DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, August 21, 2007

BLOGGER PONDAN ATAU OTAK TERLALU MAHAL?

The Antics of Husin Lempoyang:
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

Dibawa Khas Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt

Bermula pada 23 Julai 2007 lalu, Muhammad Muhd.Taib @ 2M membuat laporan polis terhadap pengendali laman Malaysia Today [MT] yang dikendali oleh YM Raja Petra Kamaruddin [RPK] di atas dakwaan kononya menyiarkan komen-komen yang menghina yang Dipertuan Agong,agama Islam dan berbau perkauman. Pengendalinya, RPK yang dipanggil memberi keterangan polis dan disoal-siasat selama lapan jam pada 25 Julai 2007 lalu dari pulkul 12.30 tengah hari sehinggalah masuk maghrib 7.30 malam. Kemudian pada 8 Ogos 2007 lepas, isteri RPK pula dipanggil oleh pihak polis untuk disoal-siasat yang makan masa selama kira-kira 90 minit dari jam 11.05 pagi hingga 12.30 tengahari.


Tian Chua juga tidak terlepas, beliau telah disiasat oleh pihak polis pada 16 Ogos dan pada 21 Ogos pihak polis sekali atas arahan dajal_UMNO telah melakukan pecah-masuk dan selongkar pejabat Ketua Penerangan PKR itu .Pada hari ini juga pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media Malaysia telah turut serta menjalankan penyiasatan berdasarkan laporan yang dbuat oleh Khairy Jamaluddin dan ahli-ahli Pemudanya pada 10 Julai lalu.

Pada saat itu, perangai 2M ini macam SYAITAN. 2M berkeliaran mengejar mangsanya [para blogger] seperti ‘babi hutan’ dalam kesakitan. Menyerang siapa sahaja yang mengkr
itik kerajaan yang kurop. 2M ini tidak ada maruah dan harga diri. Tubuh badannya penuh disaluti dengan ‘tahi @ shit’ yang amat busuk merebak ke seluruh negara.

Perangai babinya ini dicurahkannya pada majlis perjumpaan pemimpin Penerangan UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 Ogos lalu. Mulut busuknya telah menyembur kata-kata yang amat pedas. Sila rujuk :

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm/content.asp?y=2007&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


Rencana yang ditulis oleh Husin Lempoyang mencerita segala-segalanya tentang sifat buruk lagi keji 2M ini. Sila ikuti :

Bayangkan Malaysia dalam tahun 2057.Setelah melewati tahun mercutanda Wawasan 2020, tahun itu adalah mercutanda tahun Misi Nasional 100 tahun wawasan terbilang Dato Seri (mungkin dah pencen dan disebut sebagai arwah Tun) Abdullah.

Masa itu, teknologi bio-medical sudah begitu maju kehadapan. Dengan teknik cryogenic semasa, bahagian dan organ manusia boleh disejuk dan kitar semula untuk pesakit-pesakit.

Semasa itu, KNI (Singapore) Inc (nama pendikkan Khazanah Nasional International yang berpengkalan dan dikuasai Temasek) membuka pusat-pusat cryogenic yang menjual bahagian-bahagian dan organ organ-organ manusia untuk kegunaan pembendahan perpindahan organ (transplant). Satu hari, datanglah seorang pelanggan yang ingin segera jadi genius (walaupun tidak masuk Oxford belajar PPE) dan mahu memilih otak untuk di transplant pada dirinya. Dia berlegar-legar di ruang untuk otak-otak manusia yang dipamer dalam balang kaca yang tertulis kod-kod tertentu.

Seorang jurujual yang juga pakar bio-medical datang menghampirinya dan menawarkan bantuan penerangan.

Pelanggan menunjuk arah kepada satu balang otak yang ditulis Otak Jepun dan bertanya harga. Pakar dan jurujual itu memberitahu harganya agak mahal dalam RM50,000. Dia menerangkan bahawa satu masa dahulu orang Jepun terkenal sebagai bangsa yang disiplin, kuat bekerja, dan kreatif. Negara Jepun suatu masa dahulu menguasai industri dunia.


Teringin pula dia mengetahui berapa agak Otak Yahudi. Maklumlah Yahudi adalah orang-orang yang paling pandai dan lecek. Jumlah mereka sedikit tetapi mereka berada di semua tempat-tempat strategik dalam dunia. Bangsa Yahudi menguasai dunia melalui proxy. Bila ditanya, pakar memberitahu Otak Yahudi berharga RM60,000.Hanya untuk pengetahuan, dia menanyakan Otak Einstein. Pakar menjawab mereka ada Otak Einstein dan harganya mahal sedikit dalam RM70,000.


Pelangan itu hairan kenapa tidak jauh beza harga Otak Jepun, Otak Yahudi dan Otak Einstein.Langsung dia ternampak di satu sudut Otak yang agak besar balangnya dan bertanya, “Ini nampak mahal. Berapa harga dan otak siapa?”Pakar menjawab, “Oh … ini Otak Arab, sangat mahal dalam RM150,000”.


Terkejut pelanggan itu dan berteriak, “Oi mahalnya. Arab bukan cerdik dan sering hilang pertimbangan kerana mudah emosi…”Pakar menerangkan harga mahal sebab jarang guna dan banyak neuron yang belum diguna pakai.


Pelanggan tersenyum di dalam hati sambil matanya berlegar-legar dan terpandang satu otak. Otak itu diletak tinggi disatu pentas para-para, disimpan dalam balang yang bercaya keemas-emasan dan disuluh dengan cahaya. Sambil memandang kepada pakar, dia berkata otak yang itu pasti mahal dan tidak pernah diguna.“Itu diluar kemampuan orang biasa kerana harganya RM1 juta”, jawab pakar bio-medical dan jurujual.“Otak siapa? Kenapa dia jadi mahal sangat?”


Pelangaan bertanya sambil terpegun.“Ohhh … Ini mahal kerana ini Otak Malaysia dari zaman cemerlang , gemilang dan terbilang Islam Hadhari. Saya tidak tahu terperinci latarbelakangnya, kena merujuk rekod. Yang saya tahu, ia kepunyaan seorang bekas ahli politik zaman itu.”Jurujual menyambung,


“Otak dia memang kurang diguna. Neuronnya masih banyak ruang dan aliran darah dan saraf sangat baik. Mungkin dia merupakan seorang tidak pernah berfikir sebelum melakukan tindakan.


Walaupun otaknya jarang-jarang diguna, dia amat berpotensi.”Mengikut rekod sejarah, dia pernah menjadi Menteri Besar dan boleh membohongi Sultan. Yang jadi tersangat mahal adalah kerana dia boleh temberang mahkamah asing hingga percaya dia tak tahu berbahasa Inggeris.”Terpinga-pinga pelanggan itu hairan macam mana Otak begitu boleh sampai sejuta.

Beginikah nilainya kepada otak yang suka bertindak tanpa berfikir?



Ewah ewah … pada hari Sabtu baru-baru ini, dengarnya marah betul Tan Sri Muhammad Muhammad Taib atau Mat Tyson atau kini digelar 2M. Senang senang memanggil blogger sebagai pondan dan tidak jantan kerana tidak berani berdepan dan tidak hos di dalam negara.Ini macam budak lenget yang mundum asyik kalah main gasing. Teringat nyanyian yang Husin guna untuk sakat kawan-kawan yang hampir nak menangis.


Nget nget paku benang

Orang lengit cari tunang

Boleh diubah suai, jadi berikut:

Nget nget sondol perempuan


Tan Sri lengit panggil blogger pondan



Tan Sri yang lengit serba ketinggalan.



Baru beberapa minggu lepas. Khairy dah mengaku UMNO kalah didunia siber. Masa Tan Sri memberi sidang akhbar, bayangkan malu air muka Khairy disebelah.Sekarang macam mana nak menang? Perdana Menteri yang serba “I don’t know” berpura-pura diam ranggi (elegant silence).


Jalan sentiasa dipimpin. Cakap sentiasa dikawal selia supaya cakap tidak merepek. Bila ditanya pemberita soalan yang dia tidak tahu jawab, dia marah pemberita. Sebenarnya bukan UMNO yang kalah, orang Pak Lah yang half past six. Dulu tak kalah, pasal Dr Mahathir jelas dalam memberi penerangan.


Sekarang macam mana nak jelas memberi penerangan? Yang memberi penjelasan dan berhujah di alam siber adalah Mat Rempit. Mereka tahu maki hamun, mengejek orang macam budak-budak, dan berhujah macam tengah khayal pil ecstasy… lain dibincang, lain dihujah.


Cuba baca laman KPMU … Kumpulan Perempit (Kasi) Malu UMNO.Lagi menurun prestation … opps prestasi kerja Tan Sri.Macam ini bakal mahal lah otak dalam tahun 2057.


Hari itu dahlah pergi buat repot polis di IPD Dang Wangi tapi tak memberi butir tuduhan.Husin dah nasihat, cara nak menghadapi blogger adalah dengan keupayaan memberi penerangan dan berhujah yang jelas dan berfakta. Kalau tak tahu bahasa Inggeris, lagi lah susah.


Cara mengugut menggunakan Akta Defamation, OSA, ISA, Akta Hasutan dll dah tidak ada kredibiliti pada pandangan orang ramai. Taktik mengeliru dan membuat tuduhan melulu tanpa fakta dan kandungan sudah basi. Hentikan perangai kebudak-budakan memanggil mengejek - pondan, monyet, goblok, suri rumah tak kerja (kesian para suri rumah dihina), dan pembohong. Lagi hilang kewibaan di mata rakyat.Goyak denge jelah. Hok mana fitnoh, hok mana hasut, hok mana hina, dan hok mana gugat keselamate dan keamane?


Orang Malaysia bukan bodoh hingga perbincangan di Internet boleh sampai jadi pergaduhan antara kaum dan agama.Cubalah fikir.


Hanyalah Internet saja ruang untuk rakyat boleh menyatakan pandangan secara terbuka untuk menyuarakan pendapat, kebimbangan, memberi timbal balas dan mendedahkan kebusukan (rotten) rasuah dan penyelewengan.


Dengan penguasaan kesemua media perdana dan hingga mengugut dan menahan Dr Mahathir untuk berucap, mana lagi ada ruang? TV3 sibuk funfair Sure Heboh. NST dah jadi New Spin Times. Bernama dah mula rosak nama. Macam mana nak jelas dan yakinkan rakyat?


Betullah half past six. Ini bukan pentadbiran yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang …. tapi otak pentadbiran serba Cempelung, Gelembung, dan Terbarai.


Tanya pada Tan Sri, macam mana kami tidak blog menggunakan laman luar negara? Adakah hos blog tempatan yang percuma?


