DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, April 29, 2007

UMNO GAGAL MEMBELA NASIB ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM-SIRI KE-2[AKHIR]

Assalamu'alaikum wm.wrt

UMNO [UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION - nama baru] ditubuhkan pada 11 Mei 1946 selepas 8 bulan Sir Harold Mac Micheal yang membawa gagasan Malayan Union bertujuan menghapuskan kuasa Raja-raja dan manjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British. Orang-orang Melayu-Islam lebih awal bangun menentang penjajahan British iaitu di tahun-tahun 20an, 30an dan awal 40an sehingga Jepun menyerah kalah dan British kembali semula ke Malaya, baharulah UMNO ditubuhkan.

Sumbangkan yang diberikan oleh Kesatuan Melayu Singapura [ditubuhkan pada 1926 oleh Eunos Abdullah], Kesatuan Melayu Selangor[ditubuhkan pada 1938 oleh Tengku Ismail Tengku Mohd.Yassin], Persatuan Melayu Perak [ditubuhkan pada 1937 oleh Wan Mohd. Noor Wan Nasir], Kesatuan Melayu Muda [ditubuhkan 1938 dipimpin oleh Ibrahim Yaakob], Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang diketuai oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmi bersama-sama dengan Ishak Hj. Mohamad, Angkatan Pemuda Insaf yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, PUTERA, Parti Malaya Merdeka dan lain-lain lagi yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tulin.

Tetapi, negara ini diperintah oleh orang yang sangat ‘gilakan’ kuasa, maka peranan pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan terdahulu dipadamkan daripada lipatan sejarah. Saya yakin pada suatu hari nanti apabila golongan IBLIS? dalam UMNO ini dan UMNO itu sendiri akan menemui ajalnya, adalah diharapkan Allah memunculkan seorang tokoh yang berakhlak dan memegang kuat ajaran agama [tidak seperti yang ada sekarang seperti Ramlah Adam dan beberapa professor sejarah-pentingkan pangkat dan kedudukan]? melakarkan semula sejarah Tanah Air tanpa ada prajudis mahupun terhadap UMNO. Insyaallah.

1. Pemimpin UMNO pengkianat bangsa

50 tahun merdeka UMNO gagal melahirkan pemimpin yang berwibawa, yang ada intergriti dan akauntabilti. UMNO hanya berjaya menghasilkan pemimpin yang kurop, pentingkan diri, kroni dan kenalan. Artikal saya dalam laman Marhaen menceritakan secara jelas terdapat tokoh-tokoh besar UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan menyalahguaan kuasa [http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai80.html] menyebabkan rakyat hilang tempat bergantungan untuk mengadu menyelasaikan berbagai masalah yang mereka hadapai.
Rakyat terpaksa menunggu dan berdoa semoga wakil rakyat yang ada itu meninggal dunia atau meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan atau sebagainya, baharulah ada para pemimpin berduyon-duyon akan datang menjenguk dan mengambil tahu mengenai masalah yang mereka hadapi, pemimpin akan berlakon jadi lebih pemurah dan pembangunan akan dicurahkan bernilai berbillion-bilion ringgit seperti yang apa berlaku di Ijok sekarang ini [selepas rasuah pilihanraya kecil berlaku di Kuala Berang, Terangganu, Permatang Pasir, Kelantan, Batu Talam, Pahang dan Machap, Melaka]. Bagaimana pula kawasan-kawasan yang ADUNnya sihat wal’afiat. Nasib rakyat tidak terbela. Dibelenggu dengan lingkaran ganas kemiskinan.


Sejarah telah mencatatkan pelbagai kisah bagaimana sesebuah kerajaan runtuh dan lenyap kerana pemerintah ketika itu hanya dikelilingi oleh pembodek dan pengampu yang bermulut manis dan berperangai seperti itik jawa, ianya pandai mengangguk dan mengiakan apa-apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin bagi menjaga kepentingan diri. Takut untuk bercakap benar. Pemimpin pula tidak ingin langsung dan tidak bersikap proaktif untuk mendengar rintihan rakyat. Apa yang mereka inginkan ialah rakyat mendengar dan mengikut sahaja. Rakyat tidak boleh menyoal dan mengkritik. Andai kata ada yang berani menegur kerajaan ketika itu juga ia akan dipancung.

Malaysia mengamalkan pemilihan kerajaan melalui proses demokrasi konon-kononnya. Rakyat memilih kerajaan yang diinginkan mereka [sebenarnya rakyat dipaksa memilih UMNO/BN berlaku dengan berbagai cara dan kaedah rujuk kes di Ijok [juga di Machap, di Batu Talam, Permatang Pasir dan Kuala Berang] sekarang ini melalui parti-parti politik, peti undi dan pilihanraya. Parti yang menang dan memperolehi kerusi majoriti membentuk kerajaan. Tugas mana-mana parti sekalipun yang menjadi kerajaan melalui proses demokrasi mesti melaksanakan konsep atau teori utilitarian. Teori ini mengatakan: Negara mesti memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk rakyat terbanyak yang memilih mereka dan menyediakan pelbagai prasarana, peralatan, kemudahan untuk kesejahteraan rakyat dan mengurangkan keperitan dan kepayahan.

Teori ini UMNO tidak mengamalkannya. Ia betindak zalim terhadap rakyat yang tidak menyokongnya dalam pelbagai sektor. Dalam pada itu, UMNO juga bertindak zalim terhadap amalan demokrasi yang diwar-warkannya .

Terdapat tiga perkara yang bersangkut-paut dengan sifat kepimpinan, sebagai penyebab kedudukan orang semakin teruk. Pertama, para pemimpin tidak mempunyai keazaman politik [political will] yang cukup kuat untuk membela nasib rakyat miskin, walaupun retorik membela Melayu cukup kuat kedengaran termasuk di Perhimpunan Umno. Kedua, pemimpin UMNO yang jadi pemerintah tidak mempunyai tenaga untuk membendung [malah gemar menaikan harga minyak, tol, kadar tarif air dan elektrik untuk menyelesaikan masalah ekonomi secara mudah dan berbelanja tidak berhemat], apatah lagi berkeboleh untuk menyekat kuasa pasaran yang boleh memiskinkan lagi golongan miskin Melayu dan kaum lain. Dan yang ketiga, para pemimpin UMNO/BN kebanyakannya lebih mengutamakan kepentingan peribadi, keluarga dan suku-sakat mereka sahaja, dibiarkan rakyat bergeladangan keseorangan.

2. Kedudukan ekonomi orang Melayu yang lemah angkara kianat UMNO

Kedudukan ekonomi orang Melayu masih lemah walau pun sudah 50 tahun kita merdeka berbanding dengan kaum lain akibat angkara pemimpin UMNO yang rakus merompak dan memfaraidkan harta rakyat sesama sendiri mereka yang berkuasa, rakyat terbanyak hanya menelan air liur dan mulut ternganga menanti lalat masuk.

Sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai matlamatnya.? Perkara ini diakui sendiri oleh para pemimpin UMNO yang menentang hasil kajian yang dibuat oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) menganggarkan bahawa matlamat DEB sudah tercapai angkanya di sekitar 45 peratus, berdasarkan pada perangkaan Bursa Malaysia bagi bulan September 2005. Kajian tersebut yang bertajuk “Pengagihan Ekuiti Korporat – Trend Masa lalu dan Dasar Akan Datang’ – menganggarkan bahawa 70 peratus pemilikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dianggap sebagai milik bumiputera. sebagai milik bumiputera.

D perhimpunan agung Umno ke-56, Ketua Pemudanya, Hishammuddin Hussein, mengangkat keris menuntut hak bumiputera untuk diteruskan DEB kerana ekuiti mereka hanya di antara 18.9 peratus hingga 19.4 peratus. DEB telah disalahgunakan dengan meluas dalam pelbagai cara. Semua orang tahu semua Ketua Bahagian Umno berpeluang mendapat kontrak dari kerajaan bagi mengumpul dana untuk membiayai aktiviti politik mereka. Malah dalam banyak kes, mereka tahu berapa jumlah yang perlu ditawarkan untuk merebut sesuatu kontrak itu. Kerap berlaku mereka tidak tahu apa-apa tentang projek berkenaan dan ini menyebabkan mereka dijadikan “orang depan” oleh bukan bumiputera yang mahukan projek tersebut. Akhirnya ini menjadi satu tabiat dan norma.

Sekarang ini, seluruh negara telah rosak. Malah kalau kita teliti pertelagahan antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Abdullah sekarangpun, ia tertumpu kepada soal pengagihan kontrak, bukannya tentang nasib orang miskin yang semakin hari semakin terpinggir. Perdebatan antara kedua-dua pemimpin ini tidak sedikitpun menyentuh nasib orang miskin di Sabah, umpamanya, di mana statistik menunjukkan kadar kemiskinan amat tinggi di negeri itu. Ketara sekali DEB telah dijadikan alat untuk meraih pendapatan tanpa perlu berkerja. Kelompok tertentu [golongan UMNOPUTRA] mendapat pendapatan secara percuma daripada hubungan mereka dengan kerajaan. Akibat dari gejala ini, perbelanjaan kerajaan dibazirkan dan pembayar cukai tidak mendapat nilai dari perbelajaan yang dibuat itu.

DEB pada peringkat awalnya berjaya melahirkan institusi bumiputera yang kukuh dan berjaya seperti PNB, Tabung Haji, Felda dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Hingga kini pun semua institusi ini terus bergerak maju tetapi malangnya DEB tidak dikemaskinikan sejajar kejayaan institusi-institusi tersebut. Kerajaan cuba menggunakan DEB untuk melahirkan tokoh korporat bumiputera dan usahawan. Tetapi di manakah mereka yang kononnya tokoh korporat dan usahawan itu? Kalau kita namakan tokoh korporat bertaraf dunia, mana dia nama orang Melayu atau bumiputera? Kita akan temui nama seperti Ananda Krishnan, Yeoh Tiong Lay, Ling Goh Tong, Robert Kuok, Yeoh YTL, Vincen Tan, Lim Goh Tong, Erik Chia, Quek Lian Chan, Loy Hean Heong dan lain-lain lagi. Orang-orang bukan Melayu menjadi bertambah kaya raya kerana mereka pandai dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin. Mereka mendapat pelbagai projek.

Banyak syaraikat-syarikat dan agensi kerajaan yang untung sebelum diswastakan telah mengalami kerugian dan terpaksa kerajaan ambilalih semula seperti MAS, Syarikat Perkapalan Berhad, IWK, STAR, TNB, Renong, DRB-HICOM, RHB, UEM dan sebagainya. Ini disebabkan orang-orang yang diberi peluang ini tidak mempunyai kepakaran hanya pandai bodek pemimpin. Mana pergi nama-nama Melayu tersohor satu ketika dulu seperti Rashid Hussain, Tajudin Ramli, Halim Saad, Wan Azmi Wan Hamzah, Omar Shah dan lain-lain yang ternama hilang tanpa berkubur dalam arena korporat.

Dalam satu kajian yang dijalankan dapati sejak dari tahun 1980-an dan 90-an lagi, penerima utama faedah DEB ialah bukan bumiputera. Buktinya, banyak syarikat pembinaan bukan bumiputera berkembang menjadi syarikat besar dengan urusniaga berjuta-juta ringgit setahun. Tetapi hingga kini mereka kekal sebagai sub-kontraktor di negara ini. Mengapa ini berlaku, kalau kita analisis secara sinis, kontraktor bukan bumiputera ini telah berjaya menggunakan orang Melayu untuk mendapatkan kontrak untuk mereka, walaupun kontrak itu sekadar di sub-kontrakkan, namun mereka yang untung besar.

Kemiskinan di Perak dan Terangganu mengarasi Kelantan. Bilangan isi rumah di dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak, ternyata lebih besar dari negeri Kelantan. Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk ‘Program Pembasmian Kemiskinan RMKe-9’. Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut:

1. Sabah - 32,297
2. Terengganu - 8,300
3. Perak - 5,730
4. Sarawak - 5,243
5. Kedah - 4,938
6. Kelantan - 3,550

Perhatikan, Terengganu, dengan kekayaan minyak yang demikian besar dan dengan jumlah penduduk yang kecil, mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain. Mengikut kertas tersebut, peratus kemiskinan Terengganu ialah 15.4%, berbanding Kelantan 10.6%.

Kesan dari amalan ini siapa yang rugi? Kos sesuatu projek melambung tinggi akibat dari rasuah berbentuk kuasa dan wang dalam usaha mendapatkan kontrak-kontrak berkenaan. Sub-kontraktor terpaksa menaikkan sebutharga mereka bagi menampung rasuah yang diberi kepada “orang depan” atau “runner” yang mendapatkan kontrak berkenaan. Dalam keadaan begini, adakah anda fikir Malaysia boleh mempunyai urustadbir korporat yang telus?

Bagaimana kita mahu melihat negara kita dipandang tinggi sebagai sebuah negara yang telus? DEB telah dipalit dengan watak jahat. DEB akan menjadi alat yang akan membunuh kita dan negara ini. Ia sudah menjadi barah masyarakat. Untuk menyelesaikan “penyakit barah” ini, ia tidak boleh dirawat, sebaliknya perlu dipotong terus.

