daripada van Penerangan sedangkan pemimpin PAS menggunakan `sound system' yang tenggelam timbul. Sedangkan van penerangan adalah kepunyaan kerajaan tetapi ia boleh digunakan oleh UMNO sedangkan tidak pembangkang.


Selain itu, tindakan UMNO menggunakan kerajaan mengikat rakyat dengan memberi pelbagai kemudahan begitu menyukarkan pembangkang untuk mempengaruhi pengundi dalam tempoh waktu berkempen yang singkat. Contohnya, satu kes yang menarik apabila Amanah Saham Negeri Selangor [ASNS] ditubuhkan, kerajaan negeri telah mengadakan skim pinjaman Amanah Saham Nasional/Amanah Saham Bumiputera tanpa dikenakan faedah kepada bumiputera yang termasuk dalam takrif miskin atau pendapatan kurang daripada RM400 sebulan.Hampir 10,000 rakyat dari seluruh Selangor memperolehi kemudahan ini.


Apa yang lebih menarik, ada juga peruntukan yang diberi oleh kerajaan negeri kepada ahli-ahli UMNO dari pelbagai peringkat dengan jumlah tertentu supaya menjadi ahli ASNS. Mereka tidak mengeluarkan wang satu sen pun melainkan dalam tempoh tertentu mereka akan mendapat sejumlah wang yang dipinjamkannya itu.Bayaran bulanan yang dikenakan juga rendah dan mampu diselesaikan.Tidakkah ini memberi impak positif kepada pengundi-pengundi untuk terus menyokong UMNO? Bagaimana pula keadaannya dengan negeri-negeri lain yang turut serta mengujudkan Amanah Saham negeri-negeri. Ini juga perlu diambilkira kerana apa yang diterima sekarang adalah dividen dan bonus setiap tahun.Apatah lagi jika pilihan raya umum diadakan sebelum menjelangnya pemberian dividen dan bonus yang berlipat kali ganda.


Contoh pemberian pinjaman saham adalah ikatan dari jangka panjang yang sukar mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang. Dalam jangkamasa pendek iaitu tempoh pilihan raya umum, seperti yang disebutkan di atas, UMNO sememangnya mempunyai pelbagai kemudahan dan sokongan ketika berkempen. Beberapa agensi kerajaan berganding bahu untuk mempastikan kemenangan berpihak kepada UMNO, walau pun ada kemungkinan beberapa `kerat' manusia dalam agensi terbabit yang menyokong pembangkang. Beberapa `kerat' yang menyokong pembangkang tidak berupaya untuk mempengaruhi pengundi memandangkan risiko `cari makan' boleh menentukan masa depan mereka. Oleh itu kita tidak pernah mendengar mana-mana kaki tangan dalam agensi kerajaan yang tidak terbabit secara langsung dengan UMNO berkempen `habis-habisan' menentang UMNO. Mereka hanya mampu membantu satu undi [iaitu untuk diri sendiri sahaja].


Berbeza pula dengan mana-mana agensi yang terus berada di bawah naungan UMNO seperti Penerangan, KEMAS dan pertubuhan Belia lainnya, mereka akan bekerja bertungkus lumus tanpa mengira waktu untuk membantu `kempen-kempen' pilihan raya. Selain daripada kemudahan yang bakal diperolehi jika seorang calon UMNO `menang' mereka juga sudah disediakan dengan pelbagai fisiliti termasuk `wang saku'. `Wang saku' dilihat sebagai `motivasi' mereka bergerak.


Dalam satu contoh klasik yang berlaku di pilihan raya umum 1986, sebuah kampung di salah sebuah bahagian negeri Terengganu di lihat sebagai kubu PAS. Calon PAS ketika itu sememangnya yakin bahawa kampung tersebut akan menjadi tunggak kepada kampung-kampung lain bagi membantu kemenangan calon di kawasan tersebut. Dalam tempoh berkempen, tiba-tiba sahaja beberapa buah lori Tenaga Nasional Berhad [TNB] telah menurunkan kayu tiang elektrik di sepanjang jalan utama menuju ke negeri Kelantan. Ia memberi gambaran jika mereka memilih UMNO sudah pasti kampung tersebut akan `bermandikan cahaya' kerana mendapat bekalan elektrik. Dan pastinya kampung tersebut memilih calon UMNO kerana mahukan `bermandi cahaya' di rumah masing-masing.


Bagaimanapun khabarnya selepas selesai pilihanraya kayu itu diambil balik kerana `masalah teknikal' dan penduduk kampung itu terpaksa bergelap semula! [kini sudahpun ada bekalan elektrik kampung tersebut]. Ini baru peranan agensi secara tidak langsung seperti TNB atau pun telekom.


Selain tentangan daripada agensi-agensi kerajaan dan UMNO secara langsung mahupun tidak langsung, penubuhan konsortium ataupun konglomeret oleh kerajaan negeri dan pusat juga boleh menyukarkan pembangkang. Penubuhan konglomeret dengan kerjasama dalam dan luar negara memberi kesan positif kepada UMNO dengan memberi pelbagai `hadiah' kepada pengundi sebelum hari pengundian. `Hadiah' seperti pemberian komputer, mineral pot, makanan secara percuma kepada kanak-kanak sekolah selama setahun, jam antik atau sound system tercanggih kepada masjid dan sebagainya. Ini tidak termasuk kepada korporat baru dan `muda' yang memperolehi pelbagai kemudahan dari pemimpin UMNO dan kerajaan. Mereka melalui anak-anak syarikat turut serta memberi pelbagai hadiah kepada ratusan kampung dan desa yang terpencil.