Macam mana kami tak jadi penembak curi, seperti yang digelar Shaziman, kerana tidak bersuara dengan identiti terbuka? Elleh … Mat Rempit KPMU pun menggunakan nama samaran dalam laman web dan blog masing-masing.


Lihat mereka-mereka yang bertanggungjawab disoal siasat tanpa sebab dan mahu ditahan sewenang-wenang di bawah OSA, ISA dan apa lagi A. Apa jadi pada RPK, Marina, Nat Tan, Rocky, Jeff, Tian Chua, Namewee, dan Dato Ron (terima ugutan bunuh)?


Husin sebut walaupun pembangkang, kerana demi hak bersuara.Dalam diam-diam ada 14 orang telah dipanggil soal siasat dan dirampas komputer, termasuk seorang penulis terkenal.Mana cerita seperti blogger Hamzi yang cuba diputarbelit dengan blog tipu oleh blogger “Mamak” Malaysia.


Blogger tahu dan faham Akta Multimedia memang sebahagain dari undang-undang tertulis termasuk Undang-Undang Defamation, Hasutan OSA dan ISA. Kuasa MCMC dibawah Seksyen 223 terhadap blogger hanya melibatkan penyalahgunaan kemudahan fasiliti dan perkhidmatan.


Dalam NST dah laporkan baru-baru ini, Encik Muhamad Tahir Muhamad Noor, Acting Pengarah Komunikasi Korporat MCMC dah jelaslan jumlah blog terlalu banyak untuk dipantau. Seksyen 3(3) Akta Multimedia sudah jelas tidak membenarkan tapisan dan ISP tempatan tidak boleh menggunakan alat tapis.Tidak semua Blogger berbuat fitnah atau menghasut atau membuat tuduhan melulu.


Mereka yang buat sedemikian tanpa bukti dan fakta tidak dibaca orang. Senang saja jawab saja dan tak payah guna ini semua. Mula dengan buka buku 70 Dalil. Main nafi dan nahi sudah tidak pakai.Bila nak hentam, kaji dahulu. Jangan sampai kena makan kasut.


Cerita pasal pondan dan tak jantan kerana hos di luar negeri, Husin akui KPMU hos di Sarawak dan Agendadaily hos di Sabah. Entah helah apa diguna untuk hos di sana, bukan di MSC Cyberjaya?


Tanya sedikit Tan Sri, kenapa Macai.net dan Malaysia Tomorrow tak boleh dijumpa hos nya dimana dalam laman Whois? Cuba tengok di bawah ini, mereka hos dimana? Sama-sama pondankan?Inilah main sondol gila babi main cakap dan tuduh, tak teliti dahulu.


Hai … babi gila pun tak macam ini. Jeff Ooi dah beritahu blogger dari tahun lepas, mereka hos di Amerika.Tak malu ke Tan Sri?


Baik beri penerangan dengan jelas dan tulus.Tak payah berhelah dan bersilap mata. Dalam dunia siber ini, Tan Sri masih amatur. Baik diam dari bercakap.


Dengarlah nasihat Husin Lempoyang … peniaga unta dari Cairo yang lebih untung jual orang dari jual unta. Wow! Suruh Dol sendiri beri penerangan.


Cukuplah honeymoon, sampai tengah Musabaqah Al Quran main-main tangan dilihat satu negara di Telivisyen. Tak payah terjerit-jerit serak, nanti suara terbatuk-batuk dan cakap berulang-ulang.


Pastikan briefing yang cukup. Jangan sampai macam di Melaka, nama Tun Tan Cheng Lok lupa dan sebut Tun Lok Chan.Oh lupa … Kalau nak kurangkan rasa pahit, makan kasut Bally dan letak sedikit sos lada hitam Sarawak ye, Tan Sri.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.

Monday, August 20, 2007

Apa Ada Pada Abdullah Badawi?

Petikan daripada :http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5787
Oleh Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,




Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja jadi PM terus tangguh beberapa projek yang telah diluluskan oleh kabinet yang beliau anggotai?
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja naik membenarkan penjualan Pantai Holdings kepada Parkway Singapura?

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM terus melantik Kalimullah bermaharajalela di NSTP.

Apa ada pada Abdullah Badawi bila sahaja menjadi PM, banyak editor Melayu NST tertendang keluar.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, anak menantu sudah tunjuk taring?


Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, RMK 9 penuh kecelaruan.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, lain di mulut lain yang dibuat.



Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, mengaku ini "Idea Saya."

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, bekas PM dihina dan dicerca.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, menantu jadi hantu.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, Proton makin banyak rugi

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, AP bersepah milik Hanif dan Aziz

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, buang Ketua Bahagian yang menang bertanding.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, sudah pandai panggil orang Iblis
Apa ada pada Abdullah Badawi?
tarak apa-apa pun
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.

Sunday, August 19, 2007

KJ : PEMIMPIN YANG DAYUS


Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Hari ini 19 Ogos 2007 terdapat dua berita yang menarik untuk kita kongsi bersama. Kedua-dua berita tersebut disiarkan oleh Malaysiakini.com. Pertama, dalam perhimpuanan Pemuda MCA pada 18 Ogos kelmarin, Pemuda MCA tolong ajar Pemuda UMNO supaya lebih beradab dan berhati-hati ketika berucap jangan ikutkan hati untuk memancing undi untuk mendapatkan 3K,1W dan 1A.

Ketua Pemuda MCA Liow Tiong Lai menyindir Ketua Pemuda UMNO [Timbalannya] mencabut dan melambai-lambaikan keris sewaktu Persidangan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO tahun lagu menjadi satu kontroversi sehingga ia terus menghantui masyarakat bukan Melayu. Bagi mereka insiden itu mengambarkan betapa ganas dan tidak harmonisnya Pemuda UMNO terutama dalam isu perpaduan kaum dalam negara. Ucapan berapi-api dikalangan Pemuda UMNO akan mepertahankan agama, bangsa dan negara sehingga ke titisan darah terakhir bagi masyarakat bukan Melayu mengingatkan kembali mereka kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Ucapan berbau perkauman ini terus dimainkan dalam perhimpuan agung parti itu yang disiarkan secara langsung melalui media massa milik UMNO dan Astro. Beberapa orang perwakilan UMNO telah dikenalpasti sebagai ‘penghasut’ dan membakar semangat perkauman di kalangan rakyat di Negara ini. Pihak polis telah menjalankan penyiasiatan dan hasilnya telah diserahkan kepada Peguam Negara, Abdul Ghani 4tahil untuk tindakan selanjutnya. Dasar Ghani ialah mempertahankan survival UMNO walau bagaimana cara sekali pun, bukan untuk menjalankan tugas mencari keadilan. Tugas AG ini dipengaruhi sepenuhnya oleh UMNO. Ghani hadir di Pejabat Peguam Negara sebagai ‘robot’ yang sudah pun diprogramkan untuk menjaga UMNO, maka adalah PASTI para perwakilan yang terlibat tidak akan didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia. Adilkah?

Berita pertama, Malaysiakini.com melaporkan Khairy Jamaluddin yang hadir dalam mesyuarat tersebut menjadi 'kelu' apabila diminta mengulas kritikan pedas Pemuda MCA yang disasarkan kepada UMNO khususnya Pemuda dengan berkata : “Ianya bukan budaya MCA dan bukan juga Pemuda MCA untuk melambai-lambaikan pedang bagi menuntut sesuatu. Kenapa tidak melambai handphone? Handphone melambangkan komunikasi dan boleh diterjemah untuk menggalakkan persefahaman”. Selepas itu, Liow menerbit dan melambaikan naskah Perlembagaan Persekutuan dan ini diikuti oleh seluruh EXCO Pemuda MCA di atas pentas.

Hai, Khairy mana jantan kamu? Kamu tidak ada telor [pinjam kata-kata Rosli Ismail di Agendadaily] ke?

Berdasarkan kenyataan Mohamad Norza Zakaria, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yaacop , Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur mengatakan kamu : ada segala-galanya untuk jadi pemimpin”. Dan katanya lagi kamu : “Khairy juga boleh berdebat dengan sesiapa sahaja dan kualiti sedemikian menjadikan Khairy lebih baik daripada orang lain”

Sebenarnya kamu pondan. Jagoh kampong. Hanya berani di gelanggang sendiri, tetapi di gelanggang orang lain, kamu takut menikus. Hancur agama dan bangsa, sekiranya kamu diangkat sebagai pemimpin. Penakut dan dayus.

Berita kedua, Ketua Wanita MCA, Dr Ng Yen Yen menyifatkan bahawa Malaysia tidak lagi selamat seperti dahulu lagi. Kadar jenayah dalam berbagai sector meningkat secara mendadak sangat membimbangkan. Nyawa dan harta rakyat tidak selamat lagi. Bila-bila masa sahaja nyawa boleh melayang daripada badan dan boleh diletopkan dengan C4 dengan mudah. Pembunuhnya selamat, boleh bercuti di luar negeri, makan-makan, shoping dan melakukan lawatan dari satu negera ke satu negara lain dengan atas alasan ‘lawatan kerja sambil cuci mata’.

Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/71346

Kesimpulannya, semua ini terjadi adalah angkara UMNO dan para pemimpinya yang rakus terhadap kuasa. Kalau sayangkan kehormurnian antara kaum dan Negara dan menjadikan semula Malaysia sebagai tempat yang selamat, aman dan damai, tolong hapuskan UMNO dalam pilihanraya ke-12 nanti.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih


Tuesday, August 14, 2007

DOLAH---DOLAH, HANG BUAT APA?

Minggu huru hara bagi PM dan TPM yang akhirnya lari dari teguran
Wan Nordin Wan Yaacob Tue Aug 14, 07 11:51:18 AM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Hrkh) - Dalam dua minggu kebelakangan ini pentadbiran negara cukup kuat dihadapkan dengan teguran dan kritikan terhadap kelemahan pentadbirannya memandangkan teguran bukan sahaja dari orang politik malahan institusi raja sendiri mengeluh dengan corak pentadbiran yang 'kucar-kacir'

"Bermula dari penolakan calon Ketua Hakim Malaya yang dikemuka Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh Majlis Raja-raja Melayu, disambung dengan teguran Raja Muda Perak, Raja Dr Nazri Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah terhadap corak pentadbiran negara dan isu kehakiman,hinggalah kepada teguran yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Haniff Omar semuanya kerana kemelut pentadbiran Abdullah yang semakin kelihatan,"kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Minggu lalu, pentadbiran negara juga dihujani teguran dari Hakim Mahkamah Persekutuan mengenai isu pertindihan kuasa mahkamah syariah dan sivil.

Kemudiannya KPN mengeluarkan kritikan ke atas kelemahan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR), katanya.
Terkemudian Raja Dr Nazrin dalam satu program di Universiti Malaya semalam membuat teguran dan cadangan ke arah pentadbiran yang baik kepada kerajaan, kata Kamarudin.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut beliau menegaskan, Perdana Menteri tidak pernah menjawab isu yang dilemparkan ke atasnya, sebaliknya hanya menggunakan kenyataan politik bagi mengelak isu yang dihadapkan ke atasnya ketika berhadapan dengan penyokong Dato' Bernard Giluk Gompok di Sabah.