Ini adalah satu kegagalan UMNO dalam memerintah Negara selama 50 tahun. Mohd.Noor Azam dalam BM, 11.3.2001 menyatakan milik bumiputra dalam projek penswastaan kerjaan hanya RM8.57 billion [ atau 25.6% ] dan bukan bumiputra RM25 billion [ atau 75% ]. Manakala kontrak yang dapat oleh bumiputra pula berjumlah RM24.48 billion sebanyak 1,401 buah syarikat dari 4,987 buah syarikat, selebihnya adalah syarikat milik bukan bumiputra.
Pada tahun 1963, orang-orang Melayu mengadakan satu kongres membincangkan masalah ekonomi yang mereka hadapi iaitu masalah untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan.Hasil dari kongres tersebut lahirlah Bank Bumiputra Malaysia Berhad untuk membantu orang-orang elayu dalam perniagaan.Professional Melayu telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan bank ini, tetapi disebabkan perasaan tamak dan haloba telah berlaku skandal BMF ang merugikan orang-orang Melayu dan negera sebanyak RM2.5 billion pada tahun 80an.


Dua kali bank ini diselamatkan oleh kerajaan disebabkan salahurus dan pecah amanah, pada tahun 1984 disuntik modal sebanyak RM2.3 billion dan sekali pada tahun 1989 sebanyak RM982 juta.Pada tahun 1997-1998, bank ini sekali ladi menghadapi masalah kerana memberi pinjaman mudah tanpa mengikut procedure bank sehingga bank ini rugi berjumlah RM6.2 billion.

BBMB memberi pinjaman besar kepada tajudin Ramli [ MAS dan Celcom ], Halim Saad [ Renong dan UEM ], Azman Hashim [ Arab Malaysia Berhad, Vincen Tan [ Berjaya Group ], Francis Yeoh [ Lion Group ] dan KUB.

Akhirnya, untuk menyelamatkannya, ia diarah bergabung dengan Bank of Commerce dan kini dikenali sebagai Bumiputra Commerce Bank Berhad dan kini jatuh pula ke tangan adik TPM, Najib Tun Razak yang dikenali CIMB. UMNO telah melakukan jenayah ekonomi terhadap bangsa Melayu.

3. Pendidikan orang Melayu tercicir jauh dari bukan Melayu angkara UMNO

Pendidikan orang Melayu jauh ketinggalan.Dalam bulan Disember 1995 hingga Januari 1996, Parlimen telah meluluskan 4 akta baru berkenaan dengan pendidikan iaitu Akta Pendidikan 1995, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dibuat pada bulan Disember 1995 dan dikenali sebagai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1995.Keempat-empat akta pendidikan ini memberi kesan terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti.Fasal 17 dalam Akta Pendidikan 1995 dan Fasal 41 dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 memberi ruang yang luas kepada universiti dan kolej swasta menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajian masing-masing.

Kebanyakan IPTS ini mempunyai program berkembar dengan universiti-universiti luar negeri seperti di Amerika Syarikat, Britain dan Australia. Berapai ramaikah orang Melayu dan bumiputra yang mampu menuntut di ITPS-ITPS ini.Mengikut statistik tahun 2000 [MM , 2.6.2002, ms: 6 , bilangan pelajar bukan bumiputra yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara dianggarkan berjumlah 112,000 orang berbanding dengan pelajar bumiputra yang ditaja hanya berjumlah 5,800 orang sahaja.Begitu juga bilangan mereka di kolej-kolej swasta bilangan mereka menjangkau 170,000 orang dan lebih 22,000 di universiti swasta.Di Kolej Tunku Abdul Rahman [dan kini sudah dinaikkan taraf sebagai universiti] bilangan pelajar bukan bumiputra menghampiri 15,000 orang, manakala di peringkat ijazah di universiti awam pula mereka mencecah 80,000 orang.

Jika angka-angka ini dicampur, bilangan pelajar bukan bumiputra yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi ialah seramai 399,000 orang berbanding jumlah keseluruhan enrolmen pelajar ke institusi pengajian tinggi seramai 753,000 orang.Amat jelas bilangan pelajar bukan bumiputra lebih tinggi berbanding pelajar bumiputra, walaupun jumlah penduduk bumiputra pada tahun 2000 ialah 65.1% berbanding Cina 26.0% dan India 7.7%.Kewujudan IPTA-IPTA sudah dikira sebagai agenda Umno dan dianggap telah selesai dalam mengharungi era dunia ICT.Agenda itu dianggap sebagai agenda kerajaan. Amat malang, Umno tidak tahu membezakan atau memisahkan apakah itu kerajaan dan apakah itu UMNO.
Mulai tahun 2002, kemasukkan ke ITPA adalah berdasarkan kepada system kuota dan meritokrasi dan mulai tahun 2003 juga ruang 10% telah diberikan kepada bukan bumiputra untuk memasuki MRSM dan program mattrikulasi.Dalam pada itu, akibat perbezaan politik dua MRSM di Terangganu di bawah pemerintah PAS 1999-2004 ditutup. Kadar pegambilan pelajar bukan Melayu di lima buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Febuari 2004 dinaikkan daripada 10 kepada 30 peratus. Menteri Pembangunan Usahawan ketika itu, Mohamed Nazri Tan Sri Aziz berkata, lima MRSM yang terbabit dalam pengambilan pelajar bukan bumiputera itu ialah di Pontian, Muar, Kuala Kubu Baru, Kulim dan Kuala Lipis.Menurut beliau, tindakan menambah kuota 30 peratus pelajar bukan bumiputera di lima daripada 17 buah MRSM di negara ini berikutan kebimbangan ibu bapa kaum terbabit jika bilangannya hanya 10 peratus sahaja.Dan pengambilan pelajar bukan bumiputera di MRSM ini tidak hanya kepada lulusan daripada aliran sekolah kebangsaan tetapi juga murid dari aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,'' [BH, 6.1 2004].


Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama selama kira-kira 30 tahun, dengan kejayaan melahirkan tidak kurang 5.4 juta lepasan di peringkat SPM yang sebahagiannya kemudian melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dan menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup drastik. Sudah ada ribuan profesor dan ahli akademik dalam pelbagai bidang yang lahir daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Beberapa kajian ilmiah di peringkat sarjana dan kajian institusi serta individu tertentu menunjukkan bahawa pelaksanan dasar baharu itu telah menunjukkan tanda awal bencana dan padah yang bukan kecil. Implikasi negatif yang cukup segera dirasakan daripada pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik, terutama oleh anak-anak di luar bandar yang majoritinya orang Melayu ialah gangguan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik disebabkan oleh faktor penggunaan bahasa asing.Pelajar mengalami masalah kerana terpaksa memindahkan konsep-konsep sains dan matematik daripada bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya dalam keadaan pelajar tidak atau belum menguasai bahasa asing itu.
Bilangan pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sehingga tahun 2004 ialah 1.88 juta orang. Jika sekalipun 50% daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar dianggap menguasai bahasa Inggeris, namun terdapat hampir 1 juta (0.94 juta), terutama pelajar di luar bandar yang menghadapi masalah pemelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hakikat yang penting ialah bahawa golongan pelajar yang paling banyak menjadi mangsa daripada pelaksanaan dasar tersebut terdiri daripada anak-anak bangsa Melayu. Daripada segi sosial dan politik, kesan-kesan buruk daripada pelaksanaan dasar baharu ini akan menggoncang kestabilan sosial dan politik negara, disebabkan akan wujud ketidakseimbangan pencapaian akademik yang akhirnya melebarkan jurang antara kaum dan kelas masyarakat.


3. Melayu hilang tanah angkara UMNO

Para pemimpin UMNO adalah broker, juru jual dan perampas TANAH RAKYAT. UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan.

Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk embangunan.Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin.Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.

Kerajaan Negeri Kedah merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.Di Johor pula Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai.

Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM. Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas. Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.Di Langkawai pada tahun 1990, 80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8,299.9 hektar telah hilang statusnya. Di Negeri Sembilan seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.

Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun.

Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.

Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasanan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar.Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985.

Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dashat, iaitu daripada ? hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya 5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah.Pemimpin-pemimpin Umno ini kianat terhadap bangsanya sendiri. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan Melayu dengan nilai berjuta ringgit.Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin Umno.

Banyak lagi perbuatan kianat UMNO terhadap bangsa Melayu yang tidak mampu dibincang di sini kerana terlalu panjang kisahnya, yang terbaru ialah Pembanguan Selatan Johor yang dijangka menelan belanja lebih dari 18 billion ringgit. UMNO sanggup mengadai maruah dan semangat DEB untuk menarik pelabur asing. Sebagai kesimpulannya ialah :

1. UMNO melihat "amanah" yang diberikan oleh rakyat adalah sebagai alat untuk mencari kekayaan, kedudukan dan kuasa. Bukan untuk melihat amanah itu sebagai bebanan yang perlu dipikul dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Jika dilaksanakan hukum Islam ini, maka ia akan menjadi batu penghalang untuk mencapai cita-cita peribadi masing-masing yang berlumba-lumba masuk UMNO ketika tahun 80an dan 90-an dulu kerana untuk mendapatkan tender, kontrak dan saham-saham mewah. Kalau dulu zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, 99 untuk rakyat 1 untuk pemimpin, tetapi sekarang telah terbalik , 99 untuk pemimpin dan 1 untuk rakyat.

2. Budaya kehidupan pemimpin-pemimpin UMNO bermegah dengan kereta mewah, rumah besar-besar, duit banyak dan menunjuk-nunjuk kekayaan kepada rakyat. Mengetepikan kepentingan rakyat yang dipimpin. Pemimpin UMNO menjadi raja, rakyat menjadi hamba. Dalam Islam perbuatan begini sangat dikutuk oleh Allah, menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat marhaen yang tidak ada apa-apa. Nabi sendiri dalam kehidupannya terlalu bersederhana dari segi pakaian, makanan dan tempat tinggal, kalau Nabi hendakkan kekayaan dunia ini, maka Nabi akan dapat lebih hebat lagi dari pemimpin-pemimpin UMNO haprak ini. Oleh itu, Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyama-ratakan kedudukan manusia.

3. Lagi budaya negatif pemimpin UMNO ialah mencari kekayaan dengan apa cara sekali pun baik halal atau haram tidak diambil pusing. Menjadikan harta rakyat sebagai harta sendiri, kumpulan wang amanah seperti KWSP, LUTH, Petronas [sejak ditubuhan pada awal tahun 70-an tidak pernah bayar sesen pun zakat untuk membantu orang-orang miskin, tetapi sebaliknya membantu orang-orang kaya dan tokoh-tokoh korperat terkenal yang dekat dengan pemimpin no.1] dilaburkan di tempat-tempat yang tidak disesuai dan pelaburan yang dibuat merugikan. Penggunaan duit tabungan amanah digunakan secara tidak berhemah, malah duit orang miskin PPRT ditelan oleh orang kaya sehingga kini orang besar itu bebas. Yang kaya terus kaya yang miskin terus miskin. Mana mungkin Hudud dibenarkan wujud di negara ini selagi budaya seperti ini diamalkan tanpa asuhan aqidah.

4. Budaya rasuah, penyalah-gunaan kuasa, pecah amanah, menyeleweng berlaku di pelbagai di institusi, sektor, individu dan terutama pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa. Membolot harta kekayaan negara, memonopoli keperluan rakyat untuk keuntungan dan faedah diri dan kepentingan kroni. Pembudayaan ini telah menjadi darah daging selama 46 tahun UMNO memerintah, mana mungkin Undang-undang Hudud dibenarkan. Membenarkan Hudud dilaksanakan, bermakna mereka akan menerima nasib yang amat malang dan akan menderita sepanjang hayat. Umpama penagih rokok, mana mungkin mereka merelakan rokok diharamkan.

5. Arak, judi, perzinaan, hiburan yang membangkitkan syahwat lagi melalaikan, menipu, pembohong [termasuk juga pembohongan dalam urusan pilihanraya kecil dan umum], kes tangkap khalwat, melarikan duit ke luar negara, melarikan anak seorang Raja menikah di Selatan Thailand pada tahun 1994, menahan orang tanpa sebab dan pelbagai lagi gejala maksiat yang dilakukan, masakan boleh dilaksanakan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah [Hudud dan Qisas]. Pelaksanaannya akan menyebabkan industri hiburan ini akan runtuh dan orang akan kembali beriman kepada Allah dan RasulNya.

Adakah rakyat di Ijok akan mengundi lagi BN, calon MIC K. Parthiban?
KHAS PENGUNDI DI IJOK: PESANAN BEKAS PM, TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD :


I. “Jika anda tidak berfikir (mengenai) apa yang anda lakukan, maka anda tidak akan memanfaatkan undi anda secara bijaksana, dan tentunya, anda yang patut dipersalahkan (kemudiannya),”


II. “Kecuali jika anda menghantar isyarat kepada kerajaan –“Lihat sini,jika kamu buat perangai, kamu mungkin tidak akan dapat undi saya dalam pilihanraya akan datang” – maka kerajaan akan kata – “Lihatlah, rakyat mengundi menyokong kita. Kami dalam keadaan yang cukup baik – ,” katanya.