Sebagai kesimpulkannya, apa yang saya bicangkan dari siri satu hingga siri 3, tidak sesiapa pun yang sihat dan waras menafikan yang UMNO ialah ‘THE GREAT OF DAJAL’ di Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama sama-sama bangkit menentang UMNO, semoga dengan tiadanya UMNO di alam ini rakyat akan menikmati keadilan, kebebasan, keamanan dan kesejahteraan yang abadi. InsyaAllah.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”."
"SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

Tuesday, March 16, 2010

IBRAHIM ALI PRESIDEN PERKASA PEJUANG ISLAM?


Sila saksikan kehebatan Ibrahim Ali, Presiden PERKASA pembela Melayu dan Islam. Tahniah Ibrahim!

UMNO “THE GREAT OF DAJAL”-SIRI 2

Oleh : Tun Telanai


Apabila ada ura-ura SPR yang menjadi kuda tunggangan UMNO mahu meminda peraturan pilihan raya terutama pada hari penamaan calon akan mengambil masa tiga hari, saya teringat masa PAS lemah yang tidak ramai penyokong, SPR tidak pula mahu memindanya, tetapi apabila UMNO telah mengambil tempat PAS ketika PAS dihina dan diperlecehkan dulu, cepat-cepat SPR bertindak untuk memindanya dengan tujuan untuk mengelak pembesar UMNO mendapat malu besar di tengah-tengah hiruk-pikuk, sorak-surai orang ramai di hari penamaan calon kerana UMNO kekurangan penyokong.


Kini, UMNO sudah tidak ramai penyokong yang rela berpanas dan berhujan, apatah lagi untuk korban jiwa raga untuk UMNO. Kalau ada penyokong pun, mereka perlu disediakan pengangkutan diambil di depan pintu rumah. Perlu disediakan duit poket, perlu sediakan makan-minum, T-shirt, cap dan sebagainya. Berbeza sangat dengan para ahli dan penyokong PAS. Mereka keluar duit poket sendiri untuk hadir memberi sokongan kepada calon parti yang akan bertanding tanpa mengharapkan apa-apa selain keredhaan Allah semata-mata.


Oleh sebab itu, saya cukup marah sekiranya ada individu-individu tertentu yang mahu membunuh perjuangan PAS seperti tindakan Nasharudin Md Isa itu. Beliau tidak pernah merasai pahit-maung ketidakadilkan, penindasan dan kezaliman berterusan yang dilakukan oleh UMNO secara sedar terhadap ahli, pendokong dan para pemimpin PAS. Ada activist PAS dan pemimpin PAS mati dibunuh. Semua itu tidak mungkin dilupakan dan dimaafkan oleh ahli-ahli PAS marhaen di bawah. UMNO lebih zalim lebih dari parti NAZI di bawah pimpinan Adoft Hitler di zaman perang dunia ke dua dulu. Kezaliman UMNO terhadap bangsa Melayu boleh dibincang daripada banyak sudut. Dalam tulisan ini, saya tidak berhajat untuk membicarakannya.


Berbalik kepada PRU tahun 1990. Hari berkempen sudah bermula. Beberapa hari menjelang hari pengundian PRU ke-8 pada Oktober 1990, prospek Semangat 46 dan PAS bagi menewaskan UMNO bagi beberapa kerusi terbuka luas. Bagaimanapun, kesilapan perhitungan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah bekerjasama dengan DAP dan empat hari lagi menjelang pilihan raya dan dengan PBS memberi kesan politik sebaliknya kepada Semangat 46.


PBS empat hari menjelang pilihan raya telah menikam Dr Mahathir dari belakang dengan bertindak keluar dari BN dan memulakan kerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Pada mulanya Ku Li sendiri menilai bahawa tindakan itu menguntungkannya. Secara angkuh dia memberitahu para wartawan bahawa ekoran tindakan itu, soalnya bukan lagi samada Gagasan Rakyat pimpinan beliau akan membentuk kerajaan atau tidak tetapi berapakah majoriti yang bakal diperolehinya.


Pada waktu itu di mata Ku Li, UMNO sudah kalah. Tetapi kesilapan Ku Li memakai tengkolok Kadazan yang dikatakan mempunyai lambang salib bagaimanapun telah menukar nasib politik beliau dan Semangat 46. Perbuatan itu telah digunakan sebagai senjata berkesan oleh UMNO untuk membuktikan bahawa Ku Li sebenarnya bukanlah seorang pemimpin Melayu-Islam yang wajar disokong kerana beliau akan menjadi alat bukan Melayu dan Islam sekiranya menjadi Perdana Menteri. Ramai pemerhati mengatakan tengkolok bersalib yang melambangkan agama Kristian itu telah menyebabkan sokongan Melayu-Islam kembali semula kepada UMNO.


Ku Li tumpas kerana peranan `media massa'. Ku Li dan Semangat 46 tidak berjaya membentuk kerajaan yang disifatkan waktu paling tepat ketika itu untuk menumbangkan Barisan Nasional dan UMNO kerana lambang salib yang dimainkan oleh media massa. Para pengundi Melayu-Islam ’terkejut' malahan mungkin sesetengah pemimpin pembangkang dengan isu yang dimainkan oleh `mainstream media' itu. Mereka tidak sempat untuk bertindak balas dalam jangka masa selama empat hari kerana UMNO sudah menguasai sepenuhnya `mainstream media'. Pimpinan pembangkang berkecamuk seketika dan akhirnya mereka bergerak bersendirian tanpa bantuan dari rakan-rakan lainnya.