Sambil menyifatkan Perdana Menteri cuba lari dari isu sebenar beliau menyatakan, teguran dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan raja itu menggambarkan betapa besarnya kemelut pentadbiran yang dihadapi Abdullah ketika ini.

Tiada demokrasi kampus

Dalam satu titah terbaru Raja Dr Nazrin, Baginda bertitah bahawa kerajaan hari ini perlu diurus tadbir dengan baik dan untuk itu ia perlu kepada satu ketelusan dan keterbukaan, kata Kamarudin ketika memetik kenyataan Raja Dr Nazrin.

Titah Raja Dr Nazrin ini satu pandangan yang serius memandangkan kerajaan telah menutup segala ruang demokrasi termasuk di kampus setelah campur tangan politik di biarkan berleluasa, katanya.

Baginya, kampus adalah satu gedung ilmu yang perlu dibebaskan ruang demokrasinya bagi melahirkan pemimpin masa akan datang.

Bagaimanapun hari ini kampus-kampus awam di negara ini telah dikongkong oleh pemimpin negara melalui pentadbiran universiti demi 'survival' politik mereka, ujarnya.

PM tidak dapat tangkap isu sebenar?

Berbalik kepada isu kelemahan Perdana Menteri mengurus tadbir negara hingga menerima teguran dari pihak tertentu, Kamarudin berkata, Perdana Menteri sebenarnya tidak dapat menangkap isu sebenar yang diutarakan oleh pihak yang menegur.

Ia terjadi lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri dan Timbalannya, Dato' Seri najib Tun Razak sendiri adalah individu yang dikelilingi oleh masalah dan tuduhan tertentu, katanya.

Akhirnya kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu mengambil langkah untuk bercuti dan melancong ke luar negara bagi mengelak dari masalah, ujarnya.

Sambil mengecam tindakan tidak ambil peduli PM dan TPM itu beliau menggesa rakyat melakukan perubahan bagi mengajar pentadbiran yang penuh masalah ini, katanya lagi.

Dalam satu laporan akhbar harian hari ini, Raja Dr Nazrin Shah bertitah, semua pihak perlu menetapkan minda dan pandangan mengenai tadbir urus baik sekiranya mahu sistem itu direalisasikan di Malaysia.

Baginda bertitah, dengan pemahaman umum bahawa tadbir urus baik merupakan proses yang cekap, berkesan dan beretika, maka proses perubahan ke arah sistem itu yang telah pun bermula boleh dipercepatkan.

Kurangkan salah guna kuasa!

Untuk berbuat demikian, titah baginda, ketelusan dan keterbukaan perlu wujud dengan menggalakkan aliran maklumat yang bebas serta mudah diperolehi agar masyarakat boleh membuat keputusan yang bijak dan mengurangkan kejadian salah guna kuasa.

Oleh itu, titah baginda lagi, negara ini perlu terus bergerak ke arah sistem tadbir urus yang semakin terbuka.

Menurutnya, pembasmian kerenah dan prosedur birokrasi boleh membantu mengurangkan kos ekonomi yang tinggi dan menghalang sebarang peluang bagi bayaran haram.

"Bilangan perundangan, permit dan lesen mesti dikurangkan. Proses tender perlu dijadikan lebih berdaya saing dan telus. Pembekal maklumat perlu dilindungi daripada tindak balas mereka yang diadu.

"Langkah-langkah ini boleh membantu mengurangkan peluang bagi rasuah," titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa ‘Cabaran-Cabaran Pendemokrasian dan Tadbir Urus Baik dalam Sektor Awam Malaysia’ di Universiti Malaya semalam.

Persidangan dua hari anjuran Universiti Malaya (UM) dan Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (Inpuma) itu turut dihadiri Naib Canselor UM, Datuk Rafiah Salim dan Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Arshad Ayub.

Bukan untuk kepentingan khas!

Raja Nazrin Shah bertitah, tadbir urus baik turut memerlukan sifat bertanggungjawab oleh mereka yang memegang kuasa.

Titahnya, walaupun pegawai awam perlu diberikan kuasa yang secukupnya untuk menyalurkan tadbir urus yang baik, namun perlu ada halangan yang berkesan ke atas kuasa itu agar kepentingan awam dipenuhi, bukan 'kepentingan khas'.

"Kepentingan kebebasan kehakiman dan pengasingan kuasa yang rasmi antara cabang kerajaan yang berlainan tidak boleh diketepikan," titahnya.

Baginda bertitah, tadbir urus baik turut melibatkan penyertaan awam yang aktif dan berleluasa kerana masyarakat kini semakin berpendidikan, canggih dan lengkap.

Titah Raja Nazrin Shah, masyarakat kini mengalu-alukan dan menghargai kerajaan yang mudah didekati serta boleh dirunding, kerajaan yang memberi petunjuk dan bukannya mengarah.

Perlu kepada pendemokrasian yang lebih hebat

"Oleh itu, adalah logik bagi gesaan ke arah tadbir urus baik diiringi gesaan bagi pendemokrasian yang lebih hebat kerana mereka berhubung kait walaupun berbeza dari segi konsep," titahnya.

Demokrasi, titah baginda, memberikan saluran kepada pelbagai pihak memberi suara mengenai cara mereka mahu ditadbir, iaitu kerajaan dengan keizinan.
"Proses pendemokrasian juga perlu mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Penyertaan mereka perlu digalakkan ke tahap mereka membantu institusi kuasa untuk berfungsi dengan lebih baik," titah Raja Nazrin Shah.
"SELAMATKAN NEGARA DAN SELAMATKAN RAKYAT"
"PROTES HINGGA TURUN"
* Para Pemimpin pembangkang teruskan serangan-------

ANUGERAH UMNO SEMPENA 50 TAHUN NEGARA MERDEKA

Dipetik Daripada : http://n32.blogspot.com/
Oleh : Tun Telanai

Assalamu’laikum wm.wrt,

CERITA 1 : JANGAN SAMPAI MENANG SORAK TETAPI AGAMA DAN BANGSA TERGADAI [SIARAN 070807]


NST hari ini menyiarkan laporan dari kajian yang dibuat oleh sebuah badan bebas iaitu Merdeka Center berhubung isu-isu dan kebimbangan rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang. Kajian ini dibuat berasaskan pandangan 1,022 responden dan dilakukan dalam bulan Jun baru-baru ini.


Menurut kajian tersebut 86% masyarakat Melayu bersetuju dengan kepimpinan Dollah Badawi sebagai PM, diikuti 71% India dan 54% Cina. 76% Melayu merasakan yang ekonomi negara kini baik diikuti 45% India dan 58% Cina.

Kajian ini sekadar satu indikator kecenderungan masyarakat pengundi berdasarkan pandangan 0.004% rakyat Malaysia yang seramai 26 juta!Jika ia benar dan tepat bermakna kalau pilihanraya umum dipanggil hari ini besar kemungkinan Umno akan menang besar, manakala kerabat BN lain khasnya MCA dan Gerakan akan menerima kekalahan yang besar juga. Mungkin Umno akan berjaya memerintah kembali Kelantan, mungkin pengaruh PAS di Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri akan lenyap.

Mungkin DAP akan menikmati gelombang kejayaan yang luar biasa sehingga mampu barangkali menawan Pulau Pinang!Adakah ini yang dikehendaki oleh masyarakat pengundi kita?

Adakah mereka sudah bosan dengan pemerintahan yang membawa slogan Membangun Bersama Islam di Kelantan? Adakah mereka merasakan khidmat Tuan Guru Nik Abd Aziz selama lebih 17 tahun di Kelantan sebagai MB pertama bertaraf ulamak dan Tuan Guru itu harus dicampak ke tepi begitu sahaja.

Adakah orang Melayu rela dan tidak sensitif langsung dengan pimpinan Melayu yang korap dan rendah moralnya, lalu sanggup melihat mereka ini terus memimpin dan mengetuai anak bangsa?

Adakah masyarakat Melayu berpuas hati dengan nasib agama Islam yang semakin tercabar dan dicabar kebelakangan ini?Kalau kajian Merdeka Center ini tepat, maka jawapannya: Ya! Kami berpuas hati dengan apa yang ada. Tak kiralah kalau Umno berjaya melahirkan pemimpin seperti Zakaria Md Deros, Isa Samad, Mat Taib, Osu Sukam, Zainuddin Maidin, Bung Mokhtar, Mohd Said Yusof (Jasin) dan lain-lain. Tak kiralah kalau politik wang sudah tertunjam dalam darah daging bangsa ku, tak kiralah kalau pemimpin ku lebih cenderung kepada pub dan rumah urut dari ke masjid. Semuanya itu tidak penting, yang penting kami berpuas hati dengan apa yang ada.

Bagaimana dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja Melayu, bagaimana dengan kes penagihan dadah yang besar jumlahnya dikalangan orang Melayu, Mat Rempit, bohsia? Jika demikianlah kehendak orang Melayu, Allah selamatkanlah kita semua. Fikirkanlah perkara ini masak-masak sebelum terlambat, jangan biarkan bangsa dan agama kita menang sorak tetapi agama dan bangsa tergadai!

CERITA 2 : KESENGSARAAN RAKYAT DI BAWAH MALAYSIAKU GEMILANG [SIARAN 100807]

Saya yakin tidak ada hati yang tidak terusik apabila mendapat tahu atau membaca berkenaan bencana yang menimpa keluarga Allahyarham Kasmuri di Kampung Tengah, Kluang semalam. Kasmuri dan isteri serta tiga orang anaknya Hishamudin 13, Izwanuddin 9 dan Nurul Macella 8 terkorban apabila rumah mereka hangus terbakar dalam kejadian jam 3.30 pagi ketika semua anggota keluarganya sedang nyenyak tidur.

Cuma anaknya seorang lagi yang turut berada di rumah tersebut iaitu Norfarhana 15, yang terselamat. Tiga lagi anak berada di IPTA kerana melanjutkan pelajaran masing-masing.

Kebakaran dan kematian akibatnya kerap berlaku. Tetapi dalam insiden ini puncanya sungguh menyayat hati. Buletin Utama TV3 semalam dan seluruh akhbar media perdana pagi ini mensabitkan puncanya kepada lilin yang dibakar untuk menerangi rumah itu. Kenapa lilin dan bukan cahaya lampu yang menerangi rumah mereka?