III. “Jika anda mengundi (BN) kerana anda mendapat banyak wang atau kerana anda mendapat banyak projek, maka anda mungkin mendapat kerajaan yang tidak baik yang menggunakan wang untuk membeli undi anda,”

IV. AMAT PENTING :“Jangan undi BN secara membuta-tuli, Jangan undi PAS secara membuta-tuli, Jangan undi DAP secara membuta-tuli. Gunakan kebolehan anda untuk berfikir,”

RUJUKAN : http://www.malaysiakini.com/news/66486

Catatan kaki :

Akhirnya, pengundi Ijok memilih BN sekali lagi untuk mewakili mereka dalam DUN Selangor. Amat malang nasib rakyat di Negara ini. Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Mohammad s.w.a bahawa diakhir zaman kelak akan muncul segolongan para pemimpin yang akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, tetapi golongan itu akan tetap diangkat menjadi pemimpin kerana kezalimannya bukan kerana kebaikkannya. Dan sabda Baginda lagi : orang yang baik-baik [soleh] dipinggirkan dari pentas pemerintahan kerana kejahilan dan ketakutan rakyat [untuk memilih] akibat daripada perbuatan zalim golongan tersebut.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam.

Wednesday, April 25, 2007

UMNO GAGAL MEMBELA NASIB ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM-SIRI 1

Assalamu,alaikum wm.wrt,

Satu persoalan penting bagi orang Melayu-Islam [khususnya di Ijok] wajib berfikir secara matang tanpa emosional. Berfikir dan bermuhasabah mengenai nasib orang Melayu dan kedudukan agama Islam sesudah 50 tahun kita mencapai kemerdekaan. Adakah UMNO masih kekal lambang kekuatan bangsa Melayu ?

Jawapannya : No way. Tidak. Nahi..nahi…..

Kedudukan orang Melayu dan Islam semakin tertekan di Tanah Air sendiri. Melayu masih lagi miskin papa-kedana. Dasar ekonomi yang dibentuk melalui DEB lebih tiga dekan yang lalu gagal memperkasakan kedudukan dan taraf hidup orang Melayu terutama di luar-luar bandar seperti di Ijok sendiri. Ini terbukti, apabila ada sahaja pilihanraya kecil sejumlah RM9.5 juta telah dicurahkan di situ. Sebelum ini, Ijok ketinggalann dalam serba-serbi.

Manakala Islam semakin hilang dan dipinggirkan daripada arus perdana pengurusan Negara. Islam tidak dimertabatkan. Islam diperlecehkan dan dihina oleh pemimpin Melayu sendiri, apatah lagi Islam berterusan menerima tentangan maha hebat daripada orang-orang bukan Islam. 10 orang Menteri karbinet Malaysia diketuai oleh S.Samy Vellu berani menghantar memorandum kepada Abdullah Ahmad Badawi, mendesak beliau menghalang Islam menjadi dasar Negara. Maksud memorandum ini yang lebih tepat lagi ialah orang Islam tidak dibenarkan mengamalkan ajaran Islam [perkara ini perlu diperhalusi matlamat memorandum tersebut]. Orang Islam perlu mendapat kebenaran untuk mengamalkan ajaran Islam dan kerajaan perlu memberi kebebasan kepada agama-agama lain untuk berkembang di Negara ini tanpa ada halangan dan sekatan.

Penubuhan IFC mengecewakan hati sebahagian besar umat. Peningkatan kadar murtad dikalangan generasi muda Melayu amat membimbangkan. Peningkatan ini selari dengan peningkatan kadar permasalahan social orang Melayu. Sebut sahaja apa sahaja gejala negative, orang Melayulah yang menjadi juaranya. Masalah dadah, orang Melayu, malas belajar dan banyak tercicir dalam bidang pelajaran, juga anak-anak Melayu, Mat Rempit juga dipelopori oleh muda-mudi Melayu, penyamun, perompak, buang anak, malah amalan tidak bermoral ini juga dilakukan oleh para pemimpin dengan melakukan berbagai kegiatan yang boleh disifatkan sebagai amalan rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi adalah orang-orang Melayu dalam parti UMNO
[atau United Monkeys National Organisation]

Amalan negative ini terjadi akibat daripada Islam dipinggirkan dalam setiap sektor kehidupan umat. Islam diperintah, bukan Islam yang memerintah. Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Abdullah amat mengelirukan umat. Islam Hadhari lari daripada konsep Islam sebenar seperti yang diajar oleh Nabi. Perlaksanaan Islam Hadhari perlu mengikut suasana dan keadaan. Pada satu ketika, tangan itulah mengangkat “Allahhuakhbar” menyembah Tuhan dan pada ketika yang lain, tangan itu juga boleh menyentuh perempuan yang bukan muhrim.

Akibatnya, kerja-buat umat menjadi songsang. Amalan baik dianggap jahat, amalan jahat [buruk] dianggap baik. Pembukaan sekolah-sekolah agama atau memperbanyakkan akitiviti keagamaan adalah amalan baik menghindarkan manusia khususnya para anak muda daripada terjerumus ke jurang kebinasaan [membuat maksiat kepada Allah], tetapi dianggap jahat. Diarah menutup semua sekolah-sekolah agama ini dan dihalang atau disusahkan dengan berbagai sekatan dan halangan apabila ada pihak yang mahu memperbanyakan kegiatan- kegiatan keagamaan yang berlaku diseluruh Negara meliputi pusat-pusat pendidikan tinggi atau rendah, di surau dan di masjid-masjid. Pada masa yang sama diperbanyakkan pusat-pusat hiburan, diangendakan secara sistematik supaya seluruh fikiran umat tertumpu ke arah hiburan yang melalaikan. Diadakan berbagai pesta hiburan, pertandingan dan sebagainya serta diberi publicity yang meluas dalam media supaya rakyat hanyut dengan hiburan.

Kejadian songsang ini juga berlaku dalam politik Negara. Pemimpin yang bodoh, selalu bercakap bohong, tertidur tidak kira tempat, suka kepada amalan rasuah dan tidak ada intergriti serta tidak ada akauntabiliti diprojekkan melalui media massa yang dikawal memberi gambaran yang cantik dan bersih daripada sebarang najis. Dalam waktu yang sama, ada pemimpin lain yang mengajak seluruh manusia membuat kebaikan senantiasa mengingati Allah dan RasulNya diprojekkan sebagai orang jahat dan ganas. Rakyat dipaksa melalui berbagai kaedah halal dan haram menolak pemimpin ini dan memilih pemimpin sukakan mungkar dan jengkel dengan amal makrof.

Jadi, ingatlah pengundi-pengundi di Ijok. Tolak pemimpin-pemimpin sejenis dan sebangsa dengan IBLIS laknatullah itu sepertimana yang disebutkan dalam al-Quran dan al-Hadith yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Wajah-wajah yang berkeliaran di Ijok sekarang ini adalah IBILS-IBLIS yang berwajahkan manusia. Mereka di situ tidak kira dosa-pahala. Mereka tetap mahukan kemenangan dengan berbagai cara, sama sepertimana IBLIS yang enggan tuduk kepada Nabi Adam a.s kerana ego dan sombong. Walau pun pada dasarnya IBLIS itu tahu apa tujuan Allah mencipta Nabi Adam a.s

Begitu juga manusia-manusia IBLIS yang berada di Ijok sekarang ini, mereka tahu apa yang mereka telah lakukan sepanjang 9 hari mereka berkempen adalah salah dan melanggar prinsip asas keadilan ciptaan Tuhan. Mereka melakukan berbagai kerja mungkar seperti melakukan kerja-kerja merasuahkan pengundi-pengundi, membawa budaya samseng, berfikiran kolot tidak boleh menerima perbezaan pendapat dalam dunia demokrasi kononya, tetapi mereka mengenepikan semua itu sama seperti IBLIS menolak Nabi Adam a.s, walaupun IBLIS sedar Nabi Adam a.s diutuskan ke dunia untuk dijadikan sebagai Khalifah.

Akan bersambung, insyaallah

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam.


NAJIB TUN RAZAK : MALAYSIA KOMITED DALAM PEPERANGAN MEMBENTERAS RASUAH

Assala’mualaikum wm.wrt,

Saya kadang-kadang terasa hendak ketawa geli hati dan kadang-kadang terasa amat sedih melihat gelagat para pemimpin UMNO yang berani bercakap bohong dihadapan public. Geli hati melihat cara para pemimpin UMNO bercakap bohong secara terang-terangan, tanpa berselindung terutama ketika hendak mempertahankan diri atau kerajaan seolah-olah seluruh rakyat Malaysia ini bodoh [kecuali beberapa kerat professor universiti yang sanggop menjadi kuda tunggangan dan pencacai UMNO] tidak mengikuti perkembangan semasa.

Sedih pula apabila melihat para pemimpin UMNO itu bersungguh-sungguh menutup segala jenis kehaprakan dan kebohongan mereka itu dengan muka selamba berkebolehan berlakon dan sandiwara mendodoi rakyat dengan berbagai gaya menunjukan yang mereka itu baik, amanah, jujur, bertangungjawab dan yang penting bagi mereka ialah menyakinkan bahawa mereka menjaga kepentingan rakyat lebih daripada menjaga kepentingan diri. Lebih-lebih lagi pemimpin itu terdiri di kalangan orang-orang Islam yang hukumnya berdosa yang pasti akan menerima pembalasan diakhirat nanti. Itu adalah ajaran Nabi Muhammad s.a.w, bukan daripada ajaran Islam Hadhari tajaan Abdullah Ahmad Badawi yang serba boleh mengikut kesesuaian masa dan tempat.

Contoh terbaru, pada 24.4.2007, hari Selasa semalam, satu majlis sempena ulang tahun ketiga Pelan Integrasi Nasional dan Institut Integriti Malaysia telah diadakan. Setiausaha Agung Komanwel Don McKinnon telah hadir ke majlis tersebut untuk menyampaikan ucapannya sempena pelancaran Institut Integriti Malayasia. Dalam ucapannya McKinnon berkata:

“RASUAH ANTARA LAIN ADALAH MENYOGOK, NEPOTISMA, PAKATAN YANG MERAGUKAN, KARTEL DAN PILIHNARAYA YANG TIDAK ADIL. HAPUSKAN RASUAH DAN KEPIMPINAN YANG BURUK MAKA SECARA LANGSUNG AKAN TERHAPUSLAH KEMISKINAN”
.
Najib Tun Razak, selaku Timbalan PM dijemput merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmiannya, Najib dengan muka selamba berkata :

“RASUAH DAN SOGOKKAN ADALAH MERUPAKAN MASALAH BESAR DALAM PERTUMBUHAN SEBUAH MASYARAKAT DEMOKRASI DALAM NEGARA INI. WALAUBAGAIMANAPUN KATANYA MELALUI PELAN INTEGRASI NASIONAL NILAI-NILAI HIDUP RAKYAT DALAM HAL INI SEMAKIN BERUBAH”.

Lihat kenyataan Najib. Beliau terang-terang berbohong dalam majlis yang hendak mendidik rakyat supaya menjadi manusia yang beramanah, ikhlas dan ada akauntabiliti, tetapi seluruh dirinya sendiri terpalit ‘shit’ yang paling berbau busuk merebak ke seluruh dunia melalui media.

Dalam setiap pilihanraya kecil [termasuk PRU] yang Najib menjadi kaptennya, Najib melakukan perkara-perkara yang berlawan apa yang dia diucapkan itu. Pemimpin jenis ini, Islam melarang mengangkatnya menjadi pemimpin umat. Sekiranya umat tetap memilih pemimpin jenis ini, maka kehancuran akan menunggu terhadap umat tersebut. Rahmat Allah tidak akan turun.

Najib bersama-sama dengan kabilahnya melakukan berbagai gejala rasuah, menyalahgunaan kuasa dan menggunakan harta awam dengan sewenang-wenangnya. Lihat di Ijok, siapakah yang melakukan amalan rasuah dan ketidakadilan dalam pilihanraya kecil ini. Najib dan kerajan pimpinan UMNO telah perkara-perkara seperti berikut:

Parti pembangkang tidak dibenar menghantar ejen menyelia pembuangan undi pos oleh anggota polis dan pasukan keselamatan bagi memastikan ia dijalankan secara adil dan bebas dalam semua pilihanraya yang berlangsung.

Melarang liputan media yang berat sebelah, tidak jujur dan tidak benar, sama ada di media cetak, radio atau televisyen sewaktu kempen dalam semua pilihanraya kecil dan umum, seperti penyiaran kartun tidak beretika, tulisan, siaran serta iklan untuk “menakutkan” pengundi terhadap pembangkang.

Mengamalan politik wang dalam setiap pilihanraya

Penyalahgunaan sumber-sumber dan dana kerajaan sewaktu kempen pilihanraya.

Penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan ‘sementara’ dengan memberi peruntukan dan membuat janji-janji pilihanraya berhubung projek-projek pembangunan, atau penyalahgunaan kuasa oleh menteri kerajaan ‘sementara’ dengan menggunakan wang rakyat untuk berkempen seperti bagi kos perjalanan serta penyalahgunaan sumber-sumber awam. Hasilnya, kerajaan UMNO/BN gagal memastikan sebuah pilihanraya yang "bebas, adil dan bersih”.

Di Ijok rasuah dan meyalahgunaan kuasa berluasa tanpa sekatan. Di Ijok duit berterbangan jutaan ringgit.Sejumlah RM48.9 juta dilaburkan untuk membeli undi di Ijok. Kita tidak tahu sama ada pengundi-pengundi di Ijok ada maruah diri. Sekiranya mereka tetap memberi undi kepada BN, maka mereka tidak ada nilai dan harga diri. Mereka memilih pemimpin dan kerajaan yang rasuah dan matapelaka akan menanti mereka, Jangan menyesal di kemudian hari.

Di Machap dan di Batu Talam telah menunjukkan bahawa pengundi-pengundi di kedua-dua kawasan ini bukan manusia, tetapi haiwan jelmaan berupa manusia yang tidak mampu berfikir untuk membuta pemilihan yang terbaik, mereka tetap memilih pemimpin dan kerajaan yang korup. Di Machap sebanyak lebih daripada RM9.5 juta dicurahkan berjaya membeli lembu-lembu yang tidak berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara. Di Batu Talam lebih daripada jumlah yang disebutkan itu, penggunakan harta dan kemudahan rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/66363
Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/65764

Jadi, kesimpulannya Najib mewakili ‘golongan IBLIS’ akan buat apa sahaja untuk menang. Janji pilihan raya bukan rasuah kata ketua barua dan iblis laknatullah Pengerusi SPR. Maksud iblis ini, selain janji pilihanraya tidak dikira sebagai rasuah, maka tafsiran ini juga boleh digunapakai untuk berjudi yang kerajaan keluarkan lessen, hukumnya tidaklah menjadi dosa besar dan malah tidur dengan pelacur juga tidak dikira sebagai berzina [sah sebagai suami-isteri] sekiranya kerajaan memberi lesen kepada pengusaha-pengusaha perkhidmatan seks ini.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”“
PROTES HINGGA TURUN”

Sekian.Wassalam.

Tuesday, April 24, 2007

SIAPA AKAN MENANG BESAR DI IJOK?

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Penemuan yang dilaporan oleh Raja Petra Kamarudin sangat mengejutkan. Mengikut analisis yang dibuat oleh Raja Petra, BN akan menang dengan majoriti sebanyak 1700 undi atau lebih. Kemenangan ini disebabkan BN melalui UMNO dengan bantuan SPR dan pertolongan Jabatan Pendaftaran Negara mendaftar pengundi hantu seramai 1,700 orang yang merupakan orang-orang tua yang lahir di antara tahun 1900 hingga 1921 masih hidup lagi dan boleh keluar mengundi.

Berita ini cukup membimbangkan kita sebagai pembangkang. Raja Petra melaporkan lagi bahawa terdapat dua versi daftar pemilih bersama CD. Yang dijual kepada pembangkang adalah versi tidak lengkap, tetapi kepada UMNO/BN mempunyai versi yang lengkap dan komplet. Strategi ini telah digunakan dalam pilihanraya umum ke-11 yang lalu. Hasilnya,UMNO/BN mencapai kemenangan yang cemerlang kerana mereka dapat mengelirukan pembangkang khususnya mengenai status pengundi.

Kami, harap PKR khususnya Anwar Ibrahim perlu bertindak segera berdasar laporan Raja Petra ini.

Laporan Raja Petra sepenuhnya:

23/04: Ijok: Who's gonna win? Let's bet!

Raja Petra KamarudinUnofficially, Parti Keadilan Rakyat is going to win the Ijok by-election by 500 votes. That’s what three intelligence agencies have reported and Barisan Nasional is running scared. Officially, Barisan Nasional will win by roughly 1,200 votes? And why do I say this? Simple, out of the 12,000 plus voters, about 1,700 or so are ‘phantom voters’.Don’t believe me? Blogs and websites are run by unemployed women and liars?

Well, take a look at the Election Commission (SPR) voters’ registration below. It is just three pages but these three pages are enough to prove my point. And if you want the whole book then you will have to pay for it because SPR sells the voters’ registration book on CD format; it is not free. And they will sell a different version to the opposition (minus some crucial information) while Barisan Nasional will get the FULL version.

Anyway, note the following from the three pages below:In sheet one (voting locality SEKOLAH KEBANGSAAN JAYA SETIA), you will see that there are two voters (items 1 and 2) who were born in 1900. So expect 107 year old voters to come out and vote come Polling Day. There are others aged up to 93 years old who are all still alive and are voters or else their names would not be in the voters’ list.

In sheet two (voting locality SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHINA IJOK), the same is repeated. Voters born in 1900, 1904, 1908, 1913, 1914, 1916, 1918, 1919, 1921, etc, are all still alive and are registered voters.Then, in sheet three (voting locality SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BADONG), there are voters born in 1999 (item 1913 in sheet three). This makes him a mere EIGHT YEARS OLD (maybe even SEVEN, depending on which month his birthday is). I wonder whether he has even been circumcised yet?

Yes, that’s right! Barisan Nasional will win by more than 1,000 votes instead of losing by 500 votes. And this is because of the 1,700 ‘phantom voters’. Anyone still wants to hedge my bet. Let’s just make it a mere teh tarik somewhere in Bangsar because I don’t want you to lose big -- just a token bet.

http://malaysia-today.net/blog2006/reports.php?itemid=4107

Monday, April 23, 2007

USTAZAH HAJJAH DATIN SERI ROSMAH MANSOR BERDAKWAH DI IJOK

Assalamu’laikum wm.wrt,

Peperangan di antara BN [sebenarnya UMNO, bukan MIC] V PKR di Ijok masuk hari ke lima hari ini [Isnin, 23.4.2007]. Kempen menjadi semakin panas. Anwar Ibrahim, Penasihat PKR menjadi kapten dalam peperangan ini bagi pihak pembangkang, manakala Najib Tun Razak [dan semua pilihanraya kecil sama ada yang lepas, sedang dan akan datang] mengepalai kempen bagi pihak BN.

Anwar konsisten dalam kempennya mengenegahkan isu rasuah dan menyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi sebahagian besar ‘golongan IBLIS’ [termasuk skandal watergate Malaysia yang didalangi oleh Najib] yang ada dalam UMNO atau kini lebih dikenail dengan nama ‘UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION’ dan parti-parti yang bergabung dengannya.

Apa yang menarik ialah isteri Najib juga turut berkempen [berdakwah?] di Ijok mempertahankan suaminya yang menjadi bahan berkempen. Rosmah mula menyebut perkataan pahala-dosa dan halal-haram kerana konon katanya pihak pembangkang khususnya Anwar telah menabur fitnah terhadap suaminya yang tidak ada setitik pun noda dan dosa [maksud Ustazah Rosmah?] ialah Najib suaminya itu berada dalam keadaan suci bersih seperti kain putih seperti bayi yang baharu dilahirkan. Tidak pernah terlibat dengan sebarang skandal atau amalan rasuah. Sambil itu, beliau berdoa semoga Allah s.w.t memberi pembalasan yang sewajarnya ke atas pembangkang. Rosmah penuh yakin dengan berkata : Pembangkang akan terima balasan Tuhan’ .

Rujuk link ini :
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a, dan
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=4061

Saya tidak berhasrat untuk mempertikaikan pegangan dan keimanan yang ada pada diri Rosmah ini, hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Melihat kepada lakaran perjalanan kehidupannya mengambarkan keadaan sebaliknya terjadi. Cara beliau berinteraksi dengan masyarakat termasuk rakan-taulannya [contohnya dalam mengendali urusan Bakti] dan orang-orang bawahan, beliau tidak mempunyai PR yang baik. Beliau senantiasa menunjukan wajah yang terlalu ego dan sombong. Kaki kontrol. Apatah lagi kehidupan sosialnya yang penuh sensasi, boros dan membazir. Beliau pernah bertindak menduakan suami dan menjalinkan hubungan sulit dengan Najib sehingga rumahtangganya yang pertama dibinanya runtuh berkecai.

Semua orang tahu kehidupan sosial Rosmah ini. Contohnya pada malam 9.12.2006 lalu, di Majlis Malam Santapan Negara sempena meraikan SPB YDP Agong ke-12 yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya, dan dengan kehendak Rosmah majlis itu terpaksa dipendekkan dan mesti tamat jam 10.00 malam. Tidak seperti kebiasaan, di mana pada malam itu SPB YDP Agong tidak pun sempat bersalaman dengan para jemputan. Para kenamaan dan para jemputan terpaksa bergegas termasuk Raja dan Permaisuri Agong ke Stadium Bukit Jalil kerana di situ ada pesta GLOBAL INDIAN FILM AWARDS [GIFA BOLLYWOOD].

Di pesta ini, di atas pentas Rosmah terkinja-kinja macam orang dirasuk IBLIS [memang pun mereka golongan IBLIS] berpelokan, bercium dan berlaga pipi sama pipi dengan pelakon handsome daripada Bollywood di hadapan suaminya, Najib. Paling memalukan PM, TPM pakai baju Melayu menonton acara itu. Malam Bollywood itu menyaksikan betapa Rosmah memang menggunakan segala kedudukannya menjatuhkan martabat Yang Dipertua Agong, Yang di pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Pahang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Mneteri boleh turut hadir sama yang boleh duduk bersekongkol hingga lewat pagi sedangkan majlis negara yang mengorbankan jutaan ringgit dengan segala pembaziran boleh dipendekkan.

Itulah peribadi sebenarnya Rosmah bt Mansor ini, bekas menuntut Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Malaysia akan hancur, sekiranya takdir membenarkan Najib mengambilalih kuasa daripada tangan Abdullah Ahmad Badawi kerana tangan-tangan jahat Rosmah akan memainkan peranannya lebih dashat lagi daripada kumpulan Khairy Jamaluddin yang ada sekarang.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam.

Friday, April 20, 2007

UMNO DAN PARA PEMIMPINYA PEMBELA RAKYAT?

Assalamu’alaikum wm.wrt.

Pada hari Selasa,17 April yang lalu di Parlimen, YB Fong Po Kuan [DAP-Batu Gajah, Perak] telah mengemukakan soalan bertulis bertanyakan Ahli Parlimen [MP] mana yang kerap ke luar Negara menjalankan tugas-tugas rasmi mewakili pihak kerajaan [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/66072]

Secara tidak langsung maksud tersirat soalan DAP Batu Gajah ini untuk menunjukkan bahawa terdapat setengah AP-AP ini mementingkan tugas luar Negara yang lebih berprestej, lebih menyeronokan boleh juga melancung ke sana ke mari secara percuma, disamping dapat pula menuntut berbagai elaun, daripada tugas membela rakyat yang miskin yang amat memerlukan pembelaan MP-MP ini.

Jawapan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berdasarkan ranking adalah seperti berikut:

1. Dr Rozaidah Talib [doctor gigi] UMNO-MP Ampang] 11 kali –RM141,391.06
2. Dr Rahman Ismail [UMNO-MP Gombak] 5 kali-RM116,834.26
3 Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar [UMNO-MP Larut] 4 kali-RM RM100,955
4. Markiman Kobiran [UMNO- MP Hulu Langat] 8 kali-RM69,440.72
5. Dr Junaidy Abdul Wahab [UMNO-MP Batu Pahat] 8 kali-RM60,812.27
6. Syed Razlan Syed Putra Jamalullail [UMNO-MP Arau) 6 kali-RM38,659.28
7. Idris Haron [UMNO-MP Tangga Batu) 3 kali-RM33,686.80
8. Wan Junaidi Tuanku Jaafar [PBB-MP Santubong] 2 kali-RM14,312
9. Razali Ibrahim [UMNO-MP-Muar] 2 kali-RM17,395.75
10. Tan Lian Hoe [BN-Bukit Gantang] 3 kali-RM9,597.50

Berikut adalah senarai pemimpin yang masih diragui dan dikaitkan berhubung kes rasuah manakala hasilnya menimbulkan persoalan pelbagai pihak khususnya rakyat Malaysia.

1.Ketua Pengarah BPR, Zulkifli Mohd Noor
2.Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Johari Baharom
3.Ketua Menteri Sabah Musa Aman
4.Ketua Menteri Sarawak, Muhammad Taib Mahmud.
5.Mantan Menteri Besar Pahang, Khalil Yaakob
6.Osu Sukam
7.Ketua Penerangan Malaysia, Muhammad Muhd Taib
8.Naib Presiden Umno [yang digantung] Isa Samad
9.Mantan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kasitah Gaddam [masih dibicarakan]
10. Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo

Kes rasuah Rafidah Aziz.

Laporan yang dibuat oleh Anwar pada 9.7.1999 [Jumaat] di Balai Polis Tun H.S Lee berkaitan kenduri saham oleh Rafidah Aziz yang ketika itu beliau sebagai Pengerusi Pembahagian saham Bumiputra di MITI. Dalam laporan polisnya itu, Anwar merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara yang bertarikh 14.3.1995 yang ditandatangani oleh Abdul Ghani Patail [kini sebagai Peguam Negara] yang jelas menyatakan bahawa wujudnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah atas tuduhan rasuah di bawah seksyen 2(2), Ordinan 22, 1970 sepertimana yang dikenakan tuduhan terhadap Anwar yang tidak melibatkan wang sesen pun, tetapi dikenakan hukuman penjara 6 tahun, iaitu:

1. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di MITI. Menteri yang paling malas hadir ke Parlimen. Beliau hanya hadir 31 hari dalam tempoh enam tahun atau 400 kali Parlimen bersidang.Rafidah adalah Pengerusi Jawatankuasa yang mengagihkan saham-saham kepada bumiputra Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, beliau telah meluluskan 1.5 juta saham Syarikat Leader Universal Holding Berhad kepada anak menantunya yang bernama Fazrin Azwar bin Mohd. Nor

2. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 450,000 unit saham berkenaan.

3. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 315,000 unit saham berkenaan.

4. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 335,000 unit saham berkenaan.

5. Beliau meluluskan pengagihan 4,173,190 unit saham FACB kepada Fazrin Azwar.

Pendedahan kes ini mengakibatkan Ezam Mohd. Noor, mantan Ketua Pemuda Keadilan [kini Pengerusi GERAK] didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi [OSA ] dan didapati bersalah dan dihukum penjara dua tahun, merengkok dalam penjara Kajang dan beliau kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Kes rasuah Rahim Tamby Chik.

Anwar juga telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 12:20 tengahari di Balai Polis Tun H.S Lee Kuala Lumpur berhubung tuduhan rasuah oleh Jabatan Peguam Negara yang disahkan oleh Abdul Ghani Patail mengenai pertuduhan terhadap Rahim Tamby Chik bertarikh 10 Jun 1994. Dokumen tersebut menyatakan bahawa terdapat kes prima facie rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Rahim Tamby Chik mengikut seksyen 2(1) Ord.22 1970, keterangan dan pertuduhan dikemukakan seperti berikut:

Tuduhan Pertama: Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembahagi Tanah beliau telah meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk memecah sempadan Lot 902 dan tidak mengistiharkan kepentingannya.
Tuduhan Kedua: Meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk menukar Syarat Lot
Tuduhan Ketiga: Tidak mengisytiharkan harta seperti yang diarah oleh BPR dan Jabatan Peguam Negara.
Tuduhan Keempat: Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengisytiharan harta yang boleh disabitkan dengan kesalahan
di bawah seksyen 199 kanun keseksaan (FMS Cap.45) dan boleh dihukum dibawah seksyen 193.

Harta dan kepentingan Dalam Syarikat:

Hasil siasatan BPR; didapati Rahim mempunyai akaun dalam puluhan Bank. Syarikat dan kepentingan perniagaan beliau termasuklah dalam:

• Hotel Ayer Keroh D'Village.
• Stesen Pam Minyak Shell.
• Lot 706 yang dijual kepada EON.
• 17 anak syarikat Daya Promile
• 53 ekar dusun durian di Bertam.
• Rumah kedai di Mesjid Tanah
• 5 unit rumah kedai di Taman Melaka Raya
• Peringgit Point.
• Taman Buaya Melaka
• Taman Mini Malaysia dan Mini Asean
• Taman Ikan Melaka
Kereta-Kereta:
• BMW 525 harga RM 180,000.00
• Porche 928 harga RM 448,495.00
• Mercedes Benz 300 harga RM 190,000.00

Sehingga 31 Mei 1993, harta yang beliau miliki berjumlah RM 39,782,772.69.
Kes skandal Perwaja

Laporan polis juga dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 19.7.1997 [Isnin ] di balai Polis yang sama berhubung dengan skandal PERWAJA. Secara detail kes ini boleh dilihat dalam sebuah yang diterbitkan oleh saudara Baharudin Ismail. Dalam buku ini terkandung dokumen-dokumen penting dan maklumat berharga bagaimana skandal ini boleh berlaku. Kes telah disebut di mahkamah ketika di ambang pilihan raya umum ke 11 yang lalu untuk mengelirukan fikiran dan mata rakyat dan Eric Chia yang didakwa terlibat dalam skandal ini berjaya di bawa ke mahkamah untuk membuat satu lakonan teragung kerana sehingga kini kes tersebut masih lagi dibicarakan di mahkamah.

Kes rasuah Daim Zainuddin

Laporan Anwar juga di Balai Polis yang sama pada 30.7.1999 [Jumaat] berhubung dengan Daim Zainuddin menerima RM600 juta daripada Tajudin Ramli, Halim Saad dan Wan Azmi. Terbaru Daim juga turut dikaitkan dengan Halim dan Annuar Othman dalam kes mengambil pampasan berjumlah RM32.5 juta daripada Metramac Corporation Sdn. Bhd. (Metramac). Kes ini menjadi kes paling kontroversi hasil dari hujah penghakiman Hakim Gopal Sri Ram dan ianya masih lagi menunggu untuk dibicarakan di Mahkamah Rayuan.


Kes projek Empangan Bakun

Laporan Anwar juga pada 12.11.1999 di BP yang sama berhubung dengan skandal Projek Empangan Bakun yang melibatkan anak-anak KM Sarawak, anak bekas PM ke 4 dan proksi orang-orang politik tertentu.

Kes rasuah Ketua Pengarah EPU

Laporan Anwar juga di Balai Polis Tun H.S. Lee Jalan Stadium pada 12.11.1999 [Jumaat] berhubung dengan akuan bersumpah Dato’ Shafei Yahya, bekas KP BPR yang mana Mahathir menghalang BPR menyiasat dan menutup kes bekas KP Unit Perancang Ekonomi, JPM Dato’ Ali Abdul Hassan Sulaiman [ yang kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara ].

Kes ini di buat laporan polis di seluruh Negara :

i. Mahfoz Omar buat laporan di Balai Polis Jalan Stadium, Alor Setar pada 15.6.2000.
ii. Tian Chua, Dr.Sanusi Osman dan Dr. Zulkifli Ahmad buat laporan di BP Dang Wangi pada pukul 3.51 petang pada 25.6.2000 dengan 310 tandatangan.
iii. Roslan Kassim di BP Seremban dengan 177 penyokong pada 7.7.2000.
iv. Saifudin Nasution di buat BP Jitra
[ Kes ini sama dengan kes tuduhan Anwar menghalang tugas polis dalam kes penyiasatan terhadap beliau yang membabitkan Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar]

Kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Khalil Yaakob.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah Datuk Fauzi Abdul Rahman pada 23.3.2001 telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan di hadapan ACP Ghazali Md.Amin berhubung salah guna kuasa mantan Menteri Penerangan dan mantan Setiausaha Agong UMNO Khalil ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Pahang telah mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan oleh Dasar Perhutanan Negara ketika memimpin Pahang di antara tahun 1986 hingga 1999 yang katanya boleh menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai kerajaan negeri Pahang sebanyak RM300 juta hingga RM900 juta setahun yang sebab dibuka lebih awal.

Bekas Setiausaha Agung Umno dan kini YDP Melaka Khalil Yaakub mendapat tanah seluas 4,517.01 hektar di Pahang dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 11.12.2005 untuk membolehkan badan itu menyiasat bagaimana ia boleh berlaku.
Pada 11 Disember 2003 lalu,bekas Adun Jengka, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bersama bekas Adun Chini, Mohd Jafri Ab Rashid dan bekas Adun Kuala Pahang, Mohd Iqbal Hamdi Rusdy membuat laporan tersebut sekali lagi di Pejabat BPR di Wisma Persekutuan, Kuantan. Laporan berkenaan adalah berkaitan dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas Adun Jengka di Dun Pahang dan disahkan ‘betul’ oleh Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakub. Salinan Rekod Ketuanpunyaan yang diserahkan kepada Ketua Unit Siasatan BPR Pahang, Wan Ramli Wan Abdullah mencatatkan nama bekas Menteri Besar dan dua orang timbalannya sebagai pemegang amanah.

Mereka ialah Dato’ Haji Mohd Khalil bin Yaacob (no k/p 4067914), Dato’ Haji Abd Rashid bin Abd Rahman (no k/p 0939462) dan Dato’ Haji Hasan bin Ariffin (no k/p 530428-06-5189). Tanah yang mempunyai hasil hutan itu terletak di mukim Kuala Kuantan, Kuantan, Pahang dengan nombor lotnya PT 18178. Tuan Ibrahim dalam aduannya kepada BPR menggesa agensi berkenaan menyiasat sama ada tokoh-tokoh Umno berkenaan ada di dalam mesyuarat semasa meluluskan permohonan tanah tersebut. Jika ada, mereka perlu diambil tindakan seperti mana yang pernah dikenakan ke atas Dato’ Muslim di Kedah dan Dato’ Harun Idris di Selangor. Mereka tidak sepatutnya berada di dalam mensyuarat yang meluluskan tanah balak itu kepada mereka sendiri. BPR juga diminta menyiasat cara hasil hutan itu dikeluarkan serta kepada siapa hasil itu dibayar. Salinan Borang 11AK Kanun Tanah Negara mencatatkan cukai yang sepatutya dibayar oleh mereka ialah sebanyak RM158,099.00 setahun.

Kes rasuah Menteri Besar Selangor.

Laporan kes rasuah terhadap Dr.Khir Toyo, Menteri Besar Selangor ini dibuat secara terperinci dan dilakukan penyelidikan secara teliti dan diserahkan kepada BPR, di Putrajaya oleh Ahmad Lutfi Othman pada 23.10.2001. Sekali lagi pada 8.11.2003 setelah sumber dari BPR Putrajaya menyatakan laporan Lutfi pada 23.10.2001 hanyalah sebagai maklumat bukan aduan rasmi.

Sekali lagi Lutfi membuat laporan pada 9.11.2001 di BPR Shah Alam kepada Penguasa Azni Yahya. Aduan tambahan pada hari Selasa 4.12.2003 jam 10.30 pagi berkaitan pembelian tapak banglo di lot no.14 jalan 2/1 G. Lagi laporan dibuat laporan polis dan BPR pada bulan Mei 2002 terhadap salahurus pembelian kereta rasmi MB dan exco yang tidak mengikut peraturan.

Di antara dakwaan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman ialah:

i. Pembinaan projek Jalan Cross Ban 4 di Sungai Panjang [ B44 ] oleh Syarikat Meram Holding Sd. Bhd yang bernilai RM92.5 juta.

ii . Mesyuarat EXCO pada 20.12.2000 yang dipengerusikan oleh Dr.Khir Toyo meluluskan permohonan tanah di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada 4 syarikat yang berbeza, tetapi mempunyai seorang pengarah yang sama.

iii. Mesyuarat EXCO pada 4.7.2001 yang dipengerusikan oleh Dr. Khir Toyo meluluskan kepada 4 pemohon berumur awal 20an tanah seluas 50 ekar setiap satu.
Persoalan yang timbul bagaimana pemohon yang sama boleh berjaya mendapat tanah lebih dari sekali

Kes rasuah Azalina Othman Said.

Ketika Pemilihan Ketua Puteri UMNO pada 1 November 2002 yang lalu. Azalina ketika itu sebagai Ketua Penaja Putri dan kini Menteri Belia dan Sukan telah didakwa melakukan pelbagai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadinya sebagai Ketua penaja Puteri. Salah seorang AJKnya, Elly Zalilah Yusof telah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfeilds mengenai kepincangan yang dilakukan oleh Azalina. Azalina didakwa mendaftar 4 buah van milik Puteri UMNO di bawah nama orang yang tidak ada kaitan dengan pergerakan itu. 2 buah van tersebut didaftar dengan nama abangnya dan dua buah lagi, didaftar dengan seorang sahabat karibnya. Di samping itu, Azalina juga dituduh membuka tiga akaun berasingan pergerakan itu untuk kepentingan peribadinya.

Kes rasuah Adnan Yaakob

Pengerusi Syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn Bhd, Lee Sin telah membuat laporan polis dua kali terhadap Menteri Besar Pahang, yang juga pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang didakwanya telah "melanggar undang-undang dan menipu" syarikat berkenaan berjumlah RM320,000 yang dibayar kepada dua orang rakan Adnan.

Kes rasuah dan menyalahgunaan kuasa Mohd. Ali Rustam

Berulang kali Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Wong, Ketua Pembangkang di DUN Melaka [ADUN Sungai Durian] membuat laporan polis dan BPR terhadap Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri yang menyalahgunakan kedudukan dan melakukan amalan rasuah. Ali dikatakan merupakan salah seorang yang dikatakan terlibat politik wang dalam pertandingan Naib Presiden UMNO, tetapi beliau diselamatkan dengan menutupan segera kes tersebut oleh Najib kerana beliau tidak mengugat sesiapa, tidak seperti apa yang berlaku ke atas Isa Samad yang mendapat undi tertinggi, tetapi disebabkan komplot yang dirancang oleh Khairy, maka Isa dikorbankan.