Kini, sejarah itu akan berulang kembali dalam PRU ke-13 nanti. Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat sudah pun dilebelkan sebagai pengkianat Melayu dan PAS juga sudah dilebelkan sebagai pengkianat Islam. Anwar kini menghadapi saat-saat paling genting kerana kes liwat IInya itu akan membawa beliau ke penjara semula ketika kita sangat hampir berhadapan dengan PRU ke-13. Ketika itu kepimpinan dalam Pakatan Rakyat akan mengalami kerencatan rentak, langkah tariannya sudah mula tempang, langkah tidak tersusun lagi akibat kehilangan kepimpinan dan yang paling ngeri sekali apabila terdapat setengah ahli, penyokong dan pemimpin tertentu akan menari mengikut paluan kompang UMNO. Anwar adalah symbol perpaduan dalam Pakatan Rakyat.


UMNO berjaya dengan strategi ‘Devide and Rule’ atau ‘Pecah dan Perintah’. Cetusan idea Kerajaan Perpaduan oleh Haji Abdul Hadi Awang memberi keuntungan politik kepada UMNO. UMNO menggunakan idea tersebut mengaitkan hubungan dengan PAS sahaja. Strategi UMNO ini sememangnya sedikit sebanyak telah mewujudkan perselisihan yang agak runcing dalam PAS sehingga membawa satu seminar politik di Langkawi dan di Taman Melewar bagi mencari satu formula bagi membentuk satu kesepakatan semula di antara golongan yang anti UMNO dengan golongan yang pro UMNO.


UMNO juga berjaya memporakperandakan PKR yang menjadi tunjang dalam Pakatan Rakyat. UMNO bijak memanipulasikan keadaan dan mengambil kesempatan terhadap wakil rakyat PKR. UMNO tahu benar perangai dan watak pemimpin PKR yang keluar parti baru-baru ini, bermula di Perak, di Kedah dan kemudian di Pulau Pinang. UMNO tahu kerana mereka ini adalah bekas pemimpin UMNO. Oleh itu, UMNO memasang merangkap dengan menghulur duit jutaan ringit dan PUKI wanita jalang sebagai taruhan membawa mereka keluar dari PKR menjadi Wakil Bebas yang pro UMNO.


Isu-isu ini akan terus dimainkan sampai pada hari-hari kempen dalam PRU ke-13 nanti. Ia akan dimainkan hari-hari, siang-malam dan pagi-petang dalam media milik UMNO dajal laknatullah itu. Kedaulatan Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu, haq Melayu, keistemewaan Melayu dan kesucian Islam akan hilang dan lenyap sekiranya pengundi Melayu memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana dalam Pakatan bukan Melayu lebih dominan daripada Melayu. Manakala PAS pula akan dituduh sebagai pengkianat terhadap agama Islam. Media golongan barua ini akan memutarbelitkan fakta bahawa PAS sanggup mengadaikan prinsip Islam yang diperjuangkan selama ini kerana kepentingan politik untuk berkuasa dan untuk kepentingan peribadai.


Ku Li sudah merasai segala-galanya dan kini tiba pula giliran Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim berdepan dengan UMNO. Ku Li akhirnya mengangkat bendera putih dan tidak sanggup lagi berjuang menentang UMNO dan kembali kepangkuan UMNO pada tahun 1996. Kepulangan Ku Li dalam dakapan UMNO, maka berkecailah Gagasan Rakyat dan Perpaduan Ummah atas kebijaksaan UMNO mencaturkan strategi menghancurkan pakatan politik yang dianjurkan oleh Ku Li.


Kini tiba pula giliran Pakatan Rakyat untuk mengatur strategi dan bersilat dengan UMNO. Jangan ulangi sejarah Ku Li dengan S46nya. Jangan biarkan yang kuat [kerana UMNO ada kuasa dengan kuasa UMNO boleh beli apa sahaja, UMNO boleh menggunakan dan memperalatkan institusi-institusi kerajaan tertentu]. Jangan biarkan UMNO menang mudah. Jangan biarkan UMNO amalkan hukum rimba. Siapa kuat, dialah jadi raja. Persetankan apa yang disebut ikhlas, amanah, jujur tidak pernah wujud dalam kamus UMNO.


Isu kedaulatan dan ketuanan Melayu dan Islam sangat berkesan di kalangan otak fikir orang Melayu. Di Perak isu ini berjaya menarik balik sokongan orang Melayu kepada UMNO. Majoriti Melayu Perak termakan dengan tipu muslihat UMNO. Mereka percaya bahawsa Mohd Nizar Jamaludin adalah boneka kepada DAP dan kaum Cina. Begitu juga di Selangor isu ketuanan Melayu dan Islam dimainkan oleh UMNO. Isu kepala lembu, kuil Hindu dan kalimah Allah terus dimainkan oleh UMNO laknatullah ini untuk menarik perhatian orang Melayu-Islam. Menjelang PRU ke-13, lebih banyak isu-isu sensitive yang berkaitan ketuanan Melayu dan Islam akan dibangkitkan oleh UMNO bagi menarik orang Melayu kepadanya kembali.


Perlu diingatkan, majoriti orang Melayu adalah buta mata hati dan otak anugerah Allah tidak pernah digunakan untuk berfikir dan membuat pertimbangan yang sewajarnya, sebaliknya bangsa Melayu majoritinya berfikir menggunaka ‘kepala lutut’. Oleh sebab itu, mereka sanggup memilih pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di kalangan kaki rasuah, kaki botol dan kaki perempuan. Mereka menolak orang yang bersifat dan kelihatan bersih yang tidak terpalit dengan sebarang kekotoran seperti yang digarispanduankan oleh Islam dalam bab memilih pemimpin.


