Wednesday, December 16, 2009

KEPADA: PENGUNJUNG BLOG TUN TELANAI

Saya dengan ini memaklumkan bahawa blog ini tidak akan di'update'kan mulai 17 hingga 23 Disember 2009. Dalam tempoh tersebut penulis akan berada di luar negara dan sudah tentu penulis sukar untuk meng'update'kan maklumat-maklumat terbaru mengenai kejahatan dan kezaliman UMNO yang melibatkan/memperkudakan institusi-institusi kerajaan dalam negara ini.

Harap maklum dan penulis mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf. Dan InsyaAllah kita akan bertemu lagi mulai 24 Disember 2009 nanti.

“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HJIRAH 1431

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,





Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah adalah penting bagi umat Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah (622 Masihi). Kedua, merupakan hari untuk mengadakan solat sunat dengan bacaan doa yang khusus.


Pada tahun ini, Awal Muharram jatuh pada hari Jumaat 18 Disember ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyambutnya dengan melakukan amalan-amalan yang digalakkan oleh Islam, iaitu :

Doa Akhir Tahun-dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku saat ini jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."]

Doa Awal Tahun-dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."


Dalam pada itu, jangan lupa marilah bersama-sama kita berdoa semoga mudah-mudahan Allah swt perkenankan doa kita ramai-ramai menyahut seruan Tok Guru supaya UMNO dipercepatkan untuk ditalqinkan.


Banyak sangat kezaliman yang telah dilakukan ke atas agama, bangsa dan rakyat. Pemimpinnya zalim menceroboh, merampas dan memfaraidkan harta rakyat di kalangan elit politik yang berkuasa. Mereka angkoh dan sombong. Menyeleweng amanah rakyat dan menyalahgunaam kuasa, kedudukan serta melakukan amalan rasuah [termasuk baca: komisyen] untuk mengejar kemewahan. Amanah rakyat dijadikan platform untuk mengejar 3K. Rakyat terbanyak diabaikan.

“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Wednesday, December 9, 2009

UMNO ZALIM DAN KAKI KELENTONG : DI MANA HARUSSANI DAN NOH GADUT?

BN pula disaman RM546 juta kes kontrak iklan
http://www.malaysiakini.com/news/119311


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan sebuah syarikat papan iklan dan BN memfailkan tujuh dokumen termasuk senarai isu yang akan dibicarakan berkaitan kes saman RM546 juta syarikat itu terhadap BN.

Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) dan BN diperintahkan memfailkan antara lain ikatan dokumen yang dipersetujui kedua-dua pihak dan yang tidak dipersetujui, senarai saksi terlibat dan ikatan kes plaintif dan defendan.Timbalan Pendaftar, Nur Yusliana Yusoff membuat arahan itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya bagi pengurusan kes.

Peguam BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun, memberitahu pemberita bahawa Nur Yusliana menetapkan 26 Jan untuk pengurusan kes akhir saman itu bagi menentukan tarikh perbicaraan.Pada 7 Dis 2007, PPSB menfailkan saman terhadap BN kerana menamatkan perjanjian bertarikh 5 Jan 2006, untuk membekalkan dan mendirikan papan iklan luaran bagi BN untuk mempromosikan BN semasa pilihan raya umum.

Syarikat itu yang dilantik sebagai ejen untuk mendirikan papan iklan bagi BN, menamakan BN melalui pegawai amnya Datuk Yaakob Mohammad, sebagai defendan.PPSB, dalam pernyataan tuntutannya, mendakwa mengikut perjanjian, BN berhak menamatkan perjanjian itu pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan daripada perjanjian itu ditandatangani tetapi BN telah mengeluarkan notis itu selepas enam bulan perjanjian ditandatangani.

Akibat itu, syarikat itu mendakwa telah mengalami kehilangan keuntungan sebanyak RM546,552,800 termasuk kos mendirikan papan-papan luaran, pendapatan tahun pertama dan kedua dan jumlah pendapatan sepanjang 10 tahun.Syarikat itu mendakwa BN juga gagal untuk bekerjasama bagi memperoleh lokasi strategik dan menyokong permohonan syarikat itu untuk mendirikan papan-papan luaran itu.

Syarikat itu menuntut ganti rugi khas sebanyak RM546,552,800, ganti rugi am, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.BN dalam pernyataan pembelaan mendakwa penamatan perjanjian itu adalah sah kerana PPSB gagal menunjukkan sebarang hasil daripada tugas yang sepatutnya dijalankan mengikut perjanjian itu.