Ini kerana Allahyarham Kasmuri tidak menjelaskan bil TNB nya sebanyak RM800 yang tertunggak sehingga mengakibatkan TNB telah memotong bekalan letrik ke rumahnya. Menagapa dibiarkan sehingga terputus bekalan?
Kerana Kasmuri dikatakan dalam keadaan terhimpit lantaran terpaksa menanggung perbelanjaan 3 orang anaknya Faezah 20 di UPM, Salahuddin di Universiti Tun Hussien Malaysia dan Juliana 18 di sebuah Kolej Matrikulasi di Pulau Pinang. Kasmuri dilaporkan bekerja di syarikat pembuat jubin Malaysian Mosaic dan isterinya pula sebagai pembantu kedai makan. Mereka dikatakan hidup atas pendapatan RM1800 sebulan dengan sewa rumahnya RM200 sebulan.

Inilah realiti kehidupan rakyat Malaysia hari ini dengan pendapatan sebanyak itu keluarga ini tidak dikira miskin, akan tetapi kos hidup semasa mengakibatkan mereka terhimpit dan jatuh miskin. Inilah yang ditekankan dan diutarakan saban hari oleh parti-parti pembangkang dan NGO bahawa tekanan kos hidup akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan melemaskan hidup rakyat di negara ini.

Saya yakin ramai lagi yang mungkin berpendapatan lebih rendah dari Kasmuri yang pasti lebih tertekan dan terhimpit dalam senyap. Mungkin kalau rumah mereka turut terbakar dan mereka turut terkorban seperti Allahyarham Kasmuri barulah terbuka kelopak mata pihak-pihak yang berkenaan.

Kerana itu jangan mudah memandang kecil tuntutan MTUC untuk gaji minima RM900 dan COLA RM300 itu. Ianya satu keperluan bagi mengharungi hidup yang semakin perit ini. Mujurlah kakitangan kerajaan sudah diringankan sedikit bebanan mereka, tetapi bagaiman dengan jutaan yang lain. Kita belum pun membicarakan darihal tekanan hidup yang mendorong individu kepada jenayah dan gejala yang seumpamanya.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada anak-anak Allahyarham Kasmuri dan mendoakan semoga mereka semua berjaya dan dapat keluar dari kepompong kemiskinan yang ditanggung dan dideritai oleh ibu-bapa mereka sehingga membawa kepada maut.

Malaysiaku Gemilang sepatutnya berjaya mengangkat rakyatnya dari kemiskinan dan nestapa seumpama ini. Inilah rintihan rakyat di bawah, pandang-pandang dan ambil tahulah nasib mereka. Kita boleh berbelanja berbillion ringgit untuk pembangunan fizikal dan infrastruktur tetapi segala-galanya tidak bermakna jika rakyat menderita sengsera seperti ini.

CERITA 3 : PDRM, BPR BAGAIKAN PAGAR MAKAN PADI [SIARAN 130807]

Tun Hanif Omar 68, adalah seorang negarawan yang terbilang.Beliau memiliki beberapa rekod yang belum dapat disaingi oleh sesiapa pun setakat ini. Antaranya beliau merupakan satu-satunya individu yang pernah memegang jawatan Ketua Polis Negara atau IGP yang paling lama iaitu selama 20 tahun dari 1974 ketika Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abd Rahman ditembak mati sehinggalah 1994.

Beliau juga merupakan IGP yang termuda iaitu menyandang jawatan tertinggi polis itu pada usia 35 tahun. Semasa berkhidmat juga Tun telah mengambil cuti untuk menamatkan Ijazah Undang-undangnya. Kini beliau merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan Genting Berhad. Penglibatan beliau dalam syarikat perjudian terbesar dalam negara ini sedikit sebanyak menjejaskan rekod cemerlang beliau dimata rakyat.

Apa pun, Ahad lepas dalam ruangan mingguannya Point of View dalam akhbar The Sunday Star, Tun telah mengkritik hebat beberapa institusi yang pernah satu ketika dahulu rapat dengan beliau semasa beliau IGP dahulu.Sesunggunya kritikan beliau ini perlu diberi perhatian serius kerana ia datangnya dari seorang bekas IGP yang memiliki rekod perkhidmatan yang cemerlang. Dan pastinya kritikan ini dikeluarkan berdasarkan pengalamnnya dan ilmunya yang luas dalam bidang kepolisian dan undang-undang.

Di bawah tajuk:


The fence that eats the rice

Pagar yang memakan padi

Tun telah mengkritik dua institusi besar yang menjadi perhatian umum hari ini khususnya dalam membicarakan penguatkuasaan undang-undang dan ketenteraman awam serta rasuah. Dua institusi itu adalah PDRM dan BPR. Kata beliau dua insititusi yang dihormati masyarakat ini telah sejak 10 tahun kebelakangan menjadi institusi yang dikenali kerana sebab-sebab yang tidak baik.

Tun menyatakan yang beliau pernah memberi taklimat kepada Suruhanjaya Di Raja Penambahbaikan PDRM bahawa beliau mendapat tahu yang 40 peratus dari pegawai kanan PDRM hari ini boleh ditahan tanpa perlu banyak penyiasatan jika dilihatkkan pada gaya hidup masing-masing. Seorang Ketua Polis Negeri dikatakan memiliki harta berjumlah RM18 juta.Adakah boleh kita menolak dakwaan Tun ini?

Mungkin kita boleh meneropong dan melihat sendiri gaya hidup para pegawai kanan ini. Ramai yang dibayar gaji lebih rendah dari pengarah eksukutif syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia tetapi memiliki rumah dan kereta yang lebih besar dan mewah. Anak-anak para pegawai kanan polis juga memandu kereta yang hebat-hebat dan memiliki gaya hidup yang luar biasa.

Inilah kebimbangan yang ingin diluahkan oleh Tun, kerana menurut beliau keadaan telah menghancur-ranapkan apa yang beliau dan bekas-bekas pegawai kanan polis bina sebelum ini.Kata Tun laporan dan cadangan-cadangan Suruhanjaya Di Raja yang beliau maksudkan itu telah pun diterbitkan kira-kira dua tahun lalu, namun imej PDRM masih begitu juga. Dan beliau mendakwa yang kini terdapat dua kumpulan dalam PDRM yang sesungguhnya menjejaskan kerja para pegawai tingkat bawah. Satu kumpulan kata beliau menahan kepala-kepala samseng yang dikatakan terlibat dengan jenayah manakala satu kumpulan lain dengan bantuan BPR membuat penyiasatan pula terhadap kumpulan yang pertama kerana kononnya mempercayai yang tindakan kumpulan pertama ini menjejaskan pemberi maklumat untuk kumpulan mereka.

Dan Tun tidak berselindung apabila beliau mendedahkan bahawa kumpulan-kumpulan ini satunya diketuai oleh IGP dan satu lagi oleh seorang Pengarah PDRM yang dilindungi oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalm Negeri. Kata Tun lagi kedua-dua IGP dan Timbalan Menteri berkenaan pernah dituduh terlibat dengan rasuah, mereka disiasat oleh BPR dan apa yang diketahui Peguam Negara telah melepaskan kedua-dua mereka atas sebab yang hanya diketahui Peguam Negara, jadi siapakah tanya Tun yang boleh dipercayai?

Lalu Tun mengajukan serangan beliau terhadap Peguam Negara pula. Kata Tun, Peguam Negara juga telah hilang maruah kerana sikap keras kepalanya dan juga kerana kegagalannya dalam beberapa kes profil tinggi sehingga ada diantara kes yang telah lama berada ditangannya tidak pun muncul untuk didakwa. Ini merupakan satu malapetakan kerana Pejabat Peguam Negara adalah institusi kedua paling penting dalam sistem keadilan jenayah.

Saya seakan tidak percaya tulisan ini datangnya dari Tun Hanif Omar, tetapi itulah hakikatnya. Dan melalui artikel ini terbukti rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah sampai ketahap yang paling kritikal dalam negara. Bayangkan mereka yang diberikan amanah dan keyakinan untuk memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam, tetapi mereka pula bersekongkol dalam kerja-kerja kotor dan memalukan ini.

Pagar sudah makan padi kata Tun, apalah agaknya reaksi Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri apabila membaca artikel Tun ini. Ini bukan artikel dari seorang blogger atau surat dari pembaca, tetapi ianya datang dari seorang bekas Ketua Polis Negara yang membawa bersamanya segunung pengalaman dan kecermerlangan kerja yang diiktiraf negara?

Pada siapakah lagi rakyat mahu bergantung harapan dalam keadaan begini?

Kesimpulannya : Rangkaian berita yang dipetik daripada blog Rosalan SMS sangat membimbangkan. Nasib agama, bangsa dan negara menghadapi masa depan yang malap dan gelap akibat hasil kerakusan tangan-tangan para pemimpin UMNO yang zalim yang bersifat IBLIS laknatullah tidak menjaslan amanah yang diberi. Agama, bangsa dan negara akan didagangkan sepertimana mereka lakukan ke atas barangan dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan perbadi.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua para pengundi yang akan mengundi pada PRU ke-12 nanti adalah WAJIB memastikan UMNO tidak boleh lagi bermaharajalela sewenang-wenangnya membelasah dan melahap harta dan keselamatan rakyat sesuka hati mereka sahaja, tanpa memperdulikan nasib rakyat berbagai lapisan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyahkan UMNO dari muka bumi Malaysia ini yang tercinta ini melalui proses pilihanraya yang adil dan demokratik. Jangan biarkan UMNO rakus untuk berkuasa semula melalui penyelewengan dan penipuan serta keganasan yang sudah pun dirancangkan dan akan dilaksanakan pada PRU ke-12. Mereka sudah testing di PR kecil di Batu Talam, Machap dan Ijok,mereka sudah berjaya dengan strategi dan tektik tersebut [di ITPA-ITPA juga serupa].

Adalah juga menjadi tanggungjawab kita menghalang UMNO daripada menggunakan kemudahan kerajaan untuk berkempen kerana pada ketika itu UMNO bukan kerajaan lagi. Awasi perlakuan PDRM yang menjadi sebahagian daripada parti komponen BN. Si Dajal Rashid dengan SPRnya dan lain-lain agensi kerajaan yang disalahgunakan untuk memberi bantuan agar kemenangan percuma berpihak kepada UMNO/BN. Marilah kita bersama-sama memboikot suara-suara syaitan [media massa milik dan pro-UMNO mulai sekarang.

Jangan biarkan UMNO berkuasa semula dengan kemenangan paling besar melebihi 2/3. Kalau tidak, kita akan menerima pembalasan atau bala daripada Allah s.w.t. kerana kita memilih pemimpin yang zalim, perompak harta rakyat, menyalahgunaan kuasa, kududukan dan pecah amanah yang rakyat berikan. Banyak lagi pemimpin yang baik akhlak dan perangai. Jadikan UMNO dan para pemimpinnya sebagai musuh yang wajib ditentang habis-habisan. Biar putih tulang, jangan putih mata. Humbankan seluruh pemimpin UMNO ke lautan dalam.