UMNO akan menonjolkan dirinya dikhalayak ramai, hanya UMNO yang tidak melakukan pengkianatan terhadap bangsa dan agama. UMNO digambar oleh media sebagai pendokong dan pembela Melayu dan Islam. Betapa babinya UMNO. UMNOlah yang sebenarnya perosak dan pengkianat bangsa. Lihat apa yang ada pada orang Melayu-Islam sekarang ini? Politik, ekonomi, bidang perniagaan pendidikan, masalah social dan berbagai bentuk masalah adalah akibat perbuatan UMNO yang memiliki ramai pemimpin yang korup dan gilakan komisyen yang bernilai jutaan ringgit untuk kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat.


UMNO dan Barisan Nasional sememangnya mempunyai pelbagai fasiliti dan kekuatan untuk meraih pengundi. Dalam tempoh dua minggu waktu berkempen sebelum menjelang hari pengundian, mereka akan menggerakkan apa jua jentera untuk mempastikan kemenangan. Antara jentera utamanya adalah duit dan media massa. Media massa samada media cetak atau pun elektronik memang diiktiraf sebagai alat penyampaian maklumat yang penting bagi Melayu-Islam yang buta huruf dan buta mata hati di kampung-kampung yang terpencil yang merupakan base UMNO. Berbanding di Bandar, orang Melayu di Bandar banyak maklumat yang boleh diakses dari berbagai saluran.


Dalam membuat liputan media, UMNO dilihat tidak bertanggungjawab dan bertindak terkeluar daripada etika yang sedia diamalkan oleh media massa. Pilihanraya umum 1990 jelas menunjukkan betapa dominan dan berkuasanya media sebagai raja tidak bermahkota sehingga menjatuhkan Ku Li dengan Semangat 46 dan parti-parti pembangkang lainnya.


Bersambung siri ke-3

“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYA, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO”

UMNO “THE GREAT OF DAJAL”-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai


Blog ini adalah blog ‘ANTI UMNO’. Oleh itu, apa yang ditulis di sini adalah fakta-fakta benar bukan fitnah diambil dari sudut keburukan UMNO untuk diketengahkan kepada masyarakat pembaca bagi menilai sejauh mana gerak kerja politik UMNO selama ini adakah ia membawa keuntungan kepada agama, bangsa dan Negara.


Disamping itu, blog ini juga akan turut menulis dan membuat analisis mengenai individu-individu tertentu dalam Pakatan Rakyat khususnya PAS yang pada pendapat saya mereka mulai lari dari perjuangan mendaulatkan dan menjaga haq serta kebajikan rakyat kerana UMNO terbukti telah gagal memertabatkan agama, bangsa dan negara, sungguh pun lebih setengah abad UMNO diberi amanah untuk memerintah Malaya, kemudian Malaysia.


UMNO gagal melaksanakan pembangunan bangsa dan memertabatkan Islam sebagai Ad-Din. Walau pun begitu, UMNO sejenis spesis yang tidak tahu malu [muka tembok atau mungkin bersalut dengan kulit babi] masih berusaha keras dengan segala tipu-muslihat untuk mengekalkan kuasa bagi memusnahkan terus kedaulatan bangsa [perlaksanaan pembanguan negara yang merugikan bangsa] dan agama [ajaran agama diperolok-olokan, ambil sebahagian yang membawa keuntungan, tolak sebahagian yang tidak membawa faedah padanya].


Tidak perlu bagi saya menulis dari sudut kebaikan UMNO kerana UMNO 24 jam, pagi-petang dan siang-malam, mereka asyik menjaja kebaikan yang mereka lakukan sebagai ‘juara rakyat’ kononnya. Tambahan pula, UMNO memiliki semua bentuk saluran penyampaian maklumat baik di daratan, di udara, di lautan, di dunia dan di akhirat bagi menyampaikan kebaikan yang UMNO lakukan dulu, kini dan selama-lamanya kepada seluruh rakyat dan juga di hadapan Allah swt kelak.


Berbanding dengan Pakatan Rakyat, mereka hanya ada internet yang kini dilingkaran dengan undang-undang anti kebebasan maklumat, akhbar parti yang dibenarkan terbit secara berkala [itu pun edarannya amat terhad hanya untuk ahli, tidak boleh diedar dan dijual kepada orang awam], di samping menggunakan saluran ceramah dalam primis sendiri untuk menyampaikan mesej perjuangan Pakatan kepada rakyat. Tempat awam tidak dibenarkan oleh pihak polis [permit tidak dikeluarkan] dengan alasan yang sudah expire kononnya untuk menjaga ‘keselamatan dan kenteraman awam’, tetapi hakikat sebenar untuk menyembunyikan pekung busuk yang ada pada UMNO daripada pengetahuan rakyat jelata.


Malang bagi rakyat Malaysia yang hidup dalam negara yang diperintah oleh golongan ‘barua’ yang anti kebebasan dan anti demokrasi. Gila kuasa yang mahu memegang kuasa selama-lamanya. Dengan kuasa, mereka boleh membuat apa sahaja yang mereka mahu. Mereka boleh menguasai seluruh institusi negara dan jentera-jentera kerajaan bagi terus menerus menyokong UMNO dan para pemimpinya yang korup.


Oleh itu, langkah Nasharudin Md Isa menghadiri majlis pelancaran buku
Fatini Yaacob berjudul Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merupakan satu tindakan yang menyalahi perakuan yang telah disepakati dalam Pakatan Rakyat bahawa tidak akan ada sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO selagi UMNO masih kekal dengan dasar dan budaya yang diamalkannya sekarang.