BN mendakwa syarikat itu tidak pernah memintanya bagi menyokong permohonan syarikat itu untuk mendirikan papan luaran itu dan BN juga tidak bertanggungjawab untuk memperoleh lokasi strategik bagi membina papan luaran itu.Ia berkata tindakan syarikat itu memfailkan saman terhadap BN adalah salah kerana yang sepatutnya disaman adalah pegawai amnya.
Ulasan :

Inilah kerajaan yang disokong dan didokong oleh ulama yang dikepalai oleh Harussani Zakaria dan Noh Gadut. Pada pandangan ulama-ulama lain adalah seperti mereka berdua juga mungkin mengatakan bahawa penipuan, rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama ini adalah hukumnya harus dan dibenarkan oleh Islam demi untuk survival Islam dan Melayu.

Hukumnya dibolehkan untuk UMNO kerana UMNO ketika itu sedang berperang [keadaan dalam darurat] dengan Pakatan Rakyat dalam keadaan tersebut, UMNO tidak perlu bayar hutang tersebut.Tipu dan kelentong diharuskan.

Mahkamah yang akan mendengar kes ini, saya berani bersumpah dengan nama Allah bahawa mahkamah akan menolak saman syarikat ini dan akan memberi kemenangan percuma kepada UMNO. Syarikat ini akan mengalami kerugian [jual barang tidak dapat bayaran] dan kos mahkamah juga syarikat ini terpaksa menanggungnya. UMNO akan lepas tangan dan tidak perlu bayar sesen pun.UMNO berkuasa, dia buat apa sahaja yang dia mahu.

Perkara ini telah pun pernah terjadi kepada syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd yang mana UMNO telah berhutang dengannya sebanyak RM218 juta dan liat hendak bayar. Pusingan pertama syarikat ini menang. Mahkamah Tinggi KL, Hakim Anandham Kasinater mengarahkan UMNO menjelaskan hutang tersebut dengan faedahnya sekali kerana membekalkan bahan-bahan kempen pada PRU ke-11 tahun 2004.

Tetapi UMNO buat rayuan, hakim-hakim yang kebanyakannya di Malaysia ini jenis kejarkan dunia, tidak takut pada Allah, takut kepada manusia, takut kehilangan kuasa, kedudukan dan kekayaan, maka mahkamah rayuan pun menerima rayuan UMNO, satu sen pun syarikat inin tidak dapat. Sudah lah barang habis, modal habis dan kena bayar pula ke kilang yang membekalkannya, kena kecing pula dengan UMNO. Bersorakl sakanlah UMNO semau-mauny. Biarkan orang lain menangis-susah, berada dalam kerugian jutaanv ringgit, asalkan dia dan para pemimpin UMNO kaya-raya. Ulamak barua ini diam membisu tidak memberi sebarang komen.



UMNO CABUL HAK RAKYAT RAMPAS ROYALTI MINYAK

http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10484]


Rakyat tidak lagi percaya kepada kepimpinan UMNO dan BN terutama merujuk kepada kenyataan TPM(8 Julai 2009)bahawa soal royalti minyak Kelantan akan dijelaskan oleh Petronas sendiri dan UMNO dan BN kononnya tiada niat menyeleweng hak Kelantan.


2. Hal ini sememangnya telah dijangkakan kerana rakyat sudah sedar bagaimana sepanjang PAS mentadbir Terengganu dahulu royalti telah dijadikan wang Ihsan.
3. Wang sebanyak RM 253.6 juta yang dibayar oleh Petronas kepada Kelantan lesap tanpa diketahui ke mana alirannya (menurut
http://www.chedet.cc/). Dikatakan bayaran telah bermula sejak tahun 1976 lagi. Stok Kelantan mampu memberi pulangan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada Kelantan jika semua telaga beroperasi.


4. Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000). Ia cukup untuk tujuh generasi rakyat Kelantan (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut :


* Blok A18,
* Blok B17 & C19,
* PM3,
* Sub-Blok Ular,
* PM301 & PM302,
* PM303,
* PM311 & 312


5. Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.


6. APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN ? Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.


* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.


* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.


* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.


* Kerajaan UMNO dan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.


7. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.


8. Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.


* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.


* PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.
9. PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN


* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008


10. Sebab itulah UMNO dan BN berusaha keras untuk merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi UMNO dan BN untuk merampas Kelantan semula.


Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion). Sebab itulah UMNO dan BN mahu merampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.