Berdoalah semoga Allah memampus dan menghancurkan UMNO dari dalam seperti anai-anai.

Lawan Tetap lawan sehingga ke lubang cacing.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih.

Sunday, August 12, 2007

KHAIRY JAMALUDDIN [KJ] : TIDAK ADA SEGALA-GALANYA SEBAGAI PEMIMPIN UMMAH UNTUK MASA DEPAN

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Dalam wawancara dengan
Malaysiakini.com, Mohamad Norza Zakaria, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yaacop , Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/70935] dengan gaya ‘bodek’ dan ‘mengampu’ secara keterlaluan [rasa meloya dan menyampah teramat sangat terhadap kenyataan yang keluar daripada mulut si Norza ini-Penulis] menyebut bahawa Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Malaysia, menantu Perdana Menteri “ada segala-galanya untuk jadi pemimpin”. Sambung beliau lagi: “Khairy juga boleh berdebat dengan sesiapa sahaja dan kualiti sedemikian menjadikan Khairy lebih baik daripada orang lain”

Wau! Hebat betul si Khairy ini mengikut pendapat Norza [bos dia sendiri Nor Mohamed Yaacop kalah dengan Khairy]. Tidak ada orang lain sehebat dan sepandai Khairy di Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 27 juta orang buat masa ini dan selama-lamanya. Berdasarkan logic si Norza ini, seluruh penduduk Malaysia [terdiri daripada berbagai kaum dan agama] terdiri daripada orang-orang yang bodoh-bodoh belaka, termasuk para pemimpin terdahulu dan sekarang [baik dalam kerajaan maupun dalam pembangkang] seperti bekas Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Huseein, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir bin Mohamad dan bapa mertuanya sendiri Abdullah Ahmad Badawi. Patutlah pun Dr.Mahathir mendakwa pentadbiran Negara ini diuruskan oleh orang-orang yang berada di tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri.

Yang terhebat, terpandai dan paling bijaksana serta berpandangan jauh ialah Khairy J
amaluddin seorang sahaja. Pandangannya menjangkau 460 tahun akan datang [tempoh masa kita dijajah oleh barat, bermula kejatuhan Melaka ke tangan Portugis sehinggahlah kita merdeka pada tahun 1957]. Khairy mampu menjangkakan apa akan terjadi kepada Negara ini [termasuk di saat-saat UMNO akan dikapan,dikubur dan ditalqinkan]. Khairylah yang boleh dan layak diangkat sebagai pemimpin. Maka, kata Norza pemerintahan Negara ini perlu diserahkan kepada Khairy untuk diuruskan pada masa hadapan demi bangsa, agama dan negara. Semua yang lain-lain itu kena patuh dan taat–setia tanpa berbelah bahagi akan segala titah perintah daripada Khairy. Khairy bos yang lain itu semuanya kulikang termasuk Raja-raja [mungkin itu maksud Norza-wallahu’allam].

Nasib baik kita semua tidak ajar oleh Norza ini [seperti ajaran Ayah Pin] bahawa Khairy adalah pemimpin yang didatangkan khas oleh Allah s.w.t untuk memimpin kita semua. Semua kata-kata yang keluar daripada mulut Khairy adalah suci, tidak yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka. Pendik kata Khairy setaraf dengan para Nabi-nabi dan rasul-rasul yang menjadi pilihan Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini. Aazubillah min zalik!

Ya, kita bersetuju sebahagian daripada pandangan yang dinyatakan oleh Norza itu. Kita tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Khairy ada segala-segalanya untuk dijadikan sebagai pemimpin. Khairy seorang yang cerdik, graduan lulusan dari Oxford dan berkuasa dalam Jabatan Perdana Menteri. Muda, bijak dan berada serta berupaya menguasai 3M yang menjamin kemenangan berpihak kepadanya dulu, kini dan selama-lamanya.

Imej yang ditonjolkan oleh Khairy membuatkan media melabelkannya sebagai "open minded" dan "perubahan yang menyegarkan". Media antarabangsa mendakwanya sebagai “pemuda 28 tahun paling berkuasa di Malaysia." Tetapi wahai Norza! Engkau wajib ingat bahawa di dunia ini tiada yang lebih tinggi. Pokok lebih tinggi daripada rumput, awan lebih tinggi daripada pokok, matahari lebih tinggi daripada awan. Universiti Harvard lebih tinggi daripada Universiti Oxford.

Khairy pandai dan cerdik. Semua kita akui dia cerdik dan pandai, tetapi setakat cerdik dan pandai tidak memadai untuk menjadi seorang pemimpin yang agung yang akan dikenang zaman berzaman. Banyak orang cerdik dan pandai yang menjadi perosak masyarakat dan negara. Kita lihat dalam negara kita ini, siapakah yang merosakkan sistem pentadbiran negara, salah urus kewangan negara, yang terlibat dengan rasuah, amalan politik wang [seperti engkau wahai Norza-perebutan jawatan dalam UMNO Putrajaya dengan anak Aseh Che Mat]menyalahgunaan kuasa, kedudukan dan terlibat dengan berbagai skandal yang boleh menghancurkan agama, bangsa dan negara. Semuanya yang terlibat itu ialah orang-orang cerdik-pandai, bukan orang-orang kampung yang boleh dibeli bila-bila masa yang dikehendaki. Hulur dua tiga kupang, sudah terbeliak biji mata dan bukan orang-orang seperti kami yang bodoh-bodoh belaka hanya kulikang sahaja.. Sayang geng-geng engkau Norza tidak menggunakan otak brillian kurniaan Allah itu untuk kepentingan ummah.

Khairy seorang Islam, bapanya orang Rembau, Negeri Sembilan [bekas pegawai tinggi kerajaan] dan ibunya orang Kedah tidak memiliki ciri-ciri seorang pemimpin Islam [sebab negara ini negara Islam-ikut kata Dr.Mahathir dan Najib Tun Razak]. Khairy tidak ada akhlak dan moral sebagai seorang Islam. Kalau Khairy memiliki akhlak yang mulia, sudah tentu dia tidak mengelar Dr.Mahathir semacam seekur ‘beruk’ kerana selama 22 tahun Dr.Mahathir memerintah, mahu tidak mahu kita terpaksa mengakui dan menerima bahawa Dr.Mahathir banyak memberi sumbangan dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Dr.Mahathir berjuang semenjak negara belum lagi mencapai kemerdekaan sehinggalah beliau bersara pada 31 Oktober 2003 lalu dan kini masih lagi meneruskan perjuangan ikut cara dia sendiri.

Begitulah juga, sekiranya Khairy bermoral tinggi, dia tidak akan mengelar semua blogger [kecuali blogger kaki bodek dan ampu seperti engkau wahai Norza] dilebelkannya sebagai ‘beruk’. Seorang pemimpin sejati tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Pemimpin mesti berada dalam keadaan ‘cool’ sepanjang masa, sabar dan pemaaf.Tidak boleh menunjukkan ego, sombong dan angkuh kepada rakyat, apatah lagi menunjuk lagak ‘samseng’ melompat dan bersorak macam ‘kera kena belancan’ [Rujuk : Peristewa-peristewa yang dirakamkan dan disebarkan kepada umum dalam pilihanraya kecil di Macap, Melaka dan di Ijok Selangor]. Khairy melalui para penasihatnya [mungkin engkau salah seorang penasihatnya ] perlu nasihatkan Khairy supaya berfikir menggunakan aqal yang berada di atas kepada bukan menggunakan kepala lutut.

Dalam diri Khairy Jamaluddin, saya dapati tidak ada ciri-ciri kepimpinan seperti yang dikehendaki oleh Islam. Berkata Imam Al-Shafiee Rahimahullahutaala [Al Umm juz VII ms 4] bahawa telah berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu [penguasa] di muka bumi, maka berilah keputusan [perkara] di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan"

[Surah Shaad ayat 26]

Wahai! Norza terdapat tiga siri wawancara engkau dengan malaysiakini.com yang telah disiarkan tidak menunjukkan engkau berusaha mengujudkankan Khairy Jamaluddin [hanya bodek-membodek dan mengampu untuk pendapat pangkat dan kedudukan lebih tinggi [sekiranya nanti Khairy jadi pemimpin no.1] seperti yang engkau nikmati sekarang adalah hasil pertolongan Khairy jua] sebagai pimpinan yang diredhai Allah. Mengujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada ijamaa'ulummah, di antara ayat-ayatnya:


"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung"

Maksud ayat [A1-Imran 104]

Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan perintah , yang dzahirnya menunjukkan wajib, "mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan Fardhu tugas tersebut merupakan fardhu kifayah bukan fardhu a'in yaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang ..."

Maksud ayat (Al-Taubah 71)

Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan mereka itu menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut "

Maksud hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaki.

Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.

Inilah perangai yang ada pada diri engkau wahai Norza dan geng-geng kamu itu. Engkau gagal menyeru Khairy menyahut seruan Allah dan NabiNya. Apa yang engkau dan geng-geng kamu nampak ialah 3K dan 1W dan satu lagi 1A.

Perjuangan [seperti diwar-warkan] bakal pemimpin seperti Khairy itu mestilah digerakkan oleh iman dan amal saleh baharulah boleh disebut satu perjuangan yang sejati dan suci kerana Allah. Bukan setakat menghunus keris dan berucap berapi-api berbau perkauman kononnya hendak membela agama dan bangsa.

Perjuangan ini ada dalam berbagai bentuk seperti perjuangan dalam bidang kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan [pelajaran], politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, fahaman politik, perkauman, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan pejuang sebenar. Janganlah marah apanila Ronei Liu daripada DAP menulis menyebut bahawa para pemimpin UMNO bukan pejuang sebenar, sepatutnya engkau dan geng-geng kamu perlu berfikir secara rasional dan mesti tunjukkan keikhlasan dan amanah dalam perjuangan. Bukan kerana tulisan itu terus buat laporan polis supaya Ronei disiasat dan dihukum. Berbincanglah secara bijiak, bermindakan kelas dunia pertama.

Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya. Begitulah apa yang terjadi ke atas perjuangan para pemimpin UMNO sekarang ini, di mulut sahaja berjuang untuk agama,bangsa dan Negara, tetapi hakikat sebenarnya adalah berjuang untuk mengembongkan perut masing-masing.

Hadith ini menjelaskan bahawa sesuatu perjuangaan itu sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya. Agama dan bangsa semakin mundur, kucar-kacir dan menghadapi berbagai masalah berbanding dengan kaum-kaum lain yang relex sahaja menerima habuan hasil perjuangan orang Melayu-Islam.