Kita menanti penuh harapan apakah pucuk pimpinan PAS pusat [Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man] sama ada akan mengambil tindakan terhadap Nasharudin seperti ia mengambil tindakan yang amat keras terhadap Khalid Abdul Samad?


Sebahagian besar rakyat yang berlindung di bawah Pakatan Rakyat terasa amat jijik untuk mengadakan perbincangan atau kerjasama dengan UMNO sepertimana kita terasa amat jijik apabila tersentuh babi dan anjing yang memerlukan kita bersuci tujuh kali dengan air bersih. Begitulah perumpamaan yang boleh dibuat di antara UMNO dengan babi atau anjing. Babi dan anjing lebih mulia dari UMNO, jika dipandang dari sudut moral, akhlak, tingkahlaku, cara mereka mencari harta dan cara social mereka.


Di bawah ini, saya akan menceritakan sebuah kisah benar yang terjadi kepada PAS. Ketika itu PAS berada dalam kedudukan lemah, tidak ramai pengikut dan tidak sepopular seperti sekarang, tetapi ahli-ahlinya begitu komited, mempunyai semangat yang yang tinggi dan kental serta berani berjuang ke titisan darah terakhir, demi mempertahankan prinsip perjuangan parti, tidak rela digadai maruah dan mertabat parti [seperti kumpulan al-syahid Ibrahim Libya]. Pada perkiraan saya, Nasharudin pada masa itu masih lagi hingusan, masih di alam persekolah.


Mereka hanya takut kepada Allah swt, bukan kepada makhluk. Ketika itu PAS terdiri daripada pak-pak lebai kampung yang mengaji pondok, para petani, peladang, penternak dan yang berkerja sendiri. Yang pentingnya mereka tidak materialistic. Mereka sanggop berkorban apa sahaja demi Islam. Sanusi Junid pernah mengaitkan PAS dengan 3P, iaitu Padi, Pondok dan PAS Tidaklah seperti sekarang, ahli-ahlinya terdiri daripada berbagai latarbelakang, ada tokoh korperat, professional dan sebagainya. Oleh sebab itulah, perjuangan PAS kini bersimpang–siur seperti tidak ada istiqamah di kalangan ahli-ahli. Hal ini sangat berbahaya kepada PAS sekiranya pencegahan awal tidak dilakukan.


Satu peristewa yang tidak dapat lupakan dalam sejarah hidup saya ialah yang berlaku dalam PRU tahun 1990 [PRU ke-8]. Parlimen telah dibubarkan dan SPR pun sudah maklumkan hari penamaan calon dan hari pengundi. Parti-parti yang bertanding begitu sibuk menyiapkan diri untuk mempastikan segala-galanya berjalan lancar. UMNO dan gabungan parti-parti pembangkang ketika itu Semangat 46, PAS, DAP dan PRSM sudah pun mengerahkan jentera pilihan raya masing-masing bagi melakukan sebaik mungkin untuk menjamin kemenangan. Pilihan raya ini juga merupakan kali pertama "UMNO Baru" [baru ditubuhkan selepas peristewa 1987] bertanding dalam pilihan raya umum.


Tengku Razaleingh Hamzah mengetuai kempen menentang UMNO baru melalui parti Semangat 46 pimpinannya dan telah mengadakan kerjasama dengan PAS melalui Perpaduan Ummah dan dengan DAP, PBS dan lain parti pembangkang [bukan Melayu-Islam] melalui Gagasan Rakyat. Pada 11 Oktober 1990 adalah hari penamaan calon seluruh negara. Di pejabat sebuah Daerah di Kedah [daerah yang tidak ramai ahli PAS ketika itu] orang ramai sudah pun bertumpu untuk menyaksikan hari bersejarah itu. Para penyokong parti terutamanya dari UMNO [baca juga bermaksud : BN] begitu megah dengan memakai topi dan baju T yang sudah ditempah. Berkibaran bendera parti yang dibawa dengan pelbagai laungan dan nyanyian. Laungan `hidup Mahathir’. `Hidup UMNO’. `Hidup BN’ bersilih ganti. Lagu `Malaysia Jaya’ dan Selawat juga turut berkumandang. Penyokong UMNO sudah awal-awal lagi bertebaran di lapangan pejabat tersebut.


Selang beberapa minit kemudian, para penyokong PAS bersama calon berjalan beriringan dari luar menuju ke pejabat daerah tersebut. Mereka juga membawa bendera dan sepanduk seperti slogan :`Hidup Bersama Islam’. Hanya ada kira-kira 30 orang dewasa, ada yang memakai serban dan berkain pelekat. Di kalangan wanitanya pula semuanya bertudung labuh dan ada seorang dua yang memakai purdah.


“ Aku kesihan melihat penyokong PAS,” kata seorang rakan kepada saya.


“Kenapa?”soal saya kembali.


“ Habis di telan dengan penyokong UMNO” jawabnya sambil menikmati rokok Dunhill.


Mata saya melerek melihat para penyokong PAS. Terlalu sedarhana dan seolah-olah begitu naif. Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli pelbagai kelengkapan dan hanya bergantung seratus peratus kepada semangat. Alangkah sedarhananya mereka…


“Dik ke sini sekejap…” laungan rakan saya kepada salah seorang anak kecil yang berada di kelompok penyokong PAS. Pakaian Melayunya agak lusuh di samping memakai kopiah putih.


“Sini dik. Sana panas…” kata rakan saya apabila anak kecil itu menghampiri kami.