*Kenyataan media oleh NASRUDIN HASSAN TANTAWI selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ulasan :

20 tahun kerajaan negeri dan rakyat Kelantan dizalimi oleh UMNO. Disekat dan dikepung serta didera dengan berbagai cara. Didiskriminasi dalam berbagai sektor, tidak ada seorang ulama di Malaysia bangkit menegur perbuatan zalim UMNO sesama bangsa dan seagama termasuk dua orang ulama ini barua ini.

Seluruh ulama dan cerdik pandai Islam merestui perbuatan jahat dan zalim UMNO itu. Bagi mereka tindakan UMNO itu berbetulan dengan kehendak Islam. UMNO tidak boleh ditentang, wajib patuh dan taat sebagaimana Islam mewajibkan taatkan perintah Allah dan RasulNya.

Tetapi dengan sedikit ugutan dari Tok Guru itu hanya serkadar untuk berdoa, barua dua ekor ini bangkit mempertahankan kezaliman UMNO supaya UMNO dapat terus berlaku zalim terhadap rakyat di negara ini khususnya rakyat Keletan yang mana pastinya duit ehsan itu akan bertaburan di kalangan para pemimpin UMNO untuk membeli pengaruh untuk menang pilihan raya sepertimana mereka lakukan di Terangganu.

Bagi mereka, UMNO tidak zalim, malah UMNO berlaku adil kepada rakyat apabila tarif elektrik dinaikkan dan GST akan dilaksanakan pada tahun 2011 nanti. Rakyat susah tidak apa, jangan pemimpin yang susah.
Pemimpin adalah raja dan rakyat adalah hamba kepada pemimpin.


UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

PANDANGAN SEORANG PENYOKONG PAS BUKAN MELAYU


PAS, sebuah parti yang memperjuangkan prinsip Agama Islam kini menjadi sebuah parti politik pembangkan yang penting dan utama di Malaysia selepas pilihan raya umum 08 March 2008. Untuk menubuhkan Kerajaan di beberapa negeri yang dimenangi PAS, PKR dan DAP, PAS telah bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Kewujudan Pakatan Rakyat ini telah memberikan suntikan penting kepada arena politik negara kerana Malaysia kini melangkah ke arah Negara Demokrasi yang berlandaskan sistem 2 parti (supaya check and balance dapat diwujudkan).

Masyarakat bukan Melayu kini mula melihat dan menilai PAS (Negara Kebajikan) kerana mereka beranggapan PAS sudah wujud sebagai parti politik yang penting di Malaysia. Kini, media massa cina telah mula memberikan sedikit sebanyak laporan mengenai PAS, malah ada yang memaparkan berita PAS di muka surat pertama mereka. Hal ini menunjukkan PAS semakin mendapat tempat dalam hati pengundi Cina. Tambah pula dengan masalah kenaikan harga minyak dan situasi negara, maka kita telah memberikan peluang kepada PAS (undi) pada pilihan raya yang lepas supaya mereka dapat memerintah di beberapa buah negeri.

Pandangan bukan Melayu tehadap PAS semakin bertambah baik disebabkan pemerintahan adil dan saksama yang diamalkan oleh Nizar di negeri Perak dan Nik Aziz di Negeri Kelantan (maaf, saya tidak menyatakan Kedah di sini). Malah ada orang yang menyatakan sokongan orang cina terhadap PAS adalah jauh lebih tinggi daripada sokongan kepada UMNO pada masa kini.

Bukit Gantang adalah contohnya, hampir 80% pengundi bukan Melayu telah memberikan peluang kepada PAS (peratusan ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan peratusan pengundi Cina yang mengundi DAP atau MCA di sesuatu kawasan).

Ya, pemerintahan adil dan saksama serta jaga rakyat yang diamalkan oleh Nizar telah mendorong kepada senario tersebut. Saya adalah salah seorang daripada kategori 80% tersebut. Sehingga kini, undi saya masih di PAS selagi BN tidak faham kenapa saya tidak mengundinya .Akan tetapi sebaik saja selepas pilihan raya umum, wujud berita di mana Presiden PAS Hadi Awang telah berbincang dengan UMNO, malah akan menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

Pada ketika itu, kepercayaan saya terhadap PAS masih teguh malah saya telah memperjelaskan kepada kawan-kawan saya yang telah mengundi PAS pada ketika itu bahawa ini mungkin merupakan taktik mereka untuk merengankan hubungan dalam PR, Kita harus percaya kepada pendirian PAS sebelum pilihan raya.Tetapi, Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS yang sekali lagi mengungkitkan isu Kerajaan Perpaduan ini telah menjadikan pendirian saya terhadap PAS semakin goyah.

Kini, ramai kawan-kawan saya (peyokong PAS) telah tertanya-tanya sama ada mereka mengundi parti yang salah pada pilihan raya yang lepas?

Saya juga tertanya-tanya:Kenapa PAS sanggup merosakan sistem demokrasi 2 parti yang sudah hampir wujud di Malaysia?Kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan mereka yang merampas pentadbiran Negeri Perak?

Kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan mereka yang merampas royalti minyak ketika PAS memerintah?

Adakah PAS sudah terima ideologi sebegini?Kenapa PAS tidak mahu tunggu sampai pilihan raya umum ke 13 baru menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Rakyat?

Ya, Hadi Awang dan Nasharuddin kata Kerajaan Perpaduan bukan bermaksud UMNO dan PAS akan bergabung,Tapi bagi saya Kerajaan Perpaduan bermaksud mereka akan menubuhkan kerajaan bersama-sama,sekiranya ini berlaku maka mereka telah menginkari janjian mereka, dan mereka tidak akan mendapat undi saya pada pilihan raya akan datang.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Tuesday, December 8, 2009

PRESTASI SPRM PENENTU PEMANSUHAN CUKAI

Oleh : Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10479


Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed bahawa beliau akan menyediakan beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti suruhanjaya itu sebaik mengambil alih kepimpinan SPRM berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Saya setuju bahawa ia bukan suatu tugas mudah untuk mengembalikan kredibiliti dan kepercayaan orang awam terhadap SPRM dalam masa yang singkat. Tetapi, rakyat Malaysia secara umum mungkin tidak akan lagi memberi lanjutan masa bagi SPRM untuk membawa tindakan undang-undang terhadap orang yang disyaki terlibat dalam kes rasuah.

Oleh yang demikian, masa merupakan suatu faktor penting dalam mengembalikan integriti dan kepercayaan orang awam terhadap SPRM. Tidak dinafikan, kebanyakan orang awam melihat gejala rasuah sebagai faktor utama yang menyebabkan pembaziran dana kerajaan, peningkatan perbelanjaan kerajaan dan mengakibatkan kenaikan defisit bajet. Saya mempercayai bahawa gejala rasuah merupakan antara punca secara tidak langsung pengenalan pelbagai cukai untuk menambah pendapatan kerajaan, termasuk pengenalan semula 5% Cukai Keuntungan Hasil Tanah (yang kini juga terpakai bagi hartanah yang diperolehi lebih dari 5 tahun), cukai perkhidmatan RM50 ke atas tiap-tiap kad kredit dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dibentangkan tidak lama lagi (yang dilihat sebagai membebankan rakyat miskin).


Hakikatnya, gejala rasuah sememangnya membebankan rakyat Malaysia. Oleh itu, kejayaan SRPM untuk menurunkan kadar gejala rasuah adalah penting bagi rakyat Malaysia dan mungkin boleh menyebabkan kerajaan menimbang dan menarik balik mana-mana cukai yang tidak diperlukan terhadap rakyat Malaysia pada masa hadapan. Justeru, saya ingin mencadang kepada Abu Kasim Mohammed untuk menimbang perkara-perkara berikut selepas mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM pada 1 Januari 2010,


1. SPRM secara automatik menyiasat semua penyelewengan atau penyalahgunaan dana kerajaan yang dibangkitkan di dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara (samada di dalam kerajaan BN atau PR di peringkat persekutuan ataupun negeri).


SPRM perlu menyiarkan suatu laporan tahunan berkenaan tindakan yang telah diambil oleh SPRM ke atas laporan tahunan Ketua Audit Negara. Sehingga kini, terdapat banyak kegiatan penyelewengan yang disyaki berlaku telah dibangkitkan di dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara (sejak penubuhan SPRM) tetapi tiada apa-apa tindakan yang diambil untuk mendakwa pihak terbabit dan kerajaan telah gagal mengambil balik dana yang disalahgunakan.

2. SPRM menyiarkan di dalam laporan tahunannya berapa kes yang telah dilapor kepadanya setahun dan apakah tindakn yang telah diambil. Bagi kes-kes yang SPRM mengambil keputusan untuk tidak mengenakan apa-apa tindakan ataupun tiada tindakan yang diambil selepas enam (6) bulan selepas laporan diterima daripada orang awam, SPRM harus menyenaraikan sebab-sebab bagi kegagalan atau keengkaran mengambil tindakan.


Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Abu Kasim Mohammed yang akan mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM pada 1hb Januari 2010 dan semoga beliau akan berjaya menurunkan gejala rasuah di Malaysia


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Friday, December 4, 2009

PAS V UMNO: DEMO SANA, DEMO SINI

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Bulan Disember adalah bulan penutup bagi tahun 2009 ini dipenuhi dengan isu-isu yang penuh dramatik yang melibatkan musuh tradisi di antara PAS dan UMNO berperang sesama sendiri untuk merebut pengaruh.


Semasa UMNO kuat dan tidak mempunyai masalah dalaman dan masalah kepimpinan yang tidak kredibal [ada pun disembunyikan oleh media massa miliknya] yang dihadapi seburuk masa kini, bertambah pula dengan keributan yang berlaku dalam gabungan BN [MCA, Gerakan dan PPP], perkataan dan pebuatan “DEMONTRASI” menjadi kutukan dan hinaan daripada para pemimpin, ahli dan pendokong UMNO khususnya di bawah pemerintahan Dr.Mahathir bin Mohamad dulu, kini bertukar menjadi pujaan dan sanjungan pula.


Sesiapa yang menganjur dan menyertai demontrasi pada ketika itu [sebenarnya tunjuk rasa] atas apa jua isu akan dianggap sebagai pengkianat, penderhaka, surverrsif, pengganas, pengacau keamanan negara dan berbagai label lagi diberi kepada para demontrasi.


Manakala pihak polis pula memainkan peranan lebih kuah atau lebih bubur dari sudu. Melampau. Tindakan ganas melepas gas pemedih mata, memancut air kimia berasid, menepong, menangkap, memukul, menumbuk, menendang, menelanjang, melokap dan berbagai lagi tindakan yang di luar batas-batas kemanusian dilakukan pihak polis, khusunya FRU [yang kebanyakannya direkrutkan daripada pemuda-pemuda yang separuh gila] terhadap para peserta yang melibatkan diri dalam tunjuk perasaan atau demontrasi.


Rakyat setiap masa dan setiap detik diajar menyanyi dan menghayati melalui lakonan dan klip video oleh media massa yang dikawal oleh UMNO bahawa:


“DEMONTRASI BUKAN BUDAYA KITA”


Itu dulu, semasa UMNO kuat, muda dan bertenaga serta berkuasa secara mutlak ke atas negara ini, tetapi selepas tsunami politik 8 Mac 2008 lalu, UMNO mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarahnya, hilang majority 2/3 dalam parlimen, hilang kuasa ke atas 5 buah negeri [Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan] dan termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. UMNO mula meraban tidak ada arah tujuan, gila meroyan.


Sebahgian besar para pemimpinnya [khusus di negeri-negeri yang UMNO tidak berkuasa lagi seperti di Selangor], mereka bagaikan menjadi orang ‘gila’. Duduk salah, berdiri salah, tidur salah, makan-minum pun terasa pahit, makan, makan, tetapi terasa haus dan lapar jua. Siang-malam asyik memikirkan kuasa, kuasa dan kuasa.


Ini kerana mereka telah kehilangan kuasa. Mereka terpaksa akur dengan keputusan rakyat. Hilang kuasa, maka bererti mereka hilang punca atau sumber kekayaan peribadi. Sudah menjadi budaya dan amalan para pemimpin UMNO menggunakan kuasa untuk memunggah dan mengumpul kekayaan peribadi, keluarga dan kroni.


Maka, slogan demontrasi telah ditukar menjadi “ DEMONTRASI MENJADI BUDAYA KITA”. Inilah budaya kita turun temurun lagi, ketika datuk nenek kita menentang penjajahan Inggeri dahulu untuk menuntut kemerdekaan.

UMNO yang mula-mula sekali mencetuskan demontrasi sebaik sahaja PRU ke-12 tamat [gelombang politik berterusan], ia bermula di Pulau Pinang. UMNO Pulau Pinang bangit menentang dasar pemerintahan Lim Guan Eng untuk menghapuskan dasar ketidakadilan yang berlaku dalam DEB, terutama dalam hal-hal pembahagian saham dan kontrak yang diambil peluang oleh puak-puak UMNOputra. Golongan inilah yang banyak mendapat faedahnya-sapu bersih, rakyat miskin dari b erbagai kaum termasuk Melayu di luar golongan ini hanya mampu menjilir lidah, ternganga dengan lilihan air liur menanti suapan sekupang dua bagi menghilangkan haus dan dahaga.


Demontrasi tidak salah. Tunjuk rasa pun tidak salah. Ianya penting untuk kerajaan yang memerintah untuk bermuhasabah. Mencari kesalahan, kelemahan dan bangkit mengatasi kelemahan tersebut demi kepentingan rakyat, bukan kepentingan orang yang terlibat menganjur dan menyertai sebarang demontrasi seperti yang dilakukan oleh UMNO.


Pakatan Rakyat berdemontrasi atau tunjuk rasa kerana isu-isu yang berkaitan membela kepentingan rakyat terbanyak seperti demontrasi menentang kenaikan harga minyak, tol, harga barang, tahanan tanpa bicara ISA, pilahan raya bersih dan sebagainya lagi.


UMNO berdemontrasi kerana hendakkan kuasa, kedudukan dan kekayaan secara muda tanpa perlu berusaha keras seperti yang dilakukan oleh kaum Cina yang berjaya dalam dunia perniagaan. Dengan kuasa, mereka hanya perlu mengunakan kuasa air liur sahaja boleh mencipta kekayaan secepat kilat. Saya berani mencabar siapa yang berani menafikan kenyataan tersebut, sila berikan dalil-dalil yang munasabah, kenapa setiap kali adanya pemilihan dalam UMNO, sampai rak seluruh dunia kerena masing-masing berebut jawatan? Jawapannya hanya satu. UMNO dan kuasa adalah sumber kekayaan.


52 tahun UMNO memerintah, Melayu masih lemah dan kedudukan ekonominya masih ketinggalan luas berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Pemilikan hartanah Melayu-Islam di dalam bandar-bandar besar di Malaysia adalah kecil tidak sampai 10%, selebihnya adalah pemilikan bangsa asing. Islam dihina dan diperlekehkan sesuka hati tanpa pembelaan sewajarnya. Islam dan pegangan amalan ajaran Islam di kalangan orang-orang Islam semakin lemah dan longgar. Islam tidak berjaya diangkat martabatnya di Malaysia.


Melayu masih ketinggalan dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Kedudukan politik masa kini tidak menguntungkam Melayu-Islam. Kerja buat siapa ini, kalau tidak kerana UMNO. UMNOlah melakukan segala-segalanya. Melayu UMNO yang kaya raya hasil rasuah, berbagai komisyen yang masuk poket sendiri, menyalahgunaan kedudukan dan kuasa untuk mengumpul kekayaan dan kemewahhan peribadi. Melayu lain papa kedada. Hidup melarat di tanah air sendiri kerana UMNO yang memerintah.


Sila lihat skandal PKFZ, kehilangan wang rakyat sebanyak RM4.6 billion adalah angkara pemimpin UMNO. Koperasi Pembangunan Pulau Lumut dipengerusikan oleh Onn Ismail, bekas speaker DUN Selangor dan bekas wakil rakyat UMNO membeli tanah rakyat dan menjual kepada Kuala Demensi Sdn Bhd [KDSB] pada tahun 1999 dengan harga RM95 juta. Kemudian Kuala Demensi menjualnya kepada Lembaga Pelabuhan Kelang [PKA] dengan harga RM1.8 billion pada tgahun 2002. PKA telah melantik Kuala Demensi sebagai kontraktor utama membina dan membangunkan PKFZ yang kosnya melonjak dari RM1.1 billion kepada RM4.6 billion [Lim Kit Siang kata kos sebenar yang terlibat berjumlah RM12.5 billion]. Pengerusi KDSB ialah Azim Zabidi, bendahari UMNO. Peguam yang menguruskan tata cara pengurusan PKFZ ialah Abdul Rashid Asari, ketua UMNO Cawangan, CEO Tiong King Sing, ketua BBC BN, timbalan CEO, Faizal Abdullah, ketua pemuda UMNO Kampar [menantu Onn Ismail].


Peguam Negara, polis dan SPRM diam sahaja dalam hal ini kerana UMNO berkuasa. Kalaulah MB-MB Pakatan Rakyat yang melakukan perkara ini, sah barua-barua ketua-tua bagi ketiga-tiga agensi terlibat tentu melompat tinggi sampai cucur atap dan media massa memperbesar-besarkan isu ini terutama Utusan Malaysia yang terkenal dengan lidah iblisnya [payong cap dacing pun disembunyikannya untuk menjaga maruah UMNO]. Inikan pula isu besar, menghakis kepercayaan rakyat terhadap UMNO.