UMNO tidak mampu berbuat apa-apa untuk meningkatkan taraf kehidupan social bangsa. Sudah 50 tahun Negara mencapai kemerdekaan, namun nasib bangsa tidak banyak berubah. Timbalan Menteri Kewangan Dr Awang Adek Hussin pernah menyebut bahawa pencapaian orang Melayu kini masih 18 peratus.

Perbezaan etnik negara terdiri daripada bumiputera (65%), kaum Cina (26.1%) dan kaum India (7.3%) dan kalau ia mengambil kira dari sudut ekonomi, maka sangat jelas menunjukkan perbezaan etnik yang meluas dalam pendidikan, pekerjaan, pemilikan aset, perumahan dan profesion. Bandar-bandar utama di negara ini premis perniagaan utama sangat sedikit dimiliki oleh pengusaha Melayu. Malah di kawasan perusahaan termasuk kawasan perkilangan IKS boleh dikira dengan jari berapa yang dimiliki oleh kaum Melayu. Pemilikan bangunan komersial dan premis jauh dari seimbang–Bumipitera 11.7 peratus, Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratus

Majoriti besar bumiputera di kawasan bandar tinggal dalam rumah flat dengan keluasan 500 kaki persegi yang menjadi salah satu penyebab utama gejala sosial. Kemiskinan masih ramai berlaku di kalangan kaum bumiputera . Perhatikan data insiden kemiskinan tegar Bumiputera (1.9%) , Cina (0.1%) dan India (0.3%). kemiskinan keseluruhan, realitinya ialah Bumiputera 8.3 peratus ,Cina (0.6 %) dan India (2.9%) . Umum tahu betapa kemiskinan tegar ini masih wujud dikalangan orang Melayu dan ini menandakan betapa kekayaan di negara ini tidak teragih secara adil di kalangan kaum. Purata pendapatan kasar bulanan isi rumah juga mendedahkan kenyataan yang tidak memuaskan, iaitu Bumiputera RM2,522, India RM3,215 dan Cina RM4,127.

Berdasarkan data tahun 2005, kategori jawatan professional [tidak termasuk pensyarah, guru, penulis dan artis], bumiputra adalah 47.5 peratus berbanding dengan 77.6 peratus di kalangan orang Cina dan 69.2 peratus bagi kaum India. Jawatan akauntan pula, bumiputera 20.8 peratus, Cina [73.6%] dan India [4.4%]. Dalam sektor swasta pula, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bumiputera adalah 20 peratus berbanding 70.4 peratus bagi kaum Cina. Pemilikan modal saham pula, bumiputera memilik 18.9 peratus, kaum Cina 39 peratus dan kaum India 1.2 peratus. Taraf pendapatan kaum petani dan nelayan, peneroka dan pekebun kecil yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu merupakan sector paling miskin di Malaysia.

Kuasa politik orang Melayu nampaknya masih kuat, tetapi pada hakikat sebenarnya ia semakin lemah. Ianya berlaku kerana orang Melayu khususnya para pemimpin dalam parti UMNO berperangai macam IBLIS mementingkan diri sendiri dan bermusuh sesama Melayu-Islam kerana perbezaan fahaman politik, tidak seperti pegangan politik orang bukan Melayu. Mereka bersatu dalam mencapai matlamat kepentingan bangsa mereka. Kelemahan orang Melayu ialah kerana pemimpin kita kebanyakanya tidak berkualiti. Pandai, tetapi tidak boleh diharap dan bodoh tidak boleh diajar.Dasar penswastaan kerajaan yang bertujuan untuk melatih orang Melayu dalam bidang pengurusan ekonomi, tetapi gagal kerana kerajaan melantik mereka yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya. Orang Melayu sudah tidak percaya kepada bangsa mereka sendiri.

UMNO sudah menjadi satu masalah kepada orang Melayu, bukan-Melayu dan Malaysia. UMNO sudah tidak lagi menjadi sebahagian penyelesaiannya. Dalam mesyuarat agung tahunan mereka dan di luar musyuarat agung ketika menjalankan aktiviti parti, mereka bersuara dengan lantang penuh dengan laungan cuvanis dan kata-kata hasutan perkauman yang amat menjijikkan. Khairy Jamaluddin yang diagung-agungkan oleh Norza itu merupakan salah seorang daripadanya. Khairy pernah memberi amaran kepada MCA dalam persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerlun, Kedah pada bulan Ogos 2006 lalu supaya MCA jangan mengambil kesempatan dalam kedudukan orang Melayu lemah [merujuk krisis di antara Dr.Mahathir V Abdullah] dan dalam satu kenyataan yang lain, Khairy mengecam orang-orang Cina yang suka memelihara anjing dan membiarkan anjing-anjing itu berkeliaran telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina terhadap UMNO.

Paling mendukacitakan apabila Khairy mengajak mantan Menteri Kesihatan, Dr Chua Jui Meng berdebat dengannya. Khairy tidak menghormati orang lebih usia daripada beliau dan sumbangan menteri itu kepada Negara. Dalam pada itu, lima laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi mendakwa terdapat ucapan berunsur hasutan daripada perwakilan sewaktu Perhimpunan Agung dan Pemuda UMNO pada November tahun lalu [Rujuk tulisan saya : http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tun_telanai006.html]

Sepatutnya UMNO tidak perlu memberi ruang kepada Khairy pemimpin muda yang rakus, ego, sombong dan berlagak samseng yang ‘brutal’ ini tidak lagi membangkitkan isu berbaur perkauman semata-mata bagi mencari populariti di kalangan parti yang diwakilinya itu. Khairy yang dikatakan bakal pemimpin masa depan itu tidak sepatutnya menunjuk teladan yang buruk kepada genarasi muda. Pemimpin muda sepertinya perlu mempunyai hati dan juga minda [tidak kepada cerdik-pandai semata-mata]. Khairy mesti ada hati untuk parti dan negara, bukannya untuk diri sendiri. Khairy mesti ada minda supaya beliau tahu apa yang harus dia lakukan dan tidak membawa pengikutnya tanpa haluan.

Pakar psikologi kanak-kanak ada memberitahu bahawa cara terbaik untuk menangani kelakuan yang buruk semacam ini ialah dengan menyerlahkan kejelekan yang beliau lakukan dan perlu diselang-seli dengan hukuman. Kalau si anak itu masih terus bekelakuan begitu, maka strategi yang lain perlu difikirkan. Kejelekan dan hukuman yang berterusan tidak akan membawa kesan, kerana si anak itu akan menganggap itulah cara terbaik untuk menarik perhatian. Ini bererti secara tidak disedari kita memperkukuhkan ragam kelakuan mereka.

Khairy pandai mencipta isu yang boleh menjadi kontroversi bagi menarik perhatian umum, tetapi sebenarnya ia menunjukkan kebodohannya di depan rakyat umum. Sebagai contoh,apabila beliau berkawan b
aik dengan Jason Lo[seorang arti] beliau mula berkenalan dan bersahabat pula dengan rakan-rakan artis. Juga menimbulkan isu kerana beliau sendiri yang mendedahkan diri dengan gosip. Cerita gosip Khairy dengan Maya Karin sebenarnya beliau yang timbulkan ketika orang telah melupainya. Tujuannya untuk menarik perhatian media dan public, tetapi pandangan awam terhadapnya sebaliknya.

Apabila diberi peluang membuat "road show" politiknya, dengan bangga beliau berkata pada musim persidangan kali ini [tahun 2006 lalu] beliau akan merasmikan 30 mesyuarat Pemuda UMNO bahagian-bahagian di seluruh negara. Platform ini beliau gunakan untuk menjawab dan menangkis serangan Dr. Mahathir terhadap beliau. Tetapi beliau lupa bahawa beliau berdebat dengan seorang negarawan yang tinggi falsafah politiknya. Akibatnya terduduk diam Khairy kerana kurang strategi dan pengalaman berpolitik.

Beliau tukar stategi dengan mengungkitkan perpaduan dalam BN dengan orang Cina akan mengambil kesempatan akibat masalah dalaman UMNO. Serang balas MCA dalam perhimpunannya dan Pemuda MCA mengecam beliau. Sebenarnya itu merupakan satu semboyan yang perlu Khairy fikirkan semasak-masaknya kerana beliau gagal untuk mendapatkan sokongan. Akibatnya Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Huseein pula yang tolong menjawab bagi pihak Khairy. Beliau gagal untuk berbaik-baik dengan rakan komponen BN.

Khairy seorang anak muda yang berjiwa besar, tetapi gagal dalam gelanggang politik, walaupun Khairy mempunyai back up yang sangat kuat iaitu sebagai menantu kepada Presiden UMNO, tetapi perlu diingat itu bukan batu loncatan untuk mencapai cita-cita besar dalam politik. Dalam menikmati dan diulit kedudukan sekuat ini, Khairy sebenarnya telah menonjolkan kepada umum bahawa beliau amat cetek pengalaman dalam berpolitik. Khairy perlu berfikir secara matang dan terbuka bahawa beliau sebenarnya telah
mengundang lebih banyak musuh dari kawan sebenarnya. Kembali pada tahun 2004, Mengapa calon yang lebih berwibawa tiba-tiba memberi laluan mudah kepada Khairy untuk menang tanpa bertanding? [Rujuk :http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4049&Itemid=48]

Sebagai kesimpulannya, Norza sepatutnya mengalakkan Khiary membuat lebih banyak kerja-kerja berbentuk amal maaruf dan mengurangkan kegiatan berunsur mungkar dalam kepimpinan pemuda, putri dan putera. Norza patut tahu apa yang ada pada Khairy ketika ini, kekuatan dan kelemahannya. Khairy tidak ada segala-segalanya di dunia ini apatah diakhirat nanti [sekiranya ia tidak merubahkan pendekatan politiknya yang dikira sebagai ‘radikal’]. Khairy sekarang tidak memiliki akhlak seorang Islam dan tidak mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang membolehkan rakyat daripada berbagai bangsa dan agama bernaung dibawahnya.Khairy adalah manusia biasa yang perlu kepada makanan untuk terus hidup, kencing, berak, buat anak dan tidur.

Saya akhiri dengan sebuah sajak karya Sastrawan Negara Allahyarham Usman Awang bertajuk ‘MELAYU’ :

Melayu itu orang yang bijaksana
akalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika
takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulut.

Biar mati adat
jangan mati anak.

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual....

[Dipetik daripada : http://tehranifaisal.blogspot.com/]

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.