Anak itu hanya menundukkan kepala. Dia berdiri di samping kami sambil memerhatikan orang di sekeliling. Walaupun berpakaian lusuh, tetapi dari air muka menunjukkan keberanian dan semangat. Sesuatu yang tiada pada sesetengah pemimpin UMNO.


“Mana ayah?”


“Tu…” tunjuknya kepada seorang lelaki tua yang begitu asyik memegang bendera. Kami melambai tangan ke arah orang tua itu dan disambut dengan senyuman.


Mungkin sama seperti rakan saya itu, alangkah sayunya hati ini. Para penyokong PAS begitu bersemangat walaupun mata-mata liar penyokong UMNO seolah-olah menyebek mereka. Adakah kerana kekurangan ini `orang-orang Melayu-Islam dalam PAS seperti dihina? Adakah kerana mereka kurang penyokong bererti PAS lemah dan UMNO kuat? Alangkah kagumnya hati ini dengan semangat dan keberanian mereka.


Balik dari menyaksikan penamaan calon tersebut. Hati saya mulai terpikat dengan perjuangan PAS. Saya merasa sedih dan kecewa dengan penyokong UMNO yang sanggup menghina dan memperlecehkan penyokong PAS yang sedikit bilangannya dalam perhimpunan diperkarangan pejabat daerah tadi.


Saya jadi marah dan dendam saya kepada UMNO sampai kini tidak pernah padam kerana kurang ajar dan biadapnya penyokong UMNO terhadap sesama Melayu-Islam terutama kaum muslimahnya, tetapi mempunyai ideologi politik yang berbeza. UMNO berjuang atas prinsip secular dan memperkembangkan dan membudayakan amalan rasuah dalam masyarakat. Manakala PAS berjuang atas prinsip mendaulatkan agama Allah di muka bumi ini. PAS mengamalkan amal makrof nahi mungkar. Sejak dari tarikh tersebut saya menyertai PAS dan berjuang dalam PAS menentang UMNO dengan kudrat yang ada dari kurniaan Allah swt.


Bersambung siri ke-2


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYA, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO”

Friday, March 12, 2010

KELUAR BN UNTUK KEMBALIKAN MARUAH, KETUA PEMUDA GERAKAN

Lim Hong Siang
Merdeka Review


Anak kepada Penasihat Gerakan Lim Keng Yaik,
Lim Si Pin telah mencadangkan Gerakan keluar dari pakatan politik BN. Beliau menyebut :


“Kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN. Seandainya (keluar BN) selepas PRU, atau ketika gambar Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) dikoyak, maka akan dituduh sebagai tindakan yang didorong emosi, atau bagaikan kacang lupakan kulit. Saat-saat itu bukanlah masa terbaik untuk meninggalkan BN”.


Katanya lagi : "Kini, setelah dua tahun bertenang, dan sudah jelas keadaannya, maka perlulah kita meninggalkan BN secara berstrategi. Alasannya, senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN."


KOMEN :


Amat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Lim Si Pin bahawa BN [baca: UMNO] tidak berubah. UMNO tidak pernah mahu berubah. Yang berubah, hanya teraju pimpinan Negara yang berubah secara paksa-rela. Najib yang ambilalih kuasa daripada Pak Lah setakat ini tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengembalikan system pentadbiran negara ke landasan sebenar.


Sistem pentadbiran Negara kucar-kacir akibat campur tangan politik secara melampau bagi mengekalkan kuasa UMNO. Tidak ada pengasingan kuasa yang jelas seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan. Badan eksekutif mempunyai bidang kuasa yang terlalu luas. Ia sering kali dilihat mengcampuri urusan badan kehakliman, sekiranya ia dilihat boleh mengugatkan survival UMNO. Ia juga mengugat kewibawaan parlimen yang kelihatan sebagai ‘rubber stamp’.


Jadi, untuk mendaulatkan kedaulatan rakyat, parti-parti dalam gabungan BN perlu keluar dari BN sekarang. Mereka boleh membentuk satu lagi gabungan untuk menentang BN yang dikepalai oleh UMNO. Atau, mereka boleh menyertai Pakatan Rakyat yang matlamatnya jelas untuk membentuk sebuah Negara yang adil kepada semua rakyat dalam berbagai sector.


Yang paling penting misi yang dibawa oleh Pakatan ialah untuk membentuk sebuah kerajaan yang adil, tulus, ikhlas, amanah dan kerajaan berkebajikan yang pro kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama. Perlu diperingatkan disini bahawa para pemimpinnya mesti bebas dari sebarang salah laku seperti melakukan rasuah, ambil komisyen, menyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi seperti yang diamalkan UMNO dan BN selama ini.


Jika, mereka lakukan apa yang para pemimpin UMNO dan BN lakukan, rakyat akan bangkit menentang mereka. Mereka akan dicampak ke laut dalam bersama-sama dengan kerusi yang mereka sandang supaya mereka ditelan oleh ikan jaw.


Oleh itu, marilah Gerakan, MCA, MIC ramai-ramai keluar dari BN. Selama ini engkau semua kena boli oleh UMNO. UMNO memperkudakan kamu semua sudah 5 dekan. Cukuplah. Bagi laluan untuk UMNO berehat pula.


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO”

PARA PEMIMPIN UMNO ‘THE GREAT OF DAJAL ‘

Tun Telanai


Sejarah seluruh Menteri Besar (Selangor), sejarah mereka dicatit dengan sejarah hitam, black history," katanya merujuk kepada 13 orang bekas MB Selangor BN sebelum Khalid Ibrahim menyandang jawatan tersebut selepas PRU ke-12. Beliau sempat mengusik Khir Toyo, dengan berkata, "...Menteri Besar UMNO BN akhir sebelum Khalid Ibrahim, rumah di Shah Alam, (bernilai) 24 juta."


Saya bersetuju sangat dengan kata-kata Hassan Ali itu. Mana ada pemimpin UMNO yang bersih. Pemimpin yang bersih tidak boleh hidup lama dalam UMNO. UMNO adalah tong najis. UMNO tong sampah sarap yang amat kotor lagi amat menjijikkan alam sekitar. Baunya busuk dan hanyir seluruh dunia, sepertimana kata Hassan lagi : "Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata TV3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!"


Petikan
ucapan Hassan Ali sempena sambutan ulang tahun ke-2 Pakatan Rakyat memerintah Selangor disiarkan oleh Merdeka Review. Ia amat sesuai untuk rakyat membuat penilaian terhadap para pemimpin UMNO yang diseliputi lumpur dan najis.


Hukumnya tentu berdosa mengadakan berkerjasama dengannya. UMNO seperti seekur kerbau yang membawa lumpur, semua akan terpalit dengan lumpur yang dibawanya itu. Semua menjadi kotor. Berkawan atau berkerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk dan apa jua alasan, lebih-lebih lagi alasan yang sering kali diberi untuk mempertahankan kedaulatan Melayu dan Islam hanyalah sebagai satu strategi UMNO untuk terus berkuasa dengan memperalatan orang lain [PAS].


UMNO sebuah parti yang tidak boleh dibuat baik. Lebih baik berbuat baik atau berkawan dengan babi dan anjing daripada berbuat baik atau berkawan dengan UMNO. Menjalin hubungan atau berkerjasama dengan UMNO samalah hukumnya dengan orang yang melibatkan diri dalam industri arak dan judi. Semuanya turut terpalit dengan dosa. UMNO sebuah parti yang teramat zalim terhadap bangsa seagama dengannya dalam banyak sudut. Yahudi yang dikutuk oleh Allah dalam al-Quran tidak sejahat dan sezalim UMNO. Yahudi tidak menindas bangsanya, tetapi melakukan kezaliman terhadap bangsa lain.


Tindakan Nasharudin Mat Isa menghadiri pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata dalam majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang kemudiannya melancarkan buku tersebut merupakan satu tindakan kurang ajar dan biadap. Beliau telah membelakangkan keputusan jemaah, demi cintanya kepada UMNO. Tepatlah apa yang disuarakan oleh Musyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bahawa Nasharudin ini patut keluar dari PAS. Beliau adalah musang berbulu ayam. Lebih baik beliau masuk menjadi pemimpin UMNO sepertimana yang dilakukan oleh barua-barua pro dan agen UMNO yang keluar daripada Pakatan baru-baru ini.


Melayu-Islam dalam PAS amat berbeza dengan Melayu-Islam dalam UMNO. Melayu-Islam dalam PAS berpegang kepada al-Quran dan al-Hadith dan mengamalkan amal makrof nahi mungkar. Tidak dalam UMNO, al-Quran sekadar dipertandingkan, tidak mengamalkan apa yang al-Quran suruh.Tidak mungkin dan mustahil PAS akan bersatu dengan UMNO lakanatullah itu seperti yang diangan-angankan oleh
Fatini Yaacob penulis buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata. Pujian patut diberi kepada pemimpin PKR tidak menghadiri majlis pengampu [mendapatkan sedikit keuntungan perniagaan] demi menjaga maruah dan harga diri parti dan Pakatan, tidak seperti Nasharudin yang merendahkan martabat PAS dan ahli-ahlinya serta Pakatan.


Pemimpin adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Pemimpin akan ditanya di akhirat kelak apa yang telah mereka lakukan terhadap agamanya, amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpinnya serta harta rakyat di mana dibelanjakan. Perkara ini tidak pernah dipedulikan oleh para pemimpin UMNO. Mereka berebut-rebut hendak menjadi pemimpin untuk mendapatkan kuasa. Dengan kuasa itu memudahkan mereka mencipta kemewahan duniawi. Mereka mengabaikan dan mempersia-siakan amanah yang diberikan oleh rakyat.


Seperti yang disebut oleh Hassan Ali, adalah didapati tidak ada seorang pun MB UMNO yang bersih. Semuanya terpalit dengan budaya amat buruk, perasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan berluasa dalam elit politik UMNO. Mereka gunakan kuasa yang diamanahkan oleh Allah untuk memperkayakan sukat sakat masing-masing. Sebagai contoh Mohamad Muhd Taib pernah membawa keluar sejumlah wang seberat 19 kilogram dalam bentuk mata wang asing iaitu Singapura, Malaysia, New Zealand dan AS$75,000 bernilai A$1.26 juta atau RM2.8 juta. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane ketika beliau ingin menaiki sebuah pesawat di Australia pada 16 Disember 1996 untuk ke New Zealand.


Semasa perbicaraan di Mahkamah Daerah Brisbane, Australia beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau menggunakan nama isterinya Asbi Rohani Hasnan untuk membeli beberapa harta di Australia dan New Zealand. Ini termasuk tanah bernilai A$460,000 dan banglo yang juga bernilai A$460,000 di Sovereign Island, Gold Coast, ladang di Currajong kedua-duanya di Australia bernilai A$3.7 juta, rumah bernilai NZ$500,000 dan dua bidang tanah bernilai kira-kira NZ$4 juta di New Zealand.