Ali juga didapati membazirkan duit rakyat sebanyak RM250,000 setiap tahun dengan memberi setiap ADUN [termasuk Exco] RM13,000.00 untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut hari perayaan lainnya. Ini adalah wang rakyat, wang saudara-saudara, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana ia dibelanjakan untuk tujuan politik. Sepatutnya kos makanan dan minuman ADUN dan Exco yang mengeluarkannya, tetapi sebaliknya bukanlah keluar dari kocek mereka, tetapi daripada wang rakyat sendiri.

Laporan Ketua Audit Negara 1998

Menyelewengkan duit Yayasan Melaka berjumlah RM1.2 juta. Mendapat perolehan sebanyak RM640,000 tanpa tender terbuka dan membuat perolehan tanpa sebut harga sebanyak RM254,000.00

Perbelanjaan barangan mewah dalam tahun 1997 dan 1998 adalah seperti berikut:

2,500 unit beg sekolah @RM21/unit sebanyak RM52,500 dan 2,800 unit beg sekolah @RM19/unit sebanyak RM53,200 untuk sumbangan pelajar miskin berjumlah RM105,700;
600 helai tali leher sutera @RM98 sehelai berjumlah RM58,800;
500 unit tie-clips/cuff-links/key chain/gold-plated brass c/w designer box @ RM175 each berjumlah RM87,500;
Percetakan: 3,000 brochure untuk Auditorium RM24,210
4,000 naskah buletin Yayasan RM25,210
200 helai tudung sutera RM14,000
25 unit Pierre Cardin Briefcase@RM1,550 seunit RM38,750
Floor Mat untuk bilik tandas RM11,000
27 pasang blazer @ RM1,650 sepasang RM44,550
58 helai blazer@RM676 sehelai RM39,234
10 helai lounge suits@RM1,250 sehelai RM12,500
2 unit akuarium marin dan kelengkapan akuarium RM20,040
Menukar dan memasang satu pintu pejabat Yayasan RM25,000
Menyalahi Peraturan Kewangan Dengan Tidak Memanggil Sebutharga Dan Tender, Perbelanjaan Atas Kegunaan Peribadi Dan Urusan Tidak Rasmi

Projek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat seperti:

• Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 juta sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh adalah 4 lorong kereta;

• Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta;

• Projek air terjun Bukit Bruang sebanyak RM 1.7 juta;

• Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta;

• Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta;

• Satu yunit tandas sebanyak RM 125,000/-

• Bandaraya Mall(Taj Mahal di Bangunan MBMB) sebanyak RM 4.5 juta;

• Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8 juta atau RM 300 sekaki;

• Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;

• Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2 juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.
Pemberian wang peruntukan kawasan yang tidak ada akauantibilti menyebabkan banyak penyelewengan berlaku seperti berikut:

Contohnya pada 2001 DUN Bandar Hilir, Durian Daun dan Tengkera masing-masing diberikan RM 50,000 manakala DUN Duyong memperolehi RM 150,000/-. Cara ia dibelanjakan sungguh tidak bertanggungjawab sekali contohnya dalam tahun 2001 bagi:

a) DUN Tengkera sebanyak RM 50,000

RM 26,400 untuk pergi melancong dan melawat, termasuk ke negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS ataupun lebih 50% daripada peruntukan tahunan; dan
jamuan makan dan kenduri sebanyak RM 6,000/-.

b) DUN Bandar Hilir sebanyak RM 50,000

Membekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000; dan
Membeli 11 pasang lounge suit ahli Persatuan Angkat Berat sebanyak RM 6,160 atau RM 560 sepaang dari peruntukan DUN Bandar Hilir;

c) DUN Durian Daun sebanyak RM 50,00

Membiayai aktiviti kumpulan tarian dan kebudayaan MCA Melaka yang diterima oleh Encik Chong Yong Keong sebanyak RM 2,000/- dari DUN Durian Daun; dan Membekalkan 25 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 1,000;

d) DUN Duyong sebanyak RM 150,000

10 pasang lounge suits untuk ahli atlet Persatuan Angkat Berat Negeri Melaka sebanyak RM 5,600/- atau RM 560 sepasang;
55 buah hamper Hari Raya sebanyak RM 2,200/-; dan
RM 37,000 untuk makan angina di Sarawak.

Pada tahun 2000, RM 1,770 dibelanjakan dari peruntukan DUN Duyong untuk membeli telefon bimbit untuk pejabat ADUN Duyong pada masa itu. Jelas sekali penyalahgunaan sedemikian amat ketara sekali sehingga membeli hamper, makan angina, jamuan makan, telefon bimbit untuk kepentingan pejabat peribadi dan juga untuk tujuan politik MCA. Apa faedah kepada rakyat?

Berjuta-juta ringgit digunakan untuk elaun dan tuntutan Ketua Menteri, Ahli EXCO dan ADUN setiap tahun. YAB Ketua Menteri mendapat elaun bulanan RM 6,750 daripada menghadiri mesyuarat dan subsidi perbelanjaan Hari Raya adalah mengikuti perbelanjaan sebenar yang boleh sampai RM 50,050 pada tahun 2000. Speaker dan Ahli-ahli EXCO menerima subsidi perbelanjaan hari perayaan masaing-masing RM 10,000 setiap orang, dan untuk ADUN BN sahaja RM 5,000 setiap orang.

Malah subsidi hari perayaan setiap tahun hampir RM 250,000/- membazirkan wang rakyat tanpa memberikan sebarang faedah.kecuali membolehkan setiap ahli EXCO dan ADUN BN untuk mengadakan rumah terbuka dan menyambut Hari Raya masing-masing secara percuma. Memandangkan ia adalah wang rakyat, bukankah ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa kerana membolehkan ia dibelanjakan untuk tujuan politik BN. Rumah terbuka yang diadakan oleh ADUN BN adalah wang rakyat Disamping itu, tuntutan elaun perjalanan oleh ADUN-ADUN Melaka. Contohnya menurut jawapan rasmi dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka oleh YAB pada 4hb April 2001, ADUN Duyong Datuk Wira Gan Boon Leong telah membuat tuntutan elaun perjalanan bukan atas kerja awam tetapi kepentingan peribadi. Sekiranya benar, ia boleh dianggap sebagai satu penyalahgunaan wang awam yang sukar direstui umum.

Elaun perjalanan sepatutnya dibuat atas urusan rasmi. Adalah keterlaluan sekiranya tuntutan elaun perjalanan disalahgunakan sehingga merangkumi urusan peribadi atau urusan yang dijalankan di dalam rumah sendiri sepertiL:

mempengerusikan sidang akhbar di rumah sendiri;
menghadiri majlis perkahwinan;
menghadiri mesyuarat politik parti MCA di Kuala Lumpur;
melawat kawasan berhampiran rumahnya;
melawat pesakit di hospital; dan
menerima rawatan sebagai pesakit di hospital.

Tuntutan pakaian, elaun perjalanan dan pembaikan kereta dari YAB Ketua Menteri, Ahli EXCO, ADUN dan setiausaha politik dan setiausaha sulit untuk 2001 dan 2002 melebihi RM 1.2 juta. Elaun perjalanan sahaja untuk YB Macap ialah RM 45,658.85 pada tahun 2001. Dengan elaun, tuntutan dan penyalahgunaan peruntukan pembangunan sedemikian tepatlah peribahasa Cina, “Jadi wakil rakyat, jadi kaya”, di mana slogan pilihanraya besar MCA, “orang dalam kerajaan senang buat kerja” patut diubah kepada “orang dalam kerajaan senang cari makan”!.

Jualan Kereta mewah dengan harga rendah

Pembeli Datuk Seri Abu Zahar Hj Isnin Datuk Noordin bin Hj Yaani Datuk Hj Mohd Sharif Mohd Drus Datuk Hj Yasin Mohd Sharif Datuk Gan Boon Leong Jumlah (RM)
No Kereta ML 3 MAF 5 ML 4* MU 9 ML 9
Model Mercedes E230(A) Mercedes E220(A) Mercedes E220(A) Mercedes E230(A) Mercedes E230(A)
Tarikh Daftar 14.8.96 14.9.95 30.9.95 21.8.96 7.8.96
Harga Beli 181,522 140,133 140,133 181,522 181,522 824,832
A.) Harga Pasaran JKR 114,000 79,000 77,000 100,000 114,000 484,000
B.) Harga Yang Dijual Kpd EXCO 68,400 47,800 46,200 60,000 68,400 290,800
C)Perbezaan(A-B) 45,600 31,200 30,800 40,000 45,600 193,200
D) Nilai No. Kereta 20,000 20,000 - 20,000 20,000 80,000
Jumlah Kerugian(C+D) 65,600 51,200 30,800 60,000 65,600 273,200
Diskaun yang diberikan adalah 40% daripada harga pasaran
*penjualan tidak termasuk nombor pendaftaran

Kalau nilai nombor kereta bertuah sebanyak RM80,000 diambilkira, kerajaan negeri dan rakyat Melaka telah rugi sekurang-kurangnya RM273,000. Akan tetapi, isu yang lebih besar adalah betapa tidak bermoral dan tidak beretika untuk membenarkan bekas Ahli EXCO menikmati harga jualan yang begitu rendah ini.

Penyelewengan Tabung Kebajikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebanyak RM 908,243.33 sejak 19 Disember 2001.

YAB Ketua Menteri Melaka telah mendirikan satu Tabung Kebajikan peribadi di atas nama peribadinya sendiri demi membolehkan bantuan kewangan dihulurkan kepada pesakit miskin dan berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan perubatan. Adalah difahamkan sejak 19.12.2001 bila RM 5,000 dimasukkan, sebanyak RM 908,242.33 telah dimasukkan dan digunakan sehingga 31 Mac 2005 iaitu:
. RM 122,950 pada tahun 2001/2002;
. RM 286,000 dalam tahun 2003;
. RM 449,292.33 dalam tahun 2004; dan
. RM 50,000 setakat 31 Mac 2005.

Sumber wang Tabung misteri ini berasal dari UMNO Negeri Melaka sebanyak RM 368,283.82 dan bakinya sebanyak RM 539,958.51 adalah diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh YAB Ketua Menteri Melaka. YAB Ketua Menteri mendakwa di suratkhabar berkali-kali bahawa Tabung ini diselenggarakan oleh Southern Hospital (kini digelarkan Hospital Putra) untuk membolehkan orang awam yang miskin memohon bantuan kewangan perubatan baik di hospital swasta atau kerajaan.

Akan tetapi siasatan ke atas maklumat yang diperolehi bahawa sepanjang tiga tahun Tabung misteri ini beroperasi, lebih daripada RM 590,000 (65%) digunakan untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri. RM 365,000 atau 40% digunakan untuk ahli keluarga YAB Ketua Menteri sendiri termasuk isteri, anak-anak, abang ipar, mak mertua, kakak dan allayaharmah emaknya. Manakala RM 225,000 atau 25% digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri datuk. Amat menghairankan mengapa ahli keluarga seperti isteri dan anak perlu mengambil kesempatan dalam tabung misteri ini dan menafikan hak orang miskin bila rawatan perubatan memang diberikan secara percuma oleh kerajaann kepada ahli keluarganya selaras dengan kedudukannya sebagai YAB Ketua Menteri Melaka.

Isu ini adalah berkepentingan awam kerana melibatkan tiga perkara penting:

a) Sumber wang adalah daripada orang awam dan dikutip atas matlamat murni membantu orang miskin dan golongan tidak berada;

b) Bantuan wang tidak dihulurkan semua kepada orang miskin dan golongan tidak berada sebaliknya kepada golongan berada bergelar Datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka sendiri; dan

c) Tidak ada sebarang pengumuman awam bahawa pesakit miskin boleh memohon bantuan atau kriteria kelayakannya sehingga orang awam hanya tahu tentang tabung misterinya selepas tiga tahun didirikan bila didedahkan saya.

Kes rasuah ke atas Musa Aman, Ketua Menteri Sabah

Tuduhan Pertama : Musa menggunakan kedudukannya meluluskan kontrak penswastaan skim bekalan air Sandakan Fasa 11 Secara 'Design & Build kepada syarikat proksi, City Best Corporation Sdn Bhd bernilai RM450juta. Musa secara sedar mengetahui syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan modal menjalankan projek berkenaan melainkan surat jaminan kredit sejumlah EM 3.4 juta dengan bank berkenaan berbanding modal berbayar syarikat berkenaan hanya RM 63,000 kepada proksinya.

Tuduhan kedua : Mengarah setiausaha tetap kementerian kewangan negeri Sabah, Dato' S. Abdillah S.Hassan mempengaruhi Pengarah JKR Sabah, Dato' David S.S Chiu supaya memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-jalan JKR di Sabah selama 15 tahun tahun bernilai RM 600 juta bernilai tanpa Tender Terbuka kepada syarikat proksinya, Globanico Sdn. Bhd yang dimiliki Lawrence Chu Jan Tow.

Tuduhan ketiga : Konsesi kontrak HQ 120/2003(S) Penyelenggaraan Jalan Pantai Meligan di Sipitang Sabah selama tiga tahun bernilai RM18 juta tanpa tender terbuka kepada syarikat proksinya, Jatrayisan Corporation Sdn.Bhd

Tuduhan keempat : Konsesi kontrak HQ 193/2003(S) Penyelenggaraan Jalan Nabawab-Sepulot-Agis di Keningau Sabah selama tiga tahun bernilai RM10 juta tanpa tender terbuka.

Tuduhan kelima : Mengarah Kementerian Kerja Raya menyenaraikan projek Mimbina Jalan dari Donggongon-Papar Spurs secara 'Design and build' bernilai RM200 juta tanpa tender terbuka kepada syarikat proksi Kenatex Sdn Bhd.

Tuduhan keenam : Kontrak penyelenggaraan Jalan Jeroco, Lahad Datu, Sabah selama tiga tahun bernilai RM9.5 melalui pengecualian tender kepada syarikat proksi, City Best Corporation Sdn Bhd

Tuduhan ketujuh : Memberi tekanan kepada Menteri Kewangan kedua Tan Sri Noor Mohamed Yaakub agar membatalkan kelulusan projek membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bernilai RM800 juta yang telah dianugerahkan kepada Tan Sri Ting Pek King (setelah menyiapkan pembinaan Terminal 11 Air Asia dan memberikan projek berkenaan kepada syarikat proksinya WCT Sdn Bhd).

Tuduhan kelapan :Melantik syarikat proksi Sagajuta( Sabah) Sdn Bhd untuk membangun kompleks membeli belah bernilai RM120 juta.

Tuduhan kesembilan : Mengarahkan Yang Dipertua Persatuan Islam Sabah Bersatu melantik syarikat proksinya Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd bekerjasama dengan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd membangunkan Kompleks Beli Belah bernilai RM1 bilion

Tuduhan ke-10 : Meluluskan konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada tiga syarikat yang diketuai oleh seorang China yang berasal dari Filipina . Menjadi dalang utama yang mendaftar pendatang asing tanpa izin sebagai ahli dan pengundi. Musa meluluskan konsesi Pembalakan di Benta Wawasan dan kesemua mereka telah membayar sejumlah RM70 juta kepada Musa sebagai imbalan meluluskan 82,000 ekar konsesi kayu balak.

Tuduhan ke-11 : Melantik seorang wanita tanpa izin (Pati) yang mendapat kad pengenalan projek daripada taske Forse Umno, Rahmawati sebagai kerani di Yayasan Sabah. Musa telah membayar sejumlah Rm5,000 kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Abdul Rauf Sani untuk mendapatkan kad pengenalan berkenaan. Musa turut mempunyai skandal seks dengan gadis tersebut sehingga melahirkan 'anak luar nikah' yang dihantar ke Banjar Masin untuk menutup rahsia.

Tuduhan ke-12: Mengarahkan nomineenya arkitek Melvinyeo Kiandee dan Terence Chu Shen Taur memajukan Semenanjung Emas iaitu Tanah Seluas 70 ekar di Sutera harbour dimiliki Danaharta amnagers Sdn Bhd.

Tuduhan ke-13: Musa telah mencemarkan imej kerajaan negeri Sabah dan kedudukannya dengan 'menjual sendiri' 150 lot bungalow dan menyalah guna Pejabat Ketua menteri Sabah dan Instrument kerajaan untuk kepentingan diri.

Tuduhan ke-14 : Mengarahklan pemilik syarikat Actaland Sdn bhd yang memajukan tanah TL 0175448866 berkenaan memungut deposit 50% daripada nilai harga banglo berkenaan pada masa menandatangani kontrak jual beli sedangkan pembinaan belum dimulakan.

Tuduhan ke-15 : Bertanggungjawab ke atas sayap pelaburan kerajaan negeri Suria Capital Holding Berhad mengarahkan Sabah Port Sdn Bhd melantik anak saudaranya, Mohd Hasnol Ayub Aman sebagai Pengarah pada 17 Jun 2002. Hasnol yang juga pengarah S.P Satria Sdn Bhd membolot semua kontrak kerja di Lembaga Pelabuhan Sabah tanpa sebarang tender.

Tuduhan ke-16: Memungut derma untuk membina bangunan Umno berdekatan Wisma BSN di Karamunsing , Kota Kinabalu tanpa permit polis dan telah mengumpul sejumlah RM 160 juta dan tidak mengisytiharkan pungutan tersebut kepada Bendahari Umno dan Majlis Tertinggi Umno Malaysia.

Tuduhan ke-17 : Mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Dato' KY Mustafa melanjutkan tempoh perkhidamtan Setiausaha tetap Kementerian Kewangan , Dato' Abdillah Hassan yang sepatutnya bersara wajib kontrak. Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen (2) Ordinan 22 (Kuasa-kuasa Perlu)
Darurat, 1970 kerana melanjutkan tempoh perkhidmatan berasaskan keuntungan untuknya.

Tuduhan ke-18 : mengarahkan kerajaan persekutuan membatalkan khidmat Femoma Sdn Bhd (agensi pemeriksaan kesihatan pekerja asing di Sabah) dan melantik syarikat proksinya Growarisan Sdn bhd menjalankan tugas berkenaan.

Tuduhan ke-19 : membelanjakan RM2 juga untuk membiayai pemberian 822,000 kad pengenalan projek kepada Pati yang diselia oleh Jabar Khan Napi. Turut memberikan RM10 juta untuk urusan membawa pengundi hantu ke kawasan pilihan raya di seluruh Sabah dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1054.

Tuduhan ke-20 : Meluluskan konsesi kayu balak di Benta Wawasan kepada 18 syarikat kroninya tanpa tender dan penjualan kayu balak bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat kroni dan nomineenya.

Tuduhan ke-21 : Bersubahat dengan Samsudin Yahya mengupah tiga orang lelaki mendatangkan kecederaan dengan niat terhadap rakan kongsi Musa, Lue Sue Seng hingga luka parah kerana mendedahkan rahsia hubungan sulit Musa kepada umum. Sebagai balasan Musa telah melantik Samsudin yang merupakan bekas pemandu teksi sebagai calon BN bagi Dun Sekong pada pilihan raya umum 2004.

Tuduhan ke-22: Membayar sejumlah tertentu kepada ketua Polis Daerah Sandakan, Ilyas Ibrahim untuk menutup kes jenayah yang dilakukan Samsudin dan tiga orang lagi terhadap Lue Sue Seng. Musa juga telah melantik Ilyas sebagai Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta dilanjutkan selama dua tahun bagi membalas jasa Ilyas menutup kes siasatan jenayah dan subahat berkenaan.

Tuduhan ke-23 : Bersama Ketua Umno Bahagian Petagas, Dato' Yahya Hussin dan pegawainya, Kahar Mohd Zain cuba merasuah dan menghalang saksi yang disapena oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai integriti, Jabar Khan Napi.

Tuduhan ke-24 : mempengaruhi dan menghalang Pengarah BPR menerima laporan yang dibuat Dr Jeffrey Kitingan terhadapnya pada 9 Februari 2007 dan mengarahkan Jeffrey
datang pada 12 Februari 2007.

Tuduhan ke-25 : Mempengaruhi dan merasuah sejumlah wang kepada Ketua Pengarah BPR Malaysia, Dato' Zulkipli Mat Nor dalam perjumpaan sulit di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur agar melengahkan siasatan berhubung Skandal Wisma Bandaraya. Dalam laporan itu, Musa juga didakwa menghalang tugas pegawai awam terbabit dengan rasuah dan menyalah guna kuasa mengikut seksyen 2(1) dan Seksyen 2(2) Ordinan 22 (kuasa-kuasa perlu) Darurat, 1970: Seksyen 12(1), (a), (b),(c), (d) Bahagian 111 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 15(1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan ke-26: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kuamut, Kinabatangan, seluas 8,000 hektar dan 12,000 hektar lagi di Konsesi Yayasan Sabah Sandakan kepada syarikat Melur Azim Sdn.Bhd. Musa juga telah menerima sejumlah RM20 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.
Tuduhan ke-27: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Penge-rusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah melulus-kan konsesi pembalakan di kawasan Konsesi Yayasan Sabah (FMU 15a) berdekatan Hutan Simpan Sg. Pinangah, Tongod seluas 12,005 hektar kepada brokernya, Admund Looi melalui syarikat Gasing Selatan Sdn. Bhd dan telah menerima sejumlah RM13 juta daripada Admund Looi. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Tuduhan ke-28: elah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan ¡®Monopoli¡¯ konsesi pembalakan di kawasan Cerun Curam melebihi 25 darjah menggunakan helikopter dan kawasan diharamkan pembalakan seperti reparian dan takungan air di Blok YLH-B, Lahad Datu seluas 6,470 hektar dan 40,000 hektar di seluruh Sabah kepada syarikat Asiatic Lumber Industries Sdn. Bhd. Musa sedar, Dasar Kerajaan Negeri Sabah mengharamkan kegiatan pembalakan di kawasan bercerun 25 darjah kerana mencemarkan alam sekitar, ekosistem, kitaran hidrologi, kawasan tadahan air dan hakisan tanah, namun telah meluluskan kegiatan pembalakan menggunakan helikopter Skycrane iaitu Sikorsky S64E pada Jun 2004 secara ’Blanket Approval’ kononnya untuk melaksanakan Sistem Pembalakan Impak Rendah dan Pelan Penuaian Terperinci. Musa juga telah menerima sejumlah RM60 juta daripada Pengarah syarikat tersebut, John Nip Wing Hon dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Tuduhan ke-29: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kalabakan seluas 10,093 hektar kepada syarikat Golden Vision Development Sdn.Bhd. dan telah menerima sejumlah RM8 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Tuduhan ke-30: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Konsesi Pembalakan Yayasan Sabah (Coupe YS 2/06) Hutan Simpan Sungai Pinangah, Tongod seluas 4,500 hektar kepada syarikat Rimba Kita Sdn.Bhd. dan telah menerima sejumlah RM5 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Tuduhan ke-31: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Tangkulap, Telupid seluas 5,000 hektar kepada syarikat Ketara Cekap Sdn.Bhd. dan telah menerima sejumlah RM5 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Tuduhan ke-32:Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Hutan Simpan Bonggaya, Beluran seluas 3,960 hektar kepada syarikat Gemara Sdn.Bhd. dan telah menerima sejumlah RM2 juta daripada syarikat tersebut dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Tuduhan ke-33: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan Sungai Talankai, Hutan Simpan Kelas II, Pensiangan, Nabawan seluas 986.04 hektar kepada saudara maranya, Mohd Ali Razali Bin S A Rashid (720907-12-5027) melalui syarikat Himpunan Tenang Sdn. Bhd. dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Tuduhan ke-34: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di Coupe YS 4/06, YS 8/06 dan YS 9/06 di kawasan konsesi Yayasan Sabah Lahad Datu 12,500 hektar kepada syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar RM2 iaitu Onbumi Sdn.Bhd dan menerima sejumlah RM13 juta. Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Tuduhan ke-35: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di Coupe YS 3/06, YS 5/06 dan YS 7/06 di kawasan konsesi Yayasan Sabah Lahad Datu 12,500 hektar kepada syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar RM4 iaitu Hormat Jadi Sdn.Bhd dan menerima sejumlah RM13 juta daripada syarikat berkenaan. Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Tuduhan ke-36: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah secara sedar telah meluluskan konsesi pembalakan di kawasan konsesi Yayasan Sabah Lahad Datu 7,745 hektar kepada syarikat Megabountiful Sdn.Bhd dan menerima sejumlah RM7 juta daripada syarikat berkenaan. Musa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

Kes rasuah Taib Mahmod

Pengerusi PKR Sarawak, Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan Chong Chieng Jen (DAP -Bandar Kuching) telah membuat laporan di balai polis pusat Kuching dan ibupejabat BPR, yang menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Japan Times.Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak membuat laporan polis dan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung dakwaan skandal sogokan membabitkan RM32 juta. Eksport kayu balak Sarawak dikuasai oleh kerajaan negeri melalui Dewaniaga Sarawak yang diketuai oleh adik lelaki Taib. Taib, yang merupakan pemimpin yang paling lama menjadi Ketua Menteri, dipercayai salah seorang ahli politik Malaysia yang terkaya. Keluarganya mempunyai kepentingan perniagaan yang besar di Sarawak sejak Taib memegang kuasa 26 tahun yang lalu. Antaranya ialah syarikat tersenarai Cahaya Mata Sarawak yang mempunyai kepentingan perniagaan dalam bidang perankan, perkhidmatan kewangan dan pembinaan dan banyak lagi anak-anak syarikat di mana isteri Taib–Laila – mempunyai pegangan yang besar. , isteri Taib (Laila) memilik 27 juta saham dalam (pengeluar simen terbesar) CMS, dan anaknya (Sulaiman) pula memilik 22 juta saham. Adalah dianggarkan bahawa keluarga Taib bernilai sekurang-kurangnya RM2 bilion, walaupun ianya tidak disahkan secara rasmi.