Thursday, August 9, 2007

PERANG MONYET DI ALAM SIBER

Oleh : Rustam Sani
DiPetik Oleh : Tun Telanai



Daripada Laman MalaysiaToday.net


Assalamu'alaikum wm.wrt
Cuba saksikan perangai 'beruk makyai' jahat [samseng] macam iblis-syaitan laknatullah. Inikah pemimpin masa depan. Berdoalah rakyat Malaysia manusia binatang ini jangan diizinkan menjadi pemimpin. Sekiranya, belaiau berjaya menjadi pemimpin maka akan rosaklah agama, bangsa dan negara kerana kepandaianya yang tersangat bijaksana akan meruntuhkan segala-segala yang kita bina selama ini. AWAS.















































Naib Ketua Pemuda UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION alais UMNO, Khairy Jamaluddin suka melebel sesiapa sahaja suka menentang atau perbezaan pendapat dengan para pemimpin UMNO. Tun Dr.Mahathir Mohamad dan para bloger telah di’monyek’kannya.Ikuti tulisan saudara Rustam Sani yang mengulas isu ini :

“Tulislah komentar yang biadab lagi penuh fitnah di laman web saya, dan saya mungkin akan ke penjara kerananya …”Demikianlah seruan Raja Petra Kamaruddin (RPK) kepada para pengunjung laman webnya, Malaysia Today, setelah dia menghadapi delapan jam soalsiasat di Ibu Pejabat Polis Wilayah Dang Wangi baru-baru ini.

RPK tentulah berasa sedikit kecewa. Dia datang ke balai polis itu membawa satu salinan salasilah keluarganya dan satu naskah kitab suci Al-Qur’an. Tujuannya ialah untuk membuktikan bahawa dia dan Agung bersahabat dan berkeluarga, dan tak mungkin dia akan menghina baginda.

Selain itu dia juga ingin pihak Polis memunjukkan, berdasarkan kitab suci tersebut, aspek-aspek ajaran Islam yang manakah yang telah dihinanya.

Sayangnya semua itu tidak terjadi. Yang menjadi tumpuan soalsiasat polis itu bukanlah tulisan RPK sendiri tetapi “postings” oleh para penulis komentar dalam laman webnya. Jadi yang menghina Agung dan Islam bukanlah RPK tetapi para pengunjung laman webnya.

RPK menyatakan bahawa dia tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa yang diluahkan para pengunjung laman webnya, dan dia tidak mempunyai sumber yang cukup bagi menyaring dan mengawal tulisan para pengunjung itu.


Namun demikian, RPK memang terkenal kerana beberapa tulisannya di laman web yang mendedahkan pelbagai kebobrokan dan hubungan-hubungan meragukan beberapa tokoh awam – seperti Ketua Polis Negara dan malah PM sendiri serta anggota keluarganya.

Dakwaan memang boleh dibuat – berdasarkan undang-undang negara ini yang sudah ada – untuk mendakwa RPK di mahkamah. RPK malah mencabar pihak-pihak yang didedahkannya itu supaya mendakwanya, supaya dia boleh mendedahkan bukti-bukti yang lebih terperinci di mahkamah kelak.Akan tetapi, dakwaan yang demikian itu tidak pernah terjadi.

Sebaliknya, RPK “dikenakan” laporan polis yang dikemukakan oleh Ketua Penerangan Umno, Muhammad Muhd. Taib, atas tuduhan yang lebih “abstrak” sifatnya, yakni menghina Agung dan Islam.
Nyatalah bahawa, dengan aduan polis dan soalsiasat ini, pihak pemerintah belum juga dapat membuktikan bahawa fenomena baru yang tidak disenanginya – yakni laman-laman web dan blog dan para pengendalinya – merupakan golongan penyebar fitnah yang tidak bertanggungjawab.

Yang dapat ditunjukkannya hanyalah hakikat bahawa kemudahan baru yang kini wujud di dunia siber itu – tetapi masih belum dapat dikawalnya – sudah dimanfaatkan oleh segolongan rakyat untuk meluahkan rasa marahnya dan melepaskan rasa geramnya terhadap pihak berkuasa.

Dan kewujudan fenomena komentar yang tidak dapat dikawalnya inilah yang telah diputarbelitkan oleh beberapa para “pahlawan anti-laman web/blog” Umno seperti Zainuddin Maidin, Khairy Jamaluddin, (Tengku) Adnan Mansor, Muhammad Muhd. Taib, Azalina Othman Said, dll. – untuk membuktikan bahawa media baru itu berbahaya dan merupakan penyebar fitnah semata-mata.

Khairy Jamaluddin sampai menamakan para pengendali laman blog dan laman web itu sebagai “monyet” – sejenis haiwan yang tentunya paling rapat dengan perawakan dan tingkah lakunya sendiri.

Bagi saya, para penulis komentar yang tidak terkawal itu – dan saya lebih gemar menamakan mereka para penulis grafiti ruang siber – merupakan kesan daripada wujudnya sekumpulan orang yang tidak dapat mengawal perasaan dan ingin meluahkannya.

Akan tetapi, kerana kebebasan bersuara sudah begitu lama ditindas dan dinodai pihak berkuasa di negara ini, maka kebanyakan orang di negara ini sudah hilang kemahirannya untuk bersuara dan berwacana secara teratur, sopan lagi bertanggungjawab.

Bila revolusi teknologi digital kini membebaskan mereka untuk bersuara kembali melalui suatu media yang baru, maka tidaklah menghairankan jika mereka mengambil kesempatan melepaskan rasa geram mereka, yang selama ini terperam, secara begitu tidak terkawal.Dan apakah jawaban para “monyet” panglima perang siber terhadap fenomena ini?

Menurut maklumat yang didedahkan RPK, mereka kini menggaji berpuluh-puluh “monyet” mereka sendiri yang dibayar gaji lebih RM2,000 sebulan seorang (dan dinamakan “cybertroopers”) – untuk menyumbang kepada kegiatan penulisan grafiti alam siber itu, bukan terhadap pengendalian laman-laman web dan blog yang bernilai lagi bertanggungjawab.Bagi saya, semua ini membuktikan bahawa perjuangan membebaskan media dan memantapkan kebebasan bersuara dalam masyarakat sahaja tidaklah memadai. Kebebasan media yang kita perjuangkan itu mestilah digandingi oleh peningkatan kualiti dan taraf wacana awam (public discourse). Jika tidak, kebebasan media dan hak bersuara itu hanya akan dimanfaatkan oleh para penulis grafiti atau para “monyet” yang saling bercakaran.

Lebih berleluasa percakaran itu, maka akan lebih mudahlah para “monyet” tertentu menggunakan situasi itu untuk memfitnah para pengendali laman web dan laman blog yang bertanggungjawab.Para “monyet” ini – khususnya para “monyet” dari kalangan parti politik pemerintah yang berkuasa – tidak mempunyai sebarang minat untuk menjernihkan mutu dan tahap wacana awam di negara ini, demi memurnikan sistem demokrasi kita. Jika demokrasi dan kebebasan menjadi cukup jernih dan murni, maka wajah huduh mereka akan menjadi lebih terserlah.

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih.


Wednesday, August 8, 2007

ABDULLAH AHMAD BADAWI : TIDAK PANDAI BERBUDI, TIDAK TAHU BERBAHASA

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Pada minggu lepas, 2 dan 3 hb Ogos 2007, Perdana Menteri [PM], Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Kelantan. Tujuan lawatan kerja ini ialah untuk meninjau pelaksanaan beberapa projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan [RMK-9] yang diperuntukan sebanyak RM7.6 billion dan mengadakan pertemuan dengan rakyat untuk berkempen bagi pihak UMNO yang dikatakan mempunyai masalah perebutan jawatan dalam kepimpinan UMNO negeri.

Program Abdullah sangat ketat di Kelantan dalam tempoh tersebut [maklumlah ada stamina baru lebih kuat [strong] kerana baru pulang bercuti [berbulan madu] daripada Australia yang merupakan negara ke dua bagi Abdullah dan keluarganya. Negara pertama beliau dan keluarga ialah di Malaysia. Lebih banyak masa Abdullah terbuang dengan mengelilingi dunia daripada urusan mentadbir dalam Negara. Dalam tempoh 1 November 2003 sehingga 31 Disember 2006, Abdullah telah melakukan 150 kali lawatan ke luar negara. Paling terbaru, Abdullah mengadakan lawatan ke Russia, Bosnia Herzegovina dan Itali [selepas berkahwn].

Oleh sebab itu, sekembalinya beliau bercuti pada petang 27 Julai [Jumaat] dan Sabtu-Ahad, 28 dan 29 Julai, beliau berehat dan mulai 30 Julai hingga 1 Ogos lepas, beliau mula berkempen [sambil meninjau mood rakyat terhadap kepimpinannya dan persiapan menghadapi PRU ke-12] ke negeri-negeri. Bermula di Kedah, Abdullah telah melancarkan Program Pembangunan Ekonomi Koridor Wilayah Utara [Koridor Utara] yang melibatkan anggaran pelaburan kira-kira RM177 meliputi negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang [31 Julai] dan Perak [1 Ogos] dan menerus penjelajahannya ke Kelantan [2 dan 3 Ogos].

Kunjungannya ke Kelantan menunjukkan sikap ‘biadap dan kurang ajarnya’ terhadap kepimpinan kerajaan negeri. Tidak seorang pun wakil daripada kerajaan negeri [apatah lagi Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat] dijemput menghadirkan diri dalam setiap program yang diaturkan oleh UMNO Kelantan untuk beliau. Abdullah penuh ego dan sombong tidak sepatah pun memberi salam kepada tuan rumah, berlagak ‘samseng’ masuk ke rumah orang dan dengan desakan politik yang cetek [itu pun beragan-angan besar hendak membentuk fikiran rakyat Malaysia kelas pertama-poooraaah !] mengatasi adab budaya bangsa dan fikiran yang waras.

Memetik kata-kata Dato’ Husam Musa, Naib Presiden PAS dan juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan : “Sayang, PM tidak sudi menyambung jambatan kasih. Tuan rumah tidak dijemput. Pak Lah masuk Kelantan tanpa salam, tanpa jenguk muka bertanya khabar. Melangkah masuk ke tengah laman tanpa susila Melayu turun temurun, tidak terlintas untuk menghormati tuan rumah. Apa status sekalipun si tuan rumah, salam sepatah tanda berbudi”.