Itu adalah secebis kisah di belakang tabir kemewahan yang dinikmati oleh sebahagian besar para pemimpim UMNO yang menggunakan kuasa yang yang ada untuk memunggah kekayaan negara [rakyat] untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni. Macam mana pula dengan Khir Toyo? Khir Toyo kelihatan lebih hebat daripada Mat Taib, tetapi malang bagi rakyat Malaysia. Harta mereka dirompak macam lanun, tetapi perompak dibebaskan. Bertan dan berlori-lori kertas laporan kepada polis dan SPRM terhadap Khir Toyo dibuat sertakan dengan bukti-bukti sekali. Tetapi agensi yang menjadi barua UMNO ini tidak pernah disiasat. Berbeza dengan pemimpin Pakatan, hanya denagn satu laporan yang dibuat oleh pihak UMNO. Meluru SPRM dan polis menyiasat pemimpin Pakatan sehingga mati.


Kesimpulannya, lebih baik menjalinkan hubungan dengan babi dan anjing, daripada mengadakan hubungan dengan UMNO. Babi dan anjing lebih mulia daripada akhlak dan peribadi yang dimiliki oleh para pemimpin UMNO.


Oleh itu :


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
“HAPUSKAN UMNO TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Wednesday, March 10, 2010

SATU DUNIA KATA UMNO-BN PIMPINAN PALING KORUP, HASAN ALI

Lim Hong Siang
Merdeka Review



"Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata TV3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!"


Bacaan seterus di sini


KOMEN :



Saya fakir Hassan Ali ini buat satu kesilapan paling besar. Salah buat tafsiran. Pemimpin terbaik di dunia dan akhlak terpuji lebih daripada malaikat ialah para pemimpin UMNOlah. Mana ada para pemimpin UMNO kaki songlap. Kaki rasuah. Kaki botol dan kaki betina. Saya hendak bagi tahu Hassan Ali, semua pemimpin UMNO kecil-besar, tua-muda, pangkat tinggi atau rendah, tidak pernah melakukan sebarang dosa apatah lagi hendak songlap duit rakyat. Mereka jadikan harta negara, harta rakyat. Mereka semua berebut-rebut membahagikan khazanah negara kepada rakyat. Rakyat Malaysia semua kaya-kaya belaka, tetapi sayangnya, para pemimpin UMNO hidup susah. Rumah buruk. Rumah rakyat mewah.


Mereka membahagikan harta dan kekayaan Negara mengikut nisbah 1 pemimpin, 9 rakyat [1:9]. Oh.. moleknya pemerintahan UMNO selama 52 tahun ini. Nama-nama mashyor seperti Rafidah Aziz, kenduri saham dan AP bukan rasuah itu beri kepada rakyat bukan kepada menantunya. Mohamad bin Mohd Taib larikan duit sebanyak RM2.4 juta ke Australia, duit dia sendiri bukan duit rakyat. Semua orang tahu Mohamad keturunan bangsawan dan kaya-raya sebab itu dia nikah dengan Ku Yah di Siam kerana menghormati Almarhum Sultan Selangor.


Khalili Yaakob, Gabenor Melaka, ambil balak, jual balak untuk rakyat, bukan untuk kepentingan dia. Abdul Rahim Tamby Chik orangnya waraq, pandai-pandai parti-parti pembangkang tuduh dia rasuah dan kaki betina. Silap itu, sebab itulah Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang sekarang ini masuk penjara. Nazri A.Aziz beri 6,000 lesen teksi kepada individu, bukan kepada syarikat. Tenguklah semua pemandu teksi di Negara ini milik mereka sendiri. Bukan mereka sewa kepada syarikat atau individu tertentu.


Sebut pasal Khir Toyo, tidak payah cakaplah. Orangnya alim. Bibirnya senantiasa basah dengan zikir ayat-ayat Allah. Orang macam ini takut kepada Allah, lagi pun dia kaya raya sebelum jadi MB. Buka klinik gigi sendiri. Bapanya orang kaya. Pendek kata semua nama besar dalam kepemimpinan UMNO adalah bebas sebarang salah laku, apatah lagi untuk songlap duit rakyat untuk kepentingan diri. Semua para pemimpin UMNO yang dituduh rasuah, semua dibebaskan oleh Ghani Pataail seperti Johari Baharom, Osu Sukam dan ramai lagilah yang tidak ada kes untuk didakwa. Musa Hassan pun tidak siasat, sebab mereka ini baik-baik belaka.


Yang jahat, kaki songlap, perasuah, kaki pembohong putar alam, tipu sana, tipu sini, salah guna kuasa dan kedudukan dan berbagai yang perkara buruk itu datangnya dari para pemimpin Pakatan Rakyat, hatta Nik Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang [semasa jadi MB dulu], Lim Lit Siang terlibat dengan rasuah [kaki botol atau kaki betina tidak tahulah pula]. Oleh sebab itulah satu sahaja laporan dibuat terhadap para pemimpin Pakatan, oii bukan main lagi SPRM dan polis turun siasat sampai mati. Cari kesalahan sampai ke lubang cacing, tetapi berpuluh lori, bertan-tan kertas laporan polis dan SPRM yang dibuat oleh Pakatan kepada para pemimpin UMNO tidak disiasat.


Oh lupa hendak bagi tahu bahawa semua yang menjadi pemimpin UMNO itu, Allah datangkankan khas dari langit untuk memimpin kita semua. Allah akan memastikan mereka semua dalam keadaan bersih, tidak melakukan dosa kecil dan besar. Mereka hampir-hampir maksum serupa dengan para Nabi dan Rasul-rasul jua. Mereka akan masuk syurga dahulu dan di padang masyar nanti para pengikut dan yang memangkah UMNO bolehlah ramai-ramai datang mohon syafaat.


Akhir kata :


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTER”
”SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO LAKNATULLAH”