Lain-lain laporan rasuah dan menyalahgunaan kuasa yang dilaporan :

1. Laporan polis oleh Ezam Mohd. Noor berhubung dengan Penswastaan Rumah Masak Tentera kepada Syarikat Desatera Sdn, Berhad kepunyaan Kamaluddin Abdullah anak Abdullah Ahmad Badawi. Dan pada tahun 1999 dan 1 November 2006 lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh bekas Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor mengenai dokumen "MILITARY COOKHOUSE PRIVATISATION AGREEMENT" antara Kerajaan Malaysia dan Desatera Sdn Bhd. Katanya, pemberian kontrak tersebut yang berjumlah ratusan juta itu melibatkan kepentingan besar Kamaluddin, anak Abdullah, Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Desatera Sdn Bhd merupakan syarikat usahasama Dewina Food Services Sdn Bhd dan Wira Maju Sdn Bhd. Dewina memegang 70 peratus saham Desatera Sdn Bhd dan Wira Maju Sdn Bhd memegang 30 peratus saham dalam Desatera Sdn Bhd. Terbukti, Kamaluddin Abdullah yang menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Desatera Sdn Bhd adalah juga orang yang mempunyai kepentingan dalam Dewina Food Services Sdn Bhd, sebuah syarikat milik keluarga Abdullah Ahmad Badawi.

2. Laporan polis oleh Jawatankuasa DAP mengenai JE FUND yang mengumpul sumbangan RM16 juta dan pemberiannya tidak mengikut peraturan dan orang yang tidak berhak, tetap menerima habuan masing-masing.

3. Laporan polis oleh Lim Kit Siang pada 13.6.1997 berhubung kekayaan melampau yang dimiliki oleh anak Dr. Ling Leong Sik, Ling Hee Leong. Kes mahkamah Dr. Ling vs Soh Chee Wen [ bekas pemimpin MCA Selangor dan rakan perniagaan anak dan isteri Ling Leong Sik belum berakhir, tetapi beliau telah meletakkan jawatan menteri dan Presiden MCA. Bagaimana kedudukan kes ini sekarang.

4. Kes kerugian dan salahurus MAS dan pembelian balik oleh kerajaan telah dibuat laporan polis pada 27.1.2001 di BP KLIA oleh Ezam Mohd. Noor.

i.Mahfuz Omar dan Faisal Sanusi bersama-sama dengan 1,336 tandatangan.
ii. Roslan Kassim dan Ibrahim pada 17.2.2001 di BP Seremban.
iii. Nga Kor Miang melaporkan di BPR Ipoh, pegawai yang menerimanya ialah Abu Kasim Mohamad.


5. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Azmi Khalid buat laporan polis dan BPR pada 21.11.2001 penyelewengan peruntukan PPRT sebanyak RM40 Juta. Projek penetasan ayam di gading Galoh, Kok Lanas RM20 juta. Projek ternakan ikan hiasan dan tanaman orkid di bukit Sireh, Kuala Krai RM15 juta, projek ayam telur di Gading, Galoh RM5.69 Juta dan pilihan raya 1999. Menterinya bebas, tetapi bekas KSUnya didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman.

6. Laporan polis untuk menyiasat bangunan yang didirikan dengan menggunakan duit kerajaan di atas tanah lot 1431 Mukim Bukit Kampung Chengal Daerah Kadak atas nama Annuar bin Musa No. KP: 4978615.

7. Laporan polis atas penyelewengan wang ihsan pada 19.12.2001 oleh Abd. Manaf Ahmad dari Kg Peris Ajil [ mewakili 20 orang yang berhak ] di Balai Polis Kuala Brang.

8. Penyusunan semula TimeDotCom dan disenarai di BSKL, sahamnya tidak dilanggani menyebabkan ia mengalami kerugian. Penanggung utama tidak mahu menanggung kerugian tersebut [ seperti yang dijanjikan ], kerajaan terpaksa masuk campur dengan menggunakan duit KWSP, KWAP dan Dana Harta bagi membeli saham yang tidak dilanggani itu. Perkara ini dilaporkan oleh akhbar The Sun pada 12.3.2001. Berasaskan laporan The Sun, Lim Kit Siang membuat laporan polis untuk menyiasat penyusunan semula itu di BP Tun H.S Lee, Jalan Stadium. Ini bersamaan dengan kes Ezam Mohd. Noor yang mana pada 14.3.2001, Mingguan Malaysia melaporkan yang Ezam akan mengerakkan rakyat seluruh Negara untuk mengadakan demonstrasi. Laporan ini digunakan oleh Zulkifli Alwi [ agen pemuda UMNO ] dan Yusri pemberita yang terlibat dalam melaporkan berita itu terus membuat laporan polis dan Ezam ditangkap pada malam raya haji dan disoalsiat serta didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 di mahkamah.

9. Laporan polis dan BPR mengenai sekumpulan pegawai atasan PUNB yang memasarkan bon bernilai 19.0 Billion [ USR5 B] di pasaran kewangan London, siapa yang terlibat.

10. Laporan polis dan BPR oleh Lim Jak Wong [ ADUN Bachang], Sim Tong Him [ADUN Bandar Hilir] dan Goh Liong San [ADUN Tenggara] pada 12.5.2001 mengenai 157 tuntutan T&T yang bernilai RM168,099.00. Ini bukan tugas rasmi, sebaliknya tugas parti berkempen di Lunas 1,500 KM 4 hari berturut dan urusan peribadi seperti meraikan bakal-bakal haji dan menghadiri majlis perkahwinan yang dilakukan oleh 18 orang BN termasuk Ali Rustam KM Melaka. Terbaru laporan BPR oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Ali Rustam berhubung menyalahgunakan tabung kebajikan [kesihatan] untuk kepentingan peribadi.

11. Laporan polis dan BPR oleh Mazlan Aliman dan Exco pemuda PAS Johor [kini Naib Ketua Pemuda PAS Pusat] terhadap Ketua Pegawai Eksekutif, Zainal Abidin Osman yang juga merupakan ADUN Endau berhubung salahurus kewangan KPYPJ pada 6.8.2002 di Balai Polis Central JB.

12. Pada 13 September 2005, sebuah syarikat dari Singapura Parkway Holdings Limited membeli saham Pantai holdings Berhad sebanyak 31 peratus saham Pantai Holdings Berhad telah dibeli dengan harga RM311.58 juta.Kemudian pada 28 Ogos 2006, pihak media melaporkan Parkway mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada pembelian semula saham Pantai oleh Khazanah Nasional. Ini bermakna, Parkway telah membuat keuntungan modal kira-kira RM83 juta dalam masa tidak sampai setahun [Parkway membelinya dengan harga RM312 juta dan kemudian menjualnya semula dengan harga RM394.9 juta]. Anak syarikat Pantai Holdings Berhad–iaitu Fomema dan Pantai Medivest khabarnya akan dijual kepada sebuah syarikat swasta. Siapa pemilik yang bertuah itu?

13. Naib Ketua Pemuda UMNO, Khary Jamaluddin telah meminjam RM9.2 juta daripada seseorang untuk membeli saham dalam ECM Libra. Penggabungan antara Avenue Capital dan ECM Libra Avenue Capital sebelum penggabungan dimiliki oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan dengan pemilikan saham sebanyak 29.7%. Menteri Kewangan Diperbadankan dengan itu adalah pemegang saham terbesar. Seperti diketahui, Menteri Kewangan Diperbadankan adalah langsung di bawah bidang kuasa dan kawalan Menteri Kewangan, iaitu Abdullah Ahmad Badawi. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah bagaimana seorang tokoh muda seperti Khairy mampu meminjam wang begitu banyak untuk membeli saham-saham ECM Libra. Kira-kira sebulan selepas Khairy memiliki saham dalam ECM Libra, kerajaan telah meluluskan cadangan penggabungan antara bank saudagar itu dengan firma kewangan dan perbankan milik kerajaan, Avenue Capital Resources Berhad. Entiti baru itu dikenali dengan nama ECM Libra Avenue. Urusniaga itu menarik minat ramai terutamanya dari aspek percanggahan kepentingan dengan Abdullah kerana beliau juga merupakan Menteri Kewangan yang mengawalselia syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

14. Keluarga Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dinamakan sebagai terlibat menyeleweng bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada Iraq melalui program 'oil-for-food'. Adik ipar Abdullah, Noorasiah Mahmood dan bekas suaminya, Faek Ahmad Shareef dinamakan oleh badan penyiasat PBB sebagai terlibat menyeleweng skim tersebut. Dalam sekatan ekonominya, PBB membenarkan Iraq menjual sebahagian minyaknya kepada syarikat tertentu dan sebagai ganti, syarikat tersebut disyaratkan membeli makanan untuk keperluan rakyat Iraq. Dalam siasatan yang diumumkan akhir Oktober 2003, PBB melaporkan, Noorasiah melalui syarikatnya, Mastek membayar 10 juta USD kepada Presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein untuk mendapat hak memperdagangkan minyak tersebut. Mastek tidak membantu rakyat Iraq membeli makanan sebaliknya menjual minyak untuk kepentingan sendiri. Melalui baucer yang dikesan pada tahun 2000, syarikat itu memperoleh keuntungan USD 1.3 juta melalui penjualan 1,949,900 tong minyak. Laporan asal juga menyebut nama Abdullah tetapi didapati tidak terlibat, namun Faek mengakui bahawa Abdullah hanya menulis 'surat pengenalan'. Jawatankuasa penyiasat yang diketuai oleh Paul Volcker mengambil masa 18 bulan untuk menyiasat penyelewengan yang turut melibatkan 2,200 syarikat dari 66 negara itu. Laporan itu juga menamakan Petronas, bekas duta dan dua syarikat Malaysia lain sebagai terbabit.

15. Pada hari Abdullah dilantik menjadi PM menggantikan Mahathir, pada hari itulah juga Brahim LSG Sky Chef Holdings Sendirian Berhad telah menandatangani kontrak sebagai pembekal katering penerbangan (in flight catering) untuk semua penerbangan keluar dari KLIA, termasuklah MAS. Syarikat ini merupakan syarikat JV ataupun usahasama antara kepentingan Lufthansa (penerbangan Jerman) dan Dewina Holdings Sendirian Berhad. 51 peratus dari saham syarikat ini dimiliki oleh DATUK IBRAHIM HJ AHMAD BADAWI, adalah adik kepada Abdullah Ahmad Badawi.

16. Dua laporan polis dan BPR telah dibuat oleh Pengerusi GERAK, Ezam Mohd Noor di Balai Polis Dang Wangi pada 1 November dan 4 Disember 2006 lalu terhadap Abdullah Ahmad Badawi dan Dr.Mahathir Mohamad mengenai amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme dengan menganugerahkan projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit kepada ahli keluarga terdekat. Ini menyalahgunakan kedudukan dan amanah rakyat bagi mengkayakan anak mereka semasa mereka berkuasa. Tidak ada perkembangan langsung kes ini, sedangkan Abdullah sendiri membuat pengakuan bahawa ia memberi projek-projek kerajaan kepada anaknya, tetapi dengan nilai yang rendah, berbanding dengan Mahathir yang memberi projek-projek yang lebih tinggi kepada anak-anak dan keluarganya.

17. Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Pertahanan juga dituduh terlibat dalam kes pembunuhan model berbangsa Mongolia, Altantuya Sharibuu yang menjadi orang tengah dalam urusan di dalam pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta dari Perancis oleh kerajaan Malaysia dalam perjanjian bernilai RM4.6 bilion . Skandal komisyen pembelian senjata bernilai RM920 juta yang mana Adib Adam [mantan Ketua Menteri Melaka] dilantik sebagai broker pembelian jet pejuang Sukhoi Russia yang melibatkan pembayaran komisyen berjumlah RM400 juta. Setakat ini Najib, pihak polis dan BPR diam tidak berkata. Pasukan polis dan BPR termasuk Peguam Negara memang menjadi barua dari dulu, kini dan selama-lamanya menjaga kepentingan UMNO dan golongan IBLIS ini daripada menjaga kepentingan rakyat.

Apa yang boleh diharap oleh rakyat terhadap kepimpinan seperti ini. Amat malang rakyat Malaysia keseluruhannya, Allah s.w.t. menurun balanya dengan menganugerahkan kepada kita dengan para pemimpin seperti ini. Oleh itu, pastinya kita akan terus menerima bencana dalam berbagai bentuk seperti yang kita alami sekarang. Berbagai masalah akan muncul satu persatu tanpa ada tanda-tanda penamatnya sehinggalah kita sebagai rakyat ini insaf dan bertindak menukar pemimpin yang lebih bersih, amanah dan bertanggungjawab terhadap Tuhan dan rakyat yang dipimpinya.

Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa WAJIB bangun menolak kepimpinan yang rakus terhadap harta rakyat. Persoalanya berapa lama kita terpasa menunggu pertolongan dari Allah menghapuskan golongan ini? Hanya Allah yang maha mengetahui. Kita hanya merancang, tetapi Allah s.w.t maha hebat perancangannya.

BACA DAN SEBARKAN KESELURUH RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA PENGUNDI-PENGUNDI DI IJOK

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES HINGGA TURUN”

Sekian.Wassalam