Untuk menutup kelemahan dan segala kepincangan yang dilakukan UMNO selama ini, maka para pemimpinnya yang kehilangan sumber kekayaan akibat kehilangan kuasa, maka mereka menggunakan kaedah demontrasi untuk mengabui mata rakyat yang mereka adalah golongan pembelaan rakyat, tetapi hanya pendusta dan pembohong besar dalam sejarah kemanusian di abad ke 21 ini. Tujuan sebenar mereka adalah untuk kembali berkuasa. Dengan kuasa itu, mereka boleh merompak [dilesenkan] semula harta rakyat dan membahagi-bahagikan kekayaan negara sesama mereka. Itu sahaja tujuan mereka, bermatian-matian menentang pembaruan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat.


Bermula dengan demontrasi membantah kelemahan pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang , kini yang menjadi barua-barua dan babi-babi adalah para pemimpin UMNO Pulau Pinang baru sedar bahawa Melayu Pulau Pinang sudah ketinggalan dan miskin semenjak era pemerintahan UMNO/BN lagi. Oh…, dulu mereka tidur bersedap-sedapan, rasuah rasuah sana, rasuah sini, komisyen sana-sini, kini baru meraka sedar [maaf kerana menggunakan perkataan yang tidak sedap didengar, tetapi tiada perkataan yang sesuai untuk digunakan bagi pemimpin UMNO PP, itulah perkataan yang paling sesuai sekali digunakan]. Rujuk link ini:
[
http://www.malaysiakini.com/news/118753]
dan ini [[http://www.malaysiakini.com/news/118882]


Begitu juga di Kelantan, UMNO berdemontrasi di hadapan pejabat MB dengan beralaskan doa Tok Guru MB untuk membinasakan UMNO dan PM sekiranya kerajaan pimpinan Najib Tun Razak enggan memberi 5% royalty petronas ke Kelantan. Kerajaan negeri dan rakyat Kelantan menolak tawaran Najib memberi wang ehsan kerana kerajaan negeri khususnya Tok Guru sedar ini adalah permainan politik Najib dan kuncu-kuncunya di Kelantan.


Golongan UMNO yang desperado ini telah mengambil kesempatan mendesak Tok Guru meletakan jawatan dan pada masa yang sama media massa dan ulama yang menjadi barua UMNO turut berkempen menjatuhkan Tok Guru. Tujuan mereka sebenar ialah mereka hendakkan sangat wang ehsan itu bagi membiayai kegiatan politik membeli pengaruh di Kelantan. Lihat link ini [
http://www.malaysiakini.com/news/118817]


Hal seumpama inl telah berlaku di Terangganu pada tahun 1999-2004. Habis wang ehsan yang diberi disalurkan ke poket para pemimpin UMNO Terangganu pada masa itu untuk membiayai kegiatan politik UMNO Terangganu bagi membeli pengaruh rakyat. Wang ehsan Terangganu dimanipulasikan oleh para pemimpin UMNO melalui berbagai aktiviti seperti aktiviti memberi bantuan rakyat misikin [pilih bulu], yuran persekolahan, sedekah sana, sedekah sini, penyediaan kemudahan awam mengikut kawasan berkepentingan UMNO dan sebagainya sehingga PAS tersungkur pada PRU ke 11 dan tidak boleh merampas kembali Terangganu dari tangan UMNO pada PRU ke-12 lalu.


Bagi para pemimpin PAS di Kelantan lebih awal sedar akan hal ini, maka mereka bersama-sama dengan rakyat Kelantan dari berbagai kaum dan agama bangkit menolak hasrat Najib, di sebalik pemberian wang ehsan itu adalah bertujuan berselindung untuk menjahanamkan/menjatuhkan kerajaan PAS dan yang mana Islam sedang berkembang mekar ke segenap sektor kehidupan rakyat [termasuk rakyat Kelantan bukan Islam] yang tidak dibudayakan atau diamalkan di negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO.


Oleh itu, doa yang dicadangkan oleh Tok Guru wajar dilaksanakan segera tanpa dilengah-lengahkan lagi. Dalam konteks doa ini, Nabi Mohamad saw pernah berdoa untuk menghancurkan musuh dalam peperangan Ahzab kerana Nabi sudah tidak tertahan lagi dengan kezaliman pihak musuh. Berbeza dikeadaan yang dialami oleh Nabi saw di Taif seperti dihujahkan oleh seorang wanita UMNO di TV yang menyalahkan Tok Guru dan diikuti oleh Mufti Haru Sana Haru Sini dan seorang lagi ulama UMNO, dok gayut sana, dok gayut sini.


Sebagai tindak balasnya, hari Jumaat 4 Disember 2009, rakyat Kelantan bangit mempertahankan Tok Guru lihat sedutan laporan ini :

KOTA BHARU, 4 Dis 09: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.


Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.









UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Tuesday, December 1, 2009

HARU SANA, HARU SINI





Bukan main lagi, seorang Mufti dan bekas Mufti negara ini menghentam MB Kelantan. Puncanya MB itu menyebut bahawa dia berdoa supaya Allah musnahkan masa depan PM Malaysia dan kumpulannya jika enggan memberi royalti petroleum kepada Kelantan.


Bagi mereka tindakan MB Kelantan itu salah, haram di sisi Islam. Sepatutnya dia berdoa untuk kesejahteraan dan kebaikan kepada Najib. Mengapa? Ya, Najib juga orang Islam. Lainlah kalau doa itu ditujukan kepada kafir harbi.


Seorang bekas Mufti pula berkata, berhajat supaya orang lain ditimpa keburukan bercanggah dengan al-Quran bahkan mencabar al-Quran.


Heee… seram sejuk macam minum ais pada musim hujan, memulas-mulas perut macam termakan gulai basi, bila membaca kenyataan kedua-dua makhluk itu. Bukan main lagi mencari hujah membela, mempertahan, memperkukuh tindakan Najib.


Benar, berdoa dengan keburukan dan kemusnahan kepada orang lain memang tidak boleh. Tetapi, kepada siapa? Berdoa supaya Tuhan menghukum orang yang merampas hak kita, bukan hak kita seorang tetapi hak rakyat keseluruhan, tidak boleh?


Bukan hak rakyat yang hidup di Kelantan pada hari ini sahaja tetapi termasuk hak rakyat yang Kelantan yang bakal lahir. Bukan hak rakyat Kelantan yang berparti PAS sahaja termasuk yang berparti Umno. Bahkan, termasuk rakyat Kelantan yang menjadi saudara-mara Harussani, saudara-mara Noh, termasuk saudara mara Najib dan Rosmah yang tinggal di Kelantan.


Najib tidak menunaikan hak, itu isunya. Berbagai usaha dilakukan untuk membolehkan hak itu ditunaikan, namun Najib macam pekak badak sahaja.


Orang yang pekak badak hanya boleh disedarkan dengan pukulan gong di telinganya. Pukulan gong itu bagi orang Islam ialah ‘doa’. Mudah-mudahan Najib dan orang-orangnya sedar apa yang dibuatnya itu.


Heee…geli-geleman macam nampak ular lidi, bila mendengar kedua-dua tokoh agama itu bercakap mengenai persaudaraan, silatur rahim, pohon maaf.


Sepatutnya kedua-dua tokoh itu menasihatkan Najib supaya menunaikan hak kepada yang berhak. Jangan sampai orang yang menuntut haknya hilang sabar sehingga dia tidak punya cara lain selain berdoa.


Harussani dan Noh ingat isu royalti petroleum isu kecil, isu main-main, isu sampingan? Royalti petroleum untuk Kelantan nilainya bukan seperti sebulan gaji campur elaun Dato' dan Tan Sri. Kalau Dato' dan Tan Sri boleh tidak berpuashati kalau elaun campur gaji Dato' dan Tan Sri tak dibayar, dan sedia berdoa untuk itu, ini royaltilah Dato' dan Tan Sri!


Jangan salahkan orang berdoa, tetapi salahkan orang yang tidak menunaikan hak. Berdoa salah, merampas hak tak salah. Aduh, perut semakin memulas-mulas, mungkin pasai banyak makan daging korban kot?


Sudahlah Harussani, sudahlah Noh. Apa lagi yang al-Fadhil Yang Berbahagia Dato’ dan Tan Sri nak cari? Perut Dato’ dan Tan Sri belum kenyang? Poket Dato’ dan Tan Sri belum cekang? Atau, Dato’ dan Tan Sri ada angan-angan lain?


Sumber : Zolkharnain Abidin
http://bongkarsauh.blogspot.com/2009/11/tan-sri-dan-dato-sudah-sudahlah.html


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

UMNO: BUSUSK SAMPAI KE USUS

Oleh :Dr. Mahathir Mohamad


1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.


4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.


Nota:


Orang gila sahaja yang sukakan UMNO
Gila ada macam-macam gila,
Gila pangkat
Gila kuasa
Gila kekayaan
Gila bodek, ampu
dan 1001 macam gila lagi

Yang paling penting,
Berkawan dengan UMNO adalah
Macam kawan dengan
Babi hutan
Najis besar


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”