Kata Husam lagi :” Yang boleh meriuhkan ialah bila Perdana Menteri bertemu dengan tokoh ulama' di atas kepala jambatan. Seperti apa Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan sedikit masa lalu. Jambatan Pasir Mas dirasmikan oleh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri pada waktu itu. Sebuah sofa untuk Tok Guru Nik Aziz disediakan bersebelahan beliau. Rakyat berderu keluar kerana ia boleh dianggap menarik. Jambatan konkrit itu tidak carik kerana kehadiran Tok Guru. Rujuk Harakahdaily :

http://www.harakah
daily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9093&Itemid=28]
Saya memohon maaf. Saya tidak layak menjatuhkan hukum ke atas seseorang individu muslim apatah lagi pengasas Islam Hadhari yang lebih bijaksana daripada Nabi s.a.w [mengikut aqal penulis]. Siapalah saya seorang yang kerdil, lagi daif ini. Hanya Allah s.w.t sahaja yang berkuasa menentukannya dan menguasai segala-segalanya baik di bumi, di langit dan di lautan, tetapi saya tetap berguru, menghadiri majlis-majlis ilmu [bukan ke coffe hause dan ke hotel-hotel 5 bintang untuk minum-minum dan berhibur seperti biasa dilakukan oleh Khairy Jamaluddin dan golongan yang seangkatan dengannya] mendengar tafsir al-Quran dan al-Hadith daripada para alim-ulama [bukan ular dalam semak seperti dikalangan ustaz-ustaz UMNO] menerangkan ciri-ciri seorang yang munafik [sila rujuk tulisan saya di Laman Marhaen :
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tun_telanai006.html dan di Laman Tranungkite :http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3043&mode=&order=0&thold=0]

Disini saya akan mengambil dua contoh [sebenarnya banyak isu untuk dijadikan contoh] yang Abdullah mempunyai ciri-ciri seorang munafik [seperti yang berlaku terhadap diri Muhammad Muhd.Taib]. Pertama : Semasa beliau merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Fasa Pertama peringkat kebangsaan pada 11 Januari 2005. Abdullah memetik ayat al-Quran seperti berikut :

“Kita semua [kata Abdullah] berupaya untuk mempertingkat budi pekerti diri dan masyarakat kita. Ia bermula dengan suara hati dan pertuturan. Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa' (Ayat 148) berfirman:
Yang bermaksud: “Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar dari mulut seseorang, melainkan perkataanpengalaman) yang keluar dari mulut orang yang dizalimi [yang menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam pengaduannya] dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakanlah dengan sikap ramah dan terbuka. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara”.

Jadi, apa yang harus kita katakan. Abdullah adalah mengasas ajaran Islam Hadhari telah menunjukkan perilaku yang amat buruk ketika beliau bertandang ke Kelantan. Begitu kontras sekali apa yang beliau ucapkan dan apa yang beliau lakukan. Inikah manusia yang perlu disanjung, diangkat dan dipuja-puja. Wajahnya lebut, kata-katanya amat mempersonakan kepada rakyat yang buta-huruf dan buta maklumat [akibat sekatan dengan pelbagai undang-undang rimba] seolah-olah beliaulah yang suci bersih diturunkan khas daripada langit untuk memimpin umat manusia di Malaysia, seorang pejuang Islam dan bangsa yang teragung di abad ini.

Lihat kata-kata bermadah beliau seterusnya :

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni kata Abdullah merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia dan beliau mengakhiri ucapanya dengan serangkap pantun yang berbunyi :

Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa

Adakah ini gambaran Islam Hadhari yang diagung-agungkan itu? Cakap lain, buat lain. Cakap tidak serupa bikin. Memaksa rakyat mendengar apa yang dicakapnya, tetapi jangan ikut apa yang dibuatnya. Kalau mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Mohammad s.a.w, pemimpin menjadi teladan kepada rakyat yang dipimpinnya. Begitu juga dalam kehidupan berkeluarga, ibubapa mesti menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Kata pepatah : Bapa borek, anak rinrik atau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Inilah teladan yang mahu ditunjukkan oleh Abdullah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Malah, akhlak buruk Abdullah ditunjukkannya [Rujuk tulisan saya dalam :
http://marhaen.kelatedaily.net/ ] melalui watak yang penuh angkuh dan sombong pernah berkata: “Saya adalah Perdana Menteri”. Kenyataan tersebut telah disiarkan oleh seluruh media massa yang terdapat di dalam Negara ini pada 15 Ogos 2006 ketika memuncaknya krisis di antara mantan PM ke-4, Tun Dr.Mahathir Mohamad dengan Abdullah. Lihat laporan Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0815&pub
=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Beliau dengan nada marah mengeluarkan perkataan tersebut bagi menunjukkan kemarahannya kepada Dr. Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbirannya yang dikatakan lemah dan lesu. Dalam Bahasa Inggeris beliau berkata: "Never mind, he can say anything he wants. I am the Prime Minister. I have a job to do. I decide what is best for the people."

Perkataan ini mengambar Abdullah seorang manusia yang kurang sabar dan tidak tahu berterima kasih, kerana jasa Mahathirlah, Abdullah berada ditempat yang beliau berada sekarang ini. Dalam meniti usia yang semakin lanjut, Abdullah akan tetap menyembah bumi di satu masa nanti. Tidak perlu sombong dengan kuasa yang ada sedikit itu.

Abdullah juga tidak memiliki budi bahasa dan nilai yang murni seperti yang beliau sarankan [ikut kata hati dan perasaan marah]. Ini ditunjukkannya ketika membuat lawatan dua hari ke Kuantan Pahang tahun lalu, sekali lagi beliau menyerang peribadi Mahathir dengan menyifatkan Mahathir sebagai ‘iblis’. Beliau mengambarkan Mahathir sebagai IBLIS laknatullah yang ingkar akan perintah Allah [
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Mukadepan/20060811002937/Article/] dan senantiasa berusaha memporak-perandakan umat manusia sehingga ke hari kiamat.

Menantunya, yang disayanginya dan paling berpengaruhi dalam politik Malaysia, Khairy Jamaluddin [kaki samseng jalanan] juga tidak mahu ketinggalan turut menyelar dan mengelar Mahathir sebagai ‘beruk ‘. Khairy berkata sedemkian ketika beliau merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Klang, Selangor. Rujuk sumber ini :
Sekali lagi Khairy menunjukkan sikap biadap, kurang ajar dan samseng menyelar dan mengelar seluruh bloger sebagai ‘monyet atau beruk’ selepas beliau merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang, Sabah pada 26 Julai lalu. Rujuk berita Bernama ini :

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=276104

Khairy manusia paling istemewa. Dalam usia semuda beliau, ada bank [orang perseorangan sebagai proksi?] yang sanggop memberi pinjaman tunai sebanyak RM9.2 juta dalam kes urus-niaga ECM-Libra. Siapakah orang itu atau bank mana yang memberi pinjaman tidak pernah diberitahu dan disembunyikan ke pengetahuan rakyat sampai sekarang.

Dalam politik pula, beliau boleh menyusun, mengatur dan memilih sesiapa sahaja yang beliau suka untuk diangkat menjadi pemimpin. Memilih calon untuk pilihanraya dan boleh mencampuri urusan pentadbiran Negara daripada tangan bapa mertuanya seperti yang seringkali Mahathir dedahkan kepada umum. Khairy ini dalam politik UMNO, baru berusia hingusan tahun sudah pun menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding. Selalunya pemimpin yang menang bertanding ialah pemimpin yang banyak berjasa dan lama berjuang untuk UMNO dan Negara serta memegang berbagai jawatan dalam UMNO, tetapi disebabkan para pemimpin dan ahli-ahli UMNO bodoh dan banggang [pentingkan kekayaan peribadi], membiarkan kaki samseng ini menang cara mudah, tanpa ada pertempuran bagi menentukan siapakah yang sebenarnya pahlawan.

Kedua, Abdullah suka berbohong. Mahathir juga pernah membuat pendedahan bahawa Abdullah suka tidur dan melakukan pembohongan bagi menutup berbagai kelemahan yang ada pada dirinya sebagai Perdana Menteri yang berkuasa memerintah Negara ini. Dalam Wawancara khas dengan Pengerusi Bernama, Datuk Mohd Anuar Zaini bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam rancangan Bersemuka Bersama Perdana Menteri yang disiarkan TV3, jam 8.30 malam pada 7 Ogos 2006. Baca ULR ini sebagai sumber rujukan :

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Rencana/20060808002536/Article/
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_
01.htm
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d86ddcae-3132372e-10a4a320-3babbb20

Dalam wawancara 40 minit tersebut, Abdullah yang lebih dikenali sebagai Mr.Clean dan selalu mengeluarkan perkataan secara spontan menjawab “ I DON’T KNOW AND I’M NOT INVOLVED” memperahankan anaknya, Kamaruddin yang katanya tidak pernah meneriam atau diberi sebarang kontrak daripada kerajaan. Abdullah berkata perniagaan anaknya itu beroperasi di luar negara dan tidak pernah terlibat dalam syarikat tempatan ataupun konsesi yang ditawarkan kerajaan.
Dalam wawancara tersebut, Abdullah berbohong. Baca ULR dibawah sebagai rujukan :

http://www.malaysia-today.net/blog_1malay/2006/08/adakah-penjelasan-abdullah-meyakinkan.html
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_business.php?id=213093
http://n32.blogspot.com/040906
http://www.malaysiakini.com/news/55032

dan baca yang ini menjawab segala-segalanya :

http://www.malaysia-today.net/CorridorsPower/2006/08/read-my-lips-kamal-did-not-get-any.htm

Sebagai kesimpulannya, saya memetik Surah Al-Baqarah Ayat 10, Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: “Di dalam hati mereka ada penyakit dan Allah telah menambah penyakit mereka. Dan bagi mereka siksa yang amat pedih akibat pembohongan yang mereka lakukan.”

Jadi, berbohong merupakan satu dosa yang besar di sisi Allah s.w.t. Berbohong mengakibatkan seorang mukmin itu menjadi munafik.. Dalam al-Quran, Allah s.w.t. menghuraikan perihal berbohong dan menyembah berhala secara beriringan.

Firman Allah s.w.t. lagi dalam surah yang sama Ayat 11 dan Ayat 12 yang membawa maksud: “Selamatkanlah dirimu dari kejahatan menyembah berhala dan berbohong.”

“Jika dikatakan kepada mereka, Janganlah membuat kerosakan di bumi, mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami melakukan kebaikan’. Sesungguhnya merekalah yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”

Para pembaca budiman bolehlah membuat penilaian sendiri terhadap manusia yang bernama Abdullah ini. Banyak lagi janji-janji beliau yang tidak tertunai seperti ikrar beliau di Parlimen ketika beliau berucap merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan PM ke-4 untuk menyuburkan lagi amalan demokrasi, perangai rasuah habis-habisan dan lain-lain lagi, hanya tiggal janji sahaja. Cakap berapi-api, tindakan zero.

Beliau bukan calang-calang orang, beliau berketurunan dikalangan alim ulama, tetapi sayang seribu kali sayang. Benih keturunan Abdullah Fahim tidak menjadi. Sayang, Abdullah terlibat dalam politik UMNO yang kotor lagi menyesatkan ummah. Saya percaya, kalau Abdullah teruskan kerjayanya sebagai pegawai kerajaan sehingga pencen dan menjalankan perniagaan secara persendirian, ditambahkan lagi dengan pendidikan yang diterimanya, nescaya beliau akan terus menjadi ‘orang alim’ tidaklah bergelomang dengan dosa-dosa dan kemurkaan daripada Allah s.w.t.